Hai..
Aku tak tahu la korang percaye ke tidak yang aku ni tak active
langsung dalam facebook dah hampir 4 tahun. Pernah sekali tu nak log-in lupa
pakai emel ape. Kahkahkah. Password tetap ingat sebab gabungan tarikh lahir aku
dengan ex-bf aku dulu. Ewah sampai sekarang tak tukar. Nampak tak sape yang tak
move on sekarang ni. haha. Ok tutup.
Aku tak aktiv jugak kat instagram. Buat instagram semata
demi menjadi stalker. Dari asia sampai barat sana aku stalk. Kahkahkah.
Twitter? Ape tu..tak pernah dengar. Bhahaha. Dulu aku adela
seketul akaun bersama twitter ni. well, menjadi kelaziman ya manusia kalau
dengar je bende baru mesti laju jee nak jugak ade nak jugak try. Lepastu aku
dah delete sebab tak reti guna dan malas nak belajo sebab takut ketagih hahaha.
Vodo je alasan tu.
Nak cerita pasal ketagih media social ni. aku antara beribu
mungkin jutaan manusia yang ketagih facebook satu ketika dahulu. Memang gila
ketagih aku ni sampai tak tidor malam dok scroll, update status tah pape je
dulu. Memang aktiviti tak sehat langsung!. Lepastu tah mana datang keinsafan,
aku pon mentabahkan diri. Uninstall apps facebook. Buang internet. Hapus kan
laptop. Ok tu tipu. Susah oke nak hilangkan ketagihan facebook ni. bila aku dah
Berjaya membuang facebook dari hidup aku, maka aku pon hidup bahagia. Banyak je
aktiviti sehat yang boleh aku buat. Banyak je masa terisi dengan
perkara-perkara yang bermanfaat. Kalau tidak dulu zaman ketagih. Bukak je mata
hadap facebook, up gambar tah ape-ape je, up status tah merepek-repek. Haha sedar-sedar
dah jam 1, 2 tegahari. Kang nanti dah mandi hadap FB lagi. kang makan hadap FB
lagi. kang dok tengok tv hadap FB. Begitula kehidupanku zaman budak baru nak
UP. Syukur Ya Robb aku dah Berjaya menghilangkan ketagihan FB yang melampau!. Sekarang
ni adela bukak tapi jarang sangat lah. Sampai kekadang tu macam tersedar wow
dah lame tak bukak FB. Haa cemtu. Kekawan aku selalu stress. bila dorang tag
nama aku kononnye nak ajak conversation la kan tapi aku tak sedor akan tag tersebut.
Bila aku kata aku tak de apps FB tidoknye percaya pulak. Haaa tengok ado ke
tidokk. Tak ado oke. Aku dah merdeka dari FB.
Tak de FB tak bermakna tak tahu bende-bende viral oke. Aku layan
je B.Nara. ohbulan dan macam-macam lagi blog gossip hahahahahahaha. Jadi ketagih
kalau tak bukak blog gossip satu hari. Tetiap hari naik je ofic, bukak PC,
terus taip huruf B menunjukkan B ialah Bangnara. hahaha Dah tu cane kekdah nak hilangkan ketagih bukak blog gossip
ni wei!. Ketagihan bende baru ni. tapi tak lah sampai komen hentak-hentak
jari jadi keyboard warriors tu. Aku bace je lepastu ignore..boolayan lahh. elehh
macam korang tak pernah layan.
Ok dah la macam story perangai-perangai buruk pulak.
Bai lah..
3 comments :
Baguslah berjaya hilang ketagihan dengan fb..
serius fb ni banyak buruk dari baiknya kan..
MJ pun nak belajar jauhkan diri dari fb gak.. tapi tak tau la boleh ke tak..hehee
betul tu wak banyak buruk dari baik. sy kalau bukak fesbuk mesti scroll laju-laju. LIKE pic kekawan laju-laju. tutup laju-laju. jangan refresh HOME FB tu nanti jadi brejam-rejamm sila percaya hahaha
Sy pon da lame x main fb cik azi oii..fb on je..x logout pon tp xdek napsu sngat nk mmbukak notification yg masok..byk fake..byk buruknye..kah3..mls nk hadap pangai manusia yg pelik2..hahaha
Post a Comment