Hai...
Boleh dikatakan sekarang ni masih lagi hangat diperkatakan
mengenai result pointer. Yang mana dapat highers tu tentulah tengah
beronok-ronok. Tapi jangan dilupakan mungkin ade segelintir rakan-rakan seperjuangan
kite tengah meratapi dan bersedih hati dengan result mereka yang kurang
memuaskan ataupun ade yang tengah dok
makan hati bilamana satu atau dua subjek FAIL means kene repeat paper. Effect
pada CGPA bila ade subjek yang fail. Jangan gelabah kekawan. Takpe kalau taknak
ambil lagi sem depan. Tunggu hilang rasa kecewa dengan subjek tu kendian baru
ambil lagi. Sesetengahnya terus je ambil next sem sementara masih lagi ingat
mengenai subjek tu. Kalau aku pon hiba gak bila dapat tahu ade subjek yang fail.
Mau tak rasa down!. Ape yang boleh aku nasihatkan ialah next sem cuba ambil 2 subjek sahaja untuk memperbaiki
cgpa. Once cgpa dah naik 3.00 baru la berani sikit nak ambil 3 atau 4
subjek. Sebab tu bila daftar subjek jangan TAMAK. Lihat dulu keupayaan kita.
Coordinator pon ade pesan kalau cgpa yang bawah 3.00 sila ambil 2 atau 3 subjek
sahaja bagi memperelokkan result cgpa. tak
payah malu untuk dapatkan nasihat dari coordinator. Coordinator adalah
rakan terbaik kita tau sebab beliau je yang tahu semua subjek tu tahap susah ke
senang macam mana. Atas nasihat die jugakla korang boleh berjaya. Kalau kite
bekejar nak abis cepat tapi result teruk pon tak guna juga bukan?. At least la
result tu nampak cantik sikit. Lain-lain usaha
kene datang dari diri sendiri jugak. Pepaham jela maksud aku tu, kang aku
cakap lelebih ko kecik hati...kekekeke.
Adela beberapa orang nak tumpang bahu aku sebab sedih dengan
result die. Aku paham perasaan tu Cuma tak boleh nak into sangat. Sebab aku ni
kan pesen blur kalau orang mintak untuk ditenangkan. Aku tak tahu nak jawab
cemana. Paling tak pon aku reply ‘aku tak tahu nak cakap ape’. Adoii seber
salah aku ahh. Kang tak layan ko kecik hati. Kang aku cakap sampai tersalah
cakap kang ko kecik ati lagi. Memang aku ni pesen tak geti nak pujuk orang.
Memang tak pernah la aku pujuk memujuk orang. Ekekekeke. Tapi kalau aku merajuk
nak kene orang pujuk pulak...eh masalahh betul kakak ko ni. :p
Gud luck!
xx
No comments :
Post a Comment