Hye…
Kemain panjang tajuk entry tersebut. nak jugak mention Sem 4. wakakaka. tak sangka aku tabah dan tergolong dalam golongan orang yang survive kategori student PJJ. :p
Macam mana dengan kelas korang sabtu lepas?. Ok ke Ko?. Biasa
first kelas mesti mood excited je kan. Ke aku sorang yang over excited. Kekeke. Aku
cembese tiap kali datang kelas mesti over exited sebab nak jumpe kawan-kawan
lepastu lepak kat pondok sambil cari keputusan nak makan mana nanti rehat. Hehehe.
Memandangkan bebudak diploma dah mula final exam dan mostly memang dah start
pack barang balik kampong so, café memang banyak tak bukak. Kedai pun tutup, coolblog
pon tutup. Kesian weolz kene menapak pergi tesco atau kedai makan kat luar dari UiTM tu.
Untuk seminar pertama aku sabtu lepas, lect ELC dan TMC je
yang available mengajar. Lect lagi dua code iaitu FIN dan ECO tu tak dapat
datang mengajar. So, kelas haritu abes
cepat dalam jam 4 cemtu dah abes. Aku pon seret ah kerete balik kampong. Hehehe.
Bila dah start kelas ni mula kehidupan haru biru sikit jadi burung hantu siapkan notes, kerja skolah dan sebagainya. Keje
skolah TMC sikit punya banyak. Kene tulis dalam bahasa cina dan pinyin. Syok gila
masuk kelas TMC. Laoshi best nak pitam. Lawak dan tak la strict je.
memandangkan code TMC ni takde final exam maka assessment memang banyak la wei.
Dengan kuiz, ujian bertulis (b.cina.pinyin), ujian membaca, ujian bercakap
wakakaka. Asal macam pelik je nama-nama ujian tersebut. Tah aku pon lupe ape
nama specific nye main bedal je aku ni. pikiran aku bercelaru pasal nak hantar
surat resign yang penuh dengan drama ngeee. Tapi overall, kelas TMC memang
best!
WAJEB beli buku 3 bijik tu. colorful lagi engko dalamnye. malas aku nk bukak kasi tunjuk sesatu nanti korang jeles. mehehehee. buruk ek cover note TMC yang aku buat tu. tah kenape printer ni bergaris-garis bila print out. dah di lap pon jadi cemtu. herggg!
Kelas ELC. So far okla walaupun kelas lepas zoho ni menguap
sesaat doploh kali but okla lect best. Madam Ceicila. Berkurun dah die mengajar
budak PJJ. Gigih kau segamat-JB dua/tiga kali sebulan. Harap aku pon tabah
setabah madam. Dulu kala ELC ni takde final exam. Baru beberapa tahun ni ade
final exam tak tahu pulak kenape tetibe ade final exam ek. Kau ghase kenape?. Perlu
tak aku siasat?. Kekekeke. Oh kelas ELC ni blaja grammar, paraphrasing, writing
essay. Bende basic harian kita selalu cakap omputeh tu khen, Cuma betulkan balik
grammar kau tu yang tonggang langgang haaa. Begitulah kisah belajar ELC. Aku memula
blur gak nak refresh balik ape tu grammar part of speech macam tak pernah
dengar. Hello ni zaman belajar kat skolah dulu kala. Mesti korang pun tertanya-tanya
apekejadah grammar part of speech tu khen. Malas aku nak kasi tahu. Biarlahh rahsia.
Wakakaka. Bila kau dapat tahu amende maksud di sebalik grammar part of speech
tu mesti korang rase hekelehh bende tu ghupernya. Kahkahkahkah macam kene
prank. Ke aku je yang blur ek. :p Selame ni
ek main taram je cakap omputeh kekwat lagi dengan slag mat salleh-Sila tuju
kepada aku. Kahkahkah.
Okla bai. Semoga kelas korang haritu dan seterusnya
berjalan lancar, happy dan dapat kawan group assignments yang best lagi bedaya saing!.
No comments :
Post a Comment