Monday, March 19, 2012

Allah Maha Mendengar

Alhamdulillah....

sudah beberapa hari ini aku semacam lebih tenang dari biasa. ibaratnya segala gelodak jiwa yang pekat hilang sekelip mata!..alhamdulillah Allah dengar doa aku...
walaupun ade mase aku cepat melenting tapi cepat-cepat juga aku beristirfar..tarik nafas dalam-dalam pejam mata rapat-rapat...itu sajalah terapi aku buat mase ini...insyallah aku lebih bertenang dalam menghadapi segala kemungkinan selepas ni...amin syukur ya Allah...

mungkin sekarang aku sedang cuba membaiki diri. buang sifat buruk yang tidak disenangi sekeliling. kalau orang lain boleh berhijrah, kenapa tidak aku...mungkin aku sudah terpanggil untuk ke arah itu. berubah dari luar dan dalam. Ya, mungkin aku juga tidak ada tempat mengadu, tapi dalam penulisan ini kadang-kadang buat aku tersendu. cukup untuk aku mengadu kepada Allah. sesak jiwa, sesak nafas, sesak fikiran.

pandangan aku masih belum jelas untuk esok, lusa dan seterusnya...aku cuma mengharap dan berdoa semoga pandangan aku untuk esok, lusa dan seterusnya indah dan manis, sentiasa senyum dan ketawa kerana hari ini, semalam dan kelmarin sudah puas aku menangis.








No comments :