Thursday, March 31, 2016

PJJ/PLK LIFE : HARI PERTAMA MASUK KELAS DI SEMESTER 4!

Hye…


Kemain panjang tajuk entry tersebut. nak jugak mention Sem 4. wakakaka. tak sangka aku tabah dan tergolong dalam golongan orang yang survive kategori student PJJ. :p


Macam mana dengan kelas korang sabtu lepas?. Ok ke Ko?. Biasa first kelas mesti mood excited je kan. Ke aku sorang yang over excited. Kekeke. Aku cembese tiap kali datang kelas mesti over exited sebab nak jumpe kawan-kawan lepastu lepak kat pondok sambil cari keputusan nak makan mana nanti rehat. Hehehe. Memandangkan bebudak diploma dah mula final exam dan mostly memang dah start pack barang balik kampong so, cafĂ© memang banyak tak bukak. Kedai pun tutup, coolblog pon tutup. Kesian weolz kene menapak pergi tesco  atau kedai makan kat luar dari UiTM tu.


Untuk seminar pertama aku sabtu lepas, lect ELC dan TMC je yang available mengajar. Lect lagi dua code iaitu FIN dan ECO tu tak dapat datang mengajar.  So, kelas haritu abes cepat dalam jam 4 cemtu dah abes. Aku pon seret ah kerete balik kampong. Hehehe.


Bila dah start kelas ni mula kehidupan haru biru sikit jadi burung hantu siapkan notes, kerja skolah dan sebagainya. Keje skolah TMC sikit punya banyak. Kene tulis dalam bahasa cina dan pinyin. Syok gila masuk kelas TMC. Laoshi best nak pitam. Lawak dan tak la strict je. memandangkan code TMC ni takde final exam maka assessment memang banyak la wei. Dengan kuiz, ujian bertulis (b.cina.pinyin), ujian membaca, ujian bercakap wakakaka. Asal macam pelik je nama-nama ujian tersebut. Tah aku pon lupe ape nama specific nye main bedal je aku ni. pikiran aku bercelaru pasal nak hantar surat resign yang penuh dengan drama ngeee. Tapi overall, kelas TMC memang best!



amacam hensem tak tulisan cina aku. aku terpaksa 'sharpen' kan gamba ni sebab kabur gherr...



WAJEB beli buku 3 bijik tu. colorful lagi engko dalamnye. malas aku nk bukak kasi tunjuk sesatu nanti korang jeles. mehehehee. buruk ek cover note TMC yang aku buat tu. tah kenape printer ni bergaris-garis bila print out. dah di lap pon jadi cemtu. herggg!




Kelas ELC. So far okla walaupun kelas lepas zoho ni menguap sesaat doploh kali but okla lect best. Madam Ceicila. Berkurun dah die mengajar budak PJJ. Gigih kau segamat-JB dua/tiga kali sebulan. Harap aku pon tabah setabah madam. Dulu kala ELC ni takde final exam. Baru beberapa tahun ni ade final exam tak tahu pulak kenape tetibe ade final exam ek. Kau ghase kenape?. Perlu tak aku siasat?. Kekekeke. Oh kelas ELC ni blaja grammar, paraphrasing, writing essay. Bende basic harian kita selalu cakap omputeh tu khen, Cuma betulkan balik grammar kau tu yang tonggang langgang haaa. Begitulah kisah belajar ELC. Aku memula blur gak nak refresh balik ape tu grammar part of speech macam tak pernah dengar. Hello ni zaman belajar kat skolah dulu kala. Mesti korang pun tertanya-tanya apekejadah grammar part of speech tu khen. Malas aku nak kasi tahu. Biarlahh rahsia. Wakakaka. Bila kau dapat tahu amende maksud di sebalik grammar part of speech tu mesti korang rase hekelehh bende tu ghupernya. Kahkahkahkah macam kene prank. Ke aku je yang blur ek. :p Selame ni ek main taram je cakap omputeh kekwat lagi dengan slag mat salleh-Sila tuju kepada aku. Kahkahkah. 


Okla bai. Semoga kelas korang haritu dan seterusnya berjalan lancar, happy dan dapat kawan group assignments yang best lagi bedaya saing!.  



Wednesday, March 30, 2016

KETAGIHAN.

Hai..


Aku tak tahu la korang percaye ke tidak yang aku ni tak active langsung dalam facebook dah hampir 4 tahun. Pernah sekali tu nak log-in lupa pakai emel ape. Kahkahkah. Password tetap ingat sebab gabungan tarikh lahir aku dengan ex-bf aku dulu. Ewah sampai sekarang tak tukar. Nampak tak sape yang tak move on sekarang ni. haha. Ok tutup.


Aku tak aktiv jugak kat instagram. Buat instagram semata demi menjadi stalker. Dari asia sampai barat sana aku stalk. Kahkahkah.


Twitter? Ape tu..tak pernah dengar. Bhahaha. Dulu aku adela seketul akaun bersama twitter ni. well, menjadi kelaziman ya manusia kalau dengar je bende baru mesti laju jee nak jugak ade nak jugak try. Lepastu aku dah delete sebab tak reti guna dan malas nak belajo sebab takut ketagih hahaha. Vodo je alasan tu.


Nak cerita pasal ketagih media social ni. aku antara beribu mungkin jutaan manusia yang ketagih facebook satu ketika dahulu. Memang gila ketagih aku ni sampai tak tidor malam dok scroll, update status tah pape je dulu. Memang aktiviti tak sehat langsung!. Lepastu tah mana datang keinsafan, aku pon mentabahkan diri. Uninstall apps facebook. Buang internet. Hapus kan laptop. Ok tu tipu. Susah oke nak hilangkan ketagihan facebook ni. bila aku dah Berjaya membuang facebook dari hidup aku, maka aku pon hidup bahagia. Banyak je aktiviti sehat yang boleh aku buat. Banyak je masa terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kalau tidak dulu zaman ketagih. Bukak je mata hadap facebook, up gambar tah ape-ape je, up status tah merepek-repek. Haha sedar-sedar dah jam 1, 2 tegahari. Kang nanti dah mandi hadap FB lagi. kang makan hadap FB lagi. kang dok tengok tv hadap FB. Begitula kehidupanku zaman budak baru nak UP. Syukur Ya Robb aku dah Berjaya menghilangkan ketagihan FB yang melampau!. Sekarang ni adela bukak tapi jarang sangat lah. Sampai kekadang tu macam tersedar wow dah lame tak bukak FB. Haa cemtu. Kekawan aku selalu stress. bila dorang tag nama aku kononnye nak ajak conversation la kan tapi aku tak sedor akan tag tersebut. Bila aku kata aku tak de apps FB tidoknye percaya pulak. Haaa tengok ado ke tidokk. Tak ado oke. Aku dah merdeka dari FB.


Tak de FB tak bermakna tak tahu bende-bende viral oke. Aku layan je B.Nara. ohbulan dan macam-macam lagi blog gossip hahahahahahaha. Jadi ketagih kalau tak bukak blog gossip satu hari. Tetiap hari naik je ofic, bukak PC, terus taip huruf B menunjukkan B ialah Bangnara. hahaha Dah tu  cane kekdah nak hilangkan ketagih bukak blog gossip ni wei!. Ketagihan bende baru ni. tapi tak lah sampai komen hentak-hentak jari jadi keyboard warriors tu. Aku bace je lepastu ignore..boolayan lahh. elehh macam korang tak pernah layan.

Ok dah la macam story perangai-perangai buruk pulak.


Bai lah..


Friday, March 25, 2016

RATAH KAKI AYAM TU BEST TAHU??


Walaupun ade yang menganggap kaki ayam tu sejenis kotor ke? Tapi ketahuilah terbanyak sumber kologen dari kaki ayam tersebut.


Aku mengaku ah aku memang peminat tegar kaki ayam. Boleh dikatakan seminggu sekali wajeb masak kaki ayam. Wajeb ye. Kekekeke. Selalunya borong kaki ayam kat tesco sebab lawa sikit kakinye. Kalau kat econsave buruk buruk kekekekeke.



Sejak azali lagi aku memang tak tahu rupaya kaki ayam ni ade kolegon. See cetek ilmu aku. Sampailah adik aku nab bagitahu senior die buat final project aiskrim kologen dari sumber kaki ayam. I is wow. Tak sesia aku menjadi mengikut tegar kaki hayam. Kahkahkah begitula asalnya aku tahu. Sejak dari haritu, boleh dikatakan tiap kali belanja aku memang akan borong kaki ayam. Kalau sesebelum ni harapkan dua ketul kaki je la sebab beli ayam sekor dapatla kan sepasang kaki. Tu pun berebut dengan adik badik aku hahahaha.



Femly belah abah aku memang penggemar sup kaki ayam. Kalau kenduri-kenduri ke ape kan, dorang suka ambil kaki ayam dan leher ayam buat sup. Wowww sedapppppp tolonglah!. Kalau femly belah mak aku pulak dorang tak suka. Even atok aku kalau Nampak kaki ayam dalam lauk lemak cili api memang kembang tekak beliau lalu tak disentuhnya lauk tersebut. Kakakaka. See pertembungan dua budaya dalam diri aku. Ewahh budaya sangat! :p



Jadi, bila aku duduk rumah sendiri ni. aku akan pelbagaikan menu kaki ayam. Sebab aku memang beli banyak maka banyaklah menu yang aku try ikut peredaran masakini ah. Cewaah. Walaupun aku menyampah terpaksa ketip kutu kaki ayam sebab dorang tak buat kuku beliau maka aku pon gigihla gunting sesatu jari. Kalau mak aku Nampak ni mesti kembang tekak beliau. Kekekekee



Antara hidangan yang aku dah try dan best lagi sedap terangkat kening ialah.

Kaki ayam masak sup rebus


Kaki ayam masak ungkep


Kaki ayam masak kicap masin


Kaki ayam masak sos manis+pedas


Kaki ayam masak lemak cili padi


Kaki ayam goreng kunyit pedas


Kaki ayam menjerit-jerit. Hahaa


Yang paling biasa aku masak ulang-ulang ialah sup kaki ayam dan kaki ayam masak sos manis. So, aku recommend kat korang try dua masakan tu. Sebab mudah cepat dan senang.


Oh ye! Aku ni pesen ratah gitu je kaki ayam. Jarang ah buat lauk makan dengan nasik. Sesambil layang running man tu aku ratahla kaki ayam. Tak pun buat side dish makan dengan maggi kering-kering hoii sedap sangat lah!


Kaki ayam masak sos manis.




Aku terpengaruh tengok roommate season 2. Mase tu dorang tengah ratah kaki ayam kaler coklat. Aku terliur. See aku tokleh tengok orang makan kaki ayam automatic jadi sawan hahaha. So esoknye aku p peli kaki ayam kat tesco then, create resepi sendiri janji kaler coklat sama macam dalam cerita tu. Kahkahkah .


Rahsianya ABC sos manis –sila beli sedap nak pitam



Sos ni memang pekat dan likat. Rahsianya menggunakan gula Melaka. That’s why la manisnya tu luar biasa sangat ahh.

Potongkan bwang dengan 5 tangkai lada kecik. Tumis garing. 
Sebelum tu perapkan kaki ayam dengan sos manis ABC. 
Kendian dalam pada tumis bawang dengan lada tu campak sikit lada kering. 
Tumis sampai naik bau baru masuk perapan kaki ayam tu. 
Curahkan lagi sos manis dan kicap masin. 
Letak air sampai teggelam. Tutup tudung kuali.

Tunggula sampai air tu kering, maka kaki ayam pun jadi lembut. Haa mudah bukan?


wuuuu sedapnye makan dengan maggi kering-kering cemni. memang terangkat!


Sup kaki ayam




Yang ni pon mudah dua kali riban ganda. 

Kau rebus je kaki ayam dalam piuk. 
Sambil tu pecahkan bawang putih sebijik dengan halia setengah inci. 
Kasi rebus sampai lembut. Bila dah lembut elok untuk gigih, kau bancuh serbuk sup tuang dalam rebusan kaki ayam tu. 
Walaupun Nampak macam cheat pakai serbuk segera kakakaka. Tapi pecayalah sedap nak pitam. 


Aku siap potongkan kentang dengan tomato Mudah dah ringkas. Kalau ade belen untuk esok, aku pecahkan telor. Perghhhhh lagi lama rebus lagi sedap tau kuah sup tu. And. Tak lupa juga, 


kalau korang perati sup tu kalau dah sejuk. Kuah nya akan jadi macam jeli-jeli. Macam lengkong. Haaa tula kologen nye. Pecayaa tak?? Tolonglaaa pecaya hahahaa. 


Ce tengok kalau sop-sop ayam yang biasa tu kalau dah sejuk jadi tak macam jeli??.. haaaa ce buat experiment! Ce ce ce ceee. Tampa kangg!
 

Jadi mulai dari hari ni korang kene belajar makan kaki ayam due to ecomonic growth yang tak berape nak grow. Kekekeke ok! Bai


Wednesday, March 23, 2016

RESEPI : AYAM PADPRIK

halu.....


rajin buat autopublish next resepi. amboi gila rajen kau memasakk. haha. sebenarnya ini adalah edisi sambung ayam masak kicap. dalam satu hari aku buat dua menu. 1 ayam masak kicap dan 2 ayam masak padprik.


so, harini aku nak bagi idea masak ape lunch nanti.


kebanyakkan resepi yang aku share ni ringkas dan mudah. konsepnye guna-apa-sahaja-yang-ada-dalam-dapur bujang.


kalau Su konsep die barang-dapur-kene-lengkap-baru-layan. pernah dulu die nak masak tomyam tapi takde daun limau. terus tak ade mood nak masak. hellooo takde daun limau tu tomyam kau tak jadi ke. hahaha.


lain orang, lainla citarasa ye ke tidakk..




bahan untuk 4 orang makan :-

isi ayam
sebiji bawang besar
sebiji bawang putih
halia potong panjang-panjang sedikit je dah cukup

cili kering kisar 2 sudu
sos cili cap life
sos tiram cap maggi
daun limau purut


kekdah :-

tumis bawang besar+bawang kecil+halia sampai naik bau.
masuk cili kering yang dikisar dalam 2 sudu ikut pada kuantiti ayam. kalau banyak letak la banyak. agak-agak je.

bila bahan semua dah sebati. masukan ayam tutup kuali. tujuannya bagi mempercepatkan ayam tu masak.

dah sebati dengan rencah. baru masukkan sos tiram. kuantitinya adalah banyak. ikut nak banyak mana. yang penting banyak jugak kene letak baru berasa. campakkan juga daun limau. actually kene letak serai ke?. aku baru perasan tak letak serai bhahahaha. takpe ni resepi aku. kau hingat duduk rumah bujang barang dapor lengkap la?? kekekeke

sos cili pon masuk saing. kalau ikut resepi orang lain letak sos tomato bagai. kat rumah aku tak pernah wujud sos tomato. muahahaha.

sayur tu ikut korangla nak letak ape. aku letak je yang best untuk tekak.




sedap gils ok makan dengan nasi panas-panas. tangan kiri pegang aiskrim malaysia-asam boy. perghhh sejuk campur panas nekmat mana kau mahu dustakan!


selamat mencuba!!




Tuesday, March 22, 2016

RESEPI : AYAM MASAK KICAP.

hye..


nak masak ape harini? meh aku kasi idea nak masak ape petang nanti ok!. senang, pantas setengah jam setel!.


biasenye ayam masak kicap ni orang akan goreng dulu ayamnye. kali ni aku buat edisi upgrade tak payah sesusah nak goreng ayam nanti meletup kene muka dah cacat. pastu kene berjimat guna minyak masak. walaupun harga minyak dah turun. harga minyak masak tetap jugak segitu. so, lets tengok resepi ayam masak kicap tanpa goreng dahulu ayamnye. korang mesti teruja sebab aku pun teruja gila sebab senang nak pitam. hahahaha dahla senang, sedapnya dua kali ganda daripada yang digoreng tau. isinya lebih lembut dan juicy ewahh.


bahan untuk ayam setengah ekor ye.

3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
lada kecil
cili kering

*semua bahan kat atas tu dikisar halus.


serai dititik
kicap manis
kicap masin



sedapnye tengok kaki ayam tu. fav sangat!
persoalannya.. macam nak buat sehingga jadi begini??. mari kita ke perenggan seterusnya


kekdah:-

tumis bahan kisar+campak serai tumis sampai kering dan garing

masukkan ayam - tutup kuali sampai air ayam tu keluar macam pelik ayat tu. maksudnya ayam ni akan keluarkan sejenis air bila ditumis. so, lets biarkan air yang keluar dari ayam tu kering.
bukak tudung kuali, cek ayam tu dah masak belum.

masukkan air tunggu sampai mendidih. yang ni optional kalau korang suka kering tak payah masuk air, terus letak kicap. aku suka berkuah so marilah letak air sampai banjir. tunggu didih.

mendidih sudah -masuk kicap-kicap.

siap!



mudah ke tidak??


selamat mencuba..... korang-wajeb-cube!



Friday, March 18, 2016

RESEPI : IKAN SALMON MASAK ASAM

Hai lama tak share resipi.


Dari minggu lepas aku teringin nak makan salmon. Semalam baru masak. Kemain kat office pikir nak masak ape ye salmon memula nak goreng je. lepastu tekak terasa nak makan kari. So lets masak kari.



Sampai rumah menu bertukar sudah. Masak je la asam rebus. Google kat internet mintak resepi. Ade ke patut keluar salmon asam pedas. Hekeleh betul. So lets la try buat resepi sendiri. Ekekeke



Sebenarnye resepi sape tah. Aku selalu jugak masak tapi pakai ikan siakap or ikan tenggiri. Kira ni first time jugak aku buat salmon masak asam. Wow sangat ni. tak sangka pandai dan berani mencuba aku ni hahaha. Kalau tak sedap macam rugi pulak sebab salmon ken mahal. Ase tak patut pulak tetibe tak menjadi. bisik kat hati takpe kalau taksedap paksa telan!



Membebel je sampai makan 3 perenggan. Ok jom tengok bahan-bahan yang tersangat mudah. Jangan risau resepi aku takde yang menggunakan bahan pepelik. Tengok membebel lagi.



Bahan-bahan untuk sekeping salmon :-

1 biji bawang besar. optional bawang Holland
1 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit *kalau tak suka takpayah letak. aku suka sebab nak kuah kaler kuning kekekeke
4 batang lada merah besar
2 batang cili padi pedas
Asam keeping/asam gelugur/asam adabi

Semua bahan diatas hendaklah di potong halus-halus.



Tumis semua bahan yang siap di potong tu. Lada je masuk last. 
Tumis sampai garing dan berbau sangat harum. 
Masukkan air asam ikut suka nak masam parat mana ah. 
Tunggu mendidih baru masuk lelada. 
Sudukan garam secukup rasa. 
Tunggu didih. 
Dengan lafaz bismillah masukkan ikan salmon yang dah siap dicuci. tutup kuali.
Tunggu sampai ikan masak. Ikan salmon ni masak tak la lama sangat. Dalam 15 minit dah oke la tu.




Tadaaa… sedappp nyumss! Licin ni aku makan sorang. :p

Korang kene try sebab sedap. Lepastu lain dari yang lain rasa masam manis lemak semua hado.


selamat mencuba!!





MAKE UP HARIAN.

hye hallu...



harini macam terpanggil nak story pasal daily makeup aku hehari pergi kerja. dulu tak gigih pun nak solek bagai. tipu. tehehehee


sesejak dah reti lukis kening ni rasa macam wow layak dah kau azi bukak kedai andaman. kahkahkahkah. kalau ingat la post aku yang lepas mengenai warna lipstik, aku adelah letak sipi-sipi muka aku. ecehwah malu lew lame tak tepek muku sirik dalam blog sirik *mate keatas


well harini siap awal-awal lepastu kumpul barang makeup yang wajeb tepek kat muka setiap hari isnin sampai sabtu. ahad bebas makeup bagi kulit berehat *muntah. macam hebat je cakap 'barang-barang make up' padahal bende biasa je. aku kan simple je orangnye. so, lets la tengok ape yang aku ade dan selalu guna.



tu dia, ni adalah bende biasa kau tengok kat tetepi jalan ade jual, dalam mall dalam tesco ruangan alat solek yang takde pintu kaca berkunci tu. tehehehee. aku pesen nampak lawa dan rasa layak dengan harga untuk dibeli dan diguna, aku sebat jek. tidak menitik beratkan brand etc etc. konsep aku mudah sahajorkan. aku memang peminat tegar silky girl & garnier dari zaman sekolah lagi peminat nombol 1. sehingga kini masih lagi suka. lipstik dorang pon dah banyak upgrade setanding jenama-jenama yang berjenama.



paling aku suka guna ialah eyebrow crayon takde jenama lupa beli kat mana. ade dua bahagian (2 in 1). satu untuk eyebrow/eyeliner dan satu lagi concealer. mudah, practikal dan seronok bila menggunakannya. rase nak lompat bintang je. yang kedua of course aku suka matte lipstik dari silky girl. trust me best gila oke. warna pon wow sangat. kengkawan aku suka tau ngecek lipstik aku. :p



silky white dari silky girl tu actually BB 2-way powder+foundation code 01 light. keadaanya agak berat sikit kalau sapu kat muka. tapi kau mesti suka sebab die menutup cela-cela yang tersembunyi. rasa kulit nampak gebu dan wow silky sangat. biasanya lepas aku sapu silky white aku akan ratakan balik dengan compact powder dari garnier code ivory. sapu nipis untuk menutup kepalsuan yang ketara. kahakahkah kepalsuan ayat apakah itu.



dan ini adalah hasilnya. setelah berhempas pulas selama kurang 30 minit untuk make up sahaja. pakai tudung 5 saat je dah setel. tehehehehee





belah kiri ni gambar dari rumah, siap je terus selfie tu yang rase macam bajet je muka kau azi senyum macam tu. ni kalau tunjuk kat mak aku mesti dah muntah hijau. hahaha


sebenonye bila plan nak letak gambar dalam blog terus je jadi tak reti bergambar lepastu rasa lukis kening pon macam non-jadi. kalau sebelum ni elok je pulak. penyakit betul la. setelah 50 keping maka aku pilih je la yang terbaik tu. ade yang kurang elok siap jelir lidah takot kang kene kecam. hahaha.


gambar belah kanan masa kat ofis. sampai je terus selfie dengan harapan jadila barang sekeping yang elok sikit. lawak betul la. rasa awkward nak letak gambar sirik dalam blog. muahahahahahaa. perasaan betul!





dan ini ialah barang yang wajeb bawak pergi opis untuk touch up lepas solat. beg zip tu pemberian mokde. sebelum ni buat isi earphone. mokde mesti suka ni kalau tengok aku memanfaatkan barang pemberian olehnye. kekekekee


eyebrow shadow tu wajeb la bawak uolz. aku pesen tak confident nak bercakap dengan orang kalau tak tepek bende tu. rasa botak je. maklomla kening aku tak berapa nak merimbun. nak buat kekdah yang aku pernah share dulu pun memang idok rajen la. kekdah tu pokoknye kene rajen buat baru nampak hasil.


kebiasaanye jugak, pagi pakai matte lipstik. bila petang dah cuci cuci muka. pakai je lipcolor balm dari silky girl jugekk la korang dah tu je jenama fav. aku kan. tengokla nanti kalau aku dah jumpe jenama yang lain lagi serasi aku share oke~





thanks for reading this entry!! :))


Wednesday, March 16, 2016

PJJ/PLK LIFE: TARIK MINAT UNTUK BELAJAR!

hey...kau,


aku ni takla dalam kategori ulat buku. macam yang pernah aku beritahu dulu. nak PJJ kau terpaksa jadi ulat buku. aku pun manusia biasa jugak kadang ade mood kadang takde mood nak bukak buku. ingat dulu sem 1 agak kucar kacir hidup aku. dari segi masa dan notes memang tak terurus. last minit nak final exam masetu baru gelabah cari semua notes. hehehehe. bila dah semakin bijak dalam manage masa barula nampak apa yang perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan.



set up meja study leklok untuk tarik mood sem baru ni. memo board tu beli kat ikea, meja pon beli kat ikea. notebook kaison.


aku suka study pakai meja duduk kat bawah je. meja jepun orang panggil. duduk atas kusyen empuk. hehehe. meja untuk study je sampai 3 aku beli. gila tak gila la. satu untuk laptop. dua lagi untuk menulis. kadang guna untuk meja makan jugak. hahaha.


pergi kelas bawak 2 pensil box.

aku pesen kalau tak de kelengkapan alat tulis memang tak syiokk nak study. jadi semua bende aku ade. tak suka pinjam-pinjam orang lain punya. nanti aku susah hati bila guna barang orang lain. tak tahu orang tu suka ke tidak kalau kita pinjam barang die. so elok sendiri ade senang. misal kate time buat notes tu takde pen merah terus ilang nak sambung buat hehehe.



mind map!.
suka buat mind map. percayalah bende ni sangat berguna tau untuk PJJ. sangat-sangat membantu. taklah meriah pon mind map aku. dulu iyalah siap buat doodles bagai. sekarang idokla tak de kuasa kau. janji input lengkap dah puas.




bila tengok gambar ni wahhh my life is completed!! rase macam bijaknye pale otak kau azi. bahahahahaha


bermula dari sem 2 aku dah didik diri aku menyintai notes. hahaha aneh pulak bunyinya. tapi betul!. dapat je slide dari lect printout terus tebuk masuk setiap section. lama-lama makin tebal. jadi taklah rasa macam hilang notes sebab tak tahu selit mana. tips nya dapat je note dari lect terus tebuk masuk dalam setiap section. haaa so takde la hujung-hujung kelas nanti cakap takdapat notes la ape la, padahal ade je selit memane tu kan kan kann. hehehehee. percayalah bila dah makin tebal mesti kau akan suka nak belek-belek je. belek dan bace la uolz! jangan dibuat frame pulok.. haiihhh..


untuk soalan past sem pon aku buat camtu. asingkan setiap subjek pastu tebuk. asingkan juga notes dan PYQ sebab biasanya lect akan ajar based on PYQ. bila kita separatekan jadi senang nak selak-selak.


so ok tak korang? ade tak idea yang best-best lagi untuk tarik minat nak bukak buku ni? meh kongsi kat sini!



WORDLESS.

Hai haluu..

Herghh nak update dari sehari ke sehari. Tapi idok jugak menyempat. Alhamdulillah aku dah selamat bayar yuran untuk sem ni. rasa macam lamanya cuti sem kali ni. membuak-buak rasa hati nak masuk kelas secepat mungkin kahkahkahkah over sangat ni.


Insyallah tak akhir bulan ni, bulan depan aku akan hantar surat resign. Yippi korang kene doakan aku ye. Aku dah nekad. dapat kerja ke tak dapat kerja ke aku nak benti jugak. I is stress hadap boss macam tu. Semoga boss aku tu diberi hidayah sebelum tutup mata. Tetiap hari asal naik opis je mesti hati aku macam tak redo jek. Cuba jugakla nak redo tapi berat je. cuba jugak nak positif dengan cara berbeza-beza tapi tetap jugak menyampah dengan boss aku tu kahkahkah. nak buat macam mana boss is always right kan. Walaupon bos kau takla sebijak mana, bijak lagi kambeng; kau tokleh bersuara dengan die. Sebab die kata kambeng tu makan pizza jadi kau kene percaya bahawa kambeng tu makan pizza bukan donat. Eh melewey sangat ni. dahla taknak cerita bebanyak pasal orang yang kita tak suka nanti kene badi. Kekekeke.



Yang penting nak start new semester dengan penuh keyakinan dan keceriaan! 

Thursday, March 3, 2016

PJJ/PLK LIFE : DAFTAR SUBJEK SEM 4! WUHUUUU~


Hai, bertemu lagi. Alhamdulillah aku dah selamat mendaftar subjek untuk sem 4 ni. wow. Pejam celik dah sem 4. Tak sangka mampu mengharunginya kekekeke.



Sem ni aku ambil subjek FIN420, ELC400, ECO 415 dan TMC401. Yup maksimum  4 code sahaja yang boleh ambil kat Johor ni. kalau korang plan nak abes cepat boleh je ambil 5 subjek. Tapi pepandailah buat jadual dengan mantop.



Sepatutnya kene ambil Law sem ni. tapi memandangkan NFU kata sapa belum ambil FIN420, kene ambil sem ni jugak. Tak sure kenapa myb sem depan dah tak de lecturer or else la. Bagus jugak tak ambil Law sem ni. :p



Rasa macam sikit je pulak update harini. Tatau pulak nak cerita ape lagi. tehehehee.



Oh nak bagitahu ni, rasanya aku dah mention kot aku ni student part time. Bukan full time. Untuk pertanyaan full time kekdanya, proses tukar kampus, tukar course etc semua tu memang aku tak boleh bantu. Sebab takde experience. Agak tak patut aku bajet-bajet tahu je kan. So aku tolak untuk menjawab soalan berkaitan pengajian secara sepenuh masa. I kennot.



No. wasap pon aku dah terminate sebab trauma tetibe je mesej masuk non setop. Sampai ahlong pon cari. Bukan ahlong je sampai apek ramalan naseb pon cari aku. Kejadahh la. So sekarang takda nombor dah tutup akaun. Tunggu la aku betenang.



Darr…