Rata-rata yang kenal aku kat office akan
cakap aku ni jenis tak campor hal orang aka ‘Azi ni duduk di dunia sendiri’
haha. Yes true!. Aku bukan jenis suka busy body hal orang lain even kalau orang
nak bercerita hal laki, anak, jiran mereka pon aku tak minat nak dengar. Kecuali
kalau dia memang perlukan telinga untuk berkongsi atau meluah perasaan baru la
aku akan bagi telinga betul2. Kalau setakat nak ajak ngumpat, bercerita hal
orang lain, tu aku tak campur dan tak suka untuk dengar. Sememangnya aku lebih
suka duduk di dunia aku sendiri iaitu di cubical ini. Funny.
Mungkin sebab dari dulu aku macam ni. Konsep
aku is pergi kerja buat kerja. Balik kerja tinggal semua kat office. Sebab dulukan
aku Part time study. Kalau aku bawak balik masalah kat tempat kerja mesti aku
susah nak focus study kan.
Walaupon aku begini.. yelah tak campur hal
orang, tak busy body… ponn ade manusia tak suka aku haha. And I don’t mind pon
sebenarnye. Nk cakap belakang ke nak kutuk ke, tak menjejaskan rezeki aku pon. Cuma
aku pelik la orang2 jenis dengki dan khianat ni nak ape dalam hidup dia. Tak letih
ke hidup mcam tu. Dia tak Bahagia ke?. Pelik aku kekadang. Aku ni adela sikit sakit
hati bila tahu orang cakap belakang pasal kita even kita tak kacau pon hidup
dia, ade tu tak kenal pon kau sape tetibe nak kutuk belakang kite (macam
budak2) seriously!. orang yang suka menyampai2kan cerita ni kadang suka tambah
micin, bagi cerita tu jadi sedap. Lepastu orang yang dengar tu pon percaya
100%. Funny. Umur dah banyak2 ni patut boleh bezakan jenis manusia. tapis manusia2
yang toxic ni. sebab ape tau, kalau kita kawan dengan manusia toxic ni, secara
tak langsung boleh mempengaruhi hidup kita jugak. Silap haribulan kite terikut
jadi toxic. Scray bukan.
Kan bagus kita hidup dengan tenang aje. Pilihan
kita kan.
But its oky la, orang nak cakap ape pon, aku
cubala positive aje. Kerja is kerja. Lepas office hour, tak tengok muka engko
pon. Gituh konsepnya.
Aku pernah dengar la orang cakap, kawan
kerja ni bukan true friend and tak perlu kau nak baik-baik pon sebab semua tu
politik je. Esok atau lusa di pijaknya belakang kita sebab nak promotion. Who knows
kan. Kita baik aje dengan semua orang dengan wujudkan batasan.. And for sure,
pls jangan share kesulitan, kerahsiaan hidup korang dengan kawan sekerja. Kita takkan
pernah tahu niat seseorang tu macam mana.
No comments :
Post a Comment