salam and haii..
Harini mari berborak mengenai lipstick. Aku antara berjuta rakyat Malaysia yang menggemari lipstick. Kalau keluar rumah tak pakai lipstick rasa kurang confident nak bercakap dengan orang. Rasa macam muka buruk beno. Cemtu sekali.
Zaman sekolah dulu memang bangga bawak lip balm kehulu
kehilir, lepas solat kat surau sekolah wajeb ni keluarkan lip balm sesambil nak
tunjuk kat geng lain yang kami ni geng bibir basah. Bhahaha keji pangai zaman
sekolah ye.
Bila dah bekerja dan berkerjaya lagi menginjak dewasa
ni baru berani nak pakai lipstick yang berwarna merah, pink, nude etc. Tapi
belum lagi tahap tergamak nak pakai lipstick kaler purple. Rasa macam bedosa
dengan diri sendiri sebab bukan kategori fashionista kang kene nista dengan
orang sekeliling ade yang kene pulau keluarga aku nanti.
Ni antara lipstick fav aku. Selalu pakai. Tak payah
guna ‘antara’ kat situ hakikatnya memang ade 3 bijik ni je ha. Mungkin sebab
aku bukan jenis kalau Nampak lipstick terus meroyan nak beli atau mungkin aku
bukan jenis wajeb beli tetiap bulan selepas dapat gaji. Aku mengaku dalam
kumpulan wanita yang berinovasi. Beli 3 jenis kaler lepastu kite mix and match
kan, tambah blusher tambah eye shadow letak sedikit foundation haaaa tak ke
jadi warna-warna baru. Aku pun baru dapat idea ni sesaat yang lepas. Boleh
tahan bernas otak aku ni muaahaha. Lepasni kite sesame cuba k!. Jimat dan
menjimat kan dengan keadaan ekonomi tak menentu sekarang ni. Aku merasa zaman
kaya raya masa jadi full time student jek. Kaya raya dengan PTPTN, takde kelas
je merayap g Melaka Parade sane, soping kasut soping baju macam hari-hari hari
gaji. Kalah pak menteri olz. Zaman sekarang aku tak tahula, katanya student pun
tak cukup makan. Yeke? adik aku tak minjam PTPTN jadi die kene mengemis dengan
femly. Kejii ayat mengemis tu. Dulu masa belajar boleh dikatakan hehariiii
makan kfc, mcd tu je nak diulang-ulang. Tetengah malam kalau tekak tingin nak
kfc laju je kaki sewa kereta pergi jasin semataaa sangat!. Sekarang dah kerja
baru tahu susahnya nak keluarkan duit sendiri kan. Kalau tingin kfc tetengah
malam terus solat tobat. Muhaahaa. Ok dah melalut. Aku kalau melalut boleh
tahan panjang lebar.
Berbalik cerita lipstick. Wanita ni bila dah menginjak
ke usia semakin emas dan menawan (ayat sedap) tak lagi gemar pakai makeup yang
dasyat-dasyat mereka memilih untuk solek nipis. Macam aku ni takla dalam
kumpulan emas. Tapi dah hampir mencecah 30 suka solek nipis je. Lepastu kalau
boleh bab lipstick tu yang paling ditekankan. Jadi warna lipstick apa yang
Nampak natural untuk wanita berumur?.
Mungkin kita boleh suggestkan ibu ke makcik-makcik kita. Macam aku sendiri,
risau tengok ibu tak pakai lipstick. Ibu kate leceh dan tak kena. Sapa kata
wanita berusia tak layak pakai lipstick. Wanita berusia ramai kot yang bekerja.
Lets tengok warna lipstick natural yang sesuai
untuk mereka!
Beige / Natural
Coklat cair atau beige antara pilihan favourite ramai wanita berumur yang
bekerjaya. Sangat-sangat sesuai dipakai
untuk ke pejabat nampak classy, confident bila bertemu client.
Light Peach matte
Lipstick sejenis matte sekarang memang tengah in. Aku sendiri
menggunakannya. Seronok sebab warna
tahan sampai petang even malam pon. Warna light peach matte misalnya, memang
nampak natural dan ceria abes sebab matte ni nampak bibir kita soft dan suci
tanpa dosa. Getew.
Pink matte
Kalau nak nampak lebih natural
warna bibir, dicadangkan menggunakan warna pink matte. Selain nampak lembut
bila dipandang pun takla suram je. Adela semangat sikit bila dipandang. Hehee
Light Red + Purple
Warna ni bagi aku sesuai untuk pergi
dinner dengan kawan-kawan atau dengan keluarga. Nampak elegan dan keterlaluan
sangat warnanya. Dipadankan dengan pakaian dari rona hitam sudah tentu menarik
lagi tertarik! Dah tentu suami semakin sayang. Tetibe.
Pengenaan lipstick yang sesuai dengan
usia sering kali mudah mencuri pandangan orang sekeliling. Sesetengah wanita
suka ber experimentasi dengan makeup.
Bagi aku dengan secalit lipstick
mampu menaikan seri wajah bagi menampakan imej yang confident, ceria dan
bahagia. Ingat bukan sahaja bibir kene Nampak lawa. Mulut pun kena wangi. Baru
boleh join group pompuan mulut cantek. Kekeke.
Ok korang berjumpa lagi di lain
topic!!
No comments :
Post a Comment