Sunday, May 6, 2012

Kerana Lidah..wanita tua ini menangis


mulut tempayan boleh ditutup, bagaimana pula dengan mulut manusia?

seorang wanita yang tabah aku kenali 23 tahun yang lalu, amat kental jiwanya...tidak pernah peduli dengan kata hina, kata dusta mulut sekeliling..

kini tidak lagi. dek kerana jiwa mudanya sudah bertukar menjadi tua. dek kerana wajah mudanya sudah bertukar menjadi sungul dan tua. wanita ini seringkali tersungkur dengan kata-kata hina mulut sekeliling. hati wanita ini tidak mampu lagi menanggung kata celaan mulut sekeliling walau dia sudah berkali-kali cuba utuk lebih kuat! 

semakin dia cuba untuk bertahan, semakin hati tuanya menjadi hiba, air matanya tidak habis di tikar sejadah. malah di dalam sujudnya masih lagi mahu menangis. memohon bantuan daripada Allah supaya hatinya kuat, hatinya tabah seperti dahulu yang masih punya dahan untuk berpaut, yang masih punya tongkat untuk berjalan! hanya padamu ya Allah dia bermohon!

wanita ini mengerti. jiwanya sudah tua, hatinya bagai sudah nipis yang tidak mampu menolak tohmahan mulut sekeliling. seringkali akalnya mati disitu.

betapa wanita ini cuba untuk mengerti perubahan dalam diri. perubahan 'tua' yang semakin laju mengejarnya. tetapi pernahkah sekeliling memahami hati wanita tua ini? dimana suaminya, dimana anak-anaknya. dimana perhatian yang seharusnya diberikan kepadanya. bukan balasan yang dia harapkan. tetapi cukuplah sekadar mendengar isi hatinya. memuntahkan segala yang terpendam agar esok dia mampu lagi melangkah dengan wajah yang tidak serupa semalam.

hati wanita ini sudah terlalu tua, sedang menunggu mati. terkadang emosi tidak lagi terkawal. terkadang apa yang dilontar tidak serupa akal. dirinya mahu pergi jauh. jauh dari mulut sekeliling cuma tanggungjawabnya belum usai.