Wednesday, December 2, 2015

KALENDAR AKADEMIK DAN JADUAL KELAS.

Q&A : Kalendar akademik. Jadual kelas.


Baik tak aku punyala nak dapatkan gambaran sebenar belajar pjj ni cane. Siap share jadual kelas. Haha. Mungkin entry ni khos untuk maz. Harap lepasni maz clear.



kelendar akademik biasa ined akan update awal sebelum start semester baru. contohnya macam kat atas tu kelendar akademik untuk semester ni. dah ade tarikh-tarikh keramat sesiap.


Biasanya seminar schedule pulak akan keluar sebulan awal sebelum mula kelas. Masa ni student perlu buat study plan sendiri nak ambil subjek apa terutama student uitm shah alam. Kalau kat johor iaitu di tanah tumpah Negara ku. Coordinator akan buatkan study plan untuk kita, jadi tetiap sem tak payah pening nak ambil subjek ape, sebab coordinator NFU yang sangat baik hati plan kan untuk kita hehe. Kalau kat shah alam, korang sebenarnya boleh mintak pandangan dengan coordinator korang. Coordinator ni macam PA (Penasihat Akademik) kita ah masa kat poli dulu. Nak tanya pape boleh je direct call mereka. Sangat membantu don’t wory k.


Seminar schedule biasanya akan keluar sekali dengan jadual kelas sepanjang sem dan ianya di panggil SEMINAR. Seminar /kelas/pertemuan sama maksud. Heee. Kalau orang kate nak jumpa next kelas means nak jumpa next seminar. Haaa paham tak ek. So dari seminar 1 – 7 sepanjang sem dan ade tarikh. Kalau orang tanya aku berapa kali kelas sebulan?. Susah nak jawab soalan tu. Sebab kadang sebulan 2 kali je jumpa. Kadang sekali kadang 3 kali. Jadi aku anggarkan lebih kurang 2 minggu sekali ah pertemuan. Sini aku ade bagi jadual seminar aku.




ok ni contoh jadual seminar beserta tarikh sesiap untuk student kat shah alam. baik tak kakak siap bagi contoh shah alam punya. hehee. sebab dulu masa aku sem 1 tak pandai guna jadual ni cane. poyo ek



ni jadual aku kat johor. pon ade 5/7 kali pertemuan. coordinator dah tulis sesiap kelas mane yang ade 5/7 kali pertemuan. senang nak tengok kan. hehe


Untuk subjek membaca means teori, biasanya 5 kali pertemuan which mean 5 seminar je. Kalau kelas yang melibatkan perkiraan 7 kali pertemuan iaitu 7 seminar. Dan kebiasaanya jugak, 5 kali pertemuan tu memang tak cukupla sebab tu ade lect tambah kelas iaitu tambah seminar. Ko banyakla sirik hazab belajar dengan lect sepantas kilat kadnag lect sirik pon cakap saya rasa macam tak ajar ape-ape. :p betul pon. Sebenarnya ikut pada cara bagaimana lect tu ngajar. Ade yang straight je masuk terus bab-bab baru. Ade yang ngajar based on past sem question. Sambil ajar satu bab sambil tengok PYQ. So senang la jugak nak maham. Ade gak lect cerita je kesimpulan terus dari semua bab. Hahaha. Ikut pada kretiviti dan perbincangan dekat kelas cane. Korang jangan risaula. Lect sangat membantu. Macam aku dah 3 sem ni, banyak dah Nampak style lect ngajar cane. Ade yang ilek-ilek je. Santai-santai ade yang seriusss. Lect statistic aku sem lepas lagi best ajar yang rasa-rasa masuk final je hehehe. Kalau keluar bab yang tak diajar haa padan muka. Seb baik allllll issss welllll. Hehehee



So korang aku harap clear la bab jadual seminar. Nasihat aku dapat je jadual seminar, korang boleh plan bende yang lain lari dari tarikh seminar tu. Kalau boleh attend ah kelas jangan tak datang. Aku penah ponteng kelas sehari iaitu 5 subjek punya kelas, rasa nyesal ade gak. Sebab banyak bende rasa tetinggal. Rasa macam dah tetinggal 100 bab. Hahaha.




Okla korang Kalau tak jelas ce komen sket nanti aku tambah mana patut. Kalau korang emel or wasep tanya soalan baru aku up entry sebab aku tak tahu ape yang korang nak tahu sebenarnya. Insyallah la aku share pengalaman aku eaa. Ok.. darrr

No comments :