Friday, July 26, 2019

Hari Yang Mematangkan Diri.

hai!


sebelum korang terpikir untuk sambung belajar, korang mestila ade satu matlamat. kan?
let say matlamat korang :
1. nak naik pangkat, atau
2. nak upgrade diri sendiri

kalau tanya aku sendiri, aku memilih untuk meng-upgrade diri sendiri.

hidup kita mesti ada satu matlamat, sama macam belajar. the day korang register as part time student ni, korang dah pun selangkah untuk mengejar matlamat korang tu. cabaran jadi student part time ni tersangatlah banyak. korang pon tahu istiqomah tu susah kan. sama je macam jadi student part time ni. banyak perkara yang tak boleh dari boleh. dari segi pengorbanan ni korang jangan cakapla. tersangat banyak perkara yang korang kene korbankan. dari sekecil-kecil perkara ke sebesar alam. bukan setahun bukan dua tahun. paling singkat pon aku dengar 3 tahun. macam aku 5 tahun termasuk kes tukar course. nak cerita pasal pengorbanan dan ujian nak tuntut ilmu ni, memang banyak tersangat-sangat.

ni antara kenagan aku la. kene tulis jawapan aku kat white board! antara subjek FIN yang susah gila namati.


Tahun 2014 bermula semester pertama aku jadi student kat UiTM Shah Alam. hari pertama masuk kelas aku tak kenal sesape pon. memang readah je aku. oh ye. hari pertama tu aku menapak dari hotel sebelah tutti fruity (hotel budget je wak lupe aku name hotel tu. yang aku ingat aku duduk situ 3 hari 2 malam dan hotel ni sangatla tak best haha), naik jejantas, turun jejantas sampai pondok polis bantuan, aku tunggu kawan aku pickup. eh tetibe ade kawan. haha. tak maksud aku kawan yang mcm kawan bestfren gitu bhaha k. tak lawak,


kawan yang pickup aku ni kan aku terserempak mase nak buat kad matrik haha.  chit chat kejap je wei dalam lift lepas tu die tahula aku dari Johor dan die dari Klang tak silap aku. lepas tukar contact number aku ade la menyatakan haserat nak mintak tolong die pick up aku kat situ. maseni aku tak familiar lagi dengan suasana kat sana hiks! malu ittew wakk habis kelas hantar sampai depan hotel. tqq awak kalau baca ni!


untuk first seminar/kelas tu setel dah. second and next seminar nya aku duduk Kajang rumah Mokcik aku. sampai je TBS dari Kluang atau dari JB terus naik KTM dulu tak geti beli tiket KTM.. syiling besepah wei bhahaha. next coming tu aku bawak touch n'go aku bhahahaha aman idup.. idak geti aku nak guna bende alah tu. so, naikla aku KTM sampai stesen Kajang. sesampai je kat stesen kajang tu, mokcik aku pickup sebab selalunya timing aku sampai around 1:30 - 2:30pm hari Jumaat memang helok timing ni sebab mokcik aku cikgu, lepas balik sekolah terus je pergi jemput aku.



hari sabtu pagi tu, while seisi rumah sambung tido (Sebab hari cuti ken) aku pon pergi Shah Alam drive kereta mokcik aku. dari Kajang tu dalam jam 7:30pagi sampai Uitm dalam 8:15 camtula. Pemberitahuan : jalan lenggang hari minggu :p. mase aku kat UiTM Shah Alam aku amik 5 subjek tau!. kelas dari 8 pagi sampai 6:30 petang. dari Shah Alam pepetang tu balik Kajang memang trauma la wei. kau pun tahu jem die macam mane hari minggu kan. aku ingat sangat jem rabak mase Running man datang KL. pergh kebas kaki pijak pedal minyak dengan break. haha

alhamdulillah dah pindah kampus P.Gudang. kurang sikit dugaan.

banyak jasa mokcik aku tu tau. tak terbalas aku. pagi-pagi kekadang dah siapkan bekal untuk aku siap satu botol tupperware air minum plus air panas. balik je dari kelas, aku melantak pulak makan malam. bhahahha. memang mokcik aku ni mokcik paling baik dalam dunia. aku doakan keluarga mokcik aku selalu dalam rahmat Ilahi dan dimewahkan rezekinya sekeluarga. adoi baik sangat keluarga ni cannot describe aku terlalu terhutang budi. keikhlasan tu terasa sangat.


mase aku syok-syok dengan kehidupan sebagai pelajar part time ni, aku di uji dengan satu perkara yang sangat-sangat besar untuk aku. masetu lagi beberapa hari aku nak menduduki final exam yang pertama!

apakah perkara itu?

patut tak aku buat part 2?. aku rase panjang sangat dah aku menaip ni..

ok la bai! jumpe nanti...


Wednesday, July 24, 2019

Rutin Sehari-harian.

hai!

aku tulis kat sini untuk rujukkan aku masa hadapan. sebab aku suke baca blog aku kalau aku ade time free haha. walaupun dulu kala ayat aku tah ape-ape tapi aku anggap itu normal la. sebab manusia kan ade fasa tumbesaran. bila aku bace entry yang aneh-aneh tu aku assume masetu aku belum matang tak pun zaman remaja yang mana zaman sukar untuk dipahami oleh ibu bapa hehe.

tapi kali ni aku lebih memilih untuk menyusun ayat dengan begitu cantek. sebab ape tau. adelah sorang silent reader aku ni suke jugak bukak blog aku bace entry lame-lame. dah la jadi silent reader lepastu die whatapps aku pulak bagitahu tengah bace blog aku. aku ingatkan aku dah cukup aneh. tapi ade lagi manusia lagi aneh dari aku kihkihkih.

---

biasanya aku bangkit tidor paling awal pukul 6:15am aku bukan sejenis yang suke postpone jam lonceng tu dan bukan jugak manusia yang suke set jam selang 5 minit. sebab aku paling benci dengan bunyi jam lonceng yang berpanjangan. aku bagi contoh, adik atau kakak aku kalau tido suke kunci jam yang lagu die memang 100% korea siap dengan vibrate die perghh. kau bayangkan kakak aku kat tingkat atas. aku yang kat tingkat bawah ni boleh tersentak dengan vibrate die sahaja. hebat bukan... telinga aku memang cepat tangkap kalau bende-bende yang aku tak suke dengar time tido. sebab tu phone aku ade satu lagu je untuk set alarm. baru vibrate je aku dah sedo dan automatik aku off terus. bangkit terus capai tuala bergerak ke toilet. ade orang memang bosan dengan cara hidup skema macam ni. aku tokleh buat apela. dah dari azali aku mcam ni. :p..

lepas mandi, solat terus gosok muka pakai toner disusuli dengan moisturizer. setel dua bende tu, aku draw eyebrow calit gincu kat bibir. setel bab muka. oh ye aku memang idak gemar pakai cream muka apetah lagi bebedak. aku pakai dua bende je untuk muka. toner+moisturizer. pakai dua bende ni je pon aku dah rase lawa sangat dah. bhahaha.

lepas setel bab muka aku pon bersiapla pakai baju tudung seluar last skali stoken. cakap pasal stoken, stoken aku kebanyakkannya dah molor. ni jawa panggil molor. mungkin korang tatau molor tu ape. molor tu getah dah haus/longgar. taktahu negeri korang panggil ape.

biasenye pagi-pagi aku jarang sangat nak on data. aku on data bila aku dah start enjin kereta. sementara tunggu enjin tu panas naik 2 bar, baru aku on data. ha mase nila aku update status aku dengan sekeping selfie yang di ambil sepanjang aku turun dari rumah ke parking kereta dengan sebaris ayat "Morning, semoga hari ini mendapat rezeki yang berkat". kahkahkah!

sesudah enjin panas, maka berlumba lumba la aku dengan bas-bas sekolah, van-van sekolah sekitar taman aku tu. sampai je office, aku terus pergi canteen. bukan nak sarap pon. aku suke pancaran matahari yang menembusi blinds kat canteen tu. memang perfect sangat untuk selfie. maka beratus-ratusla selfie untuk ke sekian kalinya!.

habis drama kat tempat kerja, maka balikla kerumah semula. sejak umur dah banyak ni. aku lebih suke lepak sorang-sorang kat kedai makan sambil tengok Runningman kat phone. tak pon balik kerja aku singgah dobi. tak pon balik kerja terus naik rumah. tak kuasa nak pergi mana-mana. berbeza masa aku umur 20s dulu kan. asal balik kerja mesti panjang je kaki nak pergi mane-mane. sekarang aku dah cukup dewasa kot. asal habis kerja mesti tak sabo nak balik rumah nak rehat-rehat, lepak atas katil on music tak pon baca fixi. kalau aku rasa ade bende nak beli baru aku singgah la memane, Aeon ke, Tesco ke, Ikea ke.

malam aku biasanya kat rumah je. kalau ade kekawan ajak keluar aku berkira-kira jugak nak keluar. sebab aku mementingkan waktu tidur yang cukup. berbeza dengan usia 20s aku dulu. takyah tunggu kawan ajak keluar. aku sendiri yang ngajak pergi tengok wayang ke, lepak ke. haha! tapi sekarang pon ade je la keluar malam-malam. cuma berbeza sangat dengan waktu dulu.

 kalau aku ade tekanan perasaan kat tempat kerja atau aku dalam keadaan emosi terlebih. aku bawak diri aku makan best sikit. 



biasenye hujung minggu aku balik kampong. bila balik kampong memang aku beraksi dekat dapor dari masak bfast, lunch, hi-tea sampai dinner. memang hobi aku masak! kat IG stories aku semua pasal masak memasak hehe.


aku cerita macam aku dah umur 40 je hahahaha

rutin aku tu time semester break je. kalau tak, memang aku 24 jam pikir pasal study je la. kat jamban ke, kat office ke, even tengah tido pon mimpi jawab test lol.

oklah. aku kebetulan free harini dan terasa nak membebel sesuatu. mesti ade yang rindu baca bebelan aku kan. hiks!

baii..



 

Tuesday, July 23, 2019

Asyik tanye macam mane nak tukar kampus je. hmmm

hai..

wow jarang-jarang berlaku dalam masa setengah jam aku update dua entry. kahkahkah!.

ok I make it short!

aku baru jeeee bace semua komen. takla semua sebab aku scroll scroll kebanyakkan soalan yang same.

rata-rata peng-komen ni nak tanya pasal tukar kampus. aku sedikit aneh disini. aku rasa aku dah cerita banyak kali pasal tukar kampus at sini.

first, aku ni student PJJ. tukar kampus untuk PJJ dan FULL TIME student berbeza ya.

kedua, sila baca semua entry aku pasal tukar kampus.

aku males benonye nak cakap banyak kali. kalau tanya aku la kan. korang dah dapat masuk Universiti tu dah kira bagus dah tau. dulu aku lepas SPM tak dapat masuk U pon. menangis gakla. bila dapat masuk PMM. aku idak pernah untuk terpikir nak tukar kampus. getew. budak-budak nowdays kan aneh-aneh. aku pon susah nak paham dorang kekadang. cuba korang menerima sahaja.

contoh paling dekat dengan aku ialah sepupu aku. kau tahu kat mane dia tercampak? nun PERLIS sane. kau bayangkan JOHOR ke PERLIS. dengan dia ni tak pernah duduk jauh dengan family plus homesick teruk macam aku. sekarang, habis pon die belajo insyallah tahun depan konvo. idak pernah aku dengar die sibuk tanya aku cemana nak tukar kampus. ya hadoii.

aku mintak maapla kalau ade yang terase. sebab aku emo. sebab macam tak semena-mena je korang nak tukar kampus. kelihatan aneh untuk aku. hehe

baii..

Semalam Birthday aku. lepastukan..

hailu...

sepatot-patotnye semalam aku nak update something sempena hari lahir aku la kononye. haha!

lepastu entah bagaimana aku malas nak onz laptop-baru-bau-kedai tu. pasalnye aku sibuk nak ngabeskan satu novel fixi ni ha. tanak bagi judul buku sebab buku ni dah lame kot baru sibuk nak bace. aku tahan napsu tunggu cuti sem tau nak bace buku-buku fixi yang aku beli kat BBW sebelum puasa haritu. tak masalahnya tiap kali aku bergelumang dengan studies aku ade je buku-buku baru muncul ek. tak pon promo-promo beli 3 buku dengan RM 50. eh tapaham aku.

okla mehla cerita pasal birthday aku semalam. idakla sambut pon... sembang macam ade event tiup lilin siap belon-belon dengan kek nam tingkat je kan hahaha. aku nak bagitahu jek semalam birthday aku.

tu jek.

bai.