Thursday, February 18, 2016

SEBELUM WARRANTY SAGA FLX NI HABIS!



Diam tak diam dah hampir 3 tahun aku pakai saga flx tu. Cukup 26/03 bulan depan abes dah warranty 3 tahun. Aku ingat abes je warranty nak service je kat luar. Service kat proton mahal mencekik. Tapi tula rasa macam sayang pulak sebab dah biasa kakitangan proton yang buat tetibe nak makanik luar pulak yang sentuh. I is tak rela. Kau dah kenapa pompuan hahaha. Tengokla kalau sifat kesetiaan tu masih lagi tebal dalam diri aku, aku teruskan je dengan proton.



Semalam buat major service aku pon dah tak ingat berapa kali dah service. Yang penting semalam gift payung besar. jangan cakap proton tak payung k. hehehe.



Alang-alang service tu aku complain sekali, ade bunyi bila buat connering. Lama dah perasan. Bila belok kira je mesti ade bunyi macam bukak bonet. Aku ingat bonet tebukak ke ape. Bila cek sendiri tak pulak. Ewah geti kau nak cek sendiri. Bhahaha.



List die Mr. Tan dah kasi sesiap mase last minor servies 3 bulan yang lepas. Tapi aku 4 bulan baru service. Sebab tak jalan jauh kan. So lambat la dari estimated date yang die bagi tu. 




Kau jangan tepanjat lak tengok bil Rm400 tu. Tu kira biasa la tu. Minor service haritu, siap tukar bateri RM500 lebiih. Die kate bateri dah weak. Hekeleh betul. Aku pon iyakan jela tuka. Hahahaha. Aku pesen redo je la. Malas pikir dahla tak paham pasal kereta, buatnya mati tetengah jalan tak susahkan aku tu. So ok lets tuka. Kali ni service die kate minyak break dengan power strering dah kotor. Die mintak tukar. Aku cakap taknak tukar sebab takde bajet. Bhahaha. Terus terang sangat ni. kihkihkih. So die kate ok la takpe takde leaking pun just Nampak kotor je. Tu mesti Nampak kotor sikit terus suruh tukar tu. Ah jangan terpedaya azi. Cekal ni cakap takpe takpayah tuka. :p



Oh pasal bunyi kat belah kiri tu. Ha masih lagi berbunyi lepas service tu, die kata skru longga. Dah kasi ketat. Aku pon ok la dah setel. Sekali semalam petang balik kerja still jugak bunyi kecewa betul aku sampai tak lena aku tido. Terus tepon Mr. Tan complain ah ape lagi. aku jenis complain je terus out spoken. Kalau ade borang complain aku la antara manusia yang suka isi. matilanak semua nak di complain nye. Tapi pikir positif, untuk kebaikan dan penambahbaikkan. Tak getew. Dulu pon break drum aku sampai dua kali betulkan. Sebab aku complain bunyi lagi lepas betulkan tu. Aku penah tak bayar air sirap limau mamak sebab aku complain tak sedap so I tak minom, I taknak bayar. Mamak pon redo je. eh kenape aku cerita perangai buruk aku ni. muahaha



Pagi tadi iaitu hari ni, aku pergola proton balik. Pongpangpongpang cerita, die suruh makanik test drive dengan aku duduk kat sebelah. Memang ade bunyi ah. Cani bunyinya ‘tankk’ macam kita tarik pacu bukak bonet tu. Ha sebijik camtu, tak ke aku fobia tu kalau tetengah jalan bonet melayang bhahaha. So dorang betulkan ah, letak minyak siap ikat. So lets test drive balik. Bunyikk lagi ko!. Frust aku.



Kalau cemtu gamaknya, kene tinggal kereta. Sebab banyak kerja nak buat katanya. Getew pulok. Dah tu sabtu ni aku nak g KL. Cane tu. So minggu depanla aku baru hantar kereta. Dorang kata tak payah risau tak bahaya. Ok korang saksi tau bende ni. hehee



Macam mana sekali pun aku nak kasi betul jugak sebelum warranty aku abes 26/03 ni!



No comments :