Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, May 2, 2014

THE AMAZING SPIDER-MAN 2 : RISE OF ELECTRO

haii...


cuti sehari je kan semalam. ke ade yang nyambung cuti hari ni??. elok la tu uolz sambung cuti. lenggang sikit jalan raya pagi-pagi ni. haha.




semalam first tayangan Spider-man 2!! 
Sape gigih beratur beli tiket??? sape sape sape????...
tak lain tak bukann haruslah AKU dan SU!. tahnziahhh azi!! tahniah sanggup beratur!
beratur sejam! menggila sikit lagi nak meroyan. hahaha. cakap kat diri sendiri jangan give up!. walaupun nampak ramai yang give-up! keluar baris. eeeeee rugiii dah separuh jalan kot. :p






panjang tak panjang ler... mase ni dah separuh jalan. jam 11 kot mase ni. tekad mase ni kalau dapat tiket tengah malam pon aku sanggup datang. haha. seb baik la tiket banyak, masa pon banyak. IMAX 3D hado kalau korang nak tengok. 



akhirnya!!. dapat seat pon ok la. tak patah tengkok. ngam-ngam dua kosong. hehee :))


Full House



kesimpulan....... movie ni memang bestttt gilaaa! tak bosan. tak mengantuk. cuma adelah sekali dua aku menguap. dapat tiket 05.30 petang!. berkampung kat jusco dari jam 10.30 pagi. mane tak sakit tulang. Jusco semalam Full House ok! sesak napas. kat Padini lagi la ade Happy Hour 4 days. kasut baju etc semua muroh-muroh. eeeee sesak napas. Harris pon full house. baru nak berkampung dekat Harris je. kansel. lepaks dalam surau- full house jugak. kesudah lepak kat kaki lima. haha. seb baik movie ni best berbaloi-baloi la penat lelah selama ni. korang harus tengok ye. aku bagi 5/5 bintang!. pastikan korang tak terlepas walau satu saat pon babak-babak dalam citer ni. super best! kelakar dah bersahaja!. tak de kerut-kerut dahi bagai... sempooooiii jeww. 




aku citer sikit la sinopsis die. Electro ni asalnya manusia, name Max cembiasa je macam kita ni. cuma di loner. kesian. kene buli je. padahal die paling penting kot dalam Oscorp. sebab die yang mereka sistem grid elektrik kat bandar NY tapi di curi oleh orang yang selfish wtfishh wtfishh.. gituuu. oleh sebab die loner, die akan cepat rasa terharu kalau ade someone yang ingat name die (scene lawak). die jugak peminat fanatik spiderman (scene lawak) *banyak scene menggeletek hati haha*. spiderman pernah selamatkan die. dalam satu kejadian di hari lahir Max! semuanya berubah. Max menjadi Electro. cemana die bleh jadi electro? kenape die bermusuhan dengan spiderman? kemunculan Harry juga menjadikan jalan cerita ini semakin hebat!. macam mana kisah percintaan Peter dan Gwen? ape terjadi pada Gwen?? jengjengjenggg. setiap saat scene yang menarik!. pastikan korang tengok sendiri!! 

aku rase Andrew Garfield tu hensem jeee..sesuai je jadi spiderman/hero...kan kan kan?

aku nak tengok lagi esok. bawak adik badik pulak!. hehe




Wednesday, January 15, 2014

MOVIE : DEVIL's DUE

hye,


hari ni baru nak up pasal movie Devil's Due. untuk movie pembukaan tahun 2014, movie ni la yang paling hambar. paling bosan. paling memeningkan kepala. paling menyakitkan tekak terasa nak muntoh. coii sangat tau cerita ni. tengok iklan kat tv macam gud-gud je kan. sekali hadap..mak aiii 20 minit pertama tu aku dah nak termuntah. hoii aku sarankan tak payah le uolz tengok. sebab memang sangat memeningkan kepala. filem yang berdasarkan rakaman sendiri. macam kita merakam video keluarga kekdahnye, orang putih kate found-footage horror movie. tu yang bergoyang-goyang terhuyung hayang. pening ko kepale aku. kalau aku tahu cengini, tak tengok  :p.


mase nak beli tiket tu je pon kiteorang dah kene sound. ade ke patot si mamat jaga kaunter tiket tu tak cayo weolz dah 24-1+3. hahaha lawak nak mampos siap kuar mykad bagai. cis! takut weolz terpengaruh lettew dengan isi-isi kandungan dalam filem tu nanti. bhahaha plzz la.


stori-mori : meh la aku citer sikit pasal filem ni. mengenai newlywed (sam dan zach) pergi honeymoon kat negara luar.
pula tu, kat sana mereka ni di bawa oleh seorang pemandu teksi untuk pergi ke satu tempat yang di katekan 'best'. rupanya sebuah bar dalam tanah kot.
so, dorang ni minum sampai mabuk. tau-tau je pompuan ni (sam) dah kene buat pemujaan dalam satu lingkaran 'tanda saiton' katenye. tup-tup mengandung pula tu.
dalam mase mengandung tu banyak la tanda-tanda pelik yang berlaku pada sam antaranya sam makan daging mentah kat pasaraya sedangkan beliau seorang vegetarian.
zach ni pon syak la ade sesuatu yang menggangu mereka sekeluarga. zach pon siasat punya siasat, rupanya si pemandu teksi dan kuncu-kuncunye. *kuncu or kunco or koncu??.
si sam ni pula kat rumah dah macam orang kene histeria siap dah bunuh kakak zach si suzie tu. rumah dah porak peranda. haha porak peranda disitu. keliling rumah dorang ni, ada beberapa orang siap berjaga tunggu masa sam ni beranak kan si baby devil tu. kononye. maka, lahirkan baby tersebut selepas sam membelah perut beliau dengan pisau yang dia dapat masa parti baby shower.
baby tersebut telah di ambil oleh pengikut tah ape name yang pemandu teksi tu tadi. nak buat pemujaan lettew. sebab ramai newlywed yang pergi honeymoon kat negara asing menjadi mangsa pemandu teksi tu. kira nasib mereka sama seperti sam dan zach. ohh sadis la gamaknye.
akhirnya zach di tuduh membunuh isteri dan kakak beliau. sebab polis mane cayo bende-bende tahayol ni. abesnye gitu je...hekelehh...

panjang gilaaaaaaa ulasan aku tu!! 


rated : 1/2 stars! haha. kejam gila aku! :p


ok, tu je nak cakap :p


hosmate aku balik rumah muntah-muntah bagai. hahaaa 1st time die kate tengok wayang cengini punya disaster. :p


tepek gambo popcorn ni kalau tak entry ni macam bisu. wakaka :p