hai, hello...
malas nak taip entry baru, tengah kemas draft. mak ai banyak gak hasil nukilanku yang aku tak publish muahahaha. walaupun kekadang aku macam tak paham ape maksud yang cuba aku sampaikan, tapi lantokla. :p
so harini, lest share draft entry bertarikh 23/01/2015. fresh from draft box!
xx
sekarang kalau terjumpa kawan-kawan gila lama tak jumpe. ayat pertama :
" eh kauu! "
" oi buat ape kat sini! "
kalau aku yang mula tegur la.
kalau orang tu yang tegur. aku macam eyk?? sapekah apekah?? kau sapa?? gituw.
aku ni walaupon kawan-kawan ramai gils kat kampung tu, tapi ade jugak yang aku tak cam bila umur dah banyak-banyakk ni :p.
contohnya macam ni, aku pergi kedai soon huat. tetibe ade orang tegur dari belakang " oii oii oii " aku tak syak pon die panggil aku. dah la oii oii je. pastu aku toleh la jugek kan nak tengok siape yang biadap noh tu panggil orang oii oii, dah la kuat oke. eh sekali..
la die panggil aku. aku dah vengang gak la. yang die tu dari jauh lagi dah sengih-sengih kerang vusuk. aku is like kau kenapaa?
"zie, ko ape citer?"
eh die kenal aku. oi ligat kepala hotak ni dok pikir bagi cam sapekah makhlok ni. dah sah sah die kenal aku khen. dah sah-sah jugakla kawan sekolah aku ni, kalau tak sekolah rendah mesti sekolah menengah! kang kecik ati kalau aku cakap aku tak kenal. so, aku pon kengkonon mesree le khen. bab belakon tu memang aku powerot sangat!.
borak punya borak. aku hampir nak cam dah sape, kawan sekolah menengah, budak felda ni. cuma tak sampai la sapekah die niiii! amaigadd sangat! dalam 15 minit dah berlalu, aku masih lagi tak cam kau ni sape?
di penghujung borak.
"petang ni jemput tau datang la uma aku, (bezday party anak) kau igat lagi tak jalan uma aku ni?"
ah sudah...masakkk..
"tahuuuu". jawab aku yakin as usualll... kahkahkahkahh dasarr pompuann tuttt sangat aku ni. :ppp
ringan je mulut cakap "tahu" kat situ.
balik dari kedai.... zassssss on wasepppppp. orang petama aku cari ialah ain rosli. ain rosli ni serupa memory card aku. banyak fungsi dak ain ni. kahkakah.. bagi je lakaran wajah dan maklumat yang aku tahu. zapp sepantas kilat ain bagitahu sape.
aku bukan buat-buat tak kenal. dah memang aku tak ingat kadang orang orang dah kawen, secara drastiknya berubah terus air muka, bukan air muka je ye. air ketuban, air mato, air mate air segala air berubah. acaner tu. tu belom yang dah beranak pinak. belom yang dulu kurus kering sekarang dah bulat-bulat. mampuih susah la aku nak cam. setakat setahun ke lima tahun kebelakang aku oke lagi. ni kalau dah masuk 20 tahun punya rupa acaner tu?. hehehee. ampunnnn!
cerita kedua.
untung tau ade kawan-kawan yang kerja bidang yang berbeza dari kiter.
1. member sorang ni baru je bukak satu cafe.
"kau nak makan ape pun datang je cafe aku. vvvvvip aku bagi spesial edition."
2. lama jugak tak berjumpa dengan member aku ni. nama die ieyka. perkara pertama di borakkan.
"kau kerja kat mana?"
ni soalan biasa laaa... ieyka ni photographer tapi part time la.
"kau kalau nak cari photog cari je aku tau, best service tip top meletop gituw"
3. eisya. die compny buat kaki palsu.
"kau, kalau nak pakai kaki pelsu, cari aku tau, best price i give u"
kau rasa?? kenapakah aku perlu kaki pelsu. nauzubillah minzalik. eisya ni pon tak perasan ayat die cenggitu. coi sangat tau.
urut dade aku!
xx
No comments :
Post a Comment