Thursday, August 21, 2014

KEHEBATAN AKU DALAM PERSIAPAN RAYA 2014.

hai, hello...


baru nak up entry raya.

aku kan baru je transfer gambar dari henpon ke pc. pc opis je pon. pilih gambar kat gallery secara random lepastu edit letak watermark sekor. eleh macam engkorang tak pernah buat..update blog kat opis adalah sesuatu perkara yang indah. kahkahkahkah :x

aku sebenarnya nak share persiapan raya hari tu. raya kami sekeluarga tahun ni macam biasa-biasa je. takde pon baju sedondon baju kendarat sume tu. seumur idup aku sekali je kami sedondon. lain tahun lantak ko situ. sebab sume citarasa berbeda-beda...kelass kau beda!

macam tahun-tahun sebelum ni, aku mesti take over bab biskut raya, adik aku faiz bab kerepek. kakak aku bab kek lapis asam manis. wajibul buat tiap tahun. sebab permintaan ahli keluarga. so, terpaksa la kakak aku buat. mane nak dapat wei kek lapis asam manis jaman dulu kala tu. gigih kakak buat. gasak ko situ.

tahun ni aku tak banyak beli biskut raya. pasal tahun lepas biskut raya sampai raya cina tak abes-abes. dengan orang kasi hamper biskut raya lagi. so, tahun ni aku beli 3 macam. tu pon sekarang ade lagi. orang datang rumah bukan makan pon bende-bende gini. orang skrang dtang rumah request mee bandung mee kari nasi ayam. kemain orang sekarang ya. :p

rajen tak rajen, tahun ni aku buat popia nestom sampai 3 bag. dapat 4 balang. kagum dengan diri sendiri. ibu aku paling tak percaya betapa anaknya sungguh ghajen. amboii. lepastu siap buat kek brownies. mane tak ibu aku nak percaya dengan keganjilan anaknya? mehehee


nila bukti nya. round 1 tunggu masa untuk goreng. aku buat 9 round tahu!. kagum dengan diri sendiri! tahniahhh azi tahniahh!!. sampai sakit bahu. suruh cek nab tolong gunting kulit popia ni kau tahu jadi ape? #urutdada aku..hahaha. resepi ado di sebelah kanan korang tu. jelas terang dan nyata. cuma kali ni aku pakai kulit popia brand econsave. 


nampak macam terel je kan aku buat. hahaha. resepi aku olah sendiri dari cikgu kelas kek dulu. ibu kate pepandai kau je nak olah-olah. well, aku kan sesuka napsu je nak buat experiment sendiri. aku cuma tambah choc bittersweet dalam adunan yang di potong dadu. jadi bila makan tu tergigit la choc seketul. bila makan panas-panas choc ni cair! wahhhhh macam lava cake tuuuu..hebat kan aku!!! puihh :p

sekian sahaja cerita kehebatan persiapan raya aku yang lepas. kehkehkeh. 

entry yang berbaur angkat bakul sendiri!



No comments :