Sunday, February 19, 2017

BEST KE SHARE RESULT EXAM?

Hai.. hellooo…

Tahniahh korang untuk result exam yang baru baru je ni keluar. Tak la baru sangat. Hehe 17hb haritu. Sape tunggu sampai mata bengkak angkat tangan! Haha kite geng! Aku bukan takat tunggu malah sampai salah-salah hari. Tak patut betul aku beria tunggu 12hb sampai yun pon terjebak sekali! Tak patut tak patut tak patut haha!


11.55 malam pada 16hb tu aku dah start refresh gmail namratus kali. Tak jugak kunjung tiba at the end tido je la. Jam 3 pagi tersedar cek email scroll gear lima terus. Alhamdulillah. Tah kenapa ek gigil semacam tunggu result. Pertama dah tentu tak dapat jawab mgt dengan baik. Kedua seram dengan tmc sebab ramai dah tahu dorang akan fail sebelum keluar result sebab lecturer awal-awal dah beritahu “u sem depan ambil lagi subjek ni”. Ngerii sangat! Walaupun aku takde dalam kelompok tu tapi ape je boleh jadi kann. sebolehnya aku memang elak sangat dapat C. kalau dapat C ni automatic ganggu pointer kite even subjek yang lain dapat A. haa seramm!



Walaupun aku redo je dengan apa sahaja bentuk result aku nanti. Tapi sedikit sebanyak kacau emosi jugak. Kadang tu aku siap positif kan diri. Takpe kalau tak perform dengan baik sem ni which is tak dapat 3.5 and above. Takpela untuk satu sem ni. Ingat senang ke belaja 3 bulan untuk dapat pointer bagus. Haa tak mudah dan tak mustahil. Nfu pernah beritahu, takpe kalau fail as long as kite cuba sebab degree PJJ is tough. Kite dah tempuh satu sem sampai seat final exam pon dah kira hebat tau! Aku selalu ingat kata-kata beliau yang sangat memberi moivasi.



And here my Gpa for sem 5 ---3.5! maintain pointer sama macam sem lepas tapi CGPA adela turun sikit. sedih but masih lagi above 3.5 takpe aku cuba sem 6 nanti untuk naik kan CGPA! Korang pon sama tau.. biala kita sesame menempuh kehidupan sebagai pjj student ni dengan success. Hehe!



Kenape aku suka share result? Haha

Tak la cakap suka share result yang seciput jek ni. kan dah memang sejak azali lagi aku share. Kang korang ternanti-nanti kalau sem yang baru je lepasni aku tak share. Heeee. Yela ade orang kan macam berahsia getew. Aku amek inisiatif untuk share dengan korang sebab aku yang encourage korang untuk sambung belajar. So aku kene tunjuk kan contoh dan tauladan yang baik untuk bagi korang semangat yang membuak-buak getew. Sebab tu sedaya mungkin aku akan share cara aku study semua tu and final nya dah tentu result exam ianya macam satu kepuasan yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Memanglah tak hebat mana pon 3.5 jek haha! Tapi aku berusaha ni untuk share pengalaman dengan korang. and terpulang pada korang nak jadikan sebagai pembakar semangat atau sebaliknya. :)



Oklah aku harap result korang pon ok jugak. Jangan risau kalau pointer sikit. Aku kan dah bagi tips caner nak naikan pointer… ha cecuba tips aku tu. Kawan baik aku sendiri pun cuba juga. Alhamdulillah result die 3.7 lagi hebat dari aku haha! Nak tahu tipsnya.. Ha! Boleh scroll entry lepas atau pergi kat belah kanan korang bawah my journey as pjj student. Actually banyak je tips aku share.


Insyallah! Will update pasal subjek yang aku dah ambil sem lepas dalam masa terdekat ni. Jadual seminar untuk negeri johor kampus pasir gudang akan keluar pada 1/3 nanti ok take note guys! Untuk negeri lain boleh cek dengan KPP masing-masing oke! 


Darrr..


No comments :