Thursday, September 11, 2014

OFFICIALLY PJJ/PLK UiTM STUDENT!

Hai..

Aku sebenonya nak share satu berita gembira yang belum basi. Hehe. Alhamdulillah akhirnya aku bergelar student/pelajar balik.  salah satu wishlist aku tahun 2014 ialah cont. Study! Andd yeahh aku bergelar student PJJ/PLK dengan rasminya pada 27/8! Kahkahkahh ape yang hebat sangat tah??


Aku nak cerita sikitla banyak drama jugak nak mohon PJJ ni. Kuat semangat je la. Aku dapat tahu uitm-ined ade buat pengambilan september 2014 dari kawan aku. Masa tu dah start mohon bulan mei gitu la. Memula aku memutuskan nak mohon je kat UTM-space skudai tu. Dekat pon dekat. Tapi takde pulak course accounting untuk PJJ. I is frust menonggeng jugak la. Nak mohon uitm kampus johor bahru yakin tak yakin je dapat kat JB kan. kalau tak cukup pelajar kat JB dorang akan buat kat Shah Alam. Rela takk?? JB – Shah Alam??


Tapi bila Allah dah kata rezeki aku kat Shah Alam. Maka, ‘mendapatlah’ aku kat Shah Alam. Masa mula-mula tengok surat tawaran, baca tang KAMPUS : UiTM Shah Alam. Omak aii bia betul? Cemana kekdah nak gitau parents aku mase tu!


Tapii...tapiii sebelum aku beritahu cemana aku beritahu parents aku mase tu, aku nak citer ar sikit cemana aku boleh tercalon dalam pelajar PJJ ni?. Cewahh tercalon ko!.


Aku ni kan agak sengal pon ade tau. Masa result permohonan tu keluar, aku cek kat tempat lain. Means website lain. Kahkahkah. Vongoks kan. Seminggu aku dok cek “permohonan anda dalam proses” lagi. Stress. Sampaila ika kawen 16/8 malam tu aku still lagi cek. Sebab 16/8 sepatutnya hari mendaftar. Sahlah aku tak dapat! Bentak hati kecil ku! Pfft.


Then, aku frust siap mengadu kat ibu.  Persoalan demi persoalan aku ajukan kat ibu kenapa aku tak dapat. Bla bla bla...bila di trobek balik. baru ingat aku hantar result muet dah lewat 2 minggu dari tarikh tutup. Sebab result muet aku hilang, aku mintak kat MPM print balik result aku. Tu yang lambat. Lambat-lambat pon aku still hantar jugak la dengan hati yang sebal. Cewahh. Tu mungkin menjadi salah satu sebab permohonan aku di tolak atau mungkin akan masuk sem seterusnya iaitu bulan 3/2015 camtu. *kalau layak lah...

Aku dapat email dari uitm-ined 18/8 untuk pendaftaran ke dua. Hah? Pendaftaran kedua? Apakah maksudnya?? Aku terus la tepon i-ned cakap aku tak dapat surat tawaran etc etc bebel jugak la kan. Sekali orang tu tanya awak cek kat mana? Cemana boleh takde? Aku pon yakinla tunjuk w/site yang aku cek tu. Sekali ko tahu?? SALAH WEBSITE!! I is bengang rase nak maki diri sendiri. Haha.


Aku pon cek la balik website yang die bagi tu. masuk no kad pengenalan. Maka keluarlah surat tawaran yang menyatakan aku berjaya. Haha. Dalam surat tawaran tu kene hadir mendaftar pada 16/8 lokasi di dewan sri budiman. Dann lagi satu! Result permohonan berjaya atau tidak keluar pada 21 julai! Hah sah lah aku gila!.


Gitu la story dia. Yang sebenonya aku memang dapat. Cuma aku ni careless cemana la aku leh salah cek tempat?. Nasib baik ade pendaftaran kedua. Kalau tidok?? Menagess kau azi! Tunggu la pengambilan kedua!


Lepas bace email tu, terus call ibu. Cakap yang sebenarnya aku dapat surat tawaran 16/8 hari tu kena datar bla bla blaa.... Abah pulak cakap ‘macam kelakar je’. Gituw. Ape yang kelakarnya...heehee. abah pon memula macam tak berapa nak restu kot. Sebab persoalannya kenapa jauh sagat? Kenapa tak mohon kat skudai (UTM) tu, kawan-kawan abah ramai buat PJJ kat situ. Aishh dengan abah kite ni kene terang dengan jelas dan nyata ya. Lepas kasi terang baru la paham. Baru la macam percaya dengan aku. hehee


Hari Rabu 27/8 yang lepas aku selamat menjelajah Uitm shah Alam tu. Sesat pon iya. Eeee besar kot. Jalan berbukit bukau. Urut dade aku tahu. Nak cari bangunan MTDC pon tak jumpe. Siap tanye orang kat situ. Die pon pelik bangunan tu wujud ke? Adoi kau ni buat malu warga uitm je kan. Rupanya tu bangunan baru. Al-kesah. Emm jumpala jugak akhirnya. Selesai urusan mendaftar, buat kad pelajar semua baru la rasa macam aura atau pun semngat belajar tu datang. satu perasaan yang sukar di gambar kan. Lame tak rasa perasaan macam ni. Wahh kemain. Terus je pasang niat dah alang-alang mula belajar balik terus la sampai phd dan seterusnya. Cewahh kemain cita-cita aku kan. Walaupun aku sedari agak terlambat untuk aku sambung belajar, tapi aku yakin semua yang berlaku adalah aturan Allah yang paling cantik untuk aku. Tetap yakin dengan aturan Allah, itu kuncinya. Kalau nak di pikir cakap manusia sampai bila? Yang melihat dan menilai tu Allah bukan manusia. Ingat tu adik-adik..amboiii..


Insyallah lepasni aku akan share segala suka duka bergelar pelajar PJJ. Manelah tahu boleh share pengalaman dengan student PJJ kat luar sana tu. Jauhhh tu JB – Shah Alam. Nak berhijrah ke Shah Alam ke aku ni ek? Ke travel tiap bulan? Kelas pon bukan setiap minggu ada.

Bos aku lagi bagus. Die punya tak kasi aku berenti kerja. Dan dan cakap awak nak keja 4 hari seminggu pun saya redo. Plus die tak kasi aku duduk selangor. Die kate gaji dua tiga riban nak dok selangor memang tak cukup. Cewahh gitu pulak pikirnye kan. Tak pe berusaha dulu cemana!

 Oh Allah mudahkanlah urusan ku!



Wednesday, September 10, 2014

PLATE NUMBER -PATAH

hai, hello,

Kalau perasan entry lepas ada sebaris ayat plate number patah aku merah kan. Sebenarnyakan perkara ni bukan di sebabkan eccident haritu. Kehkehkeh tapi aku diam diam je. Tak sangka pulak dapat masa claim insuran tu. Wehuuu rejkii!


Plate tu patah pada hari dan waktu yang lain. Iaitu ketika seorang lelaki telah mengundur kereta beliau secara memvavi buta lalu tercium la bahagian depan kereta aku. Kuat ok sampai termati enjin kereta aku die punya terkujat tu. Aku pulak masa tu tengah pandang kiri tak tengok la depan. Yela tengah parking kot tak terpikir langsung ada musibah masa tengah stop tu. die tu yang nak kuo parking secara membabi buta. Ape butakah dia tak nampak lembaga hitam sebesar alam ni?. Itu persoalanya. Aku marah betul bila orang cakap pompuan bawak kereta tak cermat like a man. Hello, ni yang terjadi depan mata aku ni amende? Like a man or like a girl?. Orrrr like a boy? Heh heee


Aku gelabah jugak la kan. Well said, aku ni memang kaki gelabah tapi harus control macho sikit. Aku syak bumper depan mesti remuk terbenam. Sebab hentakkan yang kuat wei. Sekali aku tengok, lahh plate number tu je yang retak sikit. Tapi still lagi bercantum. Nombo dan huruf tak pecah tak rosak. tapak die aje bingkai pon tak terbelah tak tercalor. Jadi mase claim insuran itu hari dapat weii yang baru. Nombor dan bingkai die semua reuse. Kahkahkah. Aku menggelabah ingat teruk tau. 


Sebab seriusss kuat. Orang kat kedai dobi tu dok tengok kot-kot kereta die terkene. cis!
Oh! Kereta laki tu? Die punya pon takde pape, just calar je. Abang tiri saga rupanya (waja). Tapi cembese ar budak laki kena cool kan. Die ilex je, takpe wak sikit je ni. Elok je ni. Sikit je ni. Wahh kemain ko elok la sikit la. Ni retak ni ape cer. Eh eh eh aku tak cakap gitu. Aku perati je die ni tau. Saber. Pokoknya cooool.  aku pun macam emmmmm bialah sikit je, anggap je semua ni ade hikmah. Wah cepat beno menginsafi diri. Haha. 


Tiap kali pergi snowcarwash aku suruh bebudak tamil tu hati-hati sikit. Yola dorang pakai waterjet kot. disentalnya plate num tu sungguh-sungguh maunya tercabut?. Tapikan ade satu tempat ni die tak dengo cakap aku. Mementang aku ni pompuan ko sambel lewa je mengabaikan permintaan aku. Di sentalnya plate tu sungguh-sungguh. Seb baik elok takde pape. #urutdada aku dengan budak tamil ni. Bebetul sana india mari tau.


Ok tu je cerita sejarah plate patah tapi dapat percuma baghu. :p . berdasarkan cerita ini aku rasa aku macam untung sikit la pasal aku tak payah susah hati pikir plate num, tu lagi. bende ni menghantui idup aku tau. Tak lena tido. Sikkarang saiyaa... ade sikit senyum panjang. Eh tertamil.




:p