berdesing..
seingat dulu, dia kerap membantu dalam sains, dia kerap bersoal itu dan ini dalam sejarah . dia suka bersengol bahu dan lengan . bertemu kepala itu biasa...
semalam yang jauh, kita duduk menghayun kaki berdua diatas jambatan yang hampir roboh . sedikit pun hati tidak gayat sebab aku tahu dia ada, sama-sama memerhati barisan kerengga dan mencari bentuk awan yang sempurna...
dia cuma ada basikal buruk . hanya basikal buruk itu dia membonceng aku, membawa aku mengejar rama-rama di tanah merah dan berlecak...
dibawah pohon ciku sebelah jambatan yang hampir roboh itu, aku ingat kau ukir tanda hati dengan pisau lipat . kau kata tanda ini tanda cinta . semacam dalam filem ayat kau susun serupa aku yang bodoh mengatakan ianya manis..itu dulu...
hanya kerana salah faham yang kecil, kau mula ego dengan motosikal baru hadiah dari Cikgu Ramlee. kau kata pohon ciku tak mungkin berbuah lagi . aku mengerti .
petang yang jauh aku meniti jambatan baru yang dulunya hampir roboh. aku mencari barisan kerengga disitu, sebak melihat kumpulan awan yang kian hitam, kelopak mata aku yang berhujan .
pohon ciku yang aku rindu sudah kering dan 'basi'. aku mahu ke sana mencari tanda cinta yang kau ukir dulu . lama aku tersendu di 'kaki' pohon ciku..