Wednesday, July 24, 2019

Rutin Sehari-harian.

hai!

aku tulis kat sini untuk rujukkan aku masa hadapan. sebab aku suke baca blog aku kalau aku ade time free haha. walaupun dulu kala ayat aku tah ape-ape tapi aku anggap itu normal la. sebab manusia kan ade fasa tumbesaran. bila aku bace entry yang aneh-aneh tu aku assume masetu aku belum matang tak pun zaman remaja yang mana zaman sukar untuk dipahami oleh ibu bapa hehe.

tapi kali ni aku lebih memilih untuk menyusun ayat dengan begitu cantek. sebab ape tau. adelah sorang silent reader aku ni suke jugak bukak blog aku bace entry lame-lame. dah la jadi silent reader lepastu die whatapps aku pulak bagitahu tengah bace blog aku. aku ingatkan aku dah cukup aneh. tapi ade lagi manusia lagi aneh dari aku kihkihkih.

---

biasanya aku bangkit tidor paling awal pukul 6:15am aku bukan sejenis yang suke postpone jam lonceng tu dan bukan jugak manusia yang suke set jam selang 5 minit. sebab aku paling benci dengan bunyi jam lonceng yang berpanjangan. aku bagi contoh, adik atau kakak aku kalau tido suke kunci jam yang lagu die memang 100% korea siap dengan vibrate die perghh. kau bayangkan kakak aku kat tingkat atas. aku yang kat tingkat bawah ni boleh tersentak dengan vibrate die sahaja. hebat bukan... telinga aku memang cepat tangkap kalau bende-bende yang aku tak suke dengar time tido. sebab tu phone aku ade satu lagu je untuk set alarm. baru vibrate je aku dah sedo dan automatik aku off terus. bangkit terus capai tuala bergerak ke toilet. ade orang memang bosan dengan cara hidup skema macam ni. aku tokleh buat apela. dah dari azali aku mcam ni. :p..

lepas mandi, solat terus gosok muka pakai toner disusuli dengan moisturizer. setel dua bende tu, aku draw eyebrow calit gincu kat bibir. setel bab muka. oh ye aku memang idak gemar pakai cream muka apetah lagi bebedak. aku pakai dua bende je untuk muka. toner+moisturizer. pakai dua bende ni je pon aku dah rase lawa sangat dah. bhahaha.

lepas setel bab muka aku pon bersiapla pakai baju tudung seluar last skali stoken. cakap pasal stoken, stoken aku kebanyakkannya dah molor. ni jawa panggil molor. mungkin korang tatau molor tu ape. molor tu getah dah haus/longgar. taktahu negeri korang panggil ape.

biasenye pagi-pagi aku jarang sangat nak on data. aku on data bila aku dah start enjin kereta. sementara tunggu enjin tu panas naik 2 bar, baru aku on data. ha mase nila aku update status aku dengan sekeping selfie yang di ambil sepanjang aku turun dari rumah ke parking kereta dengan sebaris ayat "Morning, semoga hari ini mendapat rezeki yang berkat". kahkahkah!

sesudah enjin panas, maka berlumba lumba la aku dengan bas-bas sekolah, van-van sekolah sekitar taman aku tu. sampai je office, aku terus pergi canteen. bukan nak sarap pon. aku suke pancaran matahari yang menembusi blinds kat canteen tu. memang perfect sangat untuk selfie. maka beratus-ratusla selfie untuk ke sekian kalinya!.

habis drama kat tempat kerja, maka balikla kerumah semula. sejak umur dah banyak ni. aku lebih suke lepak sorang-sorang kat kedai makan sambil tengok Runningman kat phone. tak pon balik kerja aku singgah dobi. tak pon balik kerja terus naik rumah. tak kuasa nak pergi mana-mana. berbeza masa aku umur 20s dulu kan. asal balik kerja mesti panjang je kaki nak pergi mane-mane. sekarang aku dah cukup dewasa kot. asal habis kerja mesti tak sabo nak balik rumah nak rehat-rehat, lepak atas katil on music tak pon baca fixi. kalau aku rasa ade bende nak beli baru aku singgah la memane, Aeon ke, Tesco ke, Ikea ke.

malam aku biasanya kat rumah je. kalau ade kekawan ajak keluar aku berkira-kira jugak nak keluar. sebab aku mementingkan waktu tidur yang cukup. berbeza dengan usia 20s aku dulu. takyah tunggu kawan ajak keluar. aku sendiri yang ngajak pergi tengok wayang ke, lepak ke. haha! tapi sekarang pon ade je la keluar malam-malam. cuma berbeza sangat dengan waktu dulu.

 kalau aku ade tekanan perasaan kat tempat kerja atau aku dalam keadaan emosi terlebih. aku bawak diri aku makan best sikit. 



biasenye hujung minggu aku balik kampong. bila balik kampong memang aku beraksi dekat dapor dari masak bfast, lunch, hi-tea sampai dinner. memang hobi aku masak! kat IG stories aku semua pasal masak memasak hehe.


aku cerita macam aku dah umur 40 je hahahaha

rutin aku tu time semester break je. kalau tak, memang aku 24 jam pikir pasal study je la. kat jamban ke, kat office ke, even tengah tido pon mimpi jawab test lol.

oklah. aku kebetulan free harini dan terasa nak membebel sesuatu. mesti ade yang rindu baca bebelan aku kan. hiks!

baii..



 

2 comments :

ezy.fia said...

ni azi apam balik tu ke?
ke sy slh org sbb dh lame xdtg sni.. hahahaha

azi nur said...

Yeaa ezy. Sahabat blogger ku suatu masa dahulu.. Hahaha. Memang lama gila tak blogging. Sehat keeee... Lame sgt tak BW.