Hai..
seperti yang dijanjikan harini update mengenai code course yang aku ambil
sem 5. Daripada 4 subjek hanya 3 je yang masuk exam hall. Heee. Cembiasa TMC
memang takde final. Paper yang lain macam QMT, MGT dan ELC ade paper final. So
meh mulakan dengan paper TMC451 (mandarin level II) yang takde final paper.
TMC 451 –
MANDARIN LEVEL II
Masa level
1 belajar self introduction, cara bertegur sapa, pekerjaan semua tu kan. Level 2 ni upgrade
banyak. Macam perbualan sambut perayaan seperti tahun baru.. hari raya…
thaipusam.. deepavali.. and belajar jugak perbualan mengenai makanan, melawat
orang sakit, membeli belah. Seronok la. Banyak aku praktik kan bila pergi
pasar. Pahamla serba sedikit kalau terdengar conversation dalam mandarin.
Setakat jumlah barang dalam Ringgit Malaysia semua tu okela lagi paham.
Mandarin ni bestnye bila dapat praktik terus.. kalau kerja dengan kelompok
ramai Chinese memang best. Siap slang sekali kau terikut-ikut. Macam aku banyak
dengar lagu-lagu mandarin jek la. Lepastukan macam senang la nak ingat!. Tak
tahula korang pesen nak ingat cemana. Kalau aku kan, asal bende baru dengar je
mesti rasa interesting lepastu poyo-poyo nak sebut je ulang-ulang dengan amak
aku kat rumah. Siap ajo amak aku hahahaha.
Ni la sebahagian nota kaki yang dok ulang alik ulang alik bukak tutup bukak tutup hehari. Nak
pitam rasanya. Cara aku hapal hanzi ni senang je. Imagine gerak kungfu dan
tarian idol k-pop :p.
Walaupun
kedengaran aneh. Ce cuba ko bayangkan mesti dapat punya. Kadang siap jadikan
cerita dan relate kan dengan bende-bende yang biasa Nampak. Kalau ikutkan
tulisan setiap karakter cina ni ada cerita di sebalinya. Contoh. Zaoshang means
pagi. Matahari naik di ufuk timur. Susah nak explain just korang imagine la
ekekeke. Kalau aku senang je. Contoh. Jin. kalau kita tengok jin ini ada satu
je mata. So bila jumpa karakter ni terus ingat oh jin! Oke ni mesti guna untuk
jintian means harini!. Haaaaaaa getew kekdahnya. Yang lain-lain pepandailah
korang imagine sendiri. Memanglah agak kemenyampahan tapi lelama okela. Mase
test baca hanzi ade 5 point kena baca tau. Jujurlah cakap aku Cuma dapat baca 3
jek dengan yakin betul. Yang lagi 2 tu berlegar-legar kat kepala otak aku sikit lagi
nak termuntah. :p
Overall.
Tmc level 2 memang best! Dapat B pon syukurrr benoo asal bukan C dah la. Tak
sabo nak ambil tmc level 3 bahahahahaha
ELC 500 –
ENGLISH FOR ACADEMIC READING
Subjek ni 2
jam kredit jek. Belajar pon santai siap terlelap terlelap :p. Kene beli buku teks harga rm40. Siap
cakap harga berapa. Haha. Subjek ni kene banyak bagi tumpuan dalam kelas. Sebab
kalau belajar sendiri macam tak paham sangat. Contohnya soalan banyak suruh
kita infer petikan, implied main idea dari petikan dan bagi maksud lain juga
dari petikan. Pendek kata semua soalan adalah berpandukan petikan. Ade part
yang senang macam kena kelaskan statement yang diberi tu opinion atau fact.
Kadang keliru jugak boleh jadi strong opinion seakan-akan fact. Ha nii yang
kene belajar bebetul.
Final paper
takde buat essay. Just ade 2 soalan teks. Semua jawapan ade dalam teks. Cuma
pandai tak pandai jek nak carik. Nampak mudah tapi hakikatnya agak kritikal
jugak.
Oh paper ni
boleh bawak English-English dictionary ya. Guna time nak cari maksud lain bagi
sesetengah perkataan yang di beri. Contohnya imperil = endanger/harm/put a risk
kat sini pun korang kena tahu kalau
soalan dalam bentuk verb korang kene jawab dalam bentuk verb jugak. Kalau past
tense ke present tense ke semua kene jawab dalam bentuk yang sama.
Dari segi
assessment. Takde sangat sebab sir best bagi semua jawapan dalam buku teks
sesiap hehehee. Tapi adelah test. Macam reading responsive (written response),
test, oral responsive (pair work) Oklah tak susah mana. Cuma oral response tu cari
bahan/isi sendiri untuk dibentang kat depan kelas bersama partner. Macam
acah-acah debat la. Daripada teks yang diberi tu samada kita sokong atau
partner tak sokong. Lepastu sila explain kenapa sokong kenape tak sokong. Aku
dapat tajuk agak rare dan susah nak cari isi pasal organ. Kekawan lain ade je
yang ulang-ulang pakai teks yang sama. Tak fair tau sir! Ehehehe
MGT 420 - PRINCIPLE AND PRACTICE OF MANAGEMENT
Sebenarnya MGT420
ni same macam aku ambil masa sem 1 MGT400. Cuma tak dapat pc ke ape tah. Kene
ambil lagi. Kan aku dulu sem 1 course AC. Bila sem 5 ni kan dah jadi BM. Still
jugak kene ambil subjek ni. Memula macam erghh tak rela jek sebab aku tahu
susah gila kot subjek mgt ni. Aku ingat dulu jawab exam kat Dewan Raja Muda Musa (Shah Alam) aku keluar awal tau sebab macam krikkkrikk jek jawab. Sekali result keluar
dapat B+. hahaha. Kali ni ambil dapat A-. not bad la kan. Hehe
Subjek ni
pasal management in organization lah of course. Dalam organization tu ape yang
perlu ada.. PLOC.. iaitu planning, leading, organizing and controlling. Semua
di jelaskan dalam bab-bab yang tertentu dan saling berkait antara satu sama
lain. Kite jugak akan belajar communication, SHRM, mgt dari Islamic
perspective, TQM (total quality management).
Kaedah
belajar nya, pakai PYQ. Contohnya bab communication. Cari soalan mengenai
communication 5 semester kebelakang. Lepastu jawab dan sila hantar. So setiap
kali seminar memang akan ade je assessment yang kene hantar. Korang jangan
malas-malas hantar assessment. Memang la kadang penat balik kerja. Kerja menimbun.
Aku paham. Aku pon kerja jugak. Tapi assessment ni penting tau. Aku tak pernah
pandang sepi carry marks. Sebab aku tahu carry marks je yang boleh tolong kita.
Sebab tu kalau boleh kejarlah markah yang baik untuk carry marks (continuous
assessment marks). Lets say final nanti ko takleh jawab dengan baik, carry maks
la yang akan bantu tauu. So sila ambil perhatian. Aku cakap gini bukan ape
sebab perasan a few classmate macam banyak tak puas hati bila banyak kene buat latihan, assignment semua tu. So aku
nasihatkan buat la dengan se ikhlas hati. Jangan asal siap jek k! J
QMT425 –
QUANTITATIVE BUSINESS ANALYSIS / QUANTITATIVE TECHNIQUES
Oke subjek
ni dah tentu subjek mengira. Tak sempat mengantuk!
Mengenai method
of solving problem yang di guna pakai dalam industry biasanya decision-maker
yang akan buat keputusan sebab dorang kena tahu kaedah mana yang terbaik untuk
dapatkan nilai yang optimal. Kalau korang ingat masa semester 2 aku ade ambil
STA (statistic) siapa ambil statistic tu macam bonus jugakla sebab kalau ade
basic dalam probability and calculus mesti lagi mudah sikit nak faham.
Subjek ni
cover how to use decision analysis using decision tree, inventory management, linear programming,
transportation, project management (PERT/CPM) and simulation.
Subjek ni
pon kene beli buku teks RM40. Hehe! Buku teks ni lecturer yang keluarkan siap
bagi skema jawapan final exam. Best gila oke. Lepastu banyak tutorial yang kite
boleh buat. Siap bagi jawapan jugak. Sebab tu kalau tak dapat A subjek ni sila
meninggal. Dah di sorongkan bantal ha terang-terang hahahaa..
Dalam banyak-banyak
bab tu, aku paling lemah bab transportation model. Entah kenapa banyak kali
buat latihan mesti jawapan aku aneh-aneh je dapat. Sampailah masa final exam
haritu. Jadual aku tak optimal oke. Boleh ade sebijik je negative kat
unoccupied tu. Padahal soalan dalam minimize cost. Kalau soalan dalam minimize
jawapan kene ade zero dan positif baru optimal. Lenni ade seketul negative. Bila
buat jadual yang ke 3 ahh sudahhh semua keluar negative bahahaha. Oke takpe. Buat
je sampai jadual 2 then kira terus cost transportation berapa. Kekdah aku, walau
cemana blur sekali pun buat je sampai habis. Jangan tinggal separuh jalan. Manalah
tahukann ade markah kesiann ke ape hehehehehe.
Baiklah
sekian sahaja entry panjang kalini. Harap dapatlah sedikit gambaran kat korang
yang tertanya-tanya cemana bentuk subjek yang bakal korang ambil nanti!
Harap sem
depan bersama-samalah kite score dan focus tahap maksima!!
Gud luck xx
No comments :
Post a Comment