Tuesday, January 28, 2014

RESEPI : COTTAGE PIE

hello..

kongsi lagi resepi. pasal macam takde bende sangat nak update pasal life. :p kikikii


hi-tea kita cottage pie. meh la cuba resepi aku ni, jenuh study resepi dari jamie oliver, martha stewart, cik epal, si datin etc maka terhasil la resepi sendiri gitu.... hehee. aku bet resepi aku ni paling senang. kahkahkah mendabik dade fulakk. keji tau!


COTTAGE PIE

lapisan 1 kentang lecek
lapisan 2 sos ayam
lapisan 3 kentang lecek


BAHAN 

sos prego tomato
sos cili
daging ayam kisar
cendawan butang
bawang besar dan bawang putih
buttercup
susu segar
kentang 9 biji (besar, kalau kecik-kecik 15 biji ke sekilo terus senang. hehe)

CARA MELENYEK KENTANG


1. kentang di potong dadu. rebus sampai kentang lembut. toskan air rebusan dengan menggunakan tapis. kemudian letak balik dalam periuk, hidupkan api dapur paling kecik /api tengah. hancurkan kentang.



ha macam ni. paham?

tujuan kita mash kan kentang ni dalam periuk panas sebab, kita nak adunan kentang tu kering betul. :?

2. kentang dah lumat masukan 3 sudu besar butter dan 4 sudu besar susu segar. gaul rata. tutup api.


CARA UNTUK BUAT SOS AYAM


1. tumis bawang besar dan bawang putih. dah naik bau, masuk daging ayam kisar. tunggu sampai warna bertukar menjadi putih. tu tandanya dah masak. air yang keluar dari daging ayam kisar tu pon dah kering.


2. masukkan sos prego, dan 3 sudu besar sos cili. kemudian, masuk sekali cendawan butang dan sedikit garam.
sos prego ni kalau nak beli yang sos cendawan pon ok je sebab dalam sos ni ade serpihan-serpihan cendawan/tomato. *serpihan?? tetibe lupe perkataan yang sesuai tu*


cendawan butang yang dalam tin tu potong bulat-bulat cengini. omei ngat! :p


3. tunggu sos ni kering sikit. lepastu rasa! kot-kot kurang masin, masam, manis, pedas. boleh la tambah ikut lidah memasing. :)


4. lapisan pertama, letak sikit adunan kentang lecek tadi. 


5. lapisan kedua, letak semua sekali sos ayam yang kite dah peluh-peluh masak tu.


6. lapisan ketiga, kentang lecek. 
kalau korang nak kentang ni lagi lumat pakai je mixer or blander lumat lah ia. kalau nak lagi lembut boleh tambah susu segar lebih sikit nanti adunan tu macam suci je.
aku suke kasar-kasar sikit........ *sebnonye malas :p


7. siap bakar!!. 

bahagian atas tu kalau nak kaler kuning-kuning sikit sapukan kuning telur.

bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20-30 minit. 


adalah rupa garisan buku muzik ek. :x


macam ni la rupa bahagian dalam. texture cottage pie memang macam ni. lembut luar dalam. sebab kita bukan pakai pastry pie crust tu. :)) 


zoom sikit.





ok. 
selamat mencuba~



RESEPI : IKAN SIAKAP BAKO BELADO.

hey,


nak cerita sikit ni,  abah request : ikan bakar belado macam aku buat dulu tu. resepi aku ni memang kampung-kampung. tapi tak sangke pulak abah suke. hewhewwhew kau paham je la bila bapak kau tetibe suke dengan masakan kau, opkos aku nak lompat kangroo keliling rumah. yang sebetulnya sabtu tu aku ada kerja luar, maka masak laju-laju. takde presentation yang lawa k. awal-awal dah cakap ni. hehehee


jadi aku nak share le kat sini. mane la tahu, abah-abah korang suke jugak kan kan kan sempena hari bapa ni *tetibe, lepastu puji aku laju-laju kkkkkkk. :p


kali ni aku guna ikan siakap. sesuai juga kalau nak pakai ikan caru, ikan kembung, ikan selar kuning.


IKAN SIAKAP BAKAR BELADO


BAHAN TUMISAN

bawang besar 
cili padi 
bawang putih 
kunyit
halia
serai -sebatang
garam
asam keping -sekeping


CARA-CARA

1. semua bahan kat dalam tapis hijo aku ni di kisar halus *guna pengisar kering



2. tumis dalam kuali, titikkan serai, masuk garam. bila bahan tumis ni dah kering baru campakkan asam keping. tutup api. 
kaler die tu macam sambal belacan kan.


3. pilih ikan yanG sama saiz dengan dulang oven tu. :p. kalau rajen boleh alaskan dengan daun pisang. aku tak tahu mane nak cari daun pisang saat itu :p

4. lumur tumisan kat seluruh ikan. kelar 3 or 4 kat bahagian badan ikan, sumbat sekali dalam perut ikan banyak-banyak. 

5. bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 30 minit. yang ni ikut pada korang punya lidah. aku suke kalau ikan bakar ni tak kering sangat. basah-basah gitu. juicy ngat. :p



siap!. terus snap. lari laju-laju nak bersiap pegi kerja pulak..
korang patut cuba untuk menu makan tengahari nanti k............ wassalam~


zoom sikit. hehee sempat lagi~

Wednesday, January 22, 2014

BUTUH WAKTU. BUTUH RUANG.

hye.


kawan aku kata hidup kita ni memang tak boleh lari dari MEMBUAT PILIHAN. ya betul. aku banyak membetulkan kata-kata kawan aku yang mana aku rasakan kata-kata tersebut sangat tepat untuk di terima dek akal.


masalah aku dari dulu sampai sekarang. aku mahlok yang paling susah nak membuat pilihan. dari hal sekecil-kecil zarah sampai lah sebesar gajah di hutan. aku suka refer pada kawan-kawan aku. suka tanya pendapat mereka. lagi tambah pening bila sohabat-sohabat kita tu pulak sorang cons, sorang pro. tetap jugak aku yang kene buat keputusan/pilihan sendiri. yela kalau A kate ok. B kate tak ok. ko nak dengo kate sape?. aku ni bukan boleh dengo kate. dah la tak dengo kate, tapi sibuk nak mintak pandangan orang. manusia tahap kronik kau ni azi.


aku selalu berada di tengah-tengah antara ok dengan tak ok. contoh, mase belajar dulu sem 5, aku dapat pointer 3.48. ape lah salahnye lec bagi terus 3.5 tak gitu?. betapa merana hati aku mase tu rase nak bagi ubat cirit birit kat lec yang terbabit. hahaha. aku pernah dapat nombo 2 masa tingkatan 2 dulu. apelah salah cikgu bagi terus nombo 1?. perenggan ni, macam tak kene dengan konsep cerita sebenar. :p


yang sebenarnya aku nak cakap. aku perlu buat keputusan yang SANGAT BESAR dalam hidup aku. hoii melibatkan maruah keluarga, ekonomi negara dan bajet 2015 akan datang. besar punya skop penglibatan yang tersebut. :p


macam yang aku cakap tadi, dan sebelum ni pon ade cakap. aku paling susah nak membuat pilihan. aku tak boleh di beri pilihan. kenapa hidup ini perlu banyak pilihan? kenape mase pekse geografi dulu banyak pilihan jawapan dari A B C D kenape perlu begitu banyak pilihan jawapan?. kenapa pekse lesen dulu pon camtu, tu lagi kejam keputusan terus dapat bila tekan HANTAR. aku lebih suka baca buku soal-menyoal berserta jawapan terus. tapi AZII! hidup tidak segampang itu!. mane ade manusia tak berusaha TERUS BERJAYA!



aduh..


aku butuh waktu, aku butuh ruang!


Liku dan Nekmat.

salam,


hidup ini banyak liku. ayat biasa dengar 'inilah yang dinamakan liku-liku kehidupan'.
hidup ini banyak juga nekmat.


kekadang aku merasakan hidup aku macam banyak sangat liku sampai aku lupa di setiap liku itu ada nekmat yang mana mataku telah dibutakan oleh kelikuan yang meresahkan.


hidup ini juga banyak pilihan. antara kedai A atau kedai B. kedai A sekarang sudah menjual kuih muih dengan harga baru iaitu sekeping untuk donat gula/donat sambal/karipap sardin/karipap kentang dan lain-lain dengan harga RM 0.40 sebiji. kedai B pula harga yang masih sama 3 biji RM 1. apakah kene mengena dengan cerita ini?


kawan aku kata. ENTAH AKU SEMPAT MERASA TAK NEKMAT PENCEN. aku doakan beliau sempatlah merasa nekmat tersebut. kawan aku lagi kate. BAIKLA MATI CEPAT. DARI HIDUP KENE PIKIR PASAL DUIT. aku pun setuju jugak di lampirkan sekali dengan icon jempol/thumbs up!. eh mane pula tu.. :p


ade hamba Allah tu banyak melalui liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku liku baru merasa nekmat. ade hamba Allah tu juga merasa nekmat sampai kering baru tergolek depan liku.


pokoknya sekarang liku tu tak boleh pergi jauh dari nekmat. begitu juga sebaliknya. kalau kau tak mensyukuri nekmat maka liku-berliku hidup kau. ape yang perlu kita lakukan? DOA. minta pada yang SATU. DIA maha MENDENGAR Dia Maha MENGETAHUI. kita percaya akan DIA. kita pelu PERCAYA dan YAKIN tentang aturan rezki dan lain-lain hal yang telah di aturkan untuk kita.


sekian,
dari liku benti nekmat.


entry berbaur tak berape nak menekmati ABC sekarang ni. :p


Monday, January 20, 2014

BREAKFAST.

hai, hello...


menambah lemak tu memang seronot. beronot-ronot punya seronot kalau suruh makan...tapi babb suruh tekan tubi tu tak seronot. tu bab paling kompius nak buat seperti sedang bersusah payah mencari huruf selepas Z. :p





menu yang sama je pon nak tepek sampai 4 keping..pahall ko azi!

oh ye, ape bende yang kaler-kaler hitam bak dayang senandung tu?. 
tu namenya daging burger ramli di panggang bersama sos bbq. ermm ehnakk..



 soalan : camne buat teloq cengitu chef azi??



jawapan : mudah sahaja dengan menggunakan kuali leper yang tak melekat ni. 
panaskan kuali, lalu pecahkan telur dalam kuali, tunggu sampai agak-agak dah masak. try congkil-congkil keliling telor tu, kalau dah longkah maka, boleh la di angkat. bab mengcungkil tu pakai la sudip SPECIELL. ingat tak ibu aku melambung 'wraps' itu hari? pasal ibu aku menjerit bilamana beliau mendapati aku menterbalikkan 'wraps' tersebut dengan mengunakan sudip besi!. hoihh bab barang dapoq ibu ni aku naik seram nak guna. 


1st time kalau buat telor cengini memang macam-macam sikit rupanya tapi menyehatkan tanpa minyak gituw. so, selamat mencuba! practice make perfecto! ~


Thursday, January 16, 2014

TEST DRIVE : PROTON SAGA FLX SV dan AKSESORIS BELIAU.

hai..

ni cerita basi lame duduk kat draft :p, tapi baru nak publish harini.


aku dah testtt drive pon saga sv. ok la same je rasenye tu. yang jadi tak same atmosphere nye je. ye la bawak kereta orang lain mane nak same macam bawak kereta sendiri ye dop?. 


ramailah yang dok tanye sini ape kekurangan sv kan kan kan. sini aku gitau dengan jujurnya. dari apa yang aku selongkar dekat kereta 'si pemilik kereta ni' *nama di rahsiakan.



Accessories yang TAK ADA

1. coil mats tu di ganti dengan carpet mat. 


yang ni kita panggil coil mats. kalau carpet mats tu die takde bulu-bulu tu. macam carpet. carpet yang biase tu. aku lupa nak ambil gambar carpet mats tu camna. ce korang google. yang gambar atas ni si pemilik kereta dah beli coil mats baru. 


2. first aid kid 

3. safety triangle 

4. luggage tray 


ha kosong cenggini kat dalam bonet tu.


5. door visor dan tinted window 


asalnya memang takde. tapi pasang sendiri la kat kedai. ni tinted tahap tak lepas JPJ. tapi ade warranty 5 years. kalau dapat saman g bagi kat kedai buat tinted ni. pepandaila die uruskan. yang penting surat saman tu simpan bagi kat kedai buat tinted tu. kite tak payah keluar sesen pon duit. katenye.  

6. trunk lid cover 


yang belah atas tu takda cover.

7. muffler cutter pun takda


dari segi Features yang ADA.

1. tilt steering

2. central door locking

3. alarm and keyless entry remote

4. front and rear power windows

5. reverse sensor

6. immobiliser 

7. audio system (radio cd, mp3 player) kalau  EXEC dan SE (radio cd, mp3, usb, aux player)

8. passenger's airbag

9. driver's airbag

yang TAK ADA pula.

1. ABS with EDB (kalau pasang dalam 1.5k tak silap) yang ni aku tak sure ade ke tak. sebab mase start enjin, aku tengok kat bahagian atas meter (dashboard) simbol ABS tu menyala. so, ade ke tak?

2. steering wheel with audio switches (button kat stereng tuuu)


macam kat stereng tu. 
ni aku gledah gambar lame pasal aku pergi mengundi tahun lepas. gambar pon tak full janji ado je la aku malas nak ambil gambar baru :p. belah kiri untuk button tukar mode kepada radio ke cd ke mp3 ke etc dan button 'next track or previous track' *sembarang je aku bagi name...janji engkorang paham. belah kanan pula button high and slow sound dan button mute
nampak tak petak 4 segi bawah stereng tu *refer gambar kabur tu.. ha tu la  electric door mirrors .  seperti gambar dibawah.


kalau kereta dari overseas bende ni kat pintu driver tu. 


3. electric door mirrors (button adjust cermin sisi)

4. rear spoiler (yang kat atas pintu bonet tu)


ni yang asal.



ni yang dah di letakan rear spoiler tu. bende ni kene tempah dalam seminggu camtu baru dapat. 

5. side protector moulding (ni yang kat pintu belah bawah)

6. front fog lamps (spotlight tu.. yang 2 ketul kat depan belah bawah)

dari segi chasis pula Tyre/Wheel size untuk SV 175/70R13-Steel sama macam FLX Standard kalau Executive 185/60E14-Alloy. kalau SE 195/50R15-Alloy

si pemilik kereta ni tukar terus semua jadi R15. haha ni kalau g service mau kau kena pasang yang asal dulu kot??



speaker depan pon takde. 'rumah' die ade tapi dalam kosong la. kene tambah sendiri. speaker belakang ado. 


ni cap dan model yang si pemilik kereta ni pakai


alang-alang semua nak di tukar. ape kate tukar sun visor jadi sun visor dvd player. gituw..


si pemilik kereta ni memang nak beli 'kereta kosong' sebab die nak modified itu ini. ni spesis duit berkoyan-koyan le ni. kalau aku tak koser nak layan semua ni. aku ni spesis tak rajen nak menghias kereta dalam/luar. dalam kereta aku 3 bende wajib je yang perlu ado. ambi pur/pewangi, smart tag dan tisu ekehkehh. kalau bab mendeco rumah tu aku rajen gileeeeeee-gileeee nak touch-up.

 eh, lupa lagi satu kad bonuslink kene letak dalam kereta kalau di pindah keluar, mau aku mengamuk mencari beliau sebab aku ni pelupa :p. aku isi minyak Shell. korang? barang-barang safety semua kat bonet. hehee
*ambi pur spesis spray tu seeloknya bawak keluar dari kereta katenye boleh jadi 'roket' kalau di biarkan dalam kereta -masa parking.


si pemilik kereta ni perempuan bukan lelaki ye. tapi mampoo ko nak me-modified cengini. hebat tau. total semua belanja untuk accessories plus yang lain-lain tu dalam RM 3,000+-. 


nak cerita pro and cons pasal tambah accesories ni aku tak berani nak cakap la. ade setengah tu cakap kalau usik bab wiring, nanti insurans tak cover or else. sape berani nak fight ok la. sediakan reason yang reasonable kikiki.


cerita pasal macam mana die beli kereta ni nanti aku kongsi tau tauuuu janji ni janjjii kalau rajen. meh la berdoa supaya aku rajen di kendian hari. :p


dar~


Wednesday, January 15, 2014

MOVIE : DEVIL's DUE

hye,


hari ni baru nak up pasal movie Devil's Due. untuk movie pembukaan tahun 2014, movie ni la yang paling hambar. paling bosan. paling memeningkan kepala. paling menyakitkan tekak terasa nak muntoh. coii sangat tau cerita ni. tengok iklan kat tv macam gud-gud je kan. sekali hadap..mak aiii 20 minit pertama tu aku dah nak termuntah. hoii aku sarankan tak payah le uolz tengok. sebab memang sangat memeningkan kepala. filem yang berdasarkan rakaman sendiri. macam kita merakam video keluarga kekdahnye, orang putih kate found-footage horror movie. tu yang bergoyang-goyang terhuyung hayang. pening ko kepale aku. kalau aku tahu cengini, tak tengok  :p.


mase nak beli tiket tu je pon kiteorang dah kene sound. ade ke patot si mamat jaga kaunter tiket tu tak cayo weolz dah 24-1+3. hahaha lawak nak mampos siap kuar mykad bagai. cis! takut weolz terpengaruh lettew dengan isi-isi kandungan dalam filem tu nanti. bhahaha plzz la.


stori-mori : meh la aku citer sikit pasal filem ni. mengenai newlywed (sam dan zach) pergi honeymoon kat negara luar.
pula tu, kat sana mereka ni di bawa oleh seorang pemandu teksi untuk pergi ke satu tempat yang di katekan 'best'. rupanya sebuah bar dalam tanah kot.
so, dorang ni minum sampai mabuk. tau-tau je pompuan ni (sam) dah kene buat pemujaan dalam satu lingkaran 'tanda saiton' katenye. tup-tup mengandung pula tu.
dalam mase mengandung tu banyak la tanda-tanda pelik yang berlaku pada sam antaranya sam makan daging mentah kat pasaraya sedangkan beliau seorang vegetarian.
zach ni pon syak la ade sesuatu yang menggangu mereka sekeluarga. zach pon siasat punya siasat, rupanya si pemandu teksi dan kuncu-kuncunye. *kuncu or kunco or koncu??.
si sam ni pula kat rumah dah macam orang kene histeria siap dah bunuh kakak zach si suzie tu. rumah dah porak peranda. haha porak peranda disitu. keliling rumah dorang ni, ada beberapa orang siap berjaga tunggu masa sam ni beranak kan si baby devil tu. kononye. maka, lahirkan baby tersebut selepas sam membelah perut beliau dengan pisau yang dia dapat masa parti baby shower.
baby tersebut telah di ambil oleh pengikut tah ape name yang pemandu teksi tu tadi. nak buat pemujaan lettew. sebab ramai newlywed yang pergi honeymoon kat negara asing menjadi mangsa pemandu teksi tu. kira nasib mereka sama seperti sam dan zach. ohh sadis la gamaknye.
akhirnya zach di tuduh membunuh isteri dan kakak beliau. sebab polis mane cayo bende-bende tahayol ni. abesnye gitu je...hekelehh...

panjang gilaaaaaaa ulasan aku tu!! 


rated : 1/2 stars! haha. kejam gila aku! :p


ok, tu je nak cakap :p


hosmate aku balik rumah muntah-muntah bagai. hahaaa 1st time die kate tengok wayang cengini punya disaster. :p


tepek gambo popcorn ni kalau tak entry ni macam bisu. wakaka :p



Monday, January 13, 2014

RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE DAN KEBAB DAGING PALING SONANG DAN SEDAP hoii.

wehii, heloo...


jumaat lepas cek Nab kiter tu nak buat kek batik. OMG cek Nab masak ok. sila percaya!
sesampai sahaja aku kat rumah, cek Nab ajak beli barang buat kek batik ni. senang je gamaknye. bile aku tanye ade salin resepi??. beliau cakap ade dalam kepale.. fuyoooooo ngapal resepiii terkagom kejap aku. *padahal resepi senang jeee!. tu pon derhaka dengan resepi asal. hantam je sebab tak cukup sukatan. :p tapi menjadi juga la. sedappppp sangat!! big claps for cek Nab!!


KEK BATIK


BAHAN YANG DI PERLUKAN :


1 paket biskut marie yang besar. tak silap aku 200g
1 tin susu pekat
1 paket milo saiz kecik
2 cawan butter
1 sudu teh esen vanila



KEKDAH :

1. cairkan butter dalam kuali.
2. masukkan susu -sebati.


3. masukan milo. kacau sampai tak berketul-ketul. api tu sederhana sudah.


4. agak-agak dah sebati, matikan api!


5. masukan biskut. biskut ni ikut pada korang la nak pecahkan tahap berapa. cek Nab kita pecahkan 4 je. ade 4 ade 2. :p. aku rase kalu pecah tahap banyak-banyak tak berapa lawa pula corak kek batik korang kang.


6. mase mengaul ni, api dah mati tau.


7. masuk dalam bekas, dah tekan-tekan bagi mampattt! betul-betul punya menekan.
lagi satu. aku lupa nak alaskan dengan plastik or kertas minyak. sebab nak keluarkan die tu susah gila-gila. maka kena potong dalam Tupperware tu jugak. lepastu ibu ku menyingaaa "Tupperware hakuuuuuuuu abesla calo balooo". sabo je la hakuuuu -__-!~


SIAP!! masuk dalam icebox semalaman.



KEBAB DAGING 

kalau ikut tajuk entry, kebab daging paling sonang dan sedap. cuma tang gambar tu aku tak ambil step by step. 


meh la pakai resepi experiment aku ni. kira experiment success!. muehehe. ibu aku kate TAK PERCAYE SEDAP!!. saba lagi aku. -_-!



episod buat inti kebab ni la paling best dalam dunia. semua main cempak jew. :p

BAHAN :

3 keping daging burger cap RAMLI
1/2 biji timun -ikutsukasukihati
1/2 biji tomato -pon ikutsukasukihati
4 sudu besar sos berbeku hot&spicy jenama Knorr  -pon ikut sukasuki nak banyak ke sikit
secubit garam


KEKDAH :

1. goreng daging burger ni dalam pan leper macam kat kedai burger tuuu. pakai butter sedikit. goreng agak half cook gitu. kalau rajen boleh la grill.
daging tu di belah belah kecil. tak payah kecil sangat. sebab nanti dalam kuali kita nak cincang pakai sudip. *part ni macam pelik bunyinya. tapi cuba imagine. :p

2. timun di sagat.

3. tomato di potong dadu.

4. daging yang dah di potong kecik-kecik tu kita pindahkan pula dalam kuali. dengan api sederhana, masukan sos berbeku hot&spicy. kacau dengan sudip sambil tu kita cincang-cincang macam orang jual kebab kat pasor tu. haha. goreng sampai kering. ce rase sikit, kalau tak sedap bukan salah aku. :p

5. agak dah sebati daging+sos berbeku+garam. tutup api dan masukan timun juga tomato.

6. masukkan dalam roti pita yang boleh di dapati di pasaraya.

SIAP!!


mudah kan.. semudah ABC. :p


kebab memang fav. aku. actually semua makanan pon fav. aku. cuma aku ade satu sipat kepelikan, iaitu kalau sendiri yang masak aku macam tak berape nak hadap sangat. cube kalau orang lain yang masak or beli kat pasor, laju je pulak aku hadap. :p aku tak tahu ini harus di panggil sipat, tabiat atau penyakit?? :p



bai, selamat mencube!