Monday, September 30, 2013

RESEPI BERGAMBAR : BIHUN HONG KONG DAN BEGEDIL KENTANG


automatic publish 

hari sabtu lepas adalah hari FREE sedonia aku. kahkahkah, memandangkan Jumaat tu aku cuti, sabtu senang lenang, ahad pon bersenang lenangan. jadi moh la kita ke dapur. lame gila TAK masuk dapur ibu. selalu pun kakak yang masak. aku kalau masak, jiran tetangga semua datang bawak pinggan. haha :p


ok, hari ni aku nak share  dua resepi iaitu, BIHUN HONG KONG atau di kenali juga sebagai MEE KUNGFU dan lain-lain nama timangan. dan juga resepi BEGEDIL KENTANG. 2 menu ni memang febret aku. kalau kat kedai mintak Kwetiau Hong Kong. :p




kombinasi antara Bihun/Mee Hong Kong dan Begedil. Begedil ni tak mesti kene makan dengan Mee Soto sahaja. ianya juga mampu makan bersama asam pedas, mee kari, ayam masak lomak etc. :p


ayuh la kita mulakan dengan Bihun Hong Kong yang Superb sodap bebenor edisi cik azi kite ni. :p

BIHUN HONG KONG


Bahan KUAH yang diperlukan :

1 sudu besar minyak masak
2 biji bawang putih di pecahkan
1 inci halia juga di pecahkan
udang, fishcake, ayam (ikut kehendak masing-masing)
air (ikut kehendak masing-masing)
sayur lobak, bunga kobis, jagunag dan tomato (juga ikut kehendak masing-masing)
2 sudu besar lada putih (pesen old skol :p)
1 kiub pati ayam (kalau rajin buat stock ayam/air rebusan ayam)
2 1/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung gandum (resepi asal tepung jagung) sebab kat rumah takde tepung jagung, so guna je ape yang hader kat rumah


cara-cara:

1. tumis halia dan bawang putih sehingga kekuningan 
2. masukkan ayam -tunggu sehingga masak
3. masuk udang , fishcake , kuib pati ayam/air rebusan ayam dan *air jika guna kuib pati ayam -tunggu sehingga mendidih. sebab udang ni masak sekejapnye
*air ikut pada kita la, kalau nak kuah banyak letak banyak
4. masukkan sayuran+lada putih+sos tiram -tunggu mendidih
5. masukkan bancuhan tepung jagung/gandum -sambil kacau masukkan sedikit demi sedikit dan teruskan mengacau takut tepung berketul-ketul pulak. kalau kurang pekat, tambah lagi bancuhan tepung. 
6. SIAP!


lupe nak cakap letak garam sikit la. kalau kurang masin. biasanya kuib pati ayam dah masin. kalau ade sawi dah tentu berseri sikit kuah ni. :p


Bahan MEE yang di perlukan :


aku pakai bihun sebab cari kwetiau tak jumpe yang halal. mee kuning tak bagus untuk orang bediet :p. kalau bihun takde jugak, pakai mee spegoti pon boleh.


sekeping bihun -aku celur/rendam dengan air panas dulu
2 biji telur -kacau dengan sedikit garam
minyak


cara-caranya:

1. panaskan kuali dengan minyak sedikit.
2. ambil bihun yang dah di celur tadi tu sedikit letak dalam bancuhan telur tu tadi. yang ni kene pandai agak la, kalau nak telur tu nampak banyak, 2 biji telur untuk segengam bihun yang telah di celur.
3. goreng macam telur dadar tu.
4. SIAP!



presentation ni sehabis baik tau aku buat. hahaa

lupe nak cakap.. letak lado kecik bagi kesan lecur di bibir..muehehe



BEGEDIL KENTANG

begedil memang febret ibu aku, resepi mak ngah aku punye. cume aku derhaka sikit la, hantam pakai resepi buat sendiri gituw. sori mak ngahhh!


bahan yang di perlukan :

5 biji kentang -menghasilkan 9-10 biji begedil
daun sup
bawang goreng -gigih buat bawang goreng sebab taknak pakai yang segera punya :p
1 biji telur


cara-caranya:

1. kentang di potong dadu kemudian di goreng sampai kuning sedikit.
2. lecek kentang yang dah di goreng tu pakai lesung batu. kekdah orang kampung ni. kalau nak kekdah bando pakai la blander. :p
3. gaul kentang lecek tu dengan daun sup dan bawang goreng.
*kalau  rajin tumbuk kan sekali dengan udang kering/ayam goreng etc
4. kemudian boleh la di bentukan. nak bulat ke, 4 segi ke...


lupe nak cakap, letak garam sikit.


5. kemudian celupkan dalam telur yang telah di pukul. dan goreng sehingga kekuningan.



6. SIAP!


sebenarnya cara buat Begedil ni ade banyak kekdah. ada yang rebus dahulu kentangnya baru di lecek kemudian dibentuk. tapi pada aku yang pernah cube dulu, kalau di rebus dahulu tu macam susah pulak nak bentuk sebab kentang terlalu lembik. bile terlalu lembik maka di namakan pulak sebagai mashed potato. kihkihkih. ikut pada citarasa sendiri la. ade yang terel jadik tau. aku tak terel pon. kalau nak lagi mudah beli yang segera punya. tinggal goreng! pon booleh~ :p


bai, semoga bermanfaat~


No comments :