Thursday, October 31, 2013

BANTAL NIKAH.

hai,

BANTAL NIKAH, bantal duduk pengantin/kusyen atau nama-nama lain adalah antara yang terpenting dalam persiapan majlis pernikahan. ada yang berbentuk bulat dan empat segi tepat juga didatangkan dengan warna-warna lembut seperti warna krim, off white dan soft grey. kalau kita perasan, bantal nikah orang zaman dulu dari warna-warna yang terang seperti warna emas dan warna merah menyala sekali dengan alas tangan dan kipas leper dari jenis baldu. tu zaman makcik-makcik aku dulu la. old skul!


rata-rata yang aku perhatikan, bantal nikah hanya disediakan untuk pengantin perempuan dan lelaki sahaja. adalah lebih elok jika disediakan untuk  jurunikah/kadi. sebab beliau juga seorang yang penting dalam majlis. tanpa beliau, tak menikah la kite jawabnya.


SUMBER GAMBAR : GOOGLE

bersama-sama duduk di bantal yang empuk nampak sweet kan. idok la rasa janggal. aku kurang bersetuju kalau nampak kadi duduk atas lantai/karpet masjid/karpet rumah/tikar etc sedangkan pengantin kemain sedap duduk tinggi sikit dari kadi empuk pulak tu. kalau sama-sama duduk tanpa beralas bantal aku setuju. kadi pun bukan ambil pusing pasal bantal-bantal ni. cuma perlu bagi rasa hormat pada kadi tu. tak ke nampak janggal bila sorang beralas, sorang lagi tak. tak gitu?


aku juga kurang bersetuju, bila mana semasa kadi sedang menikah kan kita, kita yang pengantin perempuan ni duduk kat atas kerusi pelamin. kadi dan bakal suami bawah-bawah kepala lutut je. yang tu aku kurang bersetuju la. nampak tak sopan. kalau jarak yang jauh sikit ok la. kalau jarak pun setakat beberapa inci, baik sama-sama duduk je bawah. kan nampak manis dan sopan kat situ.



SUMBER GAMBAR : GOOGLE

sebenarnya banyak pilihan bantal nikah. ni yang sempat aku google.



SUMBER GAMBAR : GOOGLE

bentuk bulat nampak sangat bersesuaian dengan majlis dan nampak lebih kemas. biasanya bantal nikah ni, mak andam yang akan bawa dan sediakan. tu yang kadang-kadang mak andam terlupa nak bawa untuk kadi. hehe. kalau kita nak melabur sikit untuk beli bantal nikah ni apa salahnya. kat giant/tesco/ikea pon ada rasanya. macam-macam warna ada. yang empat segi, bulat, tebal, nipis semua ada. lepas kita guna tu, boleh la kasi adik kita pulak guna, kalau tak pun buat tilam baby nanti. eh??. kalau nak lagi kesan sentimental, buat je sendiri. mokcik aku dulu gigih buat sendiri. aku tak geti nak menjahit T__T. kalau aku geti jahit opkos dengan baju-baju nikah skali haku jahit. haha


selepas sahaja slot nikah. adalah disunatkan untuk membuat solat nikah sebelum upacara membatalkan air sembahyang. aku juga tetapkan niat dalam diri aku untuk membuat solat sunat nikah ni bersama-sama suami. solat jemaah pertama selepas beberapa minit dinikahkan. :)


SUMBER GAMBAR : GOOGLE

selepas tu, bolehlah ke slot seterusnya. dan yang terkahir sekali ke slot membatalkan air sembahyang dengan bersalaman dengan suami dan menyarung cincin/gelang/rantai etc. ehehe. masa ni boleh la di lakukan dengan lebih tertib. tiada adegan tonggeng menonggeng. tak molek.




SUMBER GAMBAR : GOOGLE

sama-sama duduk atas sofa/duduk kat bawah pon ok dalam posisi yang macam kat atas ni. nampak lebih kemas. dalam gambar pon nampak berdua cengitu. :). biasanya aksi tetonggeng-tonggeng ni kita nampak masa bertunang. bakal mak mentua beria tertongengg-tonggeng dok nak nyarungkan cincin/gelang/rantai etc kat jari bakal menantu. si bakal menantu kemain duduk kat pelamin/kerusi sorang-sorang. tu nampak macam tak sopan rasanya. so, kalau boleh sama-sama duduk, atau nak berdiri, sama-sama berdiri nampak lebih kemas dan teratur juga nampak cantik dalam gambar/video/etc :).


kadang-kala, benda yang nampak renyah atau remeh ni orang memang orang tak pikir. bila majlis dah berakhir barulah perasaan satu-satu. sebab tu pentingnya dalam membuat persediaan dan komunikasi yang jelas dengan pasangan supaya sama-sama dapat menjayakan majlis yang insya Allah sekali sahaja seumur hidup. sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. insya Allah semoga majlis sahabat-sahabat aku dan tidak terkecuali aku sendiri, berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dengan izin Allah. insya Allah~


Monday, October 28, 2013

RESEPI : DAGING UNGKEP

hello,

hari tu aku ade share resepi ayam ungkep. kali ni nak ngajo step by step dek semangat yang kuat nak share kat blog. haha.

oleh kerana daging korban masih berbaki 2 3 plestik kat rumah ibu, maka aku dengan rela hati nak masak daging ungkep. ekceli femly aku kurang gemar bab daging-daging ni. aritu bos suruh aku bawak balik daging 2 plastik dalam 2kg+- aku terus je ngantor rumah makcik aku kat JB ni. pastu esoknye, makcik aku call suruh ambil daging dah siap masak. huntungg kauu azi makcik dok depan rumah pastu siap tolong masakkan lagi. mehehee



ini adalah bahan yang di perlukan untuk berat daging kurang dari 1kg mungkin dalam 600gram.


BAHAN

daging di potong nipis
*1 1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1/2 inci kunyit
*segenggam lada kecik -ikut suka pedas mana
*semua bahan di kisar halus.
sebatang serai
garam
minyak
air
asam keping


susunan 1 -> 2 -> 4 -> 3 -> 5 -> 6 -> 7


1. memula panaskan minyak dan mula menumis bahan kisar.
2. masukkan serai sejurus selepas masukkan mahan kisar tadi.
4. masukkan daging dan kacau sebati.
3. masukkan  air. air ni just untuk lembutkan daging. nanti air ni akan kering dan memekat. kalau nak berkuah boleh letak banyak sikit. :)
5. oleh sebab kurang kuning dan menarik kaler daging aku ni, maka ibu pon melempar serbuk kunyit. kahkahkah.
6. masukkan garam.
7. tutup kuali dan tunggu sampai daging lembut kuah menjadi pekat.




macam aku cakap tadi, kalau nak berkuah, boleh letak air tu banyak sikit. pastu tengok daging da lembut belom. kalau da lembut boleh la masukkan asam keping kemudian tutup api. SIAP!.

pada entry resepi ayam ungkep yang lepas. aku ade gtau, kalau masakan jawa betol-betol dorang ada menggunakan jintan. kalau nak letak jintan boleh la letak sekali dengan bahan kisar tu. lepastu ibu aku cakap dorang tak guna lada pon. dan keadaannya kering macam rendang tu. oleh sebab sekrang dah moden, makanya resepi pon sama moden la. haha aku tak paham ape aku cakap ni. paham sirik la.



presentation kak toonn kene ade daun sop! haha


pastu boleh la penyek kan nasi satu sudu. satu sudu tu...okkk satu jeeee. diet kau tahu! kahkahkah


*kalau taknak tunggu lama. (dagingkan lambat lembut). hari ni rebus dulu daging, pastu esok baru masak. macam aku buat ni separuh lembut jadi tunggu pon tak lama. air rebusan daging tu boleh la simpan bagi menggantikan air kepada air rebusan daging. gituu rahsionyee~


oleh sebab aku masak ni terlalu sedap, maka tak sampai ke malam lauk ni dah licik. kembang monti.. aku memang ade penyakit, masak sirik-sirik puji. lebih kurang masuk bakul angkatlah kau sendiri! kahkahkah


selamat mencube!!!

Friday, October 25, 2013

BUNGA TANGAN SANG PENGANTIN SANGAT PENTING OK!

hai,


dari segala perincian tentang persiapan perkahwinan seperti pelamin, baju nikah, baju sanding etc. aku paling suka memikirkan bab BUNGA TANGAN atau HAND BOUQUET.


bunga tangan bagi aku punya daya penarik yang tersendiri yang mampu menaikkan seri pengantin. selain boleh membuatkan pengantin kurang rasa gementar, jambangan bunga tangan ni mampu menghidupkan suasana ceria sewaktu persandingan. sebab tu aku sangat menitik beratkan hal bunga tangan ni. hehe.


bunga tangan tidak perlu terlalu sarat dan besar. kalau besar dan sarat mampu menenggelamkan baju pengantin silap hari bulan, pengantin pon hilang dan perlu kena pada konsep perkahwinan. kalau Inggeris stail, rose dari warna putih dan hijau lembut atau warna-warna pastel sangat kene dengan aku sebab menampakkan kelembutan aku mase tu. hehe. kalau konsep santai, aku lebih suka bunga tulip, lili dan carnation *OMG aku suke sangat bunga carnation!! yang mempunyai pelbagai ton warna. dan yang pastinya bunga tangan itu hendaklah dari bunga-bunga segar. bunga-bunga segar ni boleh tahan sehingga 8 hari tau.



carnation flower ; scientific name Dianthus
sumber : google

dalam kepercayaan Inggeris, mereka percaya sesiapa (bujang) yang dapat menangkap bunga tangan yang di lemparkan oleh si pengantin, orang tu akan mendirikan rumah tangga selepas itu. :P






sumber : google

aku memang pengumpul gambar bunga tangan since belajar lagi. kalau takde kerja nak buat, mesti google bende alah ni sampai lebam! sebab aku sukaaaaa sangatttt tak tahu kenape. kalau pergi majlis perkawinan, bende pertama sekali aku pandang mesti bunga tangan.


sesetengah pengantin serah je bulat-bulat pada wedding planer atau mak andam. kadang tu aku perasan bunga tangan dorang siap berhabuk hapak segala. tak kisahla bunga plestik ke bunga kain ke bunga pelsu bagai, at least cantek la sikit, bersih dan spray sikit minyak wangi. kehkehkeh kau komplain memang nombo satu azi!. ade sekali tu aku siap lap pakai tisu basah tau bunga tangan member aku tu. kesian beno. tragik kalu di kenang jam tu jugak aku nak buat bisness bunga tangan. kahkahkahh.


tak boleh la salahkan pantin, pantin banyak bende nak pikir. stakat bunga tangan ni ape lah sangat, bende remeh temeh makan sambel blacan lagi bagus dari pikir bunge tangan. ahaha. tapi besok kalau aku kawen, bunga tangan ni paling nombo petame aku pikir. kahkahkah dassaaarr pompuan ni!



sumber : google

aku kalau nampak warna pink tetibe je kena sawan. bunga tangan kat atas ni cantek sangat-sangat. bekenan beno sebab ade pink. aku kagum gila tengok orang buat gubahan bunga tangan, gubahan hantaran. sebab dorang terlalu terel bermain dengan warna. bermain dengan ton-ton warna yangggggg memanggggg aku rase nak gigit satu-satu. :p. aku kalau nampak atok aku tengah menggubah bunga, rela hadap sampai siap. skill atok aku tu nurun jugak kat aku, dulu masa pertandingan gubahan kat skolah aku juara ok. gubah tuala mandi. gigih blaja dengan atok mase tu. jadi la bunga 5 kelopak. kahkahkah. sekarang suruh menggubah booleh la stakat tuala jadi kipas, jadi tilam, jadi sampan janji tuala. hehe


tapi zaman moden sekarang ni, ramai pengantin mengambil pendekatan untuk memodenkan bunga tangan ni. camne kekdah memodenkan bunga tangan?


mereka menggunakan kain felt bagi membentuk bunga. cantik pon cantik jugak. jom cikidaout!



sumber : google

dari segi material, ada yang menggunakan 100% kain felt lepastu di tambah dengan aksesori seperti butang, pin bunga, rama-rama etc. semua tu mengikut citarasa sang pengantin. ramai kot yang bisness bende ni antaranya sekocinorlie hasil tangan beliau sangat cantek dan tertarik hati iolz harga pulak setanding dengan gubahan kecantikan etc.. pendapat mereka, bunga tangan jenis moden ni boleh di simpan sebagai kenang-kenangan lagi pulak kalau bunga fresh flower tak boleh tahan lama.




cantik bukan???

kalau tanye aku nak fresh flower atau pelsu flower, aku pilih dua-dua. sebab aku tak boleh diberi pilihan. hahahahahahahahhaaaa..... jap aku verangan, fresh flower masa sanding je la kowtt. pelsu flower time outdoor photoshoot. panas-panas gitu nak fresh flower kang kuncup xlawo gambo kawen kau azi....*saitooonnn semua ni azi! bawak istirfar. jauh lagi pejalanan kau...mihmihmihhhh. eh, cop-cop hado pulak outdoor photoshoot bagaiiii??? bajet retis lettew~ :-x


pilihan, minat setiap manusia tu kan berbeza. kalau semua sama minat, alamat esok kau bukak album kawen aku tetibe nampak gambar kau yang bersanding padahal album kawen aku tu. paham x paham x..haha aku pon dah pening pasal bunga tangan ni. baru bunga tangan. ni belom bunga yang kat pelamin tu, bunga telor, bunga manggor, bunga gubahan kat dulang hantaran, bunga rampai, bunga kat meja makan, bunga kat meja makan damai, bunga kat meja potong kek, bunga kat pintu gerbang, bunga kat khemah, bunga orang rewang, bunga kat hadiah cabutan bertuah, bunga - bunga- bunga.... hoii banyak ghupernye nak kene pikir pasal bunga ni. sabo yo la!


haha.


Thursday, October 24, 2013

RESEPI: AYAM UNGKEP

haiiilo..hari ni baru nak publish resepi baru setelah berminggu duduk dalam 'draft'. haha


lame dah sebenarnya nak share resepi ayam ungkep yang menjadi pebret ahlil keluarga aku. even aku tak geti masak kari, aku geti je masak mendealah len. haha

ayam ungkep ni sebutannye : aung ; kerp. memang fofular di kalangan masyarakat johor terutama sekali Jawa. lauk pauk jawa ni kalau di listkan sampai singapore pon tak abes. hehe. ayam ungkep ni paling ringkas dari segi bahan dan cara masak. kira orang yang buta kuali pon geti je nak masak lauk ni. sebab mudah la khoot! aku blaja 2 minit je. .



ni la ghuper sebenar ayam ungkep dalam kuali. mendidih-didih kau tahu! gigih ni aku berlari ambil henfon semata nak snap gambo ni. wakaka. lepastu takde presentation daun sup, daun bawang bagaiiii... :p


ok lets move to kekdah pembuatannya.

untuk 1 ekor ayam.

BAHAN

3 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
10 batang cili api kampung
1 inci halia
1 inci kunyit / 2 sudu kecil kunyit serbuk
2 batang serai
1 keping asam keping / 1 sudu besar air asam jawa
garam secukup rasa
minyak masak

KEKDAH

1. semua bahan basah kat atas di kisar lumat (bawang-bawang, kunyit, halia, cili api).
2. panaskan kuali dengan minyak.
3. masukkan bahan kisar tadi. bersama-sama dengan serai. tunggu sehingga pecah minyak atau naik bau sampai terbersin. makesure lada tu masak betul-betul kang maratoon kau ke jamban. haha.
4. lepas lada dah kering baru masukkan ayam. ayam ni kalau boleh di potong kecil-kecil. cepat sikit masak. cepat sikit makan. cepat sikit kenyang. :).
5. lepas masukkan ayam, tutup kuali dengan penutup kuali, pakai tutup periuk pon ok. kampong kan. :).
6. lepas 5 minit boleh la  jengah kat dalam tu. tengok ayam tu dah mengeluarkan air sikit. lepastu baru tambah air agak-agak nak kuah banyak. kalau taknak, letak sikit je pon ok. nanti kuah ni akan memekat.
7. kemudian, terus je masukan garam, dan asam keping/asam jawa. tutup balik kuali tu dan tunggu sehingga masak. lebih kurang 20 minit macam tu.
8. SIAP!, makan!

sebenarnya dari segi bahan, ikut pada selera masing-masing. aku punya resepi ni macam moden sikit la. mungkin sebab femly ibu aku jenis urban. kalau ikut femly belah abah. arwah nenek aku dulu ada guna jintan-jintan dan lain-lain rempah ratus, santan pon ada guna tapi jenis yang pekat tu. tak berkuah sangat macam masak lomak.

kalau di peratikan bahan masak yang aku guna ni pon lebih kurang bahan masak ayam lomak cumanya takda santan. cubalah menu jawa ni, anda pasti tak nyosal!. sebab sangatttt mudah. dahlah mudah, sedap pulak tuuu hoiiii melehlehleh ayor lio kawe. lauk ayam ungkep ni memang menu wajibul masak dalam femly aku. tak macam kari. kari ni setahun sekali kot dapat makan. tu pon time raya. tu pon time makan kat kedai. hehee

so, selamat mencuba. tolang la cubeeeee sebab sedapppp!!

hahaa.


IDEOLOGI ATAU FAHAMAN ORANG-ORANG LAMA.

hai, hello...

thanks for reading this berjela-jela entry tapi bermanfaat! :)

Orang-orang lama dahulu kala, memang banyak ideologi karut yang di anggap sebagai salah satu cara mendidik anak-anak dara. mereka supaya lebih sopan dan tahu menjaga penampilan diri. tak kisah la anak dara ke anak bujang ke.  ia juga boleh di anggap sebagai satu fahaman orang lama.

ideologi disini bermaksud mengikut wikipedia, merupakan  sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang.

fahaman pula membawa erti dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman iaitu 'pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara'. fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi. 

perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah pemikiran seseorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. manakala ideologi, adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia.

*hasil wikipedia.

ideologi orang lama atau orang tua-tua ni mungkin untuk puluhan tahun lepas atau mungkin sudah beratus tahun yang dulu. sehinggalah sekarang ideologi itu masih dikekalkan oleh sesetengah generasi.

apa yang aku nak sampaikan ini mungkin akan menimbulkan perbalahan. sebab kepercayaan karut disama ertikan dengan khurafat!. namun, kita sebagai manusia ISLAM yang bertuhankan ALLAH hendaklah menolak kepercayaan karut ini dengan menganggap perkara yang terjadi/berlaku adalah KEBETULAN segala hal yang berlaku adalah atas ketentuan ALLAH.

antara 'cakap-cakap' orang-orang lama :

"jangan duduk kat depan pintu, nanti lambat kawen"

"jangan nyanyi masa memasak, nanti kawen dengan orang tua"

"jangan makan dengan pinggan bertatang nanti.........entah ape aku tak ingat

"jangan duduk kat tangga....

"jangan makan kat tangga...

"jangan lalu bawah ampai baju...

sebenarnya banyakkk sangat ideologi orang lama-lama ni. ibu aku cakap kite jangan percaya. orang-orang lama suke cakap macam tu atas sebab nak takut-takutkan anak-anak dara dorang. bile dorang takut sekaligus dorang tak buat. sekaligus juga anak dara dorang jadi tertib dan tahu jaga tingkahlaku etc.


tapi, kita yang muda ni, bile kene tegur dengan orang tua contohnya, "nak, jangan makan depan pintu, nanti kau lambat kawen". kita yang muda janganlah melawan dengan menggeluarkan fakta-fakta atau logik atau nas-nas, hadis-hadis kat orang tua tu. ikutkan sahaja kehendak orang tua tu dengan niat kita sendiri nak jaga tingkahlaku. bila difikir secara logiknya, kan tak elok anak dara makan depan pintu nanti orang pandang cakap ape la. tak molek k anak dara makan cengitu. ce duduk molek atas kerusi.


sesetengah orang-orang tua yang terlalu mempercayai ideologi karut ni, biasanya kehidupan mereka penuh dengan pantang larang. banyak pantang larang kene ikut. contoh, kalau orang dalam pantang lepas bersalin. tak boleh jejak tanah 44 hari, tak boleh makan dengan nasi bertambah nanti ade effect pape kat anak *tak ingat ape. sebenarnya ianya adalah karut sama sekali. cuba kita perhatian, orang zaman moden sekarang ni dalam pantang pon still boleh shopping. sebenarnya, maksud orang tua tu ialah, nak kita betul-betul jaga aset kita tu, kang 'tekoyak' atau terbuka jahitan bersalin atau bentan, meroyan etc. bentan ni maksudnya tumpah dara masa dalam berpantang. dalam keadaan berpantang ni kan diri tu jadi kotor maka senanglah bende-bende 'sesuatu' ni masuk. khononnye la.


yang pasti ideologi atau fahaman orang lama-lama ni takkan pupus selagi mana ada generasi yang taksub untuk mewarisi 'cakap-cakap' ini. tetapi selagi mana 'cakap-cakap' ni tidak berakhir, kita yang muda urban katenye, kene pandang setiap kejadian tu dengan positif. buang ion-ion negatif. bila terlalu banyak ion negetif dalam diri, tu yang jadikan diri kita lemah sekaligus hilang pedoman, lalai, takda semangat, takda keyakinan diri. tu yang terus nak percaya cakap orang-orang lama, contohnya gini, "agaknya dulu aku banyak kali makan depan pintu, tu yang berat jodoh!". semoga kita semua dijauhkan dari sifat negatif. kenapa perlu mempersoalkan segala kejadian yang sememangnya kita sedari bahawa kehidupan kita, jalan hidup kita, rezeki, jodoh, hidup, mati semua sudah siap tertulis sejak kita berusia 4 bulan dalam rahim ibu lagi. jadi jalani kehidupan ini dengan tenang dan positif lah Malaysia!. ekehkehkehh. bak kate Prof. Dr. Muhaya, reset minda, audit diri!


Wallahu a'la... ("Dan Allah lebih tahu atau Yang Mahatahu/maha Mengetahui")










Saturday, October 19, 2013

SECRET RECIPE DAN ESCAPE PLAN.

hai, hello..

line internet hari sabtu memang hiba. sedih dengar justin timberlake tergagap-gagap. muehehehe.

ekceli baru berkesempatan nak tengok citer escape plan ni. kebetulan semalam macam nak bersenang lenang, kaki pon gatal nak jalan. so plan la dengan BFF. sesudah azan baru gerak. tu pon terasa awal beno keluar rumah. haha. b4 ni keluar lambat, nah kau bebaris panjang. letihh kaki, nasib baik mase tu ade kamal adli, tak la stress. kali ni keluar awal sit dah hampir penuh. terpakse iolz duduk tepi-tepi. hehehe.

lepas book ticket, ade masa 1 jam free. so, kite makan leeerk dulu. BFF pulak ajak makan kat Secret Recipe. sebab die suke gila dengan special beef noodles kat SR tu. aku tak bekenan kalau bab makan kat SR ni. tak berkenan dari segi food menu die. tak menarik hati iolz. pastu adik aku labelkan SR ni lokek gula dan garam. die punya makanan tak la berasa sangat. pastukan nak ngumpat ni, presentation je lawo kemaiinn. bhahahahahahaa. well, ni pandangan kastemer...



Chic. Parmigiana ni idok la sedap mane pon. dah tahu tak sedap, tapi nak order jugakkk. bukan tak sedap beno la. cuma muak yang teramat-amat. nasib baik share dengan BFF. mungkin koloborasi antara ayam dengan cheese mozarella macam tak sesuai. macam makan pizza edisi ayam. ce, bayangkan. wedges ok la sedap. salad dengan tomato ceri ni buat ilang rasa muak je. menu baru SR Special Beef Noodles tu nampak macam sedap. tapi bagi aku so-so je. sebab bau lembu plus ade perut lembu sekali dalam tu. cepat muak dan berbau jugak. lepastu aku rasa satu panggung bau lembu. haha ni keje si su tu la nak sangat!. yang aku boleh telan dekat menu SR ni cuma mee kari dan tomyam die sajo. steak-steak bagai tu toksahlah try. mihmihmih. statement kauuuuuu azi oiii!


green apple celery ni memang sedap.  rasa fresh dan tak manis. just nice dan sangat kena dengan anak tekak aku. :)



lepas makan lantas ke panggung. 

aku review sikit la citer Escape Plan. jalan cerita tak la keras sangat. berupa santai-santai, bergelak-gelak jugak. lawak pon boleh tahan. Ray Breslin watak utama yang berjaya! die ada agensi tersendiri yang menyiasat dan mengkaji tentang kelemahan sistem sesebuah penjara tu, siap buat buku ok!. untuk tugasan yang terakhir, beliau di upah untuk meloloskan diri dari penjara yang di cipta seorang manusia yang mana, manusia ni bina penjara berdasarkan  buku Ray! dan manusia ni konon-konon dah terel sangat lettew!. lepastu yang sedihnya rakan kongsi Ray belot. die memang sengaja nak Ray terus di tahan dalam penjara yang memang tak mungkin Ray berjaya larikan diri. agak-agak macam mana Ray nak keluar dari situ ek?. banyak konflik yang timbul dalam penjara tu. akhirnya Ray berjaya jugak keluar! dengan kemahiran dan kesungguhan daya kretiviti daya macam-macam daya die ade. haha! memang super ohsem la cerita ni. aku nak cerita lebih-lebih nanti korang tak syok pulak nak layan. heheeee. aku dengan beraninya cakap NAK TENGOK LAGI!!. sebab aku suke gila movie yang berunsur action, bom-bom, tembak-tembak, mati-mati ni. baruuuuuu HEBAT! 


haha. k.bai~


Friday, October 18, 2013

TETAPLAH SUKA APAM BALIK YANG DULU DULU DULU TUU....

hellllloss senyum-senyum semua..
ade mase sikit ni nak edit entry baru before publish. ehehe...






malam tadi aku termimpikan Hanis Zalika ok. tapi aku sedih dalam mimpi tu aku langsung tak boleh nak ambil gambar dengan die. sebab tah kenapa tetibe je camera jadi blank. padahal si Hanis tu dok rapat-rapat dengan haku. dah la malam sebelomnya aku mimpi berpimpin tangan dengan Jang Geun Suk. kami berlari-lari di Melaka Central sebab nak beli tiket balik Kluang. wakakaka ape la point sebenar mimpi aku ni weih!!


BTW, hari ni terdetik nak story balik pasal my pebret food. tetap menjadi pebret sampai tua. terdetik nak story lepas puan ezzy kite tu cakap pasal apam balik. terharu kite sebab beliau hingat. :). lame sangat tak stori pasal apam balik ni. khonon-khonon dah dewasa la sangat sampai tak perlu nak stori bende yang di anggap nonsen ni. kekkehkeh..kalau jumpe puan ezzy ni opkos kite banje apam balik. janji ni janji.. :)


Apam balik akan terus menjadi pilihan utama. aku memang pantang la kalau nampak orang jual apam balik kat depan bank ke, depan kedai, sebelah kedai goreng pisang ke. memang gatal je tangan ni nak p beli. sanggup tunggu beratur berderet-deret. kalau kene dengan tekak ok la. kalau tak kene dengan tekak alahai membazir sangat kat situ!.


beberapa tahun lepas, aku memang biasa dengan sorang pakcik yang jual apam balik ni. oleh sebab beliau dah uzur, anak die pulak macam nak tak nak berniaga. aku rasa merajuk lama la jugak dengan apam balik. sebab tak jumpe apam balik yang sejibik macam pakcik tu buat. tak same macam kat pasar, tak same macam kat depan bank tu. hati memberontak mase tu nak belaja buat apam balik!. kahkahkah ayat derama.


rajuk aku terubat bila aku terperasan ade sorang pakcik ni jual apam balik yang unik dekat Perling, JB. bukan jenis yang kering dan bukan jenis yang basah tu. die macam mix. tak keras dan tak lembut. macam mana nak explain pon aku tak tahu.


aku pandang lame-lame gambar ni sebaldi dah air liur aku. hahaaa


apam balik pakcik ni tersangatlah sedap sehingga sanggup aku pergi perling semata-mata nak apam balik pakcik ni. dasar pompuan ni!


kat kampung aku ade jugak pakcik jual apam balik, dulu aku suka sedap gila kot. tapi la ni macam da kureng la. kejap rasa pahit kejap rasa tawar. sadis aku. apam balik pakcik ni dah di makan dek usia barangkali. ngeh!


lepastu, aku ade jumpa satu lagi tempat jual apam balik yang ohsem!. kalau orang Batu Pahat opkos la tahu tempat ni. sebab aku pon biase beno lalu tempat ni. orang panggil APAM BALIK KUBUR. sebab orang ni meniaga betul-betul depan kubur kat Peserai, BP




apam balik kubur ni memang special!. sebab die creamyyyy yummehhhh!!. sumpah sedap gila. macam makan burger cheese leleh tu. tapi ni edisi apam balik. idok la letak cheese, aku pon tak tahu ape yang membuatkan apam balik tu jadi leleh. hoii meleleh leleh air liur aku ni!. inti die sarat dengan jagung, kacang, mentega. memang tak lokek la senang cakap. kalau kau pergi kat sini, panjang gila orang beratur. sanggup tunggu dengan bahang panas. ngadap kubur lagi pulak. ekehkeh.


sekarang ni, kalau di perhatikan kat pasar la terutama sekali. banyak sangat apam balik yang rare. hehe. apam balik kepala, apam balik kacang merah etc. hoi! tak boleh terima aku. haha. tak teringin pon nak cuba menu-menu baru tu. aku suke yang classic. i memang old taste u olz. mihmihmihhh


tapi walau hebat mana pon apam balik mereka-mereka ni. aku tetap rindu dengan apam balik pakcik yang dulu-dulu tu. sebab pakcik tu baik, iklas. lagi pulak kalau aku datang kedai pakcik tu, aku suke buat die pening. hehe. aku suke buat sendiri aku punya apam balik. letak kacang banyak-banyak plus jagung banyak-banyak. aku tak setuju tau jagung tu letak sikit kat bahagian tengah. ape lah salahnye letak kat sekeliling apam balik. baru la makan tu berasa. heheee mandaii je kau azi!


tetibe teringat kisah lame, dulu ex-bf aku panggil apam balik ni pancake! apesal kau bando sangat ha!!


hahaa.


Thursday, October 17, 2013

CERITA HARI RAYA KORBAN. LEMBU TAK LARI PUNYA.

hai, assalamualaikum..

salam hari raya haji yang ke tiga hari. hari ni baru naik kerja u olz. hoi cuti 5 hari liat sungguh nak bersiap pergi kerja. emang dasar pemalas. kihkihkih.

naik kerja kok terusan dapat memo kene pegi kursus. haku dengar perkataan kursus ni trauma betui. adeh takpe turuti aje.

sempena Raya Haji ni banyakkk sangat dapat berita gembira.... gembiraaaa beno. salah satunya berita dari ofis. alhamdulillah dapat tender baru buat Masjid. alhamdulillah sangat-sangat macam tahu-tahu je tahun depan aku nak bonus banyak-banyak. wakaka. insyallah semoga projek kali ni diberkati Allah. bos aku mesej malam raya suruh buat sujud syukur. gigih aku buat sesudah masak memasak. :)

aku pon taknak cakap banyak. kali ni entry penuh dengan gambar. raya Haji kali ni kami sekeluarga bersepakat beraya aje kat rumah. sebab abah banyak program korban kat masjid dan taman. so, we all bergotong royong la masak raya konon-konon.

as usual, bila di tanye dekat adik beradik 'raya ni nak masak ape?'. sorang nak daging kicap. abah nak ayam masak lomak. yang lain semua tak kisah. dan yang paling bestnye semua nak nasi putih taknak ketupat, nasi empit. hey! dorang ni tak tahu ke hari raya tu makan makanan raya ler. tensen aku. aku je yang bersemangat waja nak berayo. hahaa gile pompuan ni!

so, we all yang gegurl-gegurl ni pon masak la makanan raya edisi menu harian. gituewww..hokaloh!



ayam masak lomak request by abah. made by ibu+kakak


daging kicap request by afiq haziq. made by ibu+kakak


daging goreng kunyit request by abah jugak. made by ibu+kakak


aku tak tahu nak panggil lauk ni dengan name ape. sebab macam sambal goreng tapi macam pelik. yang penting request by abah. made by ibu+kakak


sayur campur -brokoli+bunga kobis+kacang pea+lobak+cendawan+kobis. 
request by me. made by me. haha. last minutes planing ni. sebab aku terperasan tak menyumbang ape-ape lauk pon. kahkahkah.


eh cop-cop aku urus menu dessert ok. oleh sebab, bukan senang adik beradik nak berkumpul, maka dessert aku nah kau macam nak bagi puaka makan. hahaa. takpe bawak bekal balik ke destinasi masing-masing ye. 


ice jelly+buah campur


puding laici siap dengan air laici. rajenn kak tonn. kalau nak nampak banyak tips die adelah, isi sikit-sikit dalam satu bekas. haha! dah name pon dessert kan ape hal kau nak makan banyak-banyak.


choc. moist cake sampai 2 bekas. permintaan tinggi ni. ehehe!


buah campur+mayo. apple+pear+lai+stoberi


juga ice cream bertingket-tingket. magnum mini tak jadi rebutan pon. aku je yang over. cornetto mini tinggal seketol tergolek-golek takde sape nak makan. biasala bende kalau tinggal satu memang orang buat tak nampak je. cube kalau banyakk. berebut-rebut pulak. vanilla+choc aiskrim makan dengan kek coklat. syeedap. sampai lupa 'eh diet ek?!'


lepas solat raya dan sesi makan-makan. segera pulang ke kampung. sebab dah janji kan..ade korban 2 ekor lembu. so harus la nyebok kan diri. :p

sesampai rumah atok, harus membedal dulu. ayat membedal tu dah rupa pelahap pulak. eh, aku makan sikit je tau. dahayet ok!


mee bandung made by mokde femly fresh from JB. :))




sebenarnya nak cakap kereta jadi pasar. hehe

yang raya kat rumah atok, mokteh+acik+makdeq femly. so, makcik-makcik ni masak la menu raye. yeah! dapat jugak feeling raya dengan sambal goreng, sayur lodeh, kari ayam etc. *adik beradik aku kalau dapat kari time raya memang heaven. sebab ibu memang tak masak kari sebab kan kan kan abah tak makan kari. jadi secara otometik aku tak geti masak kari. muehehe mohon bakal laki tak suke kari. :p


ok, tutup cerita pasal makanan. sekarang beralih kepada ibadah korban lembu ye. tahun ni femly besar aku korbankan 2 ekor lembu. satu ekor 7 bahagian dan nama. sekali gus dengan akikah sepupu paling kecik Zaydan. name glamer Mat Idan. sebab beliau terlalu comel dan muke manis yang sentiasa tersenyum je macam retis pon ade gok. :)). 


mat idan yang cool



lembu-lembu ni dah selamat di sembelih di Sungai Linau, Simpang Renggam. siap dilapah dan dipotong beberapa bahagian besar di bawa pula pulang ke rumah Atok. tepat jam lepas zohor sampailah pakcik dan Atok aku kat rumah. yang kat rumah ni dah stanby siap-siap kanvas, tali, parang, kapak, semua dah ready! takde dah gosip pasal lembu pak haji Ayob lari lintang pukang. kihkihkihh


kemudian, aktiviti bermula. pakcik-pakcik, sepupu sepapat, adik beradik dan jiran (tok kamsan), juga beberapa budak indonesia yang laju giler buat kerja. hoii tak benapas tengok. gigih sangat!


 papa Mat Idan yang gigih! ''awat besaq sangat''-kedah slag 



amirul fahmi sepupu yang paling terel setakat ini.


Tok Kamsan yang standby dengan mesinnye. hewhewheww



anak beranak nyangkong! :p




atok ku nampak tua. macam mane ni, tak nyumbang cicit lagi. *tetibe




Mat Idan dengan lembu kekah nye..ala, rindu la kat Mat Idan!


yang ni rare!. Tok Kamsan ni kalau masuk Gelanggang Raja Lawak mesti nak duet dengan aku. haha



gigih buat kerja budak dua ni. cepat dan bersih gituew..


usai kerja-kerja pengagihan ni, mokde+acik+kakak dan beberapa pembantu yang lain gigih masak sup tulang. menu wajib kalau berkumpul! nak-nak tulang free-free depan mata. :))






gambar ni bukan gambar mase dorang masak ramai-ramai tu. tapi ni mase ibu masak kat rumah sehari sebelum raya. huhu berbuka sup tulang we allz.. tak nyempat la nak snap gambar masa 'merewang tulang' kat rumah atok tu :p


cuti raya pon satu hari je kan. so, malam tu rumah atok bizi mengemas. makcik-makcik semua nak balik KL, JB, Kluang. so, sebelum dorang balik rumah kene kasi clear. periuk belanga kasi telongkop. pinggan cawan kotor semua kene basuh. mop. atok pon kurang sihat plus sensetip kalau rumah berselerak. hehe.


Selasa tu memang lepak abes. penantnye bebenor. lagi pulak kene anta adik balik Batu Pahat. adoii aku dah jemu dah dengan BP tu. haha statment kau azi!. hope adik lepas SPM ni toksah la mintak UTHM. cari la Batu lain. hahaaa


sekurang-kurangnya Rabu tu aku cuti. so, rehat sepuas tidak. masak pon tak. ibu kate recycle je la lauk semalam. kehkehkeh. petang baru masak asam pedas. nyumnyumm~


hari ni kat ofis, bos suruh bawak balik daging lembu. tahun ni ofis buat korban tu yang agih kat staff. teanjat kite bukak icebox. daging sebanyak tidak. nasib baik aku tak beli eskrem. kalau tak, tak tahu nak sumbat tang mane. boleh jadi eskrem rase lembu moo--mooo--moo..huhuu


pastu terjumpe harta karun ni


ni tak lain, keje si azi lettew. makan tak abes. genap 6 hari dah. tak berani nak tengok isi dalam. takpe kasi kembang padu baru buang. kahkahkahh




ok, thanks for reading this berjela-jela entry!. :))