Wednesday, April 13, 2022

Nak belajar jarak jauh pikir dulu baik-baik #1

Sedia maklum aku dah tamat belajar secara jarak jauh pada tahun 2020. Tapi sehingga ke harini belum lagi nampak tanda2 bahawa konvo akan berlangsung dalam masa terdekat ni. 😕

Dah berapa kali tertangguh pon tataula nak cakap ape.

Bila di ingat Kembali perjuangan belajar secara PJJ ni omak aii.

2014 – 2019. Macam takda pengakhiran dia punya berjuang tuh. Fuh.


Aku cuba list kan ape mainan emosi, kepahitan yang daku telan sepanjang 5+ tahun belajar PJJ ni.

  • 1.      Struggle ulang alik JB – Kajang – Shah Alam.
  • 2.       Kena ganti waktu kerja.
  • 3.       Nak final exam sem 1, ibu diagnos kanser tahap 3c.
  • 4.       Dapat pindah kampus Johor.
  • 5.       Pertengahan Sem 2 kene pilih nak pindah balik kampus S.Alam atau tukar course.
  • 6.       Pilih tukar course sebab nak luang lebih banyak masa dengan ibu.
  • 7.       Tukar course from Bachelor Accounting to Bachelor Finance.
  • 8.       Korban masa. Bila dah belajar ni. Every second is about STUDY.
  • 9.       Benti kerja. Takda duit bayar yuran T____T. ibu sponsor 1 sem. Lepastu dapat kerja baru, nak   bayar balik dekat ibu, tapi ibu cakap tak payah. Ibu halal kan. Cry!
  • 10.   Banyak kali jugak tak dapat join majlis kawen kawan-kawan mahupon open house sebab  biasanya final exam masa raya. 5 tahun belajo, 5 tahon jugak tak beraya sangat. LOL.
  • 11   Mase sem 2, kene emergency operate. Tapi gigih jugak datang kelas and drive sendiri!! walaupon sakit namati. Sebab tanak ponteng kelas. Gilo!
  • 12  Bulan puasa tak ingat tahun berapa, pernah tak tido sepanjang malam siapkan assignment. Overload sangat masetu.
  • 13  Stress kat tempat kerja maha dasyat sampai kena panic/anxiety disorder banyk kali tapi masih boleh handle dengan baik kalau tak agaknya daku dah benti belajo. T___T
  • 14  Benti kerja lagikk. Sebab dah sampai limit. Selalu sakit.
  • 15.   Final sem, chill chill je siapkan thesis kat library uitm PG padahal hati gundah gulana sebab dah jobless. Hahahahahhaha
  • 16.   Alhamdulillah seminggu jobless, dapat kerja baru. tapi maseni tak bersedia nak kerja balik. Trauma mungkin. 50:50 nak ke tanak.
  • 17.   Thesis kene reject setelah banyak masa ku luangkan. Dem.
  • 18.   Viva sangat ngeri ya. Serius.
  • 19.   Unofficial grad, kehilangan ibu tercinta.

Setelah semua kepahitan daku telan, Alhamdulillah tamat belajar. Dapat Kerja bagus. Gaji bagus. Kehidupan yang lebih bagus. Aku percaya semua ni doa dari ibu ku.

Al-fatihah Maslinah Bt Ayob//31082020

 

No comments :