Showing posts with label tabika kemas 1994. Show all posts
Showing posts with label tabika kemas 1994. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

3 HARI 2 MALAM. JALAN LAJU-LAJU.

Salam hai..


Sabtu, ahad, isnin lepas aku cuti pergi KL. Mejlis IKA. Ala dulu aku pernah cerita pasal ika bertunang. Pepandaila korang cari story tu. Now ika dah pon selamat jadi isteri. Gigih cuti hari sabtu dengan isnin tu tau. Sebab nak merayap sekali harong alang-alang dah sampai KL khen. Hehee.



Majlis ika buat Ali Hall. Aku pesen tak tengok drama jam 7 tu. Dorang cakap tempat cerita cinta si wedding planner tu ha. Theme dari group pompuan hati sado ni, purple. Tudung iaitu shawls di beli oleh yuyun. Senang sekali semua sama. Alo-alo dedayangla gamaknya. Aku ni siap nempah baju baru tolongla. Asal jemputan je buat baju kekekeke. Oh planning majlis ika ni memang berbulan-bulan punya plan dengan bebudak dari Johor la terutamanya senang gerak satu kereta jek. Korang kalau nak jemput aku datang mejlis kawen korang kene bitau berbulan awal ya sebab aku ken bos beso dalam syarikat ni muahahahaha. Ok dah.



Majlis berlangsung malam. Aku rasa kagum dengan kecantekkan dewan tersebut. Sangat-sangat cantek ok kena dengan selera aku. Makanan pun ya robb sedap nak pitam. Ika malam tu cantekkkkkk sangat. Dah la memang cantek. Bertambahla cantek. Baju die yang aku wow sangat. Sebelum majlis tu die dah up gambar baju kawen die. Tu pun belum siap sepenuhnya aku dan ahli group meroyan cakap cantek sangat dah tu. Ika ni pesen kretip. Macam semua benda yang die sentuh or buat terus je jadi cantek. Magical touch getew. Hehee. Sesampai je dewan terus bekampung kat photo booth yuyun yang buat segala benda tu. Eh laki bini tu siap dedemam gigih deco. Dah la stuck kat federal hway. Kesian. Seb baik sempat. Numpang mandi laki bini tu kat hotel kiteorang. Lawak plak bila di kenang balik kejadian malam tu.



mintak maapla kalau kualiti gambar kurang menyenangkan. tah sape punya gambar aku rembat. hehehe. cembese gambar pengantin harusla 2 3 keping jek. hahaha kasihann



Lepas menggila kat photo booth. Makan ah. Sedap haiii la makanan beliau. Ade sotong kurita masak sambal. Ayam, daging, dalca aihh semua sedap. Lepas makan tunggu ika masuk dewan. Diiringi dengan selawat. Sangat cantek ok. rasa besok jugak nak kawen. Tapi terus padam impian walaupun esok aku kawen idokla mampu secantek ika sebijik beliau. Perasaan betul pompuan ni. haha



Lepas tengok ika naik je pelamin. Weolz pon terus je pergi photo booth balik. Dasar muka pantang hala betul. Hahaha. Aku rasa macam tak lama kat hall tu. Sebab aku penat deh. Maklomla drive dari JB. Maunye tak mengamok. Kakakakaka. Bebudak ni mesti tension dengan aku sebab awal noh angkat kaki. Ah lantok situ. Aku kalau badan dah letih boleh mengamok ok. Tapi balik bilik hotel pulok tido. Segor mate. Sebab aku pesen badan penat, susah nak tido nak baring-baring golek-golek kat katil jek.



Lohh lupe gitau aku dari JB berempat, BFF aku mesti ade cik ain, lepastu zila dengan zizah. Tapi kat hotel tambah lagi sorang iaitu siti die duduk area setapak tu jugak. So lets la tido hotel sekali senang esok gerak nak pergi ikea tunjuk jalan. Bhahaha. Kesempatan sangat tu.



Dalam jam 10 cemtu dah gerak ke ikea. Dekat je hekeleh betul kemain awal pagi bersiap. Tapi haa. Sarap je 2 jam dalam tu. Belum pusing-pusing satu ikea. Hehehe. Okla puas hati dapat makan meatball ikea. Dulu datang dengan acik, acik tak bawak makan sini tatau nape. Hahahaha.



Menghabiskan masa dan wang ringgit dalam ikea, gerak pergi makan bingsu. Pon siti yang bawak pakai waze. Kekekeke. Dorang cakap kalau jalan kat KL ni pakai waze je mudah. Dulu aku pernah donlot natang waze tu tapi macam tak function je kat JB ni. ke sebab aku dah terel bab jalan. :p



Sedapnya bingsu ni. dah jadi fav pulak. Harus repeat!! Sesambil makan bingsu kita main la UNO, dan macam-macam mainan disediakan. Selain beborak dengan kekawan khen. Yang siti order tu bingsu beberis ke jadah name beliau haha. Sebab aku nak makan yang memasam sikit. Memula siti nak recommend durian. Tapi aku tak lalu pulak tetengahari panas terik nak makan duyan hehehe


Order jugak waffle. Sedapnye weii. Rasa macam balik ni nak buat. Macam mudah je buatnya. Beli roti wafer gardenia scop kan aiskrim vanilla. Tabor milo. Perghh nak try ni!


Lepak kat bingsu café ni dalam sejam gak. Baru gerak pergi klang. Malam tu tido rumah yuyun je. sampai je rumah yuyun rerehat sesambil makan nasi goreng yun masak. Dapnye. Lepas magrib laki yun hantar siti kat komuter. Kiteorang gerak pergi kaison. Tinggal 15 minit je masa sebelum tutup. Ape lagi cecepat ah borong. Laju-laju tangan capai. Dasar boross. Haha. Balik dari kaison. Terus pergi i-city. Laju-laju rayap. Hahahahaa penat lepak bawah lampu makan megi cup. Kekekee. Sukaa borak cemtu macam bujangan je memasing. Kakakaka



Sampai rumah dekal jam 2 pagi. Mandi-mandi memasing tido. Aku jela tak boleh lelap sebab penat sangat ke ape badan ni. jadahla pesen dah tetua susah nak tido kalau letih beebno. Kengkawan semua pesen penat cepat je lelap. Ngeeee



Pagi senin tu planning nak gerak pergi Melaka, cancel tetibe. Nak makan nasi kambeng 40 hari pon cancle tetibe. Malas aku nak citer ah sebab musabab. Bhahahaha. Yang penting sampai je JB terus pergi jusco bukit indah pulak serang daison. Lepas food court makan aunties anne. Lepastu pergi dato onn antar zila balik. Zizah dah selamat hantar sampai UTM. Die tak join pergi daison ade hal kerajaan. Tu yang nak cecepat balik.



Vassss cepat je naip abes dah untuk 3 hari punya cerita. masa 3 hari tu memang dimanfaatkan betul. tak sempat ni ha nak berangan nak buang masa. haha. Boleh dikatakan short vacay gak. Aku membayangkan short vacay tu leh la rerehat rumah yun lelama. Nak mendugong rumah yun. Sekali berantakkan semuanya bhahahaha. Okla takpe next time pasti akan datang balik!. gambar sebenarnya melambak-lambak tapi aku select je mana yang terkena. hehee



Naik je cuti, dapat pulak wasep eliz nak kawen. Pulokk ramai yang nak kawen awal-awal tahun ni. tak tahu ke aku awal tahun bz macam ape. Eh tetibe nak ngamok nape. Hahaha. Takpe takde aku pon majlis tetap jalan. Tak payah bajet diri tu orang penting azi hahaha. Insyallah kalau ade masanya nanti aku cuba sehabis baik untuk pergi. Bulan 12 tahun lepas dengan bulan 1 tahun ni aku tak pergi pon jemputan kekawan kawen. Bz la korang. Maap la sangat-sangat. Kadang tu kalau aku balik kampong, ibu abah pulak mintak hantar pergi jemputan kahang la, sempangla. Tu pun kekadang pitam nak layan. Kene layan sebab mase kita kekecik dorang layan kita elok je tau. So dari pilih kawan, baik aku pilih ibu abah. Hehehe. Okla banyak dah mengarut.  



Sekian, berakhir disini.


Wednesday, February 26, 2014

SAVE THE DATE 29/03/2014. LADIES NIGHT. REUNION.

hai,


nak tahu tak, sebenarnya bulan mac pon tak masuk lagi!... *krikkrikkkrikkkrikk



29 mac tu adalah tarikh yang sangat penting bagi aku dan kawan-kawan-kawan (ex-skulmate TABIKA KEMAS 1994). sebab tarikh tu kiteorang akan berjumpa lalu berjimba-jimba. Ya Allah tak sabar sangat nak pelok cium dorang tau. :p



pic credit : google


sangat lama kiteorang tak berjumpa. lepas sekolah rendah pon ade yang tak jumpe. duduk sekampong pon ade yang tak terjumpe. poyo sangat kan. setelah di bincangkan, maka 29/03 tu kiteorang akan berjumpa untuk aktiviti berborak, makan-makan, berbbq opkos. benda ni dah di rancang seawal bulan 12 ke bulan 1 hari tu ek. yang pasti bende ni dah di rancang dengan smoooooth sangat!



kawan-kawan yang dari KL pon sanggup turun Johor. sanggup mohon cuti awal bulan 1 hari tu. semangat memasing!. yang ade anak pon semangat jugak nak join. wehihihiii tak sabar sangat nak jumpe dorang tau.



pic credit : google

walaupun perancangan awal tu nak becuti-cuti  kat tepi pantai terpaksa di tangguhkan, jumpe malam berbbq pon molek sangat dah. janji dapat lepas rindu masing-masing. selama ni asyik beborak dekat gurp wassap je kan. nanti 29/03 tu borak la puas-puas face-to-face. kite lawan mulut sape yang paling bingit. :p



aktiviti ni patut di gelar reunion. tapi untuk gegirl je uolz. men is not allowed. kecuali nak bawak laki memasing boleh la. ko gila nak tinggal laki kat rumah sementelah kau bersuka ria kat luar. haha




so, pade malam tu nanti semua sepakat collect sikit duit untuk berbbq ni, ade kambing, ayam, sosej, lagi ape ek. lupe la. yang mana nak sponser lain-lain makanan or barang sangat di alu-alukan. aku macam biasa la nak buat dessert!! dah verangan nak buat ape tau. semua untuk kesayangans!!



tema pula purple plus hitam. sebab yun terpengaroh dengan baju jacklyn mase AJL28 ritu. lawa kannn. kiteorang semua berkenan. baju tak bolehh nak over sebab ade aktiviti katenye. kite tunggu je la Ajk-ajk majlis buat ape. kikikiki. ohhhh lagi satu ade sesi tukar hadiah! hadiah mesti balut dengan kertas minyak kaler coklat!. kawan aku ramai dah beli hadiah. aku tak cari lagi. dorang ni terlebih semangat ke ape. kompius mak!.


pic credit : ohbulan!


di pendekan cerita, aku kene cari baju yang sesuai untuk majlis yang penuh misteri tu. :)). dannn cari hadiah!. ya cari hadiah!. nak bagi hadiah rupa ape ye. fening pulak nak pikir.



bile cerita pasal ladies night nii aku jadi tak sabar pun ade. teruja sangat. sebab lame sangat-sangat tak jumpe dengan skulmate ni. gila lama ade yang lebih 10 tahun kooot tak jumpe. debo-debo dade kite ni. kikikiki.



semoga Allah merahmati majlis itu nanti!. dan hope sangat program ni menjadi. ape pon, Allah adalah sebaik-baik perancang. :))



*senyum!