Monday, November 4, 2013

DOA AKHIR TAHUN 1434H DAN DOA AWAL TAHUN 1435H

assalamualaikum..

alhamdulillah tahun 1434 Hijrah hampir melabuhkan tirai. segala suka dan duka sudah disimpan rapi dalam dairi tahun 1434 Hijrah. semoga tahun baru 1435 yang bakal muncul ini akan lebih di berkati Allah.

tahun ini, 30 Zulhijjah 1434 jatuh pada hari Isnin 04 November, 2013 dan 1 Muharram 1435 Hijrah jatuh pada hari Selasa 05 November, 2013.

jadi sama-samalah kita membaca doa akhir tahun 1434H sebanyak 3 kali selepas waktu asar hari ini 30 Zulhijjah/04 November iaitu sebelum masuk waktu magrib. semoga Allah mengampunkan dosa kita untuk setahun ini. dan mendapat perlindungan daripada Allah Ta'ala selain di lindungi Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

selepas masuk waktu magrib (1 Muharram 1435H), bacalah pula doa awal tahun 1435H sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'adiyyah insyallah Allah akan memerintakan 2 malaikat untuk melindungi kita dari tipu daya syaitan untuk setahun yang mendatang.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


SELAMAT TAHUN BARU



APE UNTUNGNYE KAWEN EKK?


hai, ekk..

orang johor memang ekk manjang.. sepanjang panjang cakap hujung sekali mesti nak ekkk. ekk ekk. aku cuba jugak kurangkan cakap ekk ni. tapi tak boleh la. mesti nak ekk jugak. he.ekk.


hari tu, ade la sikit conversation aku dengan kawan yang dah pun mendirikan rumah tangga almost 3 years. lepastu die pulak kan tanye kite ni bile pulak nak kawen bagai. so, human kan. harusla tanye soklan-soklan macam ni. bile nak kawen, bila nak beranak, bile laki kau nak kawen lagi? gituw??


haha.


so, aku pun tak la bagi jawapan yang tepat untuk menjawab soalan si member tu. ok, aku boleh terima kalau die cakap aku ni pompuan misteriouss seriuuss. gile pompuan ni! kahkahkah. #urutdada.


lepastu aku pun cakap, "untung la kau dah kawen kankankan thiru"... thiru ni la kawan aku, lelaki india tapi cakap sebijik nak melayu penang. nasib baik tak tersangkut. #urutdada lagi.


lepastu die pulak tanye kite "ape yang untungnya?"


eh eh eh eh die pulak tanye kite ape yang untung. kalau aku da kawen opkos sekarang ni jugak aku buat karangan 1000 patah perkataan dengan tajuk HOI UNTUNG KAWEN NI TAU. 

haha

thiru tanye aku macamla aku da kawen kan. lepastu aku pulak tanye die macam la aku ni tahu beno kawen tu untung? 


aku rasa kawen ni untung. 

sebab

dating boleh berkepit-kepit

sebab

tido ade kawan. tapi jenis tido aku ni mengigau, 'kawan tu' pon lari balik rumah mak. haha

sebab

duduk berdua. TIADA SESIAPE BOLEH KACAU KITA even pegawai pencegah maksiat pon.

sebab

boleh lari dari soalan ini "hoi azi bile kau nak kawen?". kan kan kan


tapi thiru kate, kawen ni memang ada untung dan rugi

RUGI????

lepastu keluarla icon duit terbang bersayap. 


mungkin sebab die tamil beragama hindu. maka tak boleh la aku nak ceramah die habis-habis. lagi pulak nak beta die cakap hooii lupakan je la #urutdada. 


haha.