Hari sabtu lepas, kelas subjek MGT buat satu charity event.
Masa awal-awal mula kelas dulu dah bincang dah nak pergi mana samada pergi ke
rumah orang tua, anak yatim or gelandangan. Selepas beberapa bulan berbincang.
Akhirnya kami sepakat pilih homeless. Yeaa. Aku suka sebab ni firstime joint
charity event. Kesion. Tapi tidakla aku takde perasaan tak tahu
masalah-masalah rakyat heeee
Ok. Here we go. Group di pecah kepada 3 kumpulan. A B dan C.
glad to joint team B sebab check point dekat CIQ jek senang. Team B ke HSA dan
sekitarnya team C aku tak ingat katne Nampak noh orang sibuk briefing aku sibuk
wefie kahkahkahkah.
Memula sepakat nak pakai baju hitam, tudung kuning. Pastu
bese ar ade tak suka kuning, takde tudung kuning takde itu takde ini kihkihkih. So okla
pakai je mana suka. :p
Hari sabtu tu kelas aku pack sampai jam 730 malam. Kemkabut solat
magrib pastu makan pastu gerak dari uitm secara berjemaah. Konvoi nahh. Tempat berkumpul
di CIQ. Oh lupa nak kenalkan NGO yang bekerjasama dengan kami iaitu dari
KENCHARA. Dengar briefing mula-mula dorang kasi tahu charity yang kita buat ni
kene ketepikan soal politik, racist, keturunan etc, lagi homeless ni bukanlah
dari kalangan manusia yang normal iaitu macam kita yang mesra alam. Ade segelintirnya
ganas sebab ape mereka jadi ganas? Sebab mereka takut. Takut kenape? Takut kite
akan serang die, maki die marah die. Sebab tu mereka jadi ganas sebab nak
protect diri sendiri. Kesiankan. Majority yang aku jumpe ialah warga tua cina
mostly la. Kesian sangat. Great experience untuk aku yang cepat touching ni.
Aku handle bahagian pakaian. Homesless ni memang dah tetau
je port orang nak bg sumbangan. Siap dah beratur tau. Kesian nye weii sebak
dade aku bila terkenang. Ramaila nyonya-nyonya tua, india, melayu... Yang muda
pon ramai gak. Tapi motif kiteorang bukan takat nak bagi sumbangan makan dan
pakai, kami ade gak mintak nama dan cuba untuk bagi peluang pekerjaan. Carikan mereka
kerja yang mana masih muda-muda ni. surprisingly
bukan takat orang gelangdangan biasa je. Yang luar biasa pon ade. Teka sape?. Heee
dah tentu ade juga termasuk dalam senarai gelandangan penagih dadah. Sebab tu
kena hati-hati. Bukan nak salah sangka. Just beware jek. Mereka semua ni tak
suka gambar dirakam, so bukan boleh suka-suka ambil gambar takot dorang
bertindak ganas.
Masa aku handle bahagian pakaian, kami dinasihatkan supaya
tidak bertindak ganas dengan mreka contohnya, kalau dorang (homeless) ni
tarik-tarik baju kita biar kan je. Jangan gaduh dengan die. Takot die lagi
ganas. Sape tahu kan. Aku sedih bila ingat balik. Ramai yang cari baju lengan
panjang. Iskk serius sedih sebab tak banyak baju yang ade nak-nak lengan
panjang. Aku paham. Dorang nak lengan panjang sebab malam kan sejuk nak tido
bukan ade rumah, bukan ade blanket ke ubat nyamok bagai. Sedih aku tau sebab
tak dapat nak bagi ape yang dorang nak. Dahla tu ramai orang tua. Kesiannye wei..
aku rasa nyesal pulak tak sumbang pakaian. T__T lap ingus
Balik dari event tu aku tetaplah bersedih jugak. Banyak soalan
yang bermain kat kepala ni. Kenapa dorang jadi cemtu nak-nak orang tua. Kami borak
kat group wasep pasal bende ni, bertukar-tukar cerita kesian ade yang dah 15
tahun duduk kat bustand. Allah. Sakitnye dade ni sedih teramat. Aku kesian gila
dengan orang tua. Kesiaannn weiii.. aku punya kesian tu sampai cerita dekat staff
siap begenang air mata. dahla aku sedihh. Ok babai.
1 comment :
memang sedih kalau dengar kisah mereka..
Post a Comment