Tuesday, September 11, 2018

4 tahun dah buat PJJ kat UiTM.

hello guys..

tup tup lebih kurang setahun setengah lagi nak habis belajar dah wei.

5 tahun 1/2 nak mengabiskan ijazah aku ni.

bapak lama gila.

kalau kawen, dah beranak,

anak dah masuk sekolah siap dah pandai request nak adik. pfftt

kekadang macam tak percaya dah sampai ke tahap ini aku punya kesabaran menuntut ilmu.

pernah travel jauh Shah Alam - Johor suatu ketika dahulu sebelum pindah kampus Johor.

pernah hilang kerja.

pernah kene ganti jam kerja sebab sabtu clash dengan waktu kerja. ingat lagi maseni bulan puasa. pernah nangis dalam kereta sebab hari-hari balik lambat. dengar azan kat radio.. kemain lebat nangis sebab tak sempat beli makanan buka even air pon takde sebab hadap jem hazabb tu. T__T

pernah kene tolak gaji.

pernah kene sindir.

pernah kene pulau.

eh macam-macamla onak ranjau nak menghabiskan ijazah ni.

TAPI

aku sikit pon tak pernah terfikir nak give up.

tau tak kepuasannya datang waktu bila?

bila kau dapat result setanding dengan usaha kau. dengan waktu yang telah kau korabankan. dengan segala penat lelah kau.. itu KEPUASAN hakiki...

aku bersyukur sangat ada family yang sentiasa support impian aku.

ade kawan-kawan yang sentiasa kagum dengan kecekalan aku.

pic : google

aku harap aku dapat grad first class. tamat dengan 3.5 above amin..

doakan kecemerlangan aku di masa hadapan..


xx



Wednesday, June 6, 2018

Nak makan apa buka puasa nanti?

hey!

dah beberapa hari dah kempunan kuey teow goreng kering-kering banyak udang.. tak tau sape boleh masakkan. kalau tetibe teringat meleleh leleh air liur aku.

masak sendiri? itu macam mustahil. haha!

ade satu kedai ni aku suka sangat die masak tu kering-kering takde udang just togeh dengan kucai. tapi sedap die ya Allouh sedap nak matik makan pulak dengan sambal telor puyuh serius rase nak penampa orang sebelah sebab sedap sangat. sambil menaip ni sambil menjejes air liur. ni kira makroh ke ape ni. tapi pakkal je akak tu jual sarapan pagi. time puasa ni memang die tak meniaga, sebab nak beribadah katanya. hehe

lepastu kan.

tengah-tengah buat kerja papp teringat kuey teow goreng! terus google gambar beliau.

aku paling suka yang kering camni. lepastu kicap die nais je. tak pekat tak cair. paling penting kuey teow die... tak kecik tak lebo. sedang elok je size die. kalau letak udang tu biar yang gemok-gemok bogel.. sebab malas nak kopek satu satu hehe. oh memang tak makan togeh tapi wajib letak sebab togeh ni buat sedap je. kang bila makan kita bedah satu satu tepi kan hihi



kat PARAM tu memang la banyak. tapi tu la aku idak gemor pergi ke param. tak tau kenape. mungkin sesak dan mungkin semuanya aku tak berkenan lepastu dah la mahal. korang tak rase mahal ke?. kuih takde dah singgit tiga ketul semua main dua hinggit lima ketul, makannya aku sorang je. dah tu dari 5 ketui tu dua ketui je yang boleh makan. yang lain semua asal boleh buat jual jek dorang tu. malas nak cakap lelebih. so aku memang tapau kat kedai je selalu. pusing-pusing tu je la menu aku. ayam penyet hehehe.

gambar ehsan : google





Saturday, June 2, 2018

Ramadan 2018 Day 17 : hello!

Assalam....

serius lama tak update... selamat berpuasa dan selamat hari raya juga..

lama tak cerita pasal PJJ

jangan ade yang pikir aku dah give up dengan PJJ dah la..

aku masih ber-PJJ tau. alhamdulillah Sem 9 dah. kalau ikut kira-kira aku

dalam tahun depan grad dah. insyallah doakan aku tau!

diam tak diam dari 2014 sampai sekarang ni gigih juga share dengan korang pasal PJJ.

aku rajin je baca komen korang. cuma yang bertanya tu kekadang lambat sikit nak jawab.

since aku dah bertukar tempat kerja baru and work schedule amat lah padat so memang agak

menghalang masa untuk update blog.

aku masih lagi terus menerus membuat mind maps. haha tu pon nak cakap.

well ade yang tanya gak. "best ke kak buat PJJ. kite pon teringin jugak nak PJJ."

BOLEH!

meh aku share kan tips patut atau tidak korang buat PJJ.

1. lihat potensi diri : kalau jenis yang ikat kain merah kat dahi tu di alu-alu kan buat PJJ sebab korang jenis ni memang kental.

2. time management : ini selalu sangat aku cakap kat korang kan. buat PJJ ni.. time tu macam gold. everthing is like impossible to do but you extremely must!

3. jimat : kalau korang pikir korang ade KWSP akaun-2 korang dah selamat. haha! silap tu sebab lain-lain perbelanjaan kene kira gak.

contoh harga buku yang beratus-ratus tu.

lepastu kene beli financial calculator yang harga die sekarang cecah RM190.

lepastu pikir gak cost nak pergi kelas, buat assignment kat luar, kene ambil AL/UPL kalau ada program yang kelas korang buat. kekadang lecturer ni bagi assessment mark bukan based on paper report, quiz, test etc. korang kene bersosial gak untuk dapatkan another percent assessment. contoh? malas nak cakap. hahahahahha lain kali cerita.

tu belum korang tak datang kelas lepastu ade test korang tak de. dah pulak kene pergi Segamat buat test. hahaha tough tak!

4. mindset and commitment : buat PJJ kat uitm ni bukan macam lain-lain U. modul korang belajar dari segi test, quiz, assessment semua sebijik macam full time student. so pls jangan imagine PJJ ni mudah.

kalau nak jadi the best korang kene usaha lebih. sebab kite memang tak boleh expect lebih dari lecturer. imagine satu subjek korang cuma ade 14 jam less or more dengan lecturer satu sem tu. 14 jam korang divide 7 chapter so satu kali pertemuan paling sikit pon 2 chapter sekali hadap. tu belum ambil kira test kat kelas. lepastu subject calculation lagi imagine je la. ekekeke. so pls set kat minda PJJ bukan perkara suka-suka.

ape scary beno tips aku tu. bukan nak takutkan korang pon... tapi ini semua reality.. percayalah semua ni akan jadi kenangan paling manis lepas grad nanti!! #roadtograduationday :p


aku terpaksa la cerita real life. sebab aku rasa sangatlah sayang tengok junior aku yang mudah give up. putus di tengah jalan......


aku harap sesiapa yang nak buat PJJ sila la perform dengan baik. pendapat peribadi aku....
PJJ memang gila.