Salam hai..
Sabtu, ahad, isnin lepas aku cuti pergi KL. Mejlis IKA. Ala
dulu aku pernah cerita pasal ika bertunang. Pepandaila korang cari story tu. Now
ika dah pon selamat jadi isteri. Gigih cuti hari sabtu dengan isnin tu tau.
Sebab nak merayap sekali harong alang-alang dah sampai KL khen. Hehee.
Majlis ika buat Ali Hall. Aku pesen tak tengok drama jam 7
tu. Dorang cakap tempat cerita cinta si wedding planner tu ha. Theme dari group
pompuan hati sado ni, purple. Tudung iaitu shawls di beli oleh yuyun. Senang
sekali semua sama. Alo-alo dedayangla gamaknya. Aku ni siap nempah baju baru
tolongla. Asal jemputan je buat baju kekekeke. Oh planning majlis ika ni memang
berbulan-bulan punya plan dengan bebudak dari Johor la terutamanya senang gerak
satu kereta jek. Korang kalau nak jemput aku datang mejlis kawen korang kene
bitau berbulan awal ya sebab aku ken bos beso dalam syarikat ni muahahahaha. Ok
dah.
Majlis berlangsung malam. Aku rasa kagum dengan kecantekkan
dewan tersebut. Sangat-sangat cantek ok kena dengan selera aku. Makanan pun ya
robb sedap nak pitam. Ika malam tu cantekkkkkk sangat. Dah la memang cantek.
Bertambahla cantek. Baju die yang aku wow sangat. Sebelum majlis tu die dah up
gambar baju kawen die. Tu pun belum siap sepenuhnya aku dan ahli group meroyan
cakap cantek sangat dah tu. Ika ni pesen kretip. Macam semua benda yang die
sentuh or buat terus je jadi cantek. Magical touch getew. Hehee. Sesampai je
dewan terus bekampung kat photo booth yuyun yang buat segala benda tu. Eh laki
bini tu siap dedemam gigih deco. Dah la stuck kat federal hway. Kesian. Seb baik
sempat. Numpang mandi laki bini tu kat hotel kiteorang. Lawak plak bila di
kenang balik kejadian malam tu.
mintak maapla kalau kualiti gambar kurang menyenangkan. tah sape punya gambar aku rembat. hehehe. cembese gambar pengantin harusla 2 3 keping jek. hahaha kasihann
Lepas menggila kat photo booth. Makan ah. Sedap haiii la
makanan beliau. Ade sotong kurita masak sambal. Ayam, daging, dalca aihh semua
sedap. Lepas makan tunggu ika masuk dewan. Diiringi dengan selawat. Sangat cantek
ok. rasa besok jugak nak kawen. Tapi terus padam impian walaupun esok aku
kawen idokla mampu secantek ika sebijik beliau. Perasaan betul pompuan ni. haha
Lepas tengok ika naik je pelamin. Weolz pon terus je pergi
photo booth balik. Dasar muka pantang hala betul. Hahaha. Aku rasa macam tak
lama kat hall tu. Sebab aku penat deh. Maklomla drive dari JB. Maunye tak
mengamok. Kakakakaka. Bebudak ni mesti tension dengan aku sebab awal noh angkat
kaki. Ah lantok situ. Aku kalau badan dah letih boleh mengamok ok. Tapi balik
bilik hotel pulok tido. Segor mate. Sebab aku pesen badan penat, susah nak tido
nak baring-baring golek-golek kat katil jek.
Lohh lupe gitau aku dari JB berempat, BFF aku mesti ade cik
ain, lepastu zila dengan zizah. Tapi kat hotel tambah lagi sorang iaitu siti
die duduk area setapak tu jugak. So lets la tido hotel sekali senang esok gerak
nak pergi ikea tunjuk jalan. Bhahaha. Kesempatan sangat tu.
Dalam jam 10 cemtu dah gerak ke ikea. Dekat je hekeleh betul
kemain awal pagi bersiap. Tapi haa. Sarap je 2 jam dalam tu. Belum pusing-pusing
satu ikea. Hehehe. Okla puas hati dapat makan meatball ikea. Dulu datang dengan
acik, acik tak bawak makan sini tatau nape. Hahahaha.
Menghabiskan masa dan wang ringgit dalam ikea, gerak pergi
makan bingsu. Pon siti yang bawak pakai waze. Kekekeke. Dorang cakap kalau
jalan kat KL ni pakai waze je mudah. Dulu aku pernah donlot natang waze tu tapi
macam tak function je kat JB ni. ke sebab aku dah terel bab jalan. :p
Sedapnya bingsu ni. dah jadi fav pulak. Harus repeat!! Sesambil
makan bingsu kita main la UNO, dan macam-macam mainan disediakan. Selain
beborak dengan kekawan khen. Yang siti order tu bingsu beberis ke jadah name beliau
haha. Sebab aku nak makan yang memasam sikit. Memula siti nak recommend durian.
Tapi aku tak lalu pulak tetengahari panas terik nak makan duyan hehehe
Order jugak waffle. Sedapnye weii. Rasa macam balik ni nak
buat. Macam mudah je buatnya. Beli roti wafer gardenia scop kan aiskrim vanilla.
Tabor milo. Perghh nak try ni!
Lepak kat bingsu café ni dalam sejam gak. Baru gerak pergi
klang. Malam tu tido rumah yuyun je. sampai je rumah yuyun rerehat sesambil
makan nasi goreng yun masak. Dapnye. Lepas magrib laki yun hantar siti kat
komuter. Kiteorang gerak pergi kaison. Tinggal 15 minit je masa sebelum tutup. Ape
lagi cecepat ah borong. Laju-laju tangan capai. Dasar boross. Haha. Balik dari
kaison. Terus pergi i-city. Laju-laju rayap. Hahahahaa penat lepak bawah lampu
makan megi cup. Kekekee. Sukaa borak cemtu macam bujangan je memasing. Kakakaka
Sampai rumah dekal jam 2 pagi. Mandi-mandi memasing tido. Aku
jela tak boleh lelap sebab penat sangat ke ape badan ni. jadahla pesen dah
tetua susah nak tido kalau letih beebno. Kengkawan semua pesen penat cepat je
lelap. Ngeeee
Pagi senin tu planning nak gerak pergi Melaka, cancel
tetibe. Nak makan nasi kambeng 40 hari pon cancle tetibe. Malas aku nak citer
ah sebab musabab. Bhahahaha. Yang penting sampai je JB terus pergi jusco bukit
indah pulak serang daison. Lepas food court makan aunties anne. Lepastu pergi
dato onn antar zila balik. Zizah dah selamat hantar sampai UTM. Die tak join
pergi daison ade hal kerajaan. Tu yang nak cecepat balik.
Vassss cepat je naip abes dah untuk 3 hari punya cerita. masa 3 hari tu memang dimanfaatkan betul. tak sempat ni ha nak berangan nak buang masa. haha. Boleh
dikatakan short vacay gak. Aku membayangkan short vacay tu leh la rerehat rumah
yun lelama. Nak mendugong rumah yun. Sekali berantakkan semuanya bhahahaha. Okla
takpe next time pasti akan datang balik!. gambar sebenarnya melambak-lambak tapi aku select je mana yang terkena. hehee
Naik je cuti, dapat pulak wasep eliz nak kawen. Pulokk ramai
yang nak kawen awal-awal tahun ni. tak tahu ke aku awal tahun bz macam ape. Eh tetibe
nak ngamok nape. Hahaha. Takpe takde aku pon majlis tetap jalan. Tak payah
bajet diri tu orang penting azi hahaha. Insyallah kalau ade masanya nanti aku
cuba sehabis baik untuk pergi. Bulan 12 tahun lepas dengan bulan 1 tahun ni aku
tak pergi pon jemputan kekawan kawen. Bz la korang. Maap la sangat-sangat. Kadang
tu kalau aku balik kampong, ibu abah pulak mintak hantar pergi jemputan kahang
la, sempangla. Tu pun kekadang pitam nak layan. Kene layan sebab mase kita
kekecik dorang layan kita elok je tau. So dari pilih kawan, baik aku pilih ibu
abah. Hehehe. Okla banyak dah mengarut.
Sekian, berakhir disini.
No comments :
Post a Comment