Monday, August 5, 2013

UNTUK MEREKA YANG PERNAH BERKONGSI BAHU

hai..hello.

hari ni seawal pagi dah publish new entry. nak share satu cerita yang enak di tatap. haha

diceritakan aku ni lame tak join budak-budak ex-form 6 mase kat sekolah Dato' dulu. ala aku sekolah Form 6 kejap je. sempatla pegang jawatan setiausaha Persatuan Pra-Universiti (PERUNI). haha. yang menarik nya, mase aku form 6 (sekejap) ada lebih dari 3 sekolah bergabung tahu?. sekolah menengah layang2, sekolah menengah simpang renggam, sekolah agama simpang renggam, sekolah Dato', renggam. semua berkumpul dalam satu sekolah iaitu di sekolah Dato'.


so, time ni la jumpe muka-muka baru. muka pelajar sekolah lain. haha. tapi aku ada lah kenal beberapa pelajar luar dari sekolah aku. sebabnya dulu aku aktiv la jugekkk mewakili sekolah untuk pertandingan yang macam-macam tu. tapi menang nye tidokk. wakaka.


selepas lebih dari 4 tahun baru jumpe balik dengan dorang ni. ada yang dah pernah jumpe mase jemputan kawan-kawan kawen. seronok la sebab dorang ingat lagi aku ni T__T. ade jugak yang susah nak ingat yang aku pernah wujud dalam kelas dorang. setap!.


walaupun aku sekolah form 6 sekejap. tapi banyak-banyak sangat-sangat kenangan aku dengan budak-budak ni. mungkin sebab dulu aku aktiv dengan persatuan kot tu yang banyak memori. belakon la, nyanyi la, berjual la, hahahaaa lawak la. semua tu kenangan yang tersangat indah. yang paling best rojak buah aku la paling larisssssss masa hari  usahawan. meheheeeheee!!. hoii cepatnye mase berlalu!


bile aku nak berhenti sekolah tu, rase sedih sangat pon ade. mase tu aku kelam kabut jugak la nak cari pengganti. nak yakinkan cikgu yang pengganti aku tu better then me!. sedih nak tinggal kan budak-budak kelas. nak-nak budak-budak yang suke menyakat. mesti rindu aku tu :p.



walaupun lame gile nak mamti tak jumpe, kemesraan tu jelas terasa. best jumpe dorang semua ni. semua sopan santun so, secara tak langsung aku pon sopan santun la. tetibe :p




tepek la barang dua keping. bagi menghargai mereka semua ni yang pernah mewarnai kanvas hidup aku. haha. sebenarnya tak tahu nak nak story ape. padahal tadi eksited terlebih-lebih nak story pasal bende ni.. meheheee



Saturday, August 3, 2013

BERITA ANEH YANG TERIK

salam sabetu yang terik.

sari berita aneh di bulan ramadhon.


  • TERTIDUR MASA BERBUKA
  • TAK SEDAR DIRI BILA BERSAHUR
  • PERSAINGAN DALAM MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA PUASA

kejadian tertidur sementara menunggu masa berbuka, bukan lagi perkara pelik atau janggal yang berlaku di kediaman rumah sewa. dek kerana semua telah terpengaruh dengan kelenaan aku dibuai mimpi indah, semua penghuni rumah sewa turut sama merelakan diri dibuai mimpi indah sehingga jam hampir ke 8.00 malam. kalau aku tak sedar, alamat semua bakal berbuka masa bersahur. eh?. keasyikkan tidur sesudah aktiviti memasak bakal berakhir minggu hadapan. sama-sama kita doakan. bukan tidur tapi tertidur, bahasa lain terlelap. jadi satu rumah lah terlelap ceritanya.


dek kerana di pengakhiran ramadhan, ramai yang ambil inisiatif untuk mencari malam lailatul qadar. sementelah bangkit dari tidur jam 03.30 pagi, ade pulak yang tertidur sesudah solat sunat. dek kerana hal tertidur sesudah bangun. maka, semua bangkit pada minit-minit terakhir imsak. masing-masing TAK boleh bukak mata. inilah padah yang harus di tadah. nah kau air kosong dan kurma. alhamdulillah~


keenakkan dan kelazatan maksimum masakan hosmet (su) telah membangkitkan selera makan satu rumah yang mana sebelum ini semua memberontak untuk tidak makan dan makan. kerana terlalu bosan untuk makan. 



menu kampung jugak yang mampu menambat hati i olzz... alhamdulillah~


dek kerana rasa tercabar dengan kepakaran hosmet, maka aku pun turut sama menunjukkan skill pada keesokan harinya. mehheehee




sayur buncisan setengah inci bersama cendawan carik dan tempe goreng potong dadu berlada stoberi merah. punya panjang nama menu aku. mampu?. resepi yang di hantam sejurus selepas nampak cendawan. lemak ikan campur kentang yang owsem lagi meletop sehingga penghuni rumah sewa yang lain tak mampu menilai masakan sape lagi terel lagi tersohor. kau pernah puji masakan sendiri?. heheee. alhamdulillah~


sekian sahaja berita aneh di bulan ramadhan. bakal menutup tirai sesudah ramdhan menutup tirai juga.