Showing posts with label nabel. Show all posts
Showing posts with label nabel. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

TERPAKSA BERPISAH.

hai..hello..


kisahnye macam ni. lately badan suam-suam kuku je. haha. nak demam tak demam demam. ce datang demam tu, elok aku meluru laju gi klinik asia mintak mc. sabor je la kan.


kisahnye lagi. farah dah pun berenti kerja secara rasminya semalam. aduhai. memula aku taknaklah sesedih. aku kene blagak macho beb. miahahahaa. pastu aku tak tahan terus mesej Su. cakap dengan Su fara dah takde. means fara dah pon keluar rumah sewa semalam. angkat semua barang die. gitu. aku kengkonon tak nak sedih untuk kali kedua. pastu entoh cemana aku tersedih. eeeeeee ape bahase aku ni.


senang citer aku sedih sebenornye tapi ego sikit punya tinggi. tamo tunjuk aku sedih atas pemergian Fara. hahaha. dalam hati hoii sedihhnye nak nanges nak meraung. aku ade buat seperais untuk Fara semalam. tapi nanti la aku citer. harini nak citer bende sedih-sedih jek.


berkisahkan lagi ni. kisahnya pasal nab adik aku tu. die dah nak masuk Uitm minggu depan. pastu die kan belom lagi pergi. tapi aku dah feeling sesedih semacam dah kenape? macam sedih rindu ke ape ke gitu la. aku pon tak paham dengan emosi sendiri. ape umur makin banyak lagi beremosi ke ape?. dulu aku elok je blagak macho kalau orang sedih-sedih. sekarang takleh nak blagak. kalau kate sedih terus tersentap di hati lantas laju je mate ni bergenangan ayor. 


sebab tu la aku rase nak demam demam rase tak sihat rase tak berselera. ehcehcehh masih berselera lagi. eh lupe nak citer aku jumpe Mila dengan hubby die ari rabu lepas. nanti la citer. tengah sedih ni. 

syrooottttt *hembos hengos..


k. bai.


Tuesday, April 29, 2014

NAB DAN MATRIKULASI KELANTAN.

hai, 


nak update lelaju. al kisah cek nab adik aku tu, dapat masuk matrikulasi kat kelantan. hoi hoi hoii brite sensasi. ko tak payah gitau aku nab cemane reaksi ibu bile dapat tahu. sebab aku dah boleh ngagak dah. opkos la ibu TAK KASI nab pergi jejauh sampai Kelantan. kalau ikut kata ibu aku suruh nab masuk U sekitar joho je. macam kat skudai ke BP ke. hekelehh tak mencabar langsung. ce ikut pale hotak aku ni, kalau orang cakap jangan mendengo sangat. well anak nombo 2 memang cengitu la pangai depa. haha.


ibu aku memang sungguh-sungguh tak bagi nab ke anak-anak yang lain p belajo jauh-jauh. hahaa tak tahu la nape. mungkin aku belom jadi emak so, aku tak paham situasi sebeno perasaan seorang emak disitu. 


aku dulu belajar kat Melaka. ikut hati nak belajo kat Kedah ke Sabah / Serawak gitu...


kakak aku lepas upsr dapat masuk sogame kat Segamat tu. tah ape namenye. lepas PMR dapat pulak masuk KISAS, Selangor. lepas SPM masuk UIA kat Gombak tu. ha, kira kakak aku bebetul merantau punya orang. ni, ibu aku ok lagi. ade la part-part berlinangan air mate. bhahhaaaa. teringat dulu kakak aku kalau balik cuti asrama ke cuti sem ke. memang ibu aku bagi layanan 1st class punya. tu aku nyampah. aku dulu nak balik Melaka ilex je dari ghumah jalan kaki p bustop 20 minit punya perjalanan dengan beg galas, beg bekal, beg baju etc berjalan kaki naik bus benti kat renggam dulu, dari renggam baru naik bus lagi g kluang, kat kluang kang naik bus lagi g BP dari BP naik bas lagi g Muar dari Muar naik lagi bus ke Merlimau. dari Merlimau kang kene tunggu bas skubidu ke kete sapu masuk asrama. haha ajo gilo dulu punya trobek. sebab aku jiwa kental. :p


adik aku Faiz bawah aku pulak lepas SPM sambung blaja kat Muazam Shah, Pahang. stakat ni beliau la paling jauh. kehkehkeh. tapi die ilex je. bawak motor Pahang-Joho. ibu abah anta sekali je masa daptar sem 1. lain-lain sem pepandai ko la idup. katenye anak JANTAN. huahuahuaaa


adik aku lagi sorang Afiq tu. ha si Afiq tu lagi dasat. sekolah merata-rata. tah kenape beliau cemtu. nak aku cerita tak cukup mase ni. sebab Afiq ni len pesen sikit. pangai die dengan aku lebih kurang je ke-pelik-kan nye tu. aku ni dah cukup pelik pangai, Afiq tu lagi double pelik. begitu pelik sekali. yang pnting last die blaja kat Melaka juga. 


bila nab dapat tawaran ke matrik kelantan. aku suruh die pergi----pergii---. haha sebab aku suke. aku tak kesah la ko suka ke idak. mase die memula daptar UPU aku awal-awal cakap suruh die blaja kat Penang. sebab aku nak berjalan-jalan kat Penang. memang aku memikirkan soal aku je dari soal ko nab. hahaaaha. 


yang ponting, ibu aku tak akan sesekali membenarkan nab pergi jauh. ibu dah letak syarat paling jauh SELANGOR sahaja! titik!. kahkahkah. nab tu kan ikut je orang cakap die bukan kisah pon. bagus nab ni. :p



kalau tanya abah??? abah aku pon letak syarat jugak!. kalau NAK BELAJAR JEJAUH, PI JAUH-JAUH TERUS MACAM LONDON KE OSTROLIA KE!. 

gitu pulak??? kriikkrikkk sangat tau abah ni! 


-_-!


pendek kate, nab tak pergi pon Matrik Kelantan tu... buat tanjat-tanjat ibu je. hehee. lagi pun die nak masuk Asasi Sains under Uitm katenye. studen uitm la nab pasni. insyallah! amin. 


aku.nab trobek uss, singapore

oi fololes nye!! O_O 




Friday, November 29, 2013

BEBAS SPM 2

hello,

hari ni sambung part 2. insyallah part terakhir. hewheww.


ha ni dia gambo 'mahal' haha. ingat senang nak ngambek gambar budak happy nak mamti bebas SPM ni. yang teloncat-loncat tu aku tak dapat la tepek. mengundang kemaluan je. hehehee


happy beno gamaknye. hoihoi hoii belum abes lagi SPM ye. add maths dengan maths punye subjek tak tahu statusnye ape. dengar kate soalan bocor. samada nak re-exam atau graf naik. nabel awal-awal dah cakap TAK NAK EXAM LAGI!! haha gile sebijik aku. oh ye. motip pakai sweater?? nabel kate kat dewan sejuk beku....so semua student pakai sweater siap selubung selimut bagai. wakakakaka tah pape jee bebudak alap baru ni. 



ok, ni la die pintu bilik Nabel. satu bilik ada 4 orang. 4 katil, 4 lemari, dan meja study. setiap tahun, dapat roomate yang berbeza. kalau dapat roomate satu kelas memang bonus.







bunga-bunga ni abah yang kasi masa majlis konvokesyen sebelum exam SPM haritu. bagus beli bunge pelsu nampak lawa je. mase aku konvo dulu pakse dorang beli fresh flower. haha pakse ok..pakse disitu..

setel kemas semua barang budak ni adalah satu bonet. betul-betul penuh. sampai takde ruang-ruang. gile mampatttt aku cakap ko. barang budak ni banyak betol. ibu aku siap bawak 4 beg beso dari rumah!


ni antara gambar sekitar blok asrama nabel. aku snap mane yang sempat je ni. 


asrama perempuan ada 3 blok kalau tak silap perhitungan. budak tingkatan 5 dapatla blok C paling depan. berhadapan dengan Dewan Selera. sebelah tu Dobi. depan Dobi Koperasi. depan Dewan Selera tu baru blok lelaki. kira antara blok perempuan dan lelaki tengah tu adalah Dewan Selera dan Koperasi juga Dobi. atas Dewan Selera barulah Pusat Islam a.k.a Surau. bangunan yang hujung sekali tu barulah kelas bebudak ni. kelas, dewan, tapak perhimpunan, Cafe etc semua kat situ. 


ni pulak susur gajah ke dewan Selera dan Surau. 


lepas asar camtu baru la gerak keluar dari Maktab nabel. kadang aku panggil sekolah je pon tak payah nak maktab bagai. hehehe. dah suku perjalanan, nabel kate ade barang tertinggal. ye sudahhhh patah balik masuk skolah die. adoii. saba je la...


sebelum tu kite singgah pekan Parit Sulung dulu. for the last time. wakakaka. nabel tu semua taknak. ajak makan kat nasi ayam pawer tu pon taknak, ni ikutkan taknak turun kat pekan ni. sebab die nak cepat-cepat keluar dari BP ni. ped-up katenye. tapi kitorang cakap la, bile nak datang sini lagi...tunggu bulan 3 kang baru datang balik. lame uihh. cehcehcehh padahal aku yang nak merayap sat. kebetulan ade pasar. ape lagi jomla ngabiskan duit saguhati abah bagi tu. kikikiki...



ni aku snap sebahagian je la. sebab payah nak snap. ni kira lorong yang tak berape nak full dengan manusia dan kenderaan. kalau lorong lain elak begesel je. hari biase ke hari luar biase ke kekdahnye memang begiiniiiiii dengan manusia. aku pon tak paham. majoriti ramai peniaga melayu kat sini. aku pernah beli kain ela kat sini. coraknya pon lain dari kat kluang. kat kluang tu ramai peniaga cina. sesekali datang parit sulung bagi la untung orang melayu pulak, ye ke idok..



ni la die Masjid  Jamek Pairt Sulung *kot namenye. bawah jambatan. aku pernah solat kat masjid ni sekali je kot. kalau nak p tandas die, kene jumpa pak bilal atau penjaga masjid mintak kunci tandas.


sampai rumah, keluarkan semua barang nabel, lepastu mintak ambil gambar die dengan barang-barang die. layankan je la. malam tu jugak berkemas ko.....gigih sangat!


lepastu nabel suruh ambil gambar kat outing die buat kenangan sebelum die buang. hoii nak buang pulak kann. aku suruh simpannnnnn..meheheee. sebab aku punya dulu pon ade lagi tauuuuuuuuuuuuu bebetul menjage harta aku ni!


buku bank koperasi. yang ni bagus simpan duit ibu abah kasi kat bank koperasi. idok la ade kes duit hilang la ape la bla bla bla...

paling tak boleh blah, nabel siap dah ade list what to do! sepanjang hari kebebasan die lepas ni.

 petame, nak ambil lesen motor dan kereta. tapi abah kasi ambil lesen kereta je. lesen motor tu dalam proses memujuk. hihi 

kedua, nak belajar masak, buat kerja rumah, basuh kain, buat bfast pagi-pagi. yang ni macam pecaye x pecaye je la... tapi tengokan je la jadi ke idok.

ketiga, nak kerja kat pasaraya Sentai dekat je dengan rumah. yang ni pon tak tahu la abah kasi ke tak. sebab die betul-betul nak kerja. bagusla...dari menggemukan badan kat rumah baik kerja. hihii

tapi sebelum nabel buat semua perkara di atas, die nak TIDOOOOOOOOOO sepuas-puasnyee dulu. kahkahkahkahh


ok, tu je la kisah nabel yang terlalu happy bila exam SPM dah habess!! yeeehuuuu yabedabeduuuuuuuuu


Thursday, November 28, 2013

BEBAS SPM 1

hello,


ngantok beno hari ni. skrang baru jam 2.04 petang. aku kalau mengantok dalam ofis asyikla nak mengamuk je. haha. so, dari aku mengamuk-ngamuk tah pape. elok la aku bercerita sikit pasal adik aku kat sini, tah ape kimianye ye?... Billa, die baru habis SPM semalam! paper last Biologi kertas 3. happy kemain. tapi hari ni cerite sikit je la. tu pasal tajuk Bebas SPM part 1. ahaha poyo sangat kakak nabel ni.


oleh sebab aku dah janji dengan die, yang aku akan pick-up die balik+pack baju die dari asrama. maka harusla aku tunaikan janji. jarang sebenarnye aku nak menunaikan janji pffffff. nampak beno munapik ko ni azi! UBAH la.....heheheheee


so, semalam aku cuti la opkos. mohon cuti seminggu yang lepas. semangat. semalam lepas zohor baru gerak ke Batu Pahat dengan ibu. abah tak ikot pon ade keje katenye. tak ikut tapi ade la hulur sikit hadiah saguhati *__* buat belanje kat Parit Sulung. rejeki sape bilang mahu tolak kan. muahahahaha. alahhh parit sulung je ponn. abah tak cakap pon suruh berjoli kat Bandar BP nun!.


dalam jam 3.30 petang macam tu, aku dah sampai la ke MRSM Batu Pahat. pejalanan dari Layang ke BP tersangat lah jauh kau tahu. aku kalau cerita pasal perjalanan ke BP tu rase nak mengamuk tumbuk-tumbuk dade. hahaha tersangat la membosankan. masa yang di ambil hampir 2 jam kau tahu! meredah onak ranjau duri perjalanan lagii. fuhhh~. aku kalau g JB pergi balik dah!!. kenape la BP tu jauh beno. tensen hakak kau ni nabel. mohon jangan la di masukan ke UTHM. gigih ni bedoa untuk ko. kahkahkahh gile kakak kau ni!


ok, sambung balik. oleh sebab jam 3.30 tu budak-budak baru habis exam, maka tak ramai bebudak yang terus balik ke asrama. dorang pakat ber photoshoot dulu kau tahu!. kat dewan, kat taman. aku perati je bebudak skolah ni tak kalah dengan DSLR die. segan haku nak keluarkan camera cap hayam aku ni. heheheee.


aku dengan ibu saje je nak buat seperais kat nabel, saje tunggu kat depan bilik die. nak ambil gambo muke budak terakhir jawab exam lepastu melompat-lompat nampak kiteorang. hihi. oh ye, last day memang ramai la mak-mak naik bilik anak-anak, kalau tak mahunya dapat naik!




ok, hari ni tunjuk satu bab dulu..bab supan kunun-kunun namenye. esok kalau rajen aku update, aku tepek banyak scene nabel separuh kene rasuk. kahkahkah. betul-betul mewarisi sipat aku budak ni.


lepas adegan peluk-peluk cium-cium mereka 2 beranak (ibu + nabel)..kami pon cepat-cepat masuk bilik die. sekali masuk.  ya rabb taupan haiyan pon kalah kau tahu!. punye laaaaaaaaaaa besepah. al maklom je la ghuper budak bekemas nak balik kampung. semua tonggang tebalik. bepinar mate. nasib baik satu bilik 4 orang aje. kalau satu bilik 20 orang tak tahu la kekdahnye camno. dah la kipas tak boleh bukak. sebab nabel kate last day nooo electric. gituw??. berpeloh-peloh tiak hakak ngemas barang mudak ni tau!


kemas-kemas dalam loker nabel, ternampak ni. aloloo terharu macam nak nanges kitew!



as uolz see, name Nabilah Nasuha. name manjer kat rumah Adeq, Nabila, billa, nabel paling jahat pon aku panggil die Cek Nab. abah special sikit panggil die Ha. short of Nasuha myb. sebab abah stat panggil Ha sebelum ibu ade name untuk die. ibu pilih name lame beno agaknye, tak tahu abah nak panggil ape. tu yang panggil Ha je. kikikiki. bende ni pon aku nak cerite. aduihh


budak nabel ni agak skema la kat skolah. ahli BADAR stand for Badan Dakwah dan _____ *tak ingat. aku panggil budak manjer. manjerr.......kuat merajokk...nak perhatian jee...well anak bungsu kan. ade mase aku pon jeles. ade mase aku rase nak belasah je budak  ni. kalau kene dengan kakak aku, dapat panahan bebelan 1000 patah perkataan. kalau kene adik-adik lelaki sengih je. lelaki mane nak banyak cakap. pompuan ni pong pang pong pang macam kene sawan. tu kalau tak suruh istipar tak benti...hahahahaaa


ade sekali tu, fyi bukan sekali ok..berkali-kali jugak nabel seboleh-bolehnye suruh kami ni semua tengok die kat asrama. seboleh-bolehhh pakse semua orang datang asrama tengok die. sebab die stress belajar add maths untuk spm ni. nabel ni bab belajar die macam orang gile. seram tau tengok die addict dengan buku. kalau tak boleh jawab satu soalan tu rase macam diri tu terlalu budus. kalau boleh semua nak jawab dengan betul! taknak salahhh! die memanggg tau dari UPSR lagi pangai camtu. stress sampai rambut da tumbuh uban. kahkahkahh. kalau die balik kampung mesti aku cari uban die. wakakakakakakakakaka mampos aku kalau die bace statment ni! kikikikiii


oleh sebab tengok die belajar dengan begitu taksob. kami adik beradik tak pernah nak larang kalau die mintak ape-ape. adik aku la beli macam-macam untuk die, kasut sukan kat Al-Ikhsan, ipod mini, mp3 lagi hoii semua nak mahal. aku paling tak pon belanja blouse, makan-makan..haha. tu sebab pangai die makin manje-manje kot. tapi kan die bukan mintak bukan-bukan pon. cume kami aggap sebagai reward, cemerlang UPSR PMR insyallah SPM jugak. kalau die cemerlang SPM aku TERjanji ipad sebijik. abah nak bagi laptop sebijik walhal laptop aku ni die jugak yang pakai. mmm untung la ko Cek Nab!


okla esok aku sambung lagi cerita pasal kebebsan nabel dari SPM hehee....jam 4.40 baru siap menaip ko....sambil-sambil buat kerja ofis gamaknye...saba je la~


bai~