Friday, August 2, 2019

Hari Yang Mematangkan Diri (Part II).

hello, sambungan entry sebelum ni..memang agak panjangla sebab aku malas nak berdrama lama-lama haha! hope sudi habiskan sampai habis k.. enjoy!


seingat aku ade sehari je aku ponteng kelas itu pun terpaksa sangat. sebabnya aku dapat perkhabaran duka pasal ibu aku. ibu aku diagnos kanser payudara stage 3c. maseni aku rasa dunia gelap gelita. aku ni kan homesick teruk tetiap minggu memang akan balik jumpe ibu aku. bila aku dah start belajar part time ni, aku kurang masa dengan family nak-nak dengan ibu aku. kalau aku balik kampong memang aku akan masak macam-macam untuk seisi keluarga.

lepas je dapat berita macam ni Ya Allah tuhan je yang tahu. sekarang aku menaip ni pon sebak bergenang air mate. aku memang tokleh kalau cakap pasal ibu ke abah aku. sedih, emo, jiwa berkecamuk gitew.

Library UiTM PG yang selalu aku pergi. even hari minggu kalau teringin nak study kat sini, sanggup aku datang haha. tapi rumah sewa aku memang tak jauh pon nak ke sini. seingat aku, sekali je aku jejakkan kaki aku ke PTAR. kat PTDI ade lift untuk student ye. lect ke student ke guna lift yang sama. haha.

mase aku ponteng kelas tu memang lagi beberapa minggu ke hari tak silap aku nak final exam. nekad betul aku ponteng kelas sebab nk jaga mak aku kat hospital. mujur aje lepas doktor sah kan mak aku ade kanser, terus dapat date yang sesuai untuk operate. Ya Allah sedihnya kalau teringat balik bende ni. T___T


mase aku down tu, kakak aku banyakla bagi semangat kat aku. die cakap janganla sampai nk berhenti belajar. I tell you ya, kakak aku ni orang paling tabah aku pernah jumpa selepas mak aku. tak tunjuk kesedihan langsung. nak di bandingkan dengan aku ni, yakpon cenggeng, gembeng tengok je macam gagah perkasa. haha! aku kalau bab family memang aku kalah!


alhamdulillah selamat pun aku duduk final exam. bila di ingat balik. begitu kentalnya lahai semangat aku nak belajar ulang alik JB-Kluang-TBS-Kajang-Shah Alam. even aku merasa satu semester je kat shah Alam. ini dah kira menguji ketahanan mental aku tau cannot brain aku cemana kekawan yang boleh habiskan 4/5 tahun ulang alik dari JB ke Shah Alam tiap minggu. hat ups!


sebab tu aku selalu pesan kat diri aku sendiri. bila dah sambung belajar ni, memang kene buat betul-betul, study, score, participate, etc. aku tak rase keputusan nak sambung belajar ni kau boleh buat main-main. gagal selepas usaha tu lain. hasil itu selari dengan usaha. ini selalu aku pesan dekat diri aku. yang paling aku tekankan bab duit. sudahlah sponser diri sendiri takkanlaa nak main-main kan. ini jela aku dok ulang-ulang cakap kat diri sendiri.


mase aku tengah cuti semester, kawan aku cakap UiTM Pasir Gudang ade bukak course accounting. aku pon melompatla kegirangan. terus je contact coordinator kat sana menyatakan hasrat aku nak tukar kampus. bende ni tak settle dengan mudah guys. kau kene sabar banyak-banyak bab tukar kampus ni. first sekali coordinator akan cek kau punya blendend learning sebab code banyak dah berubah ade subjek-subjek yang tak available. maseni coordinator tak galakkan aku tukar kat Johor memandangkan ade la sedikit salah faham antara ined Johor dengan Shah Alam. supposed, ined Johor tak advise pun untuk open course accounting ni sebabnya takda lecture yang boleh mengajar dan sebab paling utama UiTM Segamat dah takda course degree of accounting. semua lecturer dah di hantar ke tempat lain atau pun mengajar subjek lain. kalau ada pun bukan subjek-subjek accounting macam FAR etc.


landskap kat UiTM PG ni aku kira yang paling kemas dan cantik sekali. aku akan lepak dekat pondok ni sambil makan kuih atau tunggu classmate aku datang.

subjek yang coordinator offer mase kat Johor tu tak banyak. seingat aku macam LAW, Statistic dengan ENT. oleh sebab aku dah ambil ENT mase sem 1 maka subjek yang available untuk aku cuma LAW dengan Statistic je. coordinator minta aku pikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan. aku pon pikirla masak-masak gak dengan tak sanggup nak jauh dengan ibu ini sebab utama aku. aku call coordinator Shah Alam mintak advise dari beliau. untuk aku paham jadah blended learning etc ni memang agak complicated la wei. aku bukanya diploma UiTM so nak paham "bahasa" UiTM ni agak complicated bagi aku. lepas beliau bagi pencerahan baru la aku paham ape yang dimaksudkan.



so, akhirnya aku pon decide nak transfer kat Johor selepas dapat petunjuk.


aku tak tahu nak rujuk kat siapa mase proses nak tukar kampus ni. seingat aku, kerani kat ined tu ade beritahu aku bukak website ined untuk dapatkan borang. aku pon godeh-godeh so jumpela. macam-macam borang ado.


maka isila aku form tersebut berserta sekeping surat.. surat ni just suka-suka je aku buat untuk menyatakan dengan kukuh kenapa aku nk tukar kampus gittew. lepas siap isi, aku fax je kat dorang. sebab aku assume dorang akan nampklah terus compare dgn email.


selang beberapa hari, aku follow up dengan ined Shah Alam. nak tanya ape result nya. dorang cakap dorang akan SMS kalau berjaya. so, aku tunggu punya tunggu bapak lama gila tau tunggu maseni dah nak naik sem tau. aku ade mase kurang 2 minggu nak setelkan bende alah ni. aku call balik ined sebab aku tak sabo haha. dorang cakap dorang baru bentangkan kat mesyuarat. dua hari lepastu aku dapat sms, SUCCESS!. laju-laju aku call coordinator Johor cakapla aku punya result dah lulus. so, settle bab tukar kampus.


first day aku kat UiTM PG tu, aku kenal sorang je. classmate aku mase kat Poli. kelas aku untuk semester 2 ni ade dua kelas je. 8-10 pagi kelas Statistik lepastu 4:30-6:30 petang kelas Law. memandangkan Segamat dah takde lecturer yang available untuk kami (kesian giler!) maka lecturer statistik ni dorang import dari UTHM. hahaha. tapi best giler namati wei lecturer ni. bestt sangat-sangat sampai aku dapat A!. lecturer Law ni dari Segamat. ok juga. dapat A juga. aku ingat balik result aku sem 2 ni paling gempak la sebab dua subjek jek. macam 3.8 kot. hahahaha gempak tak!


mase kami hampir dengan final exam, coordinator ada bagitahu kami yang berkemungkinan kene transfer ke UiTM Shah Alam. vavava maseni memang haru la. memang course kami ade beberape ketul je (macam 12 orang camtu). wakil Ined Shah Alam (tak sure timbalan pengarah ke siapa ek) siap datang Johor buat meeting dengan kami untuk memohon kemaafan la sebab dorang yang setuju untuk bukak course ni kat Johor tanpa mengambil kira aspect lain. complicated tau kes aku ni. mase dengar kene tranfer shah alam tu, aku nak kojol dah biar betik?!.


Wakil ined tu pon ade bagi kami pilihan kalau tanak pindah Shah Alam. First, tukar course ke Finance dan subjek yang dah tak related dengan Finance tu dorang akan pulangkan yuran. second, tarik diri dan dorang akan pulangkan yuran. pergh sewenang-wenangnya bagi pilihan yang terakhir tu. kedengaran sangat kejam.

maseni dalam bilik meeting agak tegang la sebab ade sorang classmate ni die memang brani untuk argue macam-macam. tapi still, dorang tetap dengan keputusan macam tu. hmm.


so, kami balik untuk pikirkan ape pilihan yang patut kami buat. frust menonggeng pon tak guna sebab aku dah sem 2 kot. almost setahun aku belajar. kekawan lain tu okla baru beberapa bulan je takla sebel sangat aku kira.


oleh sebab aku taktahu keputusan dan hala tuju yang patut aku nak ambil, aku pon fikir okla lets sit the final exam first. I may not rugi ape-ape pon kan!.


ini port biasa aku study kalau sorang-sorang. meja luas gila, selesa yakmat. I will miss this soo much!

mase cuti sem tu, aku dok pikir punya pikir banyak aspect. aku mungkin takda jodoh dengan accouting sebab paling utama, kerja hakiki aku sekarang ni not too much exposes with accouting or related works so far. jadi bila aku duduk kelas FAR aku sebel dan rasa berat untuk jawab sebab aku dah lame gila tak buat accountings works! bila aku buat pencarian kat internet pasal course finance ni, aku rasa ini lebih dekat dengan aku sebab pertama tidak terasa berat. aku mungkin boleh ambil accounting kalau aku pelajar full time. untuk part time ni aku pilih yang simple as that je lahkan!. even finance ni pon banyak jugak killer subjek TAPI tak se-killer accounting. kalau korng nak aku compare between accounting dengan Finance. Finance ni susah die tak sesusah accounting. means that, die memang susah gaban rate 8/10. kalau accounting nak-nak subjek FAR tu, susah 10/10. walaubagaimana pun, setiap course tu ade tahap kesukaran masing-masing. kita tokleh la compare each of 'em tanpa mengambil kira perasaan pelajar yang ambil course tu. paham tak.. hehe


oleh sebab pertukaran course ni tidaklah-sepenuh-hati-nak-tukar-pun, maka coordinator banyak la membantu kami kekdah nak tukar course ni. hiba betul perjalanan nuntut ilmu aku ni, kejap tukar kampus lepastu tukar course pulak bhahahha.


and, untuk classmate aku yang lain tu cume dua orang je sanggup pindah Shah Alam sampai sekarang tau gigih!. ade tiga orang tak silap aku tarik diri, yang lain tukar course sama macam aku.


kalau orang cakap 2 semester aku tu rugi.. aku tetap mempertahankannya bahawa aku tak rasa rugi pun, walupun jauh di lubuk hati paling dalam aku merasakan begitu haha!
aku anggap jela rezeki untuk aku. mane tahu betul-betul aku boleh score dengan course finance ni, ditambah pulak dapat lecturer yang semua best-best belaka, coordinator yang sporting. aku akan rindu semua ni. nak banding dengan Shah Alam, aku tak rasa aku dapat bonding yang macam ni. berdasarkan pengalaman aku yang satu sem tu je la hahaha.


aku tak sure ined kampus lain. tapi setakat yang aku tahu ined kampus Johor ni memang dalam ranking yang baik. bukan cakap besar tau, ini ape yang coordinator aku selalu ingatkan kami untuk jaga prestasi and Alahmdulillah suka untuk aku kongsikan dekat sini bahawa sem lepas ined Johor telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan 21 orang mendapat Anugerah Dekan. nak jugak cakap kat sini, 21 orang tu termasuk aku hahahaha. ok terima kasih atas ucapan semua hahaha.


aku sangat-sangat bersyukur sepanjang aku belajar di UiTM PG ni, Allah hadirkan kawan-kawan yang sangat positive, sangat membantu, sangat eager untuk graduate dengan 3.5 above dan rakan yang tak jemu nak ajar, yang tak berkira dengan waktu, yang sikit pon tak merungut untuk segala-galanya.


wehuu paper terakhir. dan sobbs! exam terakhir aku. sem depan dah tak sit final exam wei, aku tak tau nak suke nak sedih hahaha.
aku pun harap korang yang mana tengah buat Part Time study tu teruskanla semangat korang. jangan give up. kalau rasa nak give up di pertengahan jalan, cuba korang tengok berapa jauh korang dah pun berjalan. takkan nak patah balik? kalau korang patah balik, korang takdapat pun masa yang korang dah 'bazir'kan untuk study ni. kalau aku rase penat dah letih sangat-sangat dengan benda ni semua. ibu aku akan cakap "sikit je lagi". sebaris ayat ni memang meninggalkan kesan yang amat dalam pada aku sehingga ke hari ini. aku faham sangat-sangat memang susah! meh peluk meh!


untuk aku yang berada di tahun terakhir dan semester terakhir ni, aduhai perasaan yang susah nak kongsi. sedih, suka, duka, gembira.. mix feeling I ever had!. yang aku confirm mase konvo nanti aku nak nanges berpelukkan dengan kekawan aku. its too-long-journey and too-emotional!!



xx.

Friday, July 26, 2019

Hari Yang Mematangkan Diri.

hai!


sebelum korang terpikir untuk sambung belajar, korang mestila ade satu matlamat. kan?
let say matlamat korang :
1. nak naik pangkat, atau
2. nak upgrade diri sendiri

kalau tanya aku sendiri, aku memilih untuk meng-upgrade diri sendiri.

hidup kita mesti ada satu matlamat, sama macam belajar. the day korang register as part time student ni, korang dah pun selangkah untuk mengejar matlamat korang tu. cabaran jadi student part time ni tersangatlah banyak. korang pon tahu istiqomah tu susah kan. sama je macam jadi student part time ni. banyak perkara yang tak boleh dari boleh. dari segi pengorbanan ni korang jangan cakapla. tersangat banyak perkara yang korang kene korbankan. dari sekecil-kecil perkara ke sebesar alam. bukan setahun bukan dua tahun. paling singkat pon aku dengar 3 tahun. macam aku 5 tahun termasuk kes tukar course. nak cerita pasal pengorbanan dan ujian nak tuntut ilmu ni, memang banyak tersangat-sangat.

ni antara kenagan aku la. kene tulis jawapan aku kat white board! antara subjek FIN yang susah gila namati.


Tahun 2014 bermula semester pertama aku jadi student kat UiTM Shah Alam. hari pertama masuk kelas aku tak kenal sesape pon. memang readah je aku. oh ye. hari pertama tu aku menapak dari hotel sebelah tutti fruity (hotel budget je wak lupe aku name hotel tu. yang aku ingat aku duduk situ 3 hari 2 malam dan hotel ni sangatla tak best haha), naik jejantas, turun jejantas sampai pondok polis bantuan, aku tunggu kawan aku pickup. eh tetibe ade kawan. haha. tak maksud aku kawan yang mcm kawan bestfren gitu bhaha k. tak lawak,


kawan yang pickup aku ni kan aku terserempak mase nak buat kad matrik haha.  chit chat kejap je wei dalam lift lepas tu die tahula aku dari Johor dan die dari Klang tak silap aku. lepas tukar contact number aku ade la menyatakan haserat nak mintak tolong die pick up aku kat situ. maseni aku tak familiar lagi dengan suasana kat sana hiks! malu ittew wakk habis kelas hantar sampai depan hotel. tqq awak kalau baca ni!


untuk first seminar/kelas tu setel dah. second and next seminar nya aku duduk Kajang rumah Mokcik aku. sampai je TBS dari Kluang atau dari JB terus naik KTM dulu tak geti beli tiket KTM.. syiling besepah wei bhahaha. next coming tu aku bawak touch n'go aku bhahahaha aman idup.. idak geti aku nak guna bende alah tu. so, naikla aku KTM sampai stesen Kajang. sesampai je kat stesen kajang tu, mokcik aku pickup sebab selalunya timing aku sampai around 1:30 - 2:30pm hari Jumaat memang helok timing ni sebab mokcik aku cikgu, lepas balik sekolah terus je pergi jemput aku.



hari sabtu pagi tu, while seisi rumah sambung tido (Sebab hari cuti ken) aku pon pergi Shah Alam drive kereta mokcik aku. dari Kajang tu dalam jam 7:30pagi sampai Uitm dalam 8:15 camtula. Pemberitahuan : jalan lenggang hari minggu :p. mase aku kat UiTM Shah Alam aku amik 5 subjek tau!. kelas dari 8 pagi sampai 6:30 petang. dari Shah Alam pepetang tu balik Kajang memang trauma la wei. kau pun tahu jem die macam mane hari minggu kan. aku ingat sangat jem rabak mase Running man datang KL. pergh kebas kaki pijak pedal minyak dengan break. haha

alhamdulillah dah pindah kampus P.Gudang. kurang sikit dugaan.

banyak jasa mokcik aku tu tau. tak terbalas aku. pagi-pagi kekadang dah siapkan bekal untuk aku siap satu botol tupperware air minum plus air panas. balik je dari kelas, aku melantak pulak makan malam. bhahahha. memang mokcik aku ni mokcik paling baik dalam dunia. aku doakan keluarga mokcik aku selalu dalam rahmat Ilahi dan dimewahkan rezekinya sekeluarga. adoi baik sangat keluarga ni cannot describe aku terlalu terhutang budi. keikhlasan tu terasa sangat.


mase aku syok-syok dengan kehidupan sebagai pelajar part time ni, aku di uji dengan satu perkara yang sangat-sangat besar untuk aku. masetu lagi beberapa hari aku nak menduduki final exam yang pertama!

apakah perkara itu?

patut tak aku buat part 2?. aku rase panjang sangat dah aku menaip ni..

ok la bai! jumpe nanti...


Wednesday, July 24, 2019

Rutin Sehari-harian.

hai!

aku tulis kat sini untuk rujukkan aku masa hadapan. sebab aku suke baca blog aku kalau aku ade time free haha. walaupun dulu kala ayat aku tah ape-ape tapi aku anggap itu normal la. sebab manusia kan ade fasa tumbesaran. bila aku bace entry yang aneh-aneh tu aku assume masetu aku belum matang tak pun zaman remaja yang mana zaman sukar untuk dipahami oleh ibu bapa hehe.

tapi kali ni aku lebih memilih untuk menyusun ayat dengan begitu cantek. sebab ape tau. adelah sorang silent reader aku ni suke jugak bukak blog aku bace entry lame-lame. dah la jadi silent reader lepastu die whatapps aku pulak bagitahu tengah bace blog aku. aku ingatkan aku dah cukup aneh. tapi ade lagi manusia lagi aneh dari aku kihkihkih.

---

biasanya aku bangkit tidor paling awal pukul 6:15am aku bukan sejenis yang suke postpone jam lonceng tu dan bukan jugak manusia yang suke set jam selang 5 minit. sebab aku paling benci dengan bunyi jam lonceng yang berpanjangan. aku bagi contoh, adik atau kakak aku kalau tido suke kunci jam yang lagu die memang 100% korea siap dengan vibrate die perghh. kau bayangkan kakak aku kat tingkat atas. aku yang kat tingkat bawah ni boleh tersentak dengan vibrate die sahaja. hebat bukan... telinga aku memang cepat tangkap kalau bende-bende yang aku tak suke dengar time tido. sebab tu phone aku ade satu lagu je untuk set alarm. baru vibrate je aku dah sedo dan automatik aku off terus. bangkit terus capai tuala bergerak ke toilet. ade orang memang bosan dengan cara hidup skema macam ni. aku tokleh buat apela. dah dari azali aku mcam ni. :p..

lepas mandi, solat terus gosok muka pakai toner disusuli dengan moisturizer. setel dua bende tu, aku draw eyebrow calit gincu kat bibir. setel bab muka. oh ye aku memang idak gemar pakai cream muka apetah lagi bebedak. aku pakai dua bende je untuk muka. toner+moisturizer. pakai dua bende ni je pon aku dah rase lawa sangat dah. bhahaha.

lepas setel bab muka aku pon bersiapla pakai baju tudung seluar last skali stoken. cakap pasal stoken, stoken aku kebanyakkannya dah molor. ni jawa panggil molor. mungkin korang tatau molor tu ape. molor tu getah dah haus/longgar. taktahu negeri korang panggil ape.

biasenye pagi-pagi aku jarang sangat nak on data. aku on data bila aku dah start enjin kereta. sementara tunggu enjin tu panas naik 2 bar, baru aku on data. ha mase nila aku update status aku dengan sekeping selfie yang di ambil sepanjang aku turun dari rumah ke parking kereta dengan sebaris ayat "Morning, semoga hari ini mendapat rezeki yang berkat". kahkahkah!

sesudah enjin panas, maka berlumba lumba la aku dengan bas-bas sekolah, van-van sekolah sekitar taman aku tu. sampai je office, aku terus pergi canteen. bukan nak sarap pon. aku suke pancaran matahari yang menembusi blinds kat canteen tu. memang perfect sangat untuk selfie. maka beratus-ratusla selfie untuk ke sekian kalinya!.

habis drama kat tempat kerja, maka balikla kerumah semula. sejak umur dah banyak ni. aku lebih suke lepak sorang-sorang kat kedai makan sambil tengok Runningman kat phone. tak pon balik kerja aku singgah dobi. tak pon balik kerja terus naik rumah. tak kuasa nak pergi mana-mana. berbeza masa aku umur 20s dulu kan. asal balik kerja mesti panjang je kaki nak pergi mane-mane. sekarang aku dah cukup dewasa kot. asal habis kerja mesti tak sabo nak balik rumah nak rehat-rehat, lepak atas katil on music tak pon baca fixi. kalau aku rasa ade bende nak beli baru aku singgah la memane, Aeon ke, Tesco ke, Ikea ke.

malam aku biasanya kat rumah je. kalau ade kekawan ajak keluar aku berkira-kira jugak nak keluar. sebab aku mementingkan waktu tidur yang cukup. berbeza dengan usia 20s aku dulu. takyah tunggu kawan ajak keluar. aku sendiri yang ngajak pergi tengok wayang ke, lepak ke. haha! tapi sekarang pon ade je la keluar malam-malam. cuma berbeza sangat dengan waktu dulu.

 kalau aku ade tekanan perasaan kat tempat kerja atau aku dalam keadaan emosi terlebih. aku bawak diri aku makan best sikit. 



biasenye hujung minggu aku balik kampong. bila balik kampong memang aku beraksi dekat dapor dari masak bfast, lunch, hi-tea sampai dinner. memang hobi aku masak! kat IG stories aku semua pasal masak memasak hehe.


aku cerita macam aku dah umur 40 je hahahaha

rutin aku tu time semester break je. kalau tak, memang aku 24 jam pikir pasal study je la. kat jamban ke, kat office ke, even tengah tido pon mimpi jawab test lol.

oklah. aku kebetulan free harini dan terasa nak membebel sesuatu. mesti ade yang rindu baca bebelan aku kan. hiks!

baii..



 

Tuesday, July 23, 2019

Asyik tanye macam mane nak tukar kampus je. hmmm

hai..

wow jarang-jarang berlaku dalam masa setengah jam aku update dua entry. kahkahkah!.

ok I make it short!

aku baru jeeee bace semua komen. takla semua sebab aku scroll scroll kebanyakkan soalan yang same.

rata-rata peng-komen ni nak tanya pasal tukar kampus. aku sedikit aneh disini. aku rasa aku dah cerita banyak kali pasal tukar kampus at sini.

first, aku ni student PJJ. tukar kampus untuk PJJ dan FULL TIME student berbeza ya.

kedua, sila baca semua entry aku pasal tukar kampus.

aku males benonye nak cakap banyak kali. kalau tanya aku la kan. korang dah dapat masuk Universiti tu dah kira bagus dah tau. dulu aku lepas SPM tak dapat masuk U pon. menangis gakla. bila dapat masuk PMM. aku idak pernah untuk terpikir nak tukar kampus. getew. budak-budak nowdays kan aneh-aneh. aku pon susah nak paham dorang kekadang. cuba korang menerima sahaja.

contoh paling dekat dengan aku ialah sepupu aku. kau tahu kat mane dia tercampak? nun PERLIS sane. kau bayangkan JOHOR ke PERLIS. dengan dia ni tak pernah duduk jauh dengan family plus homesick teruk macam aku. sekarang, habis pon die belajo insyallah tahun depan konvo. idak pernah aku dengar die sibuk tanya aku cemana nak tukar kampus. ya hadoii.

aku mintak maapla kalau ade yang terase. sebab aku emo. sebab macam tak semena-mena je korang nak tukar kampus. kelihatan aneh untuk aku. hehe

baii..

Semalam Birthday aku. lepastukan..

hailu...

sepatot-patotnye semalam aku nak update something sempena hari lahir aku la kononye. haha!

lepastu entah bagaimana aku malas nak onz laptop-baru-bau-kedai tu. pasalnye aku sibuk nak ngabeskan satu novel fixi ni ha. tanak bagi judul buku sebab buku ni dah lame kot baru sibuk nak bace. aku tahan napsu tunggu cuti sem tau nak bace buku-buku fixi yang aku beli kat BBW sebelum puasa haritu. tak masalahnya tiap kali aku bergelumang dengan studies aku ade je buku-buku baru muncul ek. tak pon promo-promo beli 3 buku dengan RM 50. eh tapaham aku.

okla mehla cerita pasal birthday aku semalam. idakla sambut pon... sembang macam ade event tiup lilin siap belon-belon dengan kek nam tingkat je kan hahaha. aku nak bagitahu jek semalam birthday aku.

tu jek.

bai.


Tuesday, March 19, 2019

Sisa-sisa sem terakhir sebagai pelajar PJJ UiTM.

hailu...

astaga... bapakk lama gila tak update. kalau korang tertanya tanya manakah diriku. ya sini masih hidup pak.. bhaha.

actually aku banyakkkkkk je cerita nak story tau tapi sekarang aku ade masalah dengan laptop aku yang kian uzur ini. kau bayangkan zaman diploma kot aku pakai ni. tahun 2007! beli pakai duit PT separuh, separuh lagi aku pakai duit zakat. aku terima zakat dari mak aku sendiri. hahaha!


aku nak je beli laptop baru dari setiap sem baru sampai dah nak habis sem ni ha! kemain takot nak keluarkan duit kat bank macam kene jumpe Ah Long gamak!. kedekut nau nau napela aku ni.


ni skrin aku dah bintik bintik hitam. kaypad aku boleh pulak 'Y' tu merajuk sampai kene hentak baru die keluar. parohh ni.


adik aku cakap alang-alang nak tukar skrin dgn keypad helok je aku beli baru. tapi aku ni ade satu penyakit. alang-alang nak beli baru helok beli sekali yang advance yang boleh tebalik-tebalik, yang boleh lipat masuk kocek. bhaha! k tak lawak.

you know what aku rinduuu giler nak menulis blog. rindu tak terungkap gitu haha!

insyallah sem ni suka aku duka kau kene beli baru! baru aku boleh update blog dengan rajen ye tak.


walaupun aku jarang namati update blog. tapi aku masih menerima email. tak kisahla nak tanya pasal air-cond kereta ke nak tanya pasal subjek ke walhal pasal pjj.
so, korang jgan ingat aku tak update blog maknanya aku dah give up tauu... korang boleh je halo-halo aku kat email. kalau masetu aku macam baik sikit aku bagi no. telifon w.apps aku. haa baik kan..




dann..




aku juga sedar yang aku macam dah langgar janji. janji nak update semua subjek yang aku belaja setiap sem. tapi harom jadoh ek. tersangkut di skala enam. haha. adakah faktor utama korang gv up di sebab kan aku yang tak update blog?

aduh!

aku cuba nak kotakan janji aku tu. lepas keadaan kembali stabil. ni pon aku usahakan taip tau walaupon screen dah kelabu. kesion!. mesti korang tertanya-tanya macam mana aku boleh buat asgmnt dengan keadaan laptop macam ni. haha! biarlah rahsia. semuanya demi sekeping Ijazah.

well back to our main tajuk..
sisa-sisa sem terakhir.

yes! I did it~~


sem ini adalah sem aku yang terakhir duduk final exam. bapakkk ahh rase macam tak bersedia nak tinggalkan uitm. sem depan aku dah kene buat thesis. thesis ni takda final exam cuma ade viva yang paling aku geruni.


so aku kirakan sem ini adalah yg terakhir bagi aku. huwaaaaa patut sedih ke patut gembira. eh tapi jangan pulak korang doakan aku ade repeat paper haa jahatt tu namanya!.



aku tak berani nak janji bila lagi aku nak update entry baru pasal PJJ ni. andai kata korang bukak blog aku asyik post ini je yang keluar, jangan pulak pergi report kat google cakap aku pemalas. haha. sesungguhnya jasa korang amatlah aku hargai. walapon viewer sehari 300-400 ketol aku bersyukur dah. rata-rata sangkut kat sini sebab hal-hal belajar je kot. rajin-rajinla tengok adds aku demi sepoket wang saku :p


so okla, macam nonsen je post aku kalini hahaha.


see u next entry.

xx