hai heloo..
Lame tak borak pasal service kereta. Alhamdulillah. Hari jumaat
lepas setel dah service untuk kali ke 9 ke?? Lupe la aku ilang ingatan
seketika. Last aku update major service yang tu kali ke 5. Lepas major service,
ade 3 kali minor service kendian baru major service semula. Haa paham tak. Kira
kau kena spend duit lebih untuk major service. Macam major operation tu…hehe. Ongkosnya
stanby la dalam RM600-700. Stanby sesajer. Kalau minor ni cembese la tak sampai
RM200 pun. Same je kalau sebis kat luar kan… eh same ke. Tengok kedai dan
minyak hitam ape yang kau kehendak. Gitue.
Cembese entry ini, haruslah aku bercerita tentang bestnya
service die Speedway Auto Services Centre S/B kat Johor Jaya. Senang je nak p, dari tepi jalan dah Nampak.
Sederet dengan perodua, kedai tayar, baru nampak PROTON. Nampak macam kecik. Tapik kecil
kecil cili ayam peyet. Service memang terbaik. Setakat aku service la tak
pernah pula dorang buat onar. Aku pun tak pulak nak berpaling tadah untuk
service kat tempat lain. Macam kat Plentong misalnya. Ha situ beso. Main die
kat situ la. Ade sales dan service kekdahnye. Ruang menunggu kat sane pun
hebat. Haha. Eh aku tahu pun sebab dulu kereta aku accident hantar kat sana. Pestime
masuk parking kene marah dengan pak guard. Die suruh parking masuk bontot dulu.
Kau rasaa… haha. Terkial-kial merembes peluh aku sebesen nak meng-ekjas mase
tu. Kau tahu je la orang lelaki punya bagi direction tu macam mana. “Potongg potongg…..minyak
sikit jee” dengan segala isyarat-isyarat cinta..eh isyarat tangan die tu.. Nak aje aku
keluar, potong tangan die. Aku ni terel tau bab parking. Tapi bila pokcik tu
begitu bersemangat waja nak tolong.. terus je aku jadi bodo. Kahkahkah.. tak patut betul pokcik tu memperlakukan aku sebegitue
Ini sebahagian hadiah yang aku dapat sepanjang aku service
kat speedway auto, ade lain kat mane tah aku cempak. Boleh ke kita panggil ia sebagai hadiah?. Bisakah?.. bisa
bisaa bisaaa. Mebi die nak kite setia dengan die? Mebi sebagai terima kasih
sebab menggunakan service die??. Ehkehkehkeh. Ambil je la bende-bende cemni
kalau sendiri beli memang mintak maap la nak beli. Tapi ikut gak korang datang
berapa kali. Kang ade yang bako kereta aku marah punya pasal sebab ko tak dapat
gift cam aku haa. Matila nak.. kalau pastime datang kau tak payah la expect
dapat termos. Setakat keychain ke pen ke gitue. Pastu nanti next time datang hadiah makin beso la. Cam payung,
termos ha cam aku pastime datang dapat keychain. Kekekeke. Pastu pen. Kendian wow
dapat payung besoo. Kendian dapat itu ini eh banyak la.. Jumaat lepas service
dapat teacup tuh.. barang-barang ni semua aku simpan dalam kereta je. Kalau aku
letak kat rumah ibu nanti ibu mengamuk sebab ibu tak suka barang berlambak kat
rumah. Ahahahaahahahahaha. Pangai ibu ni mcam pangai aku la. Aku tak suka
banyak sangat barang kat rumah. Semak macam nyeee. Ade mak-mak orang suka
collect pinggan mangkok hanyun kan? Ibu aku tak ye. Kalau takde lagi bagus. Pakai
je daun pisang.. mampus aku kalau ibu bace ni. Kikiki. Tapi tak la sampai takde
langsung. Adelah beberapa set. Tu pun ibu dah rase semak. Kalau kat rak tivi
lame best. Gobok tivi tu kemain luas orang selalu isi pinggan mangkok hayun
kan? Ibu aku tak ye. Ibu lebih suka kosong je tak payah letak or isi pape dalam
gobok tu.. semakk semakk. Eh aku tak paham la. Hahaha.
*gobok (ongjohor) - lemari is almari is cabinet jugak. Heee
So, sesape yang masih tercari-cari tempat service mana yang
thorbaik die Johor. Area Tebrau-Pandan-Puteriwangsa-taman molek-taman
daya-johor jaya ofcourse and plentong kew. Sila la datang
SPEEDWAY AUTO SERVICE CENTRE S/B.
No. 11, Jalan Rosmerah Satu/1, Taman Johor Jaya (Phase 6),
Johor Bahru, 81100, Johor Bahru, Johor
Service
terbaik. dorang akan explain bende-bende yang patut di explain. macam kitew pompuan memang tak paham, tapi dorang tetap jugak explain dengan sabarnya. haha. Within 3 days after service, dorang akan call Tanya kereta ok ke tak
ok ke amende tak ok. Kalau tak ok, dorang soh datang balik. Simple je. Sesama
menjaga kebajikan masing-masing. Sesuai ke ayat kebajikan tu. :p
darr!
4 comments :
hi
Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
Ada banyak kedai di Klang Valley dan Johor yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Kalau overhall enjin wira auto 1.5iberapa rm Boss
Ada nombor fhond kdai ni tak
Post a Comment