Sejak ibu meninggal setahun yang lalu,
memang hidup ini berubah terus 360 darjah. Dulu, every weekend balik kampung,
kadang tak sempat tunggu weekend dah balik sebab jarak rumah sewa dengan rumah
ibu dalam 60+min jek.
Lepastu 2 minggu sekali mesti pergi
hospital samada hantar ibu buat chemo atau check up. Biasanya sebelum chemo,
ibu akan ambil darah untuk cek samada boleh cont. chemo atau tak. Kau tak usah tanyala
la menunggu turn di panggil tu memang berejam. Ade sampai orang mengamuk sebab
tak biasa. Macam aku dgn family dah biasa tunggu berejam ni😊. Sabar, berkat doa
ibu juga.
ibu suka tengok langit biru, tengok awan. sekarang dah jadi favorite aku juga bila memandu dan pandang langit terus teringat ibu. 😥 *gambar: Google |
Dua minggu sebelum ibu pergi. Ibu memang Nampak
makin uzur. Ku kira effect dari chemo. Bila tengok keadaan ibu masetu sedih
teramat sgt. Tapi ibu memang strong. Kalaulah aku tahu hayat ibu tinggal 6 tahun,
mesti aku akan buat lebih baik. Aku bukan anak yang baik, tapi setiap hari aku
cuba untuk berikan yang terbaik. Kalau nak di ceritakan semangat ibu, tak habis
rasanya satu malam. Aku kagum dengan semangat ibu, dan of course semua pesakit
kanser seantero dunia. Aku terinspirasi dengan semangat juang mereka yang aku
kira aku mungkin tak mampu. Kesabaran mereka untuk melayan setiap rawatan,
melayan badan selepas rawatan, sakit perit tersiksa tubuh, tetap teruskan. Aku ni,
demam sikit terus rasa nak meninggal. Semalam kena cirit birit pon aku menangis2
sebab sakit sangat rasa tak tertanggung. Macam mana agaknya mase ibu berperang
dengan jiwanya lepas chemo kan… insaf!
Memang lepas ibu takda tu hari hari terasa
bosan je. Sebab dulu selalu wassap ibu, ibu selalu bagi nasihat selalu ingatkan
untuk buat benda benda baik, selalu bagi kata2 semangat, share doa dan amalan
yang kena buat, puasa2 sunat dan banyak lagi. Sekarang ni sepi. To be honest,
aku sampai sekarang tak kuat nak bukak balik wassap2 ibu. Jujurnya aku memang
tak kuat, air mata ni macam air terjun😭. Bila dah start nanges susah pulak nak
berhenti lepastu sakit dada, sakit kepala… jadi ku kira, takpela nanti lama-lama
sikit mungkin aku dah kuat, aku buka balik wassap2 ibu.
No comments :
Post a Comment