Tuesday, December 23, 2014

KITA INI HAMBA ALLAH.



Hey, rentetan post yang lepas. 

Aku stress kat tempat kerja sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Beremosi yang tak stabil. Nak exam lagi ni semua ni menyumbang kadar peratusan stress aku. Tak tahu la kenapa, aku terlalu stress dengan sorang staff baru ni pun iya. Aku terlalu expect die boleh ikut cara aku bekerja. Boleh bekerja dengan pantas dan tekun.

Aku silap besar.

Aku terlalu berharap die jadi macam aku. MANE MUNGKIN!. Tak mungkin orang boleh jadi macam aku. Sama juga aku, aku tak boleh jadi macam orang lain. Yes! Aku silap. Aku terlalu beharap die dapat bekerja dengan begitu expert dan efficient. Atau mungkin aku terlalu pentingkan kerja, pentingkan kualiti kerja, semua.  sebab tu aku jadi stress. Bila aku stress, period tak setabil :p. lepastu selera makan jadi tinggi maka potensi untuk gemuk adalah besar :p. eh memang aku stress banyak makan. Ade orang stress tak makan. Terbalik!

Petang semalam aku terbukak radio ikim. And u know what. Air mate aku menitik laju. Entah kenapa kata-kata penceramah jemputan dalam radio ikim tu sungguh menyentak perasaan aku. Aku tak tahu siapa. Sebab tak dengar dari mula. Ape yang aku paling paling ingat.

Bila kita dalam keadaan sukar, stress, bila di timpa musibah samada dari segi fizikal atau mental, katakan pada diri sendiri. Wahai _____nama sendiri sesungguhnya aku hamba Allah.
Katakan katakannn lah. Jadi aku pun berkata dalam hati untuk melihat sendiri keajaiban itu.

Wahai azi, sesungguhnya aku hanyalah seorang  hamba Allah.
Perghh die punya menusuk kelbu Allah je yang tahu. Begitu syahdu yang teramat kalah cerita Nad balik umrah. Perasaan yang ganjil. Tak tahu lah kenapa. Walaupun dalam doa aku sering titipkan ayat ni. :aku serahkan hidup ku, rezki ku, jodohku, dah seluruh hidupku hanya kepada-MU: tapi kali ni memang makan dalam. Sampai semua stress, kecelaruan hati aku hilang serta merta.

Aku kan memang perangai dari dulu, cepat naik angin. Dan cepat muhasabah diri. And sekarang ni, aku takde la nak mara-mara je. Aku biakan je la. Lain orang, lain cara bekerja. Aku Cuma harap beliau boleh bagi komitmen dalam bekerja tu saja. Itu sahaja yang aku harap untuk menyenangkan kerja aku. Aku fikir, ini ujian untuk aku. Maka haruslah aku tempuh ujian ini. Terima kasih Allah kerana menyedarkan kesilapan aku!


*header baru pakai nama facebook. J

KUALITI KERJA.

hai, hello...


semalam satu hari aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja kat opis. plus sorang staf ni on off on off je masuk kerja. semua kerja die aku buat. aku handle. kerja aku sendiri kadang tak sempat nak jengah. walaupun yes! aku boleh buat kerja admin, qs, akaun ko tak payah lah nak hala kan semua kerja tu kat muka aku. sampai aku jadi minah despatch tahu. stress setiap kali naik ofic mengenangkan kerja sendiri, kerja orang lain. sampai period aku bulan jadi haru biru. tak tentu hala. kaum perempuan sila paham situasi ini ya. :(


tu satu hal kerja ofic. aku ingat bila aku sambung belajar as PJJ ni semua staff memahami la. aku harap dorang dapat paham masa aku sekarang kene bahagi dua. lunch time mesti hadap buku. ni tidok non hado lunch time oke. kau nak makan sukati nak makan biler. gituw. mane tak double stress hakak kau ni.


balik rumah badan dah penat. baru bukak buku 10 minit menguap die hazab! rase nak tikam mata dengan gerpu. gitu sekali. lepastu jam 1030 tak tahan beno, even dah minum neskepe 2 cawan beso ok. mate tetappp jugak nak tutup. takpe, kite bagi die rehat. set alarm jam 430 pagi. semangat nak bangun pagi. kesudah bangun, just mati kan jam sahajo. sebab napsu tido tu lagi tamak dari napsu belajor. ha kau paham tak. mase diploma dulu aku tak pernahh ya, nak tido tido kejap pastu bangkit awal dini pagi untuk study. sebab aku tahu, memang aku tak boleh pergi dengan kekdah macam tu. dah tu ade hati nak try mase degree ni dah kenape? dah 3 kali ye buat camni. set jam 430 pagi. hancussss!!


nak bebel pasal kualiti berkerja ya. 


aku sedor la aku memang suka datang ofic awal. jam 805 camtu dah sampai ofic. buat susu dulu, bekpes. hehehe. pastu terus la buat kerja. aku tak pernah berkira waktu masuk ofic jam 9 tu. dah dtang ofic awal, buat la kerja kan. balik tetap lambat jugak. yang aku nak bebelkan, staff lain ni, kau dah masuk awal tapi layan cerita korea sampai bos naik jam 10. semua kerja lassstt minit baru nak buat. bila dah last minit kerja baru nak buat, kau paham je la. die punya kelam kabut macam kau sorang buat kerja. pastu bos nampak, bos suruh aku bantu die. eee aku pandang geram je, kerja yang boleh siap awal kau tangguh-tangguh. semua nak aku jugek nak tolong. boss nampak aku senang lenang, sebab aku buat kerja mane pernah bertangguh. semua bende buat dengan pantas dan fokus. takda ye, meja nak berselerak dengan kertas, fail etc. orang lain tu kertas berlambak, fail berlambak konon banyak kerja le. tapi mata layan cerita korea, layan pesbuk.  aku bukan spesis hipokrit oke. 


wahh cerita macam diri bagus je kan...eh tak, aku pun pernah je layan korea kat ofic, pernah je update blog kat ofic, tapi semua kerja dah settle la baru nak layan bende-bende lagho ni. aku tak cakap aku baikkkk beno tawaduk dengan kerja. aku pernah juga melalui fasa awal bekerja yang malas-malas sikit. tapi oleh sebab aku ni suka explore, aku suka study bende-bende yang ada dalam ofic ni,  nak ambil tahu setiap satu kerja dalam ofic, suka tolong buatkan kerja orang, tu yang jadi orang pun sesenang nak hala kerja tu kan aku sebab aku tahu semua kerja-kerja dalam ofic ni, dari admin, civil, qs, akaun, pengsan kan. nyesal dulu suka explore! T__T



dahulukan kerja, baru nak layan movie etc. buat kerja pun jangan pikir nak siap cepat, tapi hasil hampagas, salah itu salah ini, lebih kurang je buatnya, jangan jadi camtu. matlamat datang ofic dah tentu nak jadi pekerja yang boleh buat kerja dengan bagus!. kadang aku pikir boss ni berat sebelah, mungkin die tak nampak aku bizi dengan kerja. die banyak lebihkan budak baru masuk ni, eeee aku tak berkenan ok cara die bekerja. teruk!. kalau die buat salah aku yang kene hadap leteran boss sebab die cakap aku tak ajar. cis! padahal budak ni yang pemalas.! buat kerja time boss ade, pastu lambat. dahlah lambat, pastu boss suruh aku buat. kau rasa?? hipokrit! fed-up lelame aku kat sini. dah macam senior kene buli dengan junior. plissssss


bai.




Monday, December 15, 2014

PJJ/PLK LIFE : MINGGU TERAKHIR KELAS! PHEWW...

hai salam korang..


walaupun korang bosan dengan update pjj aku. aku dulik ape. aku rasa ni je modal yang tengah hot untuk di share. heheheee


seperti yang korang tahu, final exam lagi 2 minggu. eh tetibe dade ni debar-debar. tangan jadi basah. takot wei. 

minggu ni minggu terakhir kelas. semalam ahad dan sabtu lepas pun ade kelas. minggu ni ade lagi kelas. pengsan woi ulang-alik Johor-Kl. TT__TT


aku tak zabar sebenarnya nak abeskan kelas yang tinggal satu je lagi ni iaitu hari sabtu dan ahad ni. lepas ni nak fokus untuk final. 


sabtu lepas kelas macam biasa. lecturer ajar pun laju kalah F1 kau tahu. lalat yang terbang laju pun kalah, kipas syiling yang berpusing pun kalah olz.. last kelas ni kau paham-paham je, banyak chapter yang belum cover kene laju-laju. semputttttttt! tu subjek FAR la. FAR (financial and reporting 1) ni aku tak risau sangat sebab bende banyak mengira ni kene paham format, sebab aku ade basic akaun mungkin senang la, cuma kali ni buat publish acc dengan cash flow kene ikut standart ler. propesional standet kate die. 


subjek MACROEKONOMI pulak, lagi tak bernapas. last week  test. lepastu kat i-class; assignment, quiz, discussion bertubi2, berlambak-lambak sekali bagi. awal-awal dulu taknak kasi T___T sedih sebenarnya bila semua bende last minit kene buat. stress as a PJJ student k!. mengenangkan markah dalam i-class di ambil kira as CM kene gak la gagah buat semua tu. 


subjek ENTrepreneurship  aku tak risau noh. cewahh tak risau konon. risau la sikit, kot2 aku salah bagi jawapan ke ape. tapi mohon jangan la salah paham ye. last week dah review chapter mana yang bakal keluar dan tak pernah keluar. lect cakap sem ni more tougher. thats mean, sangat susah. di jangka je la.. omaigadd! aku rasa bukan aku sorang je suka subjek ni, semua orang pun suka....sebab lect tekankan dan bincangkan terus topic-topic yang dijangka keluar. harusla bagi hint kan. 


subjek CTU (titas) pulak. pheww last week presentation!. solo presenter ye aku. sila paham gemuruh di lautan tu cemana. ade story ye di sebalik kisah pembentangan ni. aku kan suka salah paham. aku ingat ustajah nak tak lebih 5 slide rupanya tidak!. so, aku pun buat seringkas yang boleh. semua aku letak key-point je. niat hati aku nak elaborate sendiri je..sekali gelabah entah cerita mengarut ape aku kasi. sudahh la baju aku kene aiskrim!. bikin malu tahu....banyak ye aiskrim tu tumpah kena baju, bajunya pun aku tak rendam lagi. lantak la situ, tak boleh ilang kotoranya bibik buang je dalam tongsampah!. padan muka!. lepastu aku salah terang maksud zina dengan rogol. cis!! haru satu kelas. eeee tak suka la. present sorang-sorang, mencabar sangat tugasan tu. dah la suara aku keccilllll...kene sound dengan ustajah suruh kuatkan sore. mane boleh. aku kalau naik kan volume suare dah jadi macam menjerit. macam nak gaduh dengan orang. kau jangan macam-macam!. nanti ustajah ingat aku nak gaduh dengan die cemana?? aku ni dahla gangster suara kecyil! kakakakakaa


subjek MGT ok la, ni subjek management. last week, ade test 2. MGT ni subjek santai je dalam kelas. lect akan baca slide dan terang. kau paham jela hazab tahan menguap tu cemana. tapi kat i-class woii banyak bende nak kene buat. fengsan. dulu, aku cenderung untuk jadi 1st student yang jawab. sekarang non-ado ye. aku 2 minggu sekali baru bukak. mase tu soalan discussion semua subjek bapak gila banyakkkkk oke. siap aku kene buat satu folder doc untuk discussion sahaja. 2 jam hadap bende-bende ni. masa mencemburui aku tahu. ni update blog ade masa pulak khenn. dasar manusia aku ni! 


kalau last week kelas haru biru. minggu ni lagi badai taupan bakal berlaku. nak-nak kelas FAR 4 jam!. abes kelas je rushing nak solat, cop tempat duduk untuk subjek ent. mane mase makan wei? non-ado. kelaparan. kol 630 kang balik kelas matahari dah terbenam. nak hadap jem pon satu hal. oii pjj student memang kene kental wei. percaya lah!.


kalau korang yang suka adventure, jenis body kuat gagah dan mental stabil silakan ambil pjj. kalau jenis yang cepat penatttt...kejap-kejap nak baring, perut tak tahan lapar, kejap kepala pening la manjerr gitu memang kene pikir namribu kali untuk pjj. aku tengok semua student kat situ jenis kental je. buku dah la banyak kene bawak usung sana sini. menapak lagi. terkejar-kejar naik turun lift, tu belum kelas tumpang kat faculty agro. masak wei masakk. sport shoes salu aku pakai. no la nak makeup bagai. semua dalam kelas jenis muka pokus dengan niat nak degree je. dulu zaman dip boleh la nak makeup namratus inci tebal. kasut tumit 10 inci. gituw. hehehehe aku ni buat takut orang je kan...


tapi ni pengalam pertama aku la. mane la tahu sem akan datang bende ni jadi sweet dah..


aku kene jujur kan. kalau aku tak jujur, cerita coverline, tak best ar, aku tak suka hipokrit2 ni aku nak korang bersedia mental pizikal. itu lah yang ibu aku dan orang ramai cakap dengan aku sebelum aku buat keputusan untuk pjj. jadikan ianya satu cabaran! 

anda cabar diri anda dahulu baru anda tahu anda boleh buat!!! cayokkkkk 

majulah Azi demi segulung ijazah!!


JOHOR FOOD PANDA.

hye korang..

korang mesti dah biasa dengan foodpanda kan. 

aku pestime ni try. tahu pun kat blog namee, terus rasa wow hebatnya!. ape food panda ni?

ala die macam satu syarikat penghantar makanan. yang mana restron ke fastfood yang tak buat delivery service. kira ko duk depan komputer ke phone, klik-klik---- makanan pun sampai. cakap je nak makan ape. piza, mcd dan sekutunya tu ko toksahla cari bikin hati depa panas je la pulak kan. haha :p

khamis lepas, aku bz tersangat dengan kerja opis, asimen, kuiz, test lagi. superb bz sampai tak sempat nak keluar makan. perut dah berkeroncong hebat. hehee

terusla search https://www.foodpanda.my/ kan senang hidup. 

memula aku risau jugak kot-kot la takde penghantaran kat Taman Daya, Johor kecewa je. tak sangka pulak adoo...maka jom la membeli belah dengan pantes! kekekee


ade weii kat Taman Daya, terus je ajak opismate join sekali!. 




gituw step-nyee, 

senang bebenor. ko dah pilih pilih. tunggu dalam masa 1 jam. dorang akan bagi estimate time dont wori korang boleh la bajet-bajet masa korang. kot-kot la nak berak dulu ke, ape ke. miahahaa eh kalau korang order hari Jumaat, mungkin penghantaran akan lambat sikit la sebab dorang nak pergi solat jumaat. lepas jam 2 service macam biasa k!. start operasi jam 11.00 oke!




cer teka cer teka aku order ape...
jangan terkejut k, delivery fee cuma RM4.00. kau rasa??? terus je besok nak order sushi pulok!. :p
kat area aku ni, nak makan Kenny Rogers kene pergi Jusco, tebrau dalam 15 minit. cari parking lagi. menapak lagi, kalau penuh kene Q dulu. eh banyak bende. elok duduk je kat ofice kan. makanan sampai.. lelama manusia ni jadi malas. hahaha akuu la manusia tu bukan korang. :p



tu dia pantas ke tidakk!
oh! baru tahu kat Tesco ade KR. wakaka. nampak no tak pernah pergi Tesco. elleh tesco sebelah jusco. same je jaraknye koo!


ni dia budak foodpanda. aku cakap nak tepek dalam blog. terus je posing. saba je la...

service thorbaik!.


tara!!!!!! tak zabar nak makan dah masa ni, makan muffin panas-panas woii tak pandang orang lain dah!


oh sedapnya mac.cheese  dio!! ni hakakkk yang punya!. kalau aku order mesti 3 bende tu je yang bekenan. red bean, fruit, mac,cheese. yang lain-lain tak bekenan.


yang ni si Tiqa punya, die taknak ayam. 

saje bagi gambar cemni. bio korang teleng pale. hahaha


ok sila order dengannnnnnnnnnnn


sebab dorang memang best!!!


Saturday, December 6, 2014

PJJ/PLK STUDENT LIFE : FINAL EXAM DEC 2014 - JAN 2015.

hai korang..

tahu tak final exam is around the kohner?

gile ah.
begini rupanya kehidupan sebagai seorang pjj student ya. masuk kelas-menguap-makan-balik. tup-tup dah final. baru 5 kali pergi kelas dah final exam? ko bia betul? masih tak nampak lagi ni. samar-samar ni. ibarat pejam mate--celik. terus jawab pekse. ha gituw. ape aku mengarut ni.

sekejap bebenor nak exam dah oi. aku rase macam banyak je lagi silibus tak abes di ajar. aku rasa macam banyak je la benda yang belum belajar. memang hebat ya jiwa sebagai seorang pjj ni. kagum aku sape yang dah konvo as a student pjj. tepuk tangan laju-laju.
aku ni pun bakal melakar sejarah juga ni. ehehe impian beso. baru sem 1. dah feefeeling nak konvo. yela sekarangkan musim orang konvo-konvo. sepupu aku minggu lepas pon konvo gak. tadika 4 tahun la tapinye :p. orang sekarang ek tadika konvo, abes sekolah agama darjah 6 dan darjah khas (sek. agama johor) pun ade konvo. zaman hakak non-ade ok. jeles tau. ni yang latest ni, orang khatam quran kat rumah jiran pun nak di konvo kan jugak. dah kenape.


ni jadual yang paling latest la. yang paling logik pun iya. sebelum ni draft memanjang dah tu, kod subjek pun pakai kod yang lame. ko tak rase nak ngamuk?. kali ok nampak macam guna versi yang ni je. plz la tak payah tukar lagi. tengok jadual pekse je dah gigil tahu.
tarikh pun cun. walaupun 31/12 tu orang sibuk nak sambut tahun baru, bercuti, pergi dataran nak tengok bunga api kan. takpela aku redho kalau itu takdirnya. cewah cerita melayu sangat ni.


jangan puji aku hebat sangat ambil 5 subjek sem ni. dah ku bilang kat entry lepas aku tersilap daftar subjek. CTU (TITAS), patut sem 2 karang baru ambil. oleh sebab
dah daftar dan malas nak drop course,
 kelas pon dah masuk,
dah pun beramah mesra dengan lect.
CTU pun subjek yang mudah dan santai.
maka aku teruskan ajer. aku percaya terselit hikmahnya nanti.

walaupun (lagi) dalam kelas CTU ramai senior sem 2.
aku jek sem 1.
memang rasa janggal yang amat. tapi takpe, aku pikir datang kelas 7 kali je sepanjang 1 sem. bukan hari-hari jadi tak la rase vengang sangat.
walaupun (lagi dan lagi) bakal ada presentation sorang-sorang. lame tak berucap depan rakyat jelata. aku gagahkan juga. tak kan ku sia-siakan peluang ini. cewah.

eh tapi serius la korang. aku rasa sape yang nak ambil CTU untuk sem 1 sila la ambil. sebab sem 1 ni bukan berat sangat subjeknya yang kita belajar. semua asas-asas jek. dan CTU ni pula tak payah beriya-riya study buku. logik akal dan fakta yang aku rasa korang pun tahu benda tu. ha camtu. last test CTU aku boleh jawab dengan jayanya alhamdulillah. bukan bangga ya, sebab hari yang sama test FAR aku kecundang--rasa down giler. kira CTU ni pengubat duka lara ku. hopefully CTU dapat menyumbang pointer ku nanti. :p

jadual aku jugak. tapi Kak Tim buatkan versi comel. baik sangat kak tim ni offer diri nak buatkan. terharu bebeno rasenya. kak tim dengan kak sue kawan baik tau dorang selalu berkepit je. sama-sama dah kawen dah ade anak-anak pun. tapi dorang baik sangat la, dan sangat memahami orangnya. seronok la satu kelas dan satu group assignment dengan dorang! sem depan tak dapat la nak satu kelas lagi.


ok la kat sini aku nak kasi tahu juga antara subjek yang paling aku gerun. hope sangat tak repeat paper ni tau! MACRO. oi takut sangat subjek ni. aku kalau study macro kene 2 hari. die aje. tokleh kacau subjek lain. nampak macam mudah. bila buat latihan dah rase pening pelik, tah pape je rasenya. banyak formula GDP GNP MPC la etc semua tu. kalau salah masuk akan menjejaskan soalan-soalan berikutnya. kira ni berantai punya soalan. sape dah ambil macro ni die tahu la. dalam kelas aku ramai repeater. eee takot-takoot!. aku tak terel macam korang. :(


subjek kedua takot. FAR. ni memamng kategori wajib takot. tapi tak sekiller MACRO. ramai yang takot oi. sem ni fakulti siap buat satu kelas khas untuk repeaters sahaja. kau rasa? tapi oleh sebab aku memang minat akaun. need more exercise azi!


ENT dan MGT sopak ok. subjek menghafal je ni. sonok memang hafal-hafal ni. T__T. aku try buat soalan past-past sem keliru noks. soalan ni mintak ape, rase nak maki je. putar satu alam sekali nak bende yang simple je. miahahahaa. need moredoubledoubleplusplus exercise!!.

pheewww!!!

gigil pale lulut la. kang lepas exam gigil jugak pale lulut tunggu result. cukup tahun tanggal kepale lutut aku! kerja nak gigil je mane tak longgar alignment tulang tu. kekekee


macam mana gemuk tu senang. macam tula aku harapkan untuk final exam ni! :pp




Wednesday, December 3, 2014

20 TAHUN BERSAMA.

hey hello..

kita masih lagi berada dalam mood throwback ye uolz. aku suka cerita-cerita masa lalu...kelap kelip semakin sempit... sebelum aku naik bingit...sebelum darah aku naik.. eh maapkan saya... terbawe-bawe lagu tepi sikit tepi sikit tolong tepi sikit tolong tepi sikit... eh ko jangan start boleh x!. :p


aku sayang dengan persahabatan yang dibina antara aku dengan sohabat aku ni. since 1993 - 2014 ce kira berapa lama dah cer kira cer kira. dari tabika umur 6 tahun sampai sekarang ni 26 tahun. tu diaa. 20 tahun dan masih mengira dan terus mengira ya. hari ni aku nak cerita bersama salah sorang sohabatku namanya Ain. aku tak ramai sohabat ya. dua ketul je. Ain dan Ain. dua-dua boleh name Ain. nampak tak sesuai dengan aku tu. :p


gambar harus sepia ok. barulah sesuai dengan tajuk kenangan zaman dulu kala. cewah.

aku dengan Ain boleh dikatakan berkepit ajer doplopatjam. tak cukup jumpe kat sekolah, kang petang-petang merayap rumah die lepaks kat pondok. sehinggala kami berada ditingkatan 3 tak silap aku. kami terjadi sedare. omaigad sangat. mokcik die kawen dengan sepupu ibu. ko tak rase pelik tengok muka die dimajlis kaum kerabat ku?. ha gitu kisahnya. dari sohabat boleh jadi sedare mare olz..


aku dulu pengawas. Ain pengawas perpustakaan. baju kaler biru v/s baju kaler ijo. untung kawan dok jaga library ni, boleh pulang buku sesuka hati mak engko. ade tu tak pulang sampai cukup setahun baru pulang. bayo denda pon non-pernah ya. huntung ke idok. berbeza ya dengan aku. aku pengawas garang ok. kawan ke tak kawan bff ke bf ke. ko salah tetap aku catit name ko, tetap aku warning. sebab aku berpegang pada prinsip. walaupun aku cakap aku tak tulis name engko. tapi aku tipu. aku tulis jugak. bukan korang tahu pun. dan besar-besar ni je korang baru tahu. kejam tak kak limahhhh!


kalau ade pape aktiviti sekolah, aku dengan Ain wajib join. wajib tepek muka dalam mana-mana event, rombongan sekolah, pertandingan etc. harus tepek muka ya. dalam kelas, dalam dewan, dalam bas rombongan, dan pape hal pon suka duduk paling depan. sedia maklum, aku dulu tidaklah berapa kompident. berbeza dengan Ain. die ni memang muka slamber, kompiden tahap 5. jadi bila aku selalu dengan die. aku tengok cara die, ianya menginspirasikan aku. gituw. jadi, lama kelamaan aku jadi confident nak aju soalan, nak bertanya, selalu nak kedepan je....nak bagi ucapan. tetibe nak bagi ucapan??


walaupun kami ni bff, tapi minat kami tak sama pon. tak pernah sama. dan tak pernah nak bergaduh sebab tak sama. tak pernah nak paksa diri minat kepada minat die. begitu juga sebaliknya. ade sesetengah bff kan suka baju sama, kasut sama, kelab dan persatuan pun nak sama. ni cara masing-masing la kan. tapi kami tak pun. kelab persatuan semua lain. masa sekolah, kami banyak borak pasal masa depan. umur baru 17 tapi tak zabar nak umur 20-an. nak kerja itu nak kerja ini. sekali dan besar godang ni ase rindunye zaman umur belasan tahun. siriusly i tell u!


lepas SPM. kami sama-sama masuk form6 ambil aliran sastera la ofcourse. cuma subjek pilihan masa tu. Geographic atau Sejarah. oleh sebab result aku agak bagus sikit :p maka aku terpisah kelas dengan Ain. Ain kelas 3 aku kelas 2. lagipun aku pilih subjek sejarah. Ain pulak geographic. pernah aku cuba minat geo, masuk kelas geo 2 kali je. end up aku tukar subjek. masuk kelas sejarah. nampak tak aku dari dulu sampai sekarang sukar membuat pilihan. tokleh buat pilihan. :p. seb baik lah cikgu kasi tukar tau. mau tak kasi, aku kan setiausaha kelab PERUNI (Persatuan Pra-Universiti) harusla dapat. kahkahkah.


eh aku masa form6 aktif bebeno. maklomla secretary kelab. banyak jumpe cikgu-cikgu uruskan segala macam event. pengerusi dok sedap bagi arahan. pedap tau. Ain pulak masa tu Naib Pengerusi PERUNI. memang dimana ade Ain pasti ade aku ye. bayang-banyang disitu. yang sebenornya Ain yang cadangkan nama aku dekat pengarah. wow pengarah kewww! kemainlah minah tu dok puji cara kerja aku. kihkihkih. tapi percayalah. bila orang dah letak expectation yang tinggi pada kita, kita perlu bagiii betul-betul!. sampai satu tahap PERUNI jadi nombo satu dari Sekolah. paham tak paham tak. :p mujurlah aku tak lama sekolah form 6. adelah dalam +- setahun. lepastu dapat offer kat PMM. terus angkat kaki tinggalkan cik Ain ku sayang. tapi masa tu aku tak rasa bersalah sangat sebab masih ade lagi sorang sohabat aku (Ain) bersama dengan die. tup-tup sohabat kami tu pun dapat panggilan Poli. :p tinggal Ain sengsorang abeskan form6. alololo cian.


walaupun aku jauh di Melaka, Ain lagi satu lagi jauh kat Penang. memang balik pun jarang. berjumpe pon jarang. kalau balik semester barulah boleh pergi meronggeng. lepas je abes diploma 3 tahun. masa nilah aku, Ain dan Ain sama-sama cari kerja. satu Kluang kot meronda. banyakkk sangat pengalaman kami masa cari kerja sama-sama. at last, aku jugek yang menggangur. Ain dapat kerja gomen jadi PA pengarah salah satu jabatan kat Nusajaya. aku lama---lepastu baru dapat kerja kat sini. tempat sekarang aku kerja ni. lame dah noks mak kerja sini. :p


aku tak sangka dapat membesar bersama-sama dengan sohabat aku ni. melihat die jatuh, melihat die bangun. mengharungi suka duka ini dengan penuh manis. walaupun.....hehee


aku bukan nak tayang persahabatan aku ni. cuma aku nak luahkan kat sini betapa aku sayangkan persahabatan ini. kot-kotla umur aku 60 nanti ilang ingatan. maklomla makin lama makin tua. ingatan pon tak berape nak cun, banyak makan semut inilah padahnye.

hope uolz pon sayangkan persahabatan uolz k. eh pandai je nak nasehat orang :p


k, la bai. dah panjang beno dah ni!


Tuesday, December 2, 2014

RESEPI: JUS LOBAK SUSU TAK BERAPA MUDAH.

hai. lame tak share resepi..eh bukan, lame tak tayang resepi. :p

pada suatu hari, ceknab teringin minum jus lobak susu. terasa janggal menyebut lobak susu. selalu sebut carrot susu. nampak tak malaysian die tu?

aku pun malas-malas manjer gitu nak buatkan. tapi ceknab merenggek-renggek kat telinga ni nak carrot susu nak carrot susu. miahahaa. maka aku gagahkan juga buat. lagi pun ni pestime guna shake n take pemberian mokteh ku tersayang. muahh sikit. :*

aku pun google acaner buat carrot susu ni. taipla resepi carrot susu mudah. perkataan mudah memang tak pernah tinggal bila menggunakan google ye :p. cara menjahit langsir mudah. cara nila telekung mudah. cara gosok tudung satin mudah. semua nak mudah. dasar manusia aku ni.

masalahnya mudah ke idok...

maksud mudah yang diterjemahkan oleh kamus aku. mudah semudah campak-campak maka jadi. gituw. maka, marilah kite melihat sendiri mudah ke tidak dalam menyediakan jus lobak susu ni.


potong lobak sebatang(buang kulit) ---- kisar halus dengan air masak ---- tapis. bab tapis ni tak gemar dilakukan ya. memang dasar pemalas ke ape tak tahulah aku. kena juga rajen demi ceknab. pokoknya...mudah-mudahkan lah.....

dan tapis. airnya masuk balik dalam pengisar, letak susu 2 sudu makan (tak penuh). letak ice cube 10 ketul (kira pulak ko). kisar lagi sampai ice tu hancur. kalau suke spesis coolblog. boleh lebihkan ais.


hampas lobak tu jangan dibuang. sayang sekali. nak makan memang tak tergamak kan. maka, harus dijadikan mask. nampak tak, benda mudah yang dipelbagaikan. perut kenyang muka cantek! gituww

selamat mencube awakk-awakk, :')




Monday, December 1, 2014

PERTAMA KALI CONFIDENT TAKJUB.


Hai, helloz...

Awakk---awakk---awak nak tahu takk..Sebenarnya tak best pon ponteng kelas..awakk kat mana awak kat mana. Bhahaha gelis ok.

Sebenarnya baru sekali ni la seumur hidup aku ponteng kelas. Bila di trobek zaman-zaman sekolah, zaman kat poli. Memang non-pernah ponteng kelas. 

Ibu cakap aku kalau belajar begitu bersungguh-sungguh. Tapi result idoklah membanggakan sekolah pon. Siape spesis aku die mengerti. Belajar nak rak. Result aikk??. Orang tak belajar rak-rak-rak pon result lagi hevat dari aku yang belajar rak-rak ni. Paham tak paham tak. Cikgu Jas cakap teknik aku belajar salah. Ye meyh?. Aku pernah dapat 3.48 masa diploma. Kau tak rasa nak terjun bangunan ker? 0.02 mata lagi nak 3.50. kecewa die sampai ke harini dok terkenang. Sadis!

Masa tingkatan 5. Aku pernah jadi MC perhimpunan mingguan sekolah. Paling panik, minggu tu ialah English Week! Yessss walaupun Cuma baca teks yang di sediakan. Tapi die punya merembes peluh-peluh lencuh kalau ditadah boleh dapat 3 beldi ok. Tak tipu.

Aku hanyalah pelajar perempuan yang baru berusia 17 tahun, nampak suci dan nobs. pemalu tapi sweet. silakan muntah. 

takda confident. takde keberanian untuk berdiri di atas pentas. nak-nak kene jadi MC. memanglah haru.

Sebenarnya ade kisah. Aku sedor minggu tu memang minggu aku bertugas. Aku khen pengawas yang disegani di sekolah. :p. Tapi aku buat vodo je. Aku buat tak geti je tengok jadual bertugas tu. Aku lebih rela berdiri sebelah tiang bendera johor naikkan bendera diiringi muzik daripada jadi MC. Tolong la paham!

Then, Margaret (penolong pengawas) panggil aku. Bagi teks yang disediakan suruh aku 'bawak' perhimpunan hari tersebut. Menangis aku di kaki lima tiang bendera johor. Nak ke taknak dah memang kene NAK jugak. Gigil kaki naik atas pentas. Pandang depan. Omak ai boleh gugur jantung aiolz. Begitu ramai ye student. Yang mana kawan baik, musuh, boipen, exboipen, admire pon hado Ecehwah. Memang terasa dayus ketika itu. Dah kenapa tetibe perkataan dayus.

Teks paling panjang ialah ketika pembukaan majlis dan bacaan ikrar. We, the people of Malaysia, pledge our....bla bla bla. vision mission sekolah lagi. Matik la nakkk. Peluh-peluh tengok muka pengetua, ketua-ketua bidang, cikgu-cikgu, semua la....begetar bibior mak nak memulakan aksi. 

Tapi alhamdulillah akhirnya aku dapat jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Ade sorang cikgu cina lupa nama die. Puji aku tau. Die kata aku bagus. Ko tak kembang montot mase tu?. Terus je confident level aku up. Buat macam majlis sendiri. Terus je jadi hebat. Kahkahkah. Terus je nak jadi MC lagi. Kene puji terus over! komen kawan-kawan masa tu, dorang kata ok. slang mat salleh abes. Sampai loya tekak dorang mendengornye. Kahkahkahkahh seminggu kene perli. aku manela sedor intonasi aku ketika itu. bedoa je cepat abes...

lakonan semula haruslah mantap. kekeke. rindunye nak pakai baju pengawas. kelab pengawas memang best. jalan-jalan makan angin. sesuaila dengan aku yang suka bejalan. berbaju pengawas di Teluk Cempedak, Pahang. sweetlahh sangat khenn.


Sebenarnya aku boleh Cuma tak yakin dengan kemampuan diri. Bila mencabar diri barulah aku sedar bende ni simple je macam makan kacang. 

Inilah perkara pertama yang memotivasikan aku untuk bercakap di khalayak ramai. mulai haritu, pergi kemana-mana atau lakukan apa sahaja perkara yang dirasakan bentul dengan penuh yakin!

pengalaman yang sangat manis! terima kasih SMKL!


Abes dah..