hai...
Cuti raya cina 2 hari je. Isnin dengan selasa. Busuk pun
sabtu ahad dah memang cuti maka 4 hari la total cuti. Cuti tu kami sekeluarga
pergi mandi manda kat air papan, mersing. Tipuuuu la mandi. Dua hari sebelum
pergi tu, dapat wasep viral cakap air pasang besar. aku pun hekeleh kan aje.
Sekali sampai je laut serius ombak besar macam ape. Musnah harapan nak
berbikini tepi pantai. Air laut pulak coklat kotor yang amat. Nasib baik aku
tak book chalet kalau tak mesti menyesal. Yang sebenarnya planning asal nak
pergi tanjung leman. Lepastu aku rasa malas pulak nak hadap jem kat kota tinggi
tu. Situ kalau jem boleh tahan nak mengamuk. Hahaha. Ok ceritanya pergi air
papan je. Malam sebelum pergi tu ibu siap merendang daging, rebus nasi impit,
rebus telo. Sebijik macam nak raya haji ko. Sambung pulak pagi sebelum subuh
goreng ayam berempah, masak nasi lemak. Gigih tak kak lijah kau ni. hahaha. Aku
la yang sebok sangat nak picnic macam zaman kecik-kecik dulu, abah rajenn gilos
bawak kami adik badik pergi mandi pantai. Cakap je pantai mana belom pergi
dalam Joho ni. air terjun pon sama. Dari tempat tu buruk hina, sekarang dah
jadi resort megah. Dah tetua ni tetibe je tingin nak bekelah macam dulu-dulu
balik. Tu yang gigih gila masak. Terbayang aku cemana ibu masak sesorang dulu. dahla aku ni kuat melantak.. Tskk
Pergi mersing tu balik hari je. Dulu pernah tido kat chalet
situ. Best, pagi-pagi lepas subuh jalan kat batu-batu sebelum air naik.
Kali ni pergi air pasang, kami jejanlan je la tepi laut
lepastu beraksi panas ahh pe lagi. kekekeke. OOTD aku pun boleh tahan diva memang tema tepi laut sangat hahaha. Malas aku
letak sini nanti kene kecam. Muahahaha. Balik dari air papan tu, singgah la
beli keropok lekor. Rasa macam derhaka kalau tak beli kopok lekor kalau dah
sampai mersing ni haha. Singgah sampai 2 kedai. Kedai petama abah borong ikan
kering dengan keropok lekor sampai RM80+. Kedai kedua ni best sikit wajeb
singgah sini. HJ puteh. Femes amos ni kopok lekor die pon sedap gila. Tak
expired. Kedai petama tu keropok die dah expired ok. Sambil aku nguyah tu dok
bebel cakap bau tengik. Sekali adik aku cek date dah expired. Kongasam betul.
Wajeb singgah kedai ni. kakak aku pon repeat beli kat sini.
keropok lekor die memang sedap gila. Dorang pon ade jual yang dah goreng
panas-panas makan memang tak hengat. Kat kedai Hj puteh ni pun apak aku borong
lagi RM 70+. Haha. Aku pon ambil la kesempatan beli dodol durian. Amboi sedap
nyee. Nyesal tak beli banyak-banyak.
balik dari mersing, tak terus menuju ke rumah, singgah dataran kluang. kat situ memacam game ade, dari roller blade sampai ke Hoverboard yang latest yang penting banyak gak minatang yang aku dah pernah jumpe hahaha. sejam ade yang RM5 ade yang boleh main sampai lebam. aku tak main pape. duduk je. bukanla tak geti cuma kalau aku tunjuk semua power nanti orang lain rasa tergugat muahahaha. lama gak lepak kat dataran tu melayankan kehendak adik-adik aku nak main kasut rode tu tak paham aku ape yang best beno. zaman aku dulu main baling selipo, main getah jek. hahaha.
Sepanjang aku cuti tu aku memang offline data ye mahapla
sapa yang cari. Sekali bukak nah emel bertalu masuk semua tanya pasal PJJ. Aku
syak korang ni nebes la nak masuk kelas bulan Mac nanti kan. Ke korang dah plan nak
emel aku serentak ke cane. Ayat tu lebih kurang je. Soalan pon acah-acah copy
paste je. Tolongla jangan cakap aku terkene hidden camera. Kekeke. Insyallah
aku akan reply. Tadi baru reply sebahagian. Cuma ade beberapa soalan tu aku
macam taknak jawab sebab aku rasa aku dah cerita dah banyak kali kat blog aku
ni. ni mesti sepsis malas nak geledah blog aku ni ann. So tunggula mood aku baik,
aku gigihkan juga jawab. Tehehehe. Tapi aku rasa tak pernah tak jawab soalan
reader aku. Semua aku jawab. Even Cuma nak tanya umur aku berapa. Tu pun aku
reply tau. Tapi aku reply la “kau sebok kenapa”/ “kau nak kawen dengan aku ke”.
Getew.
Kadang-kadang aku rasa macam tak reti nak jawab soalan. Ade sorang ni tak
ingat nama die, die orang petama la emel aku share experience masa aku kat shah
alam dulu. Lepastu die banyak tanya soalan aneh-aneh hahaha. Aku rasa macam tak
reti nak jawab sebenanye. Ko tau aku buat cane?. Aku ceritaaa je panjang lebar dari
mula aku terniat nak cont study sampai makan enam perenggan. Tak tahu aku
merepek ape. Tapi die paham. Sungguh-sungguh ucap terima kasih sebab bantu die.
Walaupun aku rasa idokla macam membantu sangat. Lega sebab dapat menjawab
soalan die. Haha, Now die dah nak masuk sem 3. Selamat pun. Die gigih juga dari
penang ke shah alam. Sekarang aku dah retila jawab soalan. Even soalan
ulang-ulang, aku sudi je jawab memang aku dilahirkan untuk menjawab soalan
korang cuma cepat atau lambat je aku reply hehehee
perenggan terakhir ni aku tepek la gamba aksi panas di tepi pantai. kakakaka
baii
1 comment :
Hahaha. Terima kasih lyn kami yg byk tanya ni. :))
Sedapnya kopok lekor, fav ni.....
Post a Comment