Wednesday, August 20, 2014

SURAT UNTUK SEPUPU TERSAYANG! :LOVE:

salam..


hai Eqa, ecehhcehh berutus surat yang tidak di pos kononye. hari sabtu 16/08/2014 yang lepas kau telah selamat jadi 'bini' orang. sumpah aku semacam tak percaya langsung!. kau kawen di usia 22 tahun. kau telah melangkah bendul aku. bukan setakat bendul aku malah 3 bendul kau berjaya melangkah dengan jayanya! hebat permainan kau ya! haha.

nway aku bahagia!. aku bahagia sebab kau selamat kawen. memang la memula aku rasa kau main-main bila cakap kau nak kawen. aku rasa kau main-main bila dah bertunang. sampai hari nikah kau pon aku rasa kau main-main nak nikah. kegilaan apakah. kekekee.

oh Eqa! *drama

kau tahu kau sepupu ku yang paling aku sayang. kau sahabat ku. kau separuh jiwa ku. *iskkisskk* tersedih pulak. cepat lap hingus!. bila di terobek dari zaman kita kecik. zaman gonjeng-gonjeng. sampai zaman duduk rumah sewa sama-sama. omakaiii langsung terkesan. kesan yang menjadi parut. tak boleh tanggal punya. kau ingatkan masa kita petik bunga-bunga tokwan secara harem. lepastu mandi kat bilik air belakang. konon nak rahsia dari tokwan takot tokwan marah. rupanya air mandi bunga kite tu elok je mengalir kat longkang. mase tu la rahsia terbongkar. betapa jahilnya kita dulu ek. ko kecik. aku beso. aku salu buli ko. yela akukan kakak. dulu ko sedo tak kita same-same gemok. ko gemokkk kot dulu. pastu bila dah stat blaja jauh (politeknik) aku terperanjat bila tengok ko semakin kurus. aku je yang tak kurus-kurus. letihhh tunggu kurus datang. :p

banyak sebenonya nak di terobek kembali. tapi tak cukup kertas la. :p pepandaila ko ingat sirik. :p


kau masih ingat tarikh kau bertunang? aku kompem la tak ingat sebab bukan majlis aku kan. haha. tapi yang aku ingat sangat-sangat. aku yang mendandan kau. sampai mokteh cakap muka aku yang tak berseri. sebab make-up kan kau la. kahkahkah. sebelum majlis bertunang lagi kau dah bising-bising tak nak make-up tebal la tak nak nampak seksi la.. bising dan kepoci sangat ko kan. design baju ko lagi. eh die punya huru hara tu macam kite nak bertunang secara berjemaah!. naseb baikla mokde si Taylor paling tersohorrr dalam kerabat kita ni geti la melayan napsu aku dengan ko kan!. hahaa. eh paling tak lupa aku terperanjat beso bila tengok 'mini pelamin' ko!. ni bukan mini ok! ni dah serupa grand livina. hahahaa. tapi pelamin ko lawa. terima kasih kat pak itam sudi sponser. fresh flowerrr lagi. :p. eh cop. ade lagi aku tak boleh lupa!. pasal hantaran-hantaran ko. alahaiiiii banyak perkara masam manis sebenonya. :p



malam sebelum kau nikah, aku tido dengan kau. sebelum kau bantai tido aku pakaikan mask muka. bagi kulit ko segar esok pagi. yela tido pon dah lambat. hehehee. aku dengan mokde gasak buat pulut kuning lagi jam 1.00 pagi!. takpe bagi can ko tido lebih sikit. hehe. aku perati je kau tido. banyak syok. kemain sedap kau tido sampai berdengkur. saba je la aku. salu jadi pentin kan tak boleh tido pasal berdebar-debar, ni kau kemain elokk je aku tengok berdengkur. sabar kali kedua.
jam 7 pagi aku dah siap dulu. ko tengah ready untuk baca yasin masa tu. mase tu jugak kau cakap kau mimpi arwah adik kau farhan. adik lelaki tunggal yang paling kau sayang. terpaling sayang. aku tak bagi kau cerita. sebab mata aku dah penuh air. aku palingkan muka. sebab aku tak nak kau tahu aku sedih. di hari bahagia kau, kau patut rasa happy. tapi sempat jugak kau cakap "farhan happy sangat!". T___T  itu perkara paling dasyat berlaku dalam keluarga kita. aku simpan paling semat dalam hati.

lepas pak itam make up kan kau. barulah aku gigih pakaikan kau tudung. gigih ya di situ. sambil di bantu oleh Alia. terima kasih Alia!. Alia juga sepupu yang hebat bab fesyen-fesyen ni. kikikiki. kalau aku bingung rujuk sahaja pada Alia tahula die selesaikannya. suka bergaduh dengan aku sapa nak semat jarum/ pin/ peniti. :)) sayang ko Lia!



SAH! sekali lafaz. T__T


aku tahu kau pengantin paling gembira. kau raja sehari paling sweet. aku nampak muka kau sangat bahagia. muka bahagia yang dah lama aku tak nampak selepas kematian adik mu farhan. :)))



pic taken by : Alia.

haha gambar kepala kau kene potong. saje aku masuk dekat sini. sebab muncung tudung kau pon agak herot di situ. nak tunggu kau betulkan sirik memang idok la jawapnya. kau bukan kesah pon kan pasal baju tudung kau herot. hahaha. *perli*. baru aku perasan aku tak ambil gambar full baju nikah kau design by mokde. sangat gojes dan moslemah!


si kecik Arisah, Qisya dan Syaya yang sangat cun. sanggup tau pakai shwal berlapis2 semata nak jadi pari-pari kau!. cun kan dorang. aku yang pakaikan shawl dorang! ehkehkehkeh. yang paling best baju yang acik beli ni harus la lawa. seangkatan dengan tema. sepupu : purple, mak sedara/pak sedara : biru. terpaling best mak ngah, mak engko tu sanggup keluar modal beli baju sedondon untuk makcik makcik kita. hehehee


tepek gambar kau kat sini. bagi feeling pengantin baru lagi. heheee


kau tahu tak kau pengantin paling kecoh. muka dah comel. tapi kecoh die sebijik aku. banyak aku blajo dari kau sebenonya. hahaha. besok aku kawen namo la kecoh macam ko. kahkahkah jahat kan aku!


 tak sangka aku geti nak stylish kan ko. eh tak sangka aku.. aku ikut je permintaan kau  tudung jangan pendek, jangan itu jangan ini. kau nak majlis kau mendapat keredhoaan Allah. :x tapi sebenonya asalnya elok lawa tersusun jek shawl kau tu. ni lepas kau bersilat atas pelamin tu yang nampak macam serabut sikit. isk sakit pulak mata kite ni menengoknye. ko mesti tak nak betulkan punya. :p


make-up kau paling natural yang paling kau nak kan. 
seri pengantin tu yang paling best bila tengok!!


kau kena simpan ketat-ketat. petang sebelum kau pergi outdoor photoshoot kita buat seperais kat pak ngah (abah kau) sempena bezday die 30/08 ni. awal gila seleberet kan. ini semua rancangan makngah (mak kau). so romentik!. eh cop ade lagi satu bende kau kene ingat! di hari pernikahan kau ni... pak ngah dan mak ngah sakit mata!! tu yang 24 jam pakai spek mate itam! aduhaii apelah lawak benoo!

dan yang terakhir muka mokteh OMG tu yang tak boleh blah. tahu mokteh aku tepek kat sini memang dapat siku la aku jap lagi.. kikikii


tepek gambar desert kau yang paling cantek. bia kau tahu seluruh keluarga sangat gigih nak yang terbaik untuk majlis kau tahu!!


~Ya Allah bahagiakanlah hati pasangan ini (Nur Atiqah Binti Aris dan Edham). mewahkan rezeki mereka. berikanlah kebahagiaan yang tidak pernah habis. Kau wanginya rumah tangga mereka seperti taman di syurga sehingga akhirat kelak. Ya Allah Kau lindungilah rumah tangga mereka dari sebarang anasir buruk. satukan hati mereka. lembutkan hati mereka menerima kekurangan sesama mereka. Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah yang boleh menjadi pejuang islam paling unggul di mata-Mu. Amin Ya Rabb~


yang iklas, yang sayangkan kau sampai mati ;

kak aji mu yang sentiasa anggun~
:p


No comments :