Friday, March 18, 2016

MAKE UP HARIAN.

hye hallu...



harini macam terpanggil nak story pasal daily makeup aku hehari pergi kerja. dulu tak gigih pun nak solek bagai. tipu. tehehehee


sesejak dah reti lukis kening ni rasa macam wow layak dah kau azi bukak kedai andaman. kahkahkahkah. kalau ingat la post aku yang lepas mengenai warna lipstik, aku adelah letak sipi-sipi muka aku. ecehwah malu lew lame tak tepek muku sirik dalam blog sirik *mate keatas


well harini siap awal-awal lepastu kumpul barang makeup yang wajeb tepek kat muka setiap hari isnin sampai sabtu. ahad bebas makeup bagi kulit berehat *muntah. macam hebat je cakap 'barang-barang make up' padahal bende biasa je. aku kan simple je orangnye. so, lets la tengok ape yang aku ade dan selalu guna.



tu dia, ni adalah bende biasa kau tengok kat tetepi jalan ade jual, dalam mall dalam tesco ruangan alat solek yang takde pintu kaca berkunci tu. tehehehee. aku pesen nampak lawa dan rasa layak dengan harga untuk dibeli dan diguna, aku sebat jek. tidak menitik beratkan brand etc etc. konsep aku mudah sahajorkan. aku memang peminat tegar silky girl & garnier dari zaman sekolah lagi peminat nombol 1. sehingga kini masih lagi suka. lipstik dorang pon dah banyak upgrade setanding jenama-jenama yang berjenama.



paling aku suka guna ialah eyebrow crayon takde jenama lupa beli kat mana. ade dua bahagian (2 in 1). satu untuk eyebrow/eyeliner dan satu lagi concealer. mudah, practikal dan seronok bila menggunakannya. rase nak lompat bintang je. yang kedua of course aku suka matte lipstik dari silky girl. trust me best gila oke. warna pon wow sangat. kengkawan aku suka tau ngecek lipstik aku. :p



silky white dari silky girl tu actually BB 2-way powder+foundation code 01 light. keadaanya agak berat sikit kalau sapu kat muka. tapi kau mesti suka sebab die menutup cela-cela yang tersembunyi. rasa kulit nampak gebu dan wow silky sangat. biasanya lepas aku sapu silky white aku akan ratakan balik dengan compact powder dari garnier code ivory. sapu nipis untuk menutup kepalsuan yang ketara. kahakahkah kepalsuan ayat apakah itu.



dan ini adalah hasilnya. setelah berhempas pulas selama kurang 30 minit untuk make up sahaja. pakai tudung 5 saat je dah setel. tehehehehee





belah kiri ni gambar dari rumah, siap je terus selfie tu yang rase macam bajet je muka kau azi senyum macam tu. ni kalau tunjuk kat mak aku mesti dah muntah hijau. hahaha


sebenonye bila plan nak letak gambar dalam blog terus je jadi tak reti bergambar lepastu rasa lukis kening pon macam non-jadi. kalau sebelum ni elok je pulak. penyakit betul la. setelah 50 keping maka aku pilih je la yang terbaik tu. ade yang kurang elok siap jelir lidah takot kang kene kecam. hahaha.


gambar belah kanan masa kat ofis. sampai je terus selfie dengan harapan jadila barang sekeping yang elok sikit. lawak betul la. rasa awkward nak letak gambar sirik dalam blog. muahahahahahaa. perasaan betul!





dan ini ialah barang yang wajeb bawak pergi opis untuk touch up lepas solat. beg zip tu pemberian mokde. sebelum ni buat isi earphone. mokde mesti suka ni kalau tengok aku memanfaatkan barang pemberian olehnye. kekekekee


eyebrow shadow tu wajeb la bawak uolz. aku pesen tak confident nak bercakap dengan orang kalau tak tepek bende tu. rasa botak je. maklomla kening aku tak berapa nak merimbun. nak buat kekdah yang aku pernah share dulu pun memang idok rajen la. kekdah tu pokoknye kene rajen buat baru nampak hasil.


kebiasaanye jugak, pagi pakai matte lipstik. bila petang dah cuci cuci muka. pakai je lipcolor balm dari silky girl jugekk la korang dah tu je jenama fav. aku kan. tengokla nanti kalau aku dah jumpe jenama yang lain lagi serasi aku share oke~





thanks for reading this entry!! :))


3 comments :

mshazadoes said...

salam pagi..lipstik matte silkygirl kod apa tue..cantik lah kaler dia,,

azi nur said...

Wslam.. Code 02 wild pink. Mmg cantik sgt warne tu :))

azi nur said...

Wslam.. Code 02 wild pink. Mmg cantik sgt warne tu :))