Saturday, September 5, 2015

OFFICIALLY STUDENT BM242.

hai hello..


tak lain dan tak bukan mestilah cerita pasal kes pjj aku. alahai~~


baru semalam aku dapat pengesahan bahwasanya aku dah pun selamat bertukar status program dari AC220 ke BM242. hewww~~


ceritanya, aku dah mohon tukar ni almost a month jugak. dok tunggu fedback dari orang ined. boleh tahan lama. at the end sampailah result keluar pun status aku masih 'unknow'. sampailah semalam orang dok bizi daftar subjek. boleh tahan geram jugak. yelah mane aku nak daftarnye kalau status program masih belum bertukar. aku pun direct call dengan Puan XX. means puan lain dari haritu aku berurusan. fuwhh. sabar je la. dorang cakap, dorang tak dapat apa-apa maklumat pasal kes aku ni. ewah sangat ni.


zapzupzap, puan xx suruh resend balik form tukar program tu kat emel direct die. andddd surprisingly petang tu aku dah selamat tukar status. OMG 24 hours je kekdahnya. so. yang aku tunggu berbulan tu apekehal nye... 


ok, baiklah bersangka baik. mesti mereka banyak kerja. faham..


tahniah la kat diri sendiri sebab dah berjaya tukar ke BM242. gud bye shah alam!! bahaha


ape perasaan tukar kos?. memula gelap mate. bukan sebab darah tinggi ke ape. macam ehhh kenapa finance. sedangkan aku sehidup semati dengan accounting. bhahaha. 2 saat pertama adelah rasa camtu. lepas 3 kali tarik napas baru boleh terima kenyatoan.. :p


ohhh.. cemana dapat hint nak tukar kos?. ngee. memang berat hati nak tukar dari accounting ke finance. apetah lagi accounting tu dah macam darah daging sendiri. dari form 4 kot dah di adun menjadi cinta abadi. heeee

aku sebenonye, ikut je kata hati. tidaklah tak berusaha. aku bedoa sungguh-sungguh sangat minta Allah gerakkan hati aku kearah yang lebih sepatutnya. sebab aku percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. disaat aku dalam dilema 100% Allah dah gerakkan hati aku sikit-sikit untuk terima finance ni. gitu la ceritanya. 


semalam petang jadual dah pun keluar. konsepnya kat Johor ni, koordinator yang adjust sendiri kita punya jadual. tak payah la kau berpinar mata nak pilih sendiri subjek ape, nak susun jadual sendiri bagai. haha aku suka je koordinator yang tentukan. sebab aku memang tak tahu apekejadah semua subjek-subjek ituh. muahahahaha. 


so, sem ni aku bakal ambil FIN420, FIN426, HRM533, TMC401/ELC500. first time nampak code course tu aku seperti biasa. BLANK. hahaha.


so, aku pon bukak EQPS. tengok final exam past sem. omg apakah itu. haha. tapi actually tak lah lari banyak dari accounting. :p aku pun mengerti finance ni macam lebih kepada ilmu banking, urusan loan kot, ekonomi dunia barangkali?. eh sesuailah belajar dalam keadaan ekonomi malaysia ni ye tak? *sedapkan hati.


yang paling tazabar ialah nak masuk kelas TMC (mandarin) wow. impian aku sangat ni.
nak belajar bahasa cina.. weii sukaa. aku banyak dengar lagu mandarin, kpop.....*tetibe
sem lepas patut aku kena ambil arab. kau tahu pompuan bernama azi ni, taknakkk. boleh die cakap dengan koordinator nak ambil mandarin. wakakaka. merepek betul aku ni. :p tu yang dapat sem ni. :) syukur


oklah korang aku tak habis lagi membelek kertas soalan past sem ni. well, untuk korang yang terpinga-pinga apakah bentuk subjek yang bakal korang belajar nanti. bolehlah try test cuba print satu set soalan past sem, belek-belek. kalau rajin google cari jawapan. elok kita persiapkan diri kita dulu. ok.. tips berguna tu! semoga bermanfaat! 

dar..



9 comments :

Wawa said...

tumpang tanya. means pjj akaun bukan la 4 tahun ye? 11 semester means 5-6 year?

azi nur said...

ya betul! makan 5/6 tahun..

Unknown said...

Salam. Boleh tak share mcm mana cara nak tukar kos? Thankyou

Unknown said...

Salam. Boleh tak share mcm mana cara nak tukar kos? Thankyou

azi nur said...

nadzirah boleh downlod borang kat sini
http://www.ined.uitm.edu.my/index.php/download/eform/student-form

borang pertukaran program/mod/kampus

tq

Unknown said...

Salam,
Akak dr diploma sains n bercadang nk smbg pjj degree finance kat jb sbb dekat ngan rumah..tapi akak tak penah blaja prinsip akaun kt skola menengah sbb amik sains tulen..layak ke akak utk smbg stdy finance ni..yg pasti akak sgt suke mates...minta sgt2 pndpt azi yg byk pengalaman ni....tq

azi nur said...

boleh kak..takde masalah.. bolehlah mohon sekarang... gud luck tau!

~Najiha~ said...

nak tanya..... Kalau dapat uitm segamat nak tukar ke uitm puncak alam... boleh guna link tu ke? kena send documents tu kat sapa?

Zuzu said...

Assalamualaikum.. nak tanya ni.. macam mana nak dapatkan buku2 yg digunakan sepanjang semester untuk kos finance ni? Ade tak kenal mana2 senior atau junior kos ni?