Cerita ini agak lama. Masa aku kat Politeknik Merlimau Melaka.
Mase aku sem 1 kat PMM aku dapat kamsis (asrama)
ground floor. Satu bilik 2 orang. Bilik besar juga. Ada katil bujang dan meja
study sendiri. Kebetulan aku dapat bilik betul2 sebelah tasik, dekat dengan tangga
untuk naik tingkat atas dan dekat jugak dengan bilik air.
Nak dijadikan cerita (seram), malam jumaat
aku nak pergi bilik kawan aku tingkat 1. Untuk naik tingkat 1 tu aku kenala naik
guna tangga yang terletak sebelah bilik aku tu kan.
Mase on the way naik tangga tu, aku stop
sekejap amik angin malam mengadap tasik. Dalam hati sejoknye malam ni, kuatnya
angin. Tapi tak rase pape takot ke, merinding tu aku tak ingat ade rasa tak
sebab aku sejok. Bila sejok ni auto-merindingkan. Tapi mestila merinding sejok,
bukan merinding nampak entiti kan ekeke. Kepale pon tak pikir mistik mistik ni
hahaha. K serius.
Sesampai di bilik kawan aku tu, aku ketuk
ketuk bagi salam. Takde nyahut. Sepi sunyi level 1 malam tu padahal baru lepas
isyak dalam pukul 830 camtu. Pelik pulak takde yang bersidai kat kaki lima.
Lame jugakla nk tunggu kawan aku tu bukak
pintu. Sampai kesudah tak bukak bukak, aku pon blah la camtu je. Sebab aku
tengok angin kuat gila plus macam nak hujan lebat.
Aku turun tangga nak balik bilik, sampai
anak tangga ke 3 aku dengar suara perempuan menangis bawah tangga. Aku stop
kejap. Aku pon macam eh sape pulak menangis bawah tangga tengah2 nak hujan
lebat ni.
Aku turun je anak tangga terakhir, aku
terus jengah bawah tangga nak tengok sape nanges. Dah jengah takde orang pulak.
Siap aku besor besor kan bijik mate aku nak cari sape dok nanges bawah tangga
tu (gilor).
Takde sape!. Tak semena mena bulu tengkok
aku berdiri. Aku pikir sejokk sangat ni aku agaknye.
Sampai je bilik, bagi salam. Aku terus
lemah kepala lutut. Roommate aku terus tanya aku kenape. Aku just jawab aku
sejok. Terus baring selubung. Maseni aku tak terpikir langsung aku mungkin ternampak
kelibat entiti. Mase aku masuk bilik, angin dah tak kuat. Hujan pon takjadi
turun. Macam tetibe keadaan dah Kembali normal.
Tak sampai 5 minit camtu, kawan aku yang
duduk kat level 1 tu pon turun datang bilik kitorang dalam ketakutan. Dia dengan
roommate dia.
Aku pon bingkas bangun tanya kenapa. Roommate
pon pelik.
Kawan aku cakap die dengan roommate die
kena ‘kacau’ dekat bilik.
Aku macam
“what? Kau ade kat bilik?”
“Ada la, aku dengan yati (bukan nama
sebenar) dalam bilik kami berpelukkan. Angin kuat masuk dalam bilik, bilik kami
bergegar.. kami rasa bilik beputar ligat…”
“tak, wei aku baru je balik dari bilik kau
ni. Aku datang kau takda. Aku ingat kau bedua memang takda dalam bilik”
Rupanya mereka kene kacau dalam bilik! Menggigil
ketakutan masing2 cerita. Aku pon bukak la cerita pasal aku dengar suara
perempuan menangis bawah tangga adalah waktu yang sama mereka kene kacau dalam
bilik. Semua pandang satu sama lain. MESTI ADE KAITAN!!
Malam tu kami berempat tido satu bilik. Mujur
takda kejadian-kejadian berat seperti dalam filem berlaku. Dah beberapa tahun
berlalu, aku cuba membayangkan rupa entiti bawah tangga tu. Agaknya rupa dia
menakotkan ke? Rambut mesti Panjang tutup sebahagian muka dia. Sedih sangat bunyi
suara menangis tu. Aku boleh mimic balik suara dia menangis. Sayu bethol kalau
dengar. Mesti masa dia nangis tu dia dok peluk bungkusan kain putih kan. Agkanya
kalau aku berani, mesti aku nak tengok ape ade dalam bungkusan kain tu kan.
No comments :
Post a Comment