Showing posts with label makeup. Show all posts
Showing posts with label makeup. Show all posts

Thursday, August 25, 2016

DEMAM GINCHUU~

hai hello...


semalam pergi watson 5 minit je dapat 3 gincu best!. sebab dah janji takmo lelama bediri depan silky girl tu. macam yang korang tahu (sape je la yang tahu :p) aku kan peminat tegar silky girl. suke gila dengan lipstik die tak pernah mengecewakan. tambah-tambah sekarang ni aku memang tengah demam matte. hehehe



tu die dua batang lipstik silky girl matte yang baru je aku beli. still baru air cond watson bahahaha. oke sebatang lagi tu cap maybelline. tah nape aku beli. sebeno aku tak bekenan dengan maybelline ni. tu nanti aku cerita. hehee. oke beli tiga lipstik dapat sebotol mandian scrub dengan harga potong 30%. harusss la hambek. perisa stoberi memang kena sangat dengan hidung aku. belum lagi pakai. scrub ni aku suka pakai time tension. kalau tensio je sental badan. asal sental badan je mesti tengah tension. haha. orang pompuan sebulan sekali mesti datang angin die tu. pepaham je la. :p




03 SG Matte Flame
tak tahula kenapa aku lately ni suka sangat gincu kaler oren-oren gituw. hahaha mesti yun nyampah ni kalau tau. aku ade 3 bijik gincu warna oren-oren cemtu. sebijik aku beli dengan yun cap 3CE bukan matte, tapi creamy ke ape mana nya. lupe aku. sebijik lagi SG gak code poppy. tu pon best ya robb suke sangat. yang kali ni aku beli matte flame. mak aii terus jatuh cinta. cantikkk warna bibior kpop sangat kakakaa


07 SG Matte Classy
lame cari warna-warna nude je. sesuai dengan aku warna ni. natural bibir sangat. tak pink dan tak coklat tak jugak maroon. aku syak kaler ni sesuai dengan semua muka. bagi yang suka nampak natural lips. memang sesuai sangat warna ni. mak aku pon pinjam aku tau!.


M301 Barely Nude
yang ni soft sikit dari warna classy. kalau tengok dari jauh macam sama je warna die. tapi tak ye. die pucat sikit la dari classy. aku ni bukan peminat tegar maybelline. tapi ade la dua ketul lipstik mabelline. tapi amatlah jarang sangat digunapakai. sebab mabelline ni yang aku tak bekenan bau die. bila pakai kat bibir tu kan sampai ke hidung kuat bau yang aku tak berkenan. bau cemana?. bau cam pelik sket ahh aku tak tahu nak explain cemana. ke aku sorang je yang berperasaan begitu?? barely nude ni sejenis matte. aku sangkakan takde la bau-bau ke ape kan macam sebelum ni. lenni same gak even matte pon!. kecewanya. tadi try pakai. pastu aku sarap lontong terus lontong aku rasa tak sedap. puncanya dari gincu tu la. ewahh mandai je aku kan. haha. tapi ye la benerrr. macam aku cakap tadi. mungkin aku sorang je yang berpendapat begitu. sila jangan kecam hahaha.


 macam mana pun silky girl tetap idaman kalbu!!




Friday, March 18, 2016

MAKE UP HARIAN.

hye hallu...



harini macam terpanggil nak story pasal daily makeup aku hehari pergi kerja. dulu tak gigih pun nak solek bagai. tipu. tehehehee


sesejak dah reti lukis kening ni rasa macam wow layak dah kau azi bukak kedai andaman. kahkahkahkah. kalau ingat la post aku yang lepas mengenai warna lipstik, aku adelah letak sipi-sipi muka aku. ecehwah malu lew lame tak tepek muku sirik dalam blog sirik *mate keatas


well harini siap awal-awal lepastu kumpul barang makeup yang wajeb tepek kat muka setiap hari isnin sampai sabtu. ahad bebas makeup bagi kulit berehat *muntah. macam hebat je cakap 'barang-barang make up' padahal bende biasa je. aku kan simple je orangnye. so, lets la tengok ape yang aku ade dan selalu guna.



tu dia, ni adalah bende biasa kau tengok kat tetepi jalan ade jual, dalam mall dalam tesco ruangan alat solek yang takde pintu kaca berkunci tu. tehehehee. aku pesen nampak lawa dan rasa layak dengan harga untuk dibeli dan diguna, aku sebat jek. tidak menitik beratkan brand etc etc. konsep aku mudah sahajorkan. aku memang peminat tegar silky girl & garnier dari zaman sekolah lagi peminat nombol 1. sehingga kini masih lagi suka. lipstik dorang pon dah banyak upgrade setanding jenama-jenama yang berjenama.



paling aku suka guna ialah eyebrow crayon takde jenama lupa beli kat mana. ade dua bahagian (2 in 1). satu untuk eyebrow/eyeliner dan satu lagi concealer. mudah, practikal dan seronok bila menggunakannya. rase nak lompat bintang je. yang kedua of course aku suka matte lipstik dari silky girl. trust me best gila oke. warna pon wow sangat. kengkawan aku suka tau ngecek lipstik aku. :p



silky white dari silky girl tu actually BB 2-way powder+foundation code 01 light. keadaanya agak berat sikit kalau sapu kat muka. tapi kau mesti suka sebab die menutup cela-cela yang tersembunyi. rasa kulit nampak gebu dan wow silky sangat. biasanya lepas aku sapu silky white aku akan ratakan balik dengan compact powder dari garnier code ivory. sapu nipis untuk menutup kepalsuan yang ketara. kahakahkah kepalsuan ayat apakah itu.



dan ini adalah hasilnya. setelah berhempas pulas selama kurang 30 minit untuk make up sahaja. pakai tudung 5 saat je dah setel. tehehehehee





belah kiri ni gambar dari rumah, siap je terus selfie tu yang rase macam bajet je muka kau azi senyum macam tu. ni kalau tunjuk kat mak aku mesti dah muntah hijau. hahaha


sebenonye bila plan nak letak gambar dalam blog terus je jadi tak reti bergambar lepastu rasa lukis kening pon macam non-jadi. kalau sebelum ni elok je pulak. penyakit betul la. setelah 50 keping maka aku pilih je la yang terbaik tu. ade yang kurang elok siap jelir lidah takot kang kene kecam. hahaha.


gambar belah kanan masa kat ofis. sampai je terus selfie dengan harapan jadila barang sekeping yang elok sikit. lawak betul la. rasa awkward nak letak gambar sirik dalam blog. muahahahahahaa. perasaan betul!





dan ini ialah barang yang wajeb bawak pergi opis untuk touch up lepas solat. beg zip tu pemberian mokde. sebelum ni buat isi earphone. mokde mesti suka ni kalau tengok aku memanfaatkan barang pemberian olehnye. kekekekee


eyebrow shadow tu wajeb la bawak uolz. aku pesen tak confident nak bercakap dengan orang kalau tak tepek bende tu. rasa botak je. maklomla kening aku tak berapa nak merimbun. nak buat kekdah yang aku pernah share dulu pun memang idok rajen la. kekdah tu pokoknye kene rajen buat baru nampak hasil.


kebiasaanye jugak, pagi pakai matte lipstik. bila petang dah cuci cuci muka. pakai je lipcolor balm dari silky girl jugekk la korang dah tu je jenama fav. aku kan. tengokla nanti kalau aku dah jumpe jenama yang lain lagi serasi aku share oke~





thanks for reading this entry!! :))