Tuesday, December 23, 2025

Heavy.

Alhamdulillah, aku dah start duduk rumah sendiri. I Live Alone versi melayu agagagaga. Lame dah aku berangan nak duduk sendiri. Actually, rumah aku dah siap lama. Cuma aku yang lama ambil Keputusan nak start duduk tu bila –

aku ingat lagi masa aku start nak hidup berdikari kat JB. Punyalah teruk homesick aku. Boleh dikatakan hari hari menangis. Asal masuk waktu magrib je dah mula la drama sinetron aku. Menangis tu sampai meleleh leleh air mata lap kat bantal. Hari hari baca Yassin untuk tenangkan hati hahahahaha.

Lepastu aku ingat habis dah drama homesick aku tu.

Bila dah start duduk sendiri, masuk rumah sendiri, semua sendiri. Eh sepi menerjah pulak. Dah mula balik homesick aku tu. Malam malam mesti rase nak nangis. Benci betul. pastu dahla tatahu nak rindukan sape. LOL.

Bukan sebab hati kosong ke ape tau. Macam tibe tibe kang terindu bapak aku, terrindu anak fruit aku, terrindu la kat adik beradik. Benci!. Macam la aku ni duduk oversea. Fenat kadang melayan perasaan ni. Ingat dah cukup gangster dah aku ni, rupanya masih lagi kuat menangis! hahaha

Aku nak kehidupan yang baru, tapi dalam masa yang sama hati aku masih berat. 

Wednesday, October 1, 2025

Masih Hidup.

tahun hampir bertukar, dan aku masih di sini, bertatih dalam sepi yang perlahan-lahan aku peluk

dulu aku takut nak masuk tahun baru. mungkin sebab dulu, yang pahit lebih banyak dari yang manis. banyak luka yang di tahan-tahan biar sampai tak berdarah.

Sejak ibu takda. memang sepi. sepi yang tak bersuara tapi menggigit dalam diam. tapi aku tak biarkan sepi itu memakan diri. tetap jalankan rutin seperti selalu seolah-olah ibu melihat ku dari jauh. menunggu ku tiap kali aku pulang.

untungnya, aku tak membiarkan diri aku tenggelam dalam lara yang panjang. untungnya, aku bukan jenis yang memendam. semua pun aku lepas. kalau aku tak ok, aku lepas sampai seluruh alam pun tahu. untungnya aku masih dikelilingi orang-orang yang baik. walaupun tak macam dulu, walaupun terasa asing, semua aku telan asalkan aku hidup.

orang cakap, orang yang banyak ketawa selalunya banyak menyimpan rasa, yang kelakar ni banyak yang terluka. aku tidak. kan sudah ku bilang aku akan biarkan seluruh alam tahu jika aku sedang tak ok. kadang dalam gelak pun aku selitkan kejujuran.

apa yang boleh aku simpulkan tahun 2025 ni. alhamdulillah setakat ini yang manis dan pahit masih seimbang!

dan untuk 2025, aku bersyukur, kerana kali ini, aku tak lagi takut menyambut yang baru.

xx

Tuesday, August 26, 2025

Apa yang Tak Lagi Aku Kejar

lama dah aku tinggalkan blog ini sepi. tapi —

Dulu, aku menulis untuk melepaskan. Sekarang, aku menulis untuk memahami.

Ada satu masa dalam hidup, aku fikir semuanya tentang kecepatan. Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat, tercicir. Aku kejar semuanya — pengiktirafan, cinta, kerjaya, persahabatan, mimpi-mimpi yang kadang bukan pun aku yang cipta.

Tapi usia mengajar aku untuk menilai semula.

Hari ini, aku belajar menerima bahawa tak semua hal perlu aku kejar. Ada yang lebih bermakna bila aku biarkan ia datang sendiri — dengan izin Tuhan, bukan paksaan hati. Ada hubungan yang aku lepaskan tanpa benci. Ada cita-cita yang aku ubah bukan kerana gagal, tapi kerana aku kini lebih kenal diri sendiri.

Kedewasaan bukan tentang tahu semua jawapan. Tapi cukup bila kita jujur pada soalan yang belum terjawab.

Aku tak lagi kejar apa yang membuat aku hilang damai. Itu sudah cukup sebagai satu bentuk kemenangan.

xx

Monday, April 18, 2022

Resepi: Jemput-jemput air panas.

 

Dah nama orang Johor. Tipu la tak pernah makan jempot jempot kan. resepi dia tak de fancy mana, cukup kau ada tepung gandum, air dan garam, telur tu optional. setel.

Bagi family aku definisi jempot-jempot ni tepung campor air. Sesetengah orang panggil cucur. Tapi bagi aku cara nak panggil cucur ni macam cucur udang. Gituh.

Berbeza dengan cengkodok. Cengkodok ni istilah yang di gunapakai untuk cengkodok pisang. Atau jempot-jempot pisang. Haa gituhh lain kan masuk jempot jempot, cucur dan cengkodok di setiap negeri. Ade yang semua balun panggil cengkodok.😂

Oleh sebab nak menaip jempot jempot ni agak pangjang dan lenguh rahang engko nak menyebot, maka aku shortcut kan nama dia jadi jejempot. Hahahahahha

 

Jejempot air panas, berbeza dengan jejempot yang biasa orang godak pakai telur, air, kekadang ade yang letak kentang, bilis atau bawang.

Kalau jejempot air panas ni, still guna air. Tapi air panas. Kacau dengan tepung dan garam. Kalau rajin tumbukkan ikan bilis dengan bawang merah kecil sikit. Kacau tepung tu dengan air panas sampai jadi macam doh. Texture dia tak cair atau likat macam jejempot biasa.

Haa korang boleh imagine tak aku cerita tu. Ekekeke

Bila texture dia dah jadi macam doh yang lembut, maksudnya dah berjaya la tu, hati-hati mase mengodak tu sebab panas kan.

Masa nak goreng dah mudah sebab kau Cuma gentil atau bulat2kan je sebelum kau campak dalam minyak panas.




Ni rupa dah masuk dalam minyak panas. Size tu depands pada korangla nak besar ke kecik ke. Aku suka size comey comey ceni. Kiut kan.

Dalam doh aku tu aku letak kentang yang dipotong dadu. Jangan lupa letak garam!



anddddd its done!. Ape beza rasa jejempot air panas ni dengan jejempot biase?

Ok. Jejempot air panas ni, sangat-sangat crispy di luar, lembut di dalam. Sangat lembut ya di bahagian dalam tu!. cara makan orang Johor, cicah dengan sambal kicap lepastu hirup kopi O panas.. perghh!

 

So, selamat mencuba!


Wednesday, April 13, 2022

Nak belajar jarak jauh pikir dulu baik-baik #1

Sedia maklum aku dah tamat belajar secara jarak jauh pada tahun 2020. Tapi sehingga ke harini belum lagi nampak tanda2 bahawa konvo akan berlangsung dalam masa terdekat ni. 😕

Dah berapa kali tertangguh pon tataula nak cakap ape.

Bila di ingat Kembali perjuangan belajar secara PJJ ni omak aii.

2014 – 2019. Macam takda pengakhiran dia punya berjuang tuh. Fuh.


Aku cuba list kan ape mainan emosi, kepahitan yang daku telan sepanjang 5+ tahun belajar PJJ ni.

  • 1.      Struggle ulang alik JB – Kajang – Shah Alam.
  • 2.       Kena ganti waktu kerja.
  • 3.       Nak final exam sem 1, ibu diagnos kanser tahap 3c.
  • 4.       Dapat pindah kampus Johor.
  • 5.       Pertengahan Sem 2 kene pilih nak pindah balik kampus S.Alam atau tukar course.
  • 6.       Pilih tukar course sebab nak luang lebih banyak masa dengan ibu.
  • 7.       Tukar course from Bachelor Accounting to Bachelor Finance.
  • 8.       Korban masa. Bila dah belajar ni. Every second is about STUDY.
  • 9.       Benti kerja. Takda duit bayar yuran T____T. ibu sponsor 1 sem. Lepastu dapat kerja baru, nak   bayar balik dekat ibu, tapi ibu cakap tak payah. Ibu halal kan. Cry!
  • 10.   Banyak kali jugak tak dapat join majlis kawen kawan-kawan mahupon open house sebab  biasanya final exam masa raya. 5 tahun belajo, 5 tahon jugak tak beraya sangat. LOL.
  • 11   Mase sem 2, kene emergency operate. Tapi gigih jugak datang kelas and drive sendiri!! walaupon sakit namati. Sebab tanak ponteng kelas. Gilo!
  • 12  Bulan puasa tak ingat tahun berapa, pernah tak tido sepanjang malam siapkan assignment. Overload sangat masetu.
  • 13  Stress kat tempat kerja maha dasyat sampai kena panic/anxiety disorder banyk kali tapi masih boleh handle dengan baik kalau tak agaknya daku dah benti belajo. T___T
  • 14  Benti kerja lagikk. Sebab dah sampai limit. Selalu sakit.
  • 15.   Final sem, chill chill je siapkan thesis kat library uitm PG padahal hati gundah gulana sebab dah jobless. Hahahahahhaha
  • 16.   Alhamdulillah seminggu jobless, dapat kerja baru. tapi maseni tak bersedia nak kerja balik. Trauma mungkin. 50:50 nak ke tanak.
  • 17.   Thesis kene reject setelah banyak masa ku luangkan. Dem.
  • 18.   Viva sangat ngeri ya. Serius.
  • 19.   Unofficial grad, kehilangan ibu tercinta.

Setelah semua kepahitan daku telan, Alhamdulillah tamat belajar. Dapat Kerja bagus. Gaji bagus. Kehidupan yang lebih bagus. Aku percaya semua ni doa dari ibu ku.

Al-fatihah Maslinah Bt Ayob//31082020

 

Why laptop (windows 10) cannot connect to Hotspot.

Malam tadi daku tensionanlisme (takda dalam dictonary)😹

Laptop last bukak tahun 2021 bulan 9!

Lepastu windows tak boleh update.

Lepastu paling parah tak boleh connect internet pakai hotspot.

Kat setting tulis, “we cannot setup mobile hotspot because your PC doesn’t have an Ethernet WiFi or cellular Data” gituhh.. Cuak ah aku an.

Dalam pada bodo-bodo pasal IT ni, tetibe jadi bijak pulak. Haha

Encik youtube datang menyelamatkan kami.

So, kat sini aku kongsikan.

 

Pergikan startup menu >> Setting



Search ‘Device Manager’ and click.


Cari network adapters.


Pilih adapter Kemudian RIGHT CLICK >> update driver



 Lepas click update driver, nanti keluar macam ni. clik Browse my computer for drivers



Click yang kedua tu  “Let Me pick…..


pilih adapter (ikut nama wifi kat setting laptop korang) and last click NEXT. Lepastu biarkan system tu jalan-jalan kejap and then pompompompom siap!

Jangan lupa restart! And boleh connect internet hotspot macam biasa!!!!!!!!

Easy peasy kan…

 

Semoga membantu!


p/s: maap bukan guna bahasa IT. 


Sunday, March 27, 2022

Post setting.

 

Kalau ternampak aku tetibe banyak post new entry, jangan pelik na.. sebab sekali aku dah mula menulis, sukar untuk aku stop haha😝. Aku pon tak sangka viewer boleh naik berganda ganda lepas aku rajin post entry baru.😂

Jadi daku akan menaip menaip banyak2 untuk next entry dan lepastu aku akan set date and time untuk post.

Aku nekad tahun ni nak start blogging balik. sharing life, hobbies, favorites, drama, tips, experiences, haha. So, sementara nak into mood, aku share dulu bebelan-bebelan yang tak bermakna.

Saturday, March 26, 2022

Ice green tea.

 

Aku bersyukur sangat kat kilang tempat aku kerja ni ALL in benefit dia. Termasuklah provide lunch untuk pekerja.

Actually dulu sebelum covid19, kami semua boleh je makan kat kantin. Tapi sejak covid19 melanda, “orang-orang” office semua tak dibenarkan makan kat kantin sebab nak kurangkan manusia dalam kantin tu ekekeke. Sebelum ni HR team ade buat jadual makan untuk staff, operator, store semua tu.. system sesi makan bergilir.

 

Tapi awal tahun 2021 camtu, new SOP, kami kene letak lunch box masing2 kat kantin lepastu orang kantin akan pack makanan siap2 dalam lunch box kami. Waktu lunch, boleh pickup and makan di cubical masing2. Gituh kekdahnya. Diam tak diam dah setahun gak macam ni. Kekadang rindu nak makan cedok kat kantin sambal bergosip haha! Bila makan kat cubical masing2 ni kau tahu jela. Sunyi bethol hidop. Tak boleh nak beborak dengan orang sebelah, depan, belakang sebab size cubical ni agak lebar dan tinggi.. kalau dah masuk and duduk kat cubical ni… habis tenggelam semua kepala tak nampak haha! Tapi actually ini cubical paling selesa aku pernah kerja. Space besar, meja besar, drawer besar, agak privacy jugak dalam ni. Orang tak nampak engko buat ape kat dalam ni melainkan tetibe kepala dia nak terbenam kat cubical ko. hahahahaha😜

 

Sesejak dapat “orang kantin” baru, mereka ade la jual air tea. Tea susu dengan Tea hijau. Astaga nekmat dia terasa-rasa kat tekak. Dahlah pekat tapi tak manis. Yang penting bila makan lunch tu berulam dengan ais green tea yang sejok..pehh macam mendapat secebis nikmat dari sorga gituh. Aku menaip ni pon terasa-rasa kat anak tekak. Agak2 batal tak puase aku ni!. Janganlah tanya puase ape. Dah hampir Romadhan ni, pepaham jela ape yang kami para Wanita ni sibukkan.😩



throwback gambar ice green tea. mase beli tu beku tau. 
dah la murah, pekat likat tak manis. amazing 😂





Friday, March 25, 2022

akibat terlalu banyak tengok Netflix.

 

Sekarang ni kat Netflix aku tengah layan Series The Cursed tahun 2020 tak silap series ni.

Dia punya real mensihir orang tu uishh kalah cerita kat Malaysia ekekeke 😂. Tah2 ade je kat Malaysia ni jenis suka sihir sihir orang kan macam kat dalam cerita the cursed tu, ade satu apps macam FB namanya Forest #hutansihir. Bapakk seram wei kalau kite boleh guna kekdah #hutansihir tu untuk sihir orang. Kite tak suke je kita sihir orang tu😖😬. Upload gambar orang yang kite tak suka dalam Forest sertakan #hutansihir nanti ade roh jahat akan sihir orang yang kita tak suka tu sampai mati. Aiyoo.

Hahaha, aku ni kalau tengok kdrama memang terbawa-bawa😄. Macam aku tengok kdrama Sisyphus, Alice pasal time travel. Punyala taksub dengan cerita tu, sanggup aku study kejap pasal quantum, siap baca research paper pasal time travel ni bhahaha. pernah jugak aku tengok cerita pasal postmortem (kdrama :partner of justice), aku pon study jugak macam mane kekdah postmortem kat youtube hahahaha. jemm otak!! 😆

Pulak tu kan kat Netflix, kalau kite dah start tengok genre tu, nanti Netflix akan suggest gak similar movie/genre macam yang pernah kite tengok kan. Tu yang tak habis-habis aku punya ketaksuban kekadang.

untold story #1: Perempuan menangis bawah tangga blok asrama.

Cerita ini agak lama. Masa aku kat Politeknik Merlimau Melaka.

Mase aku sem 1 kat PMM aku dapat kamsis (asrama) ground floor. Satu bilik 2 orang. Bilik besar juga. Ada katil bujang dan meja study sendiri. Kebetulan aku dapat bilik betul2 sebelah tasik, dekat dengan tangga untuk naik tingkat atas dan dekat jugak dengan bilik air.

Nak dijadikan cerita (seram), malam jumaat aku nak pergi bilik kawan aku tingkat 1. Untuk naik tingkat 1 tu aku kenala naik guna tangga yang terletak sebelah bilik aku tu kan.

Mase on the way naik tangga tu, aku stop sekejap amik angin malam mengadap tasik. Dalam hati sejoknye malam ni, kuatnya angin. Tapi tak rase pape takot ke, merinding tu aku tak ingat ade rasa tak sebab aku sejok. Bila sejok ni auto-merindingkan. Tapi mestila merinding sejok, bukan merinding nampak entiti kan ekeke. Kepale pon tak pikir mistik mistik ni hahaha. K serius.

Sesampai di bilik kawan aku tu, aku ketuk ketuk bagi salam. Takde nyahut. Sepi sunyi level 1 malam tu padahal baru lepas isyak dalam pukul 830 camtu. Pelik pulak takde yang bersidai kat kaki lima.

Lame jugakla nk tunggu kawan aku tu bukak pintu. Sampai kesudah tak bukak bukak, aku pon blah la camtu je. Sebab aku tengok angin kuat gila plus macam nak hujan lebat.

Aku turun tangga nak balik bilik, sampai anak tangga ke 3 aku dengar suara perempuan menangis bawah tangga. Aku stop kejap. Aku pon macam eh sape pulak menangis bawah tangga tengah2 nak hujan lebat ni.

Aku turun je anak tangga terakhir, aku terus jengah bawah tangga nak tengok sape nanges. Dah jengah takde orang pulak. Siap aku besor besor kan bijik mate aku nak cari sape dok nanges bawah tangga tu (gilor).

Takde sape!. Tak semena mena bulu tengkok aku berdiri. Aku pikir sejokk sangat ni aku agaknye.


Sampai je bilik, bagi salam. Aku terus lemah kepala lutut. Roommate aku terus tanya aku kenape. Aku just jawab aku sejok. Terus baring selubung. Maseni aku tak terpikir langsung aku mungkin ternampak kelibat entiti. Mase aku masuk bilik, angin dah tak kuat. Hujan pon takjadi turun. Macam tetibe keadaan dah Kembali normal.

Tak sampai 5 minit camtu, kawan aku yang duduk kat level 1 tu pon turun datang bilik kitorang dalam ketakutan. Dia dengan roommate dia.

Aku pon bingkas bangun tanya kenapa. Roommate pon pelik.

Kawan aku cakap die dengan roommate die kena ‘kacau’ dekat bilik.

Aku macam

“what? Kau ade kat bilik?”

“Ada la, aku dengan yati (bukan nama sebenar) dalam bilik kami berpelukkan. Angin kuat masuk dalam bilik, bilik kami bergegar.. kami rasa bilik beputar ligat…”

“tak, wei aku baru je balik dari bilik kau ni. Aku datang kau takda. Aku ingat kau bedua memang takda dalam bilik”

 “hah? Serius kau datang?? Tak dengar pape ke? Tak dengar kitorg jerit-jerit?”

 “serius tak dengar!!” padahal aku lama jugak tunggu depan pintu.

 

Rupanya mereka kene kacau dalam bilik! Menggigil ketakutan masing2 cerita. Aku pon bukak la cerita pasal aku dengar suara perempuan menangis bawah tangga adalah waktu yang sama mereka kene kacau dalam bilik. Semua pandang satu sama lain. MESTI ADE KAITAN!!

 

Malam tu kami berempat tido satu bilik. Mujur takda kejadian-kejadian berat seperti dalam filem berlaku. Dah beberapa tahun berlalu, aku cuba membayangkan rupa entiti bawah tangga tu. Agaknya rupa dia menakotkan ke? Rambut mesti Panjang tutup sebahagian muka dia. Sedih sangat bunyi suara menangis tu. Aku boleh mimic balik suara dia menangis. Sayu bethol kalau dengar. Mesti masa dia nangis tu dia dok peluk bungkusan kain putih kan. Agkanya kalau aku berani, mesti aku nak tengok ape ade dalam bungkusan kain tu kan.

Thursday, March 24, 2022

handphone 1 camera.

Dipendekkan cerita, semalam aku beli phone baru. target dari rumah taknak la memahal dalam 600 dah ler 😁. sebab pesen aku ni kalau takde keperluan tak usahla beli. handphone Oppo A83 aku tu dari tahun 2018 tak tukar lagi.. yaa masih satu camera. orang lain dah upgrade 3 camera, 100mp, 8ram 128gb dan aku masih di tampuk lama 😂. tu lah bagi aku, selagi boleh pakai.. pakai je lah. Oppo A83 aku tu dah banyak berjasa dan aku takda masalah dengannya. cuma storage je la selalu penuh. tah berape kali pindah kat laptop, same je kejap penuh. sesejak ade 'anak fruit' ni banyaklah gambar dengan video dia saje.


so, semalam aku nekad nak beli phone baru sebabnya handphone aku dah mula 'back' sendiri ekekeke. kekadang aku tengah tengok Netflix kat handphone, boleh pulak tetibe fast/back forward banyak kali. eh tension. aku syak punca jadi camtu, lepas phone aku terhentak kat cabinet sinki (luar) rumah atok (panjang nak story kejadian masetu). lepastu screen retak and pecah sikit ya kawan-kawan tapi masih boleh pakai macam biase, lucky bethol!. aku just pergi kedai tukar tempered glass je *mesti orang kedai cakap aku kedekot*hahaha. tapi kejadian tu dah 2 tahun belalu, cuma baru-baru ni je Oppo A83 tu jadi benggong.


semalam recce la nak handphone ape kan. target dah ade dah 600 hengget 😝. sebab taknak memahal la stakat boleh whatsapp, tengok utube, ok ler.. sebab aku bukan guna untuk main game, editing, download tah ape2. jadi, banyak2 fuction sangat pon aku tak guna jadi membazir gituh. aku cakap dengan orang kedai tu, aku nak handphone storage besar, camera lawa, sound speaker cun, taknak hang and laju bebezup macam petir😂. gituh. orang kedai pon suggest aku amik Oppo reno 7 (sebab aku cakap nak sama macam dulu pakai Oppo*jenis setia😶).  Reno 7 mahal namati 2ribu ringgit Malaysia kot harga dia xnak pitam pulak aku kan. ececeh, tapi bila di kenang masa lalu, zaman smart phone baru nak naik, aku sanggup beli samsung galaxy S3 yang harga dia RM2100 masetu gilo tak gilo!.


kesimpulannya, akhirnya aku dah pakai handphone 3 camera 😛. adik adik aku tidak la mengkutuk aku pakai handphone Oppo 1 camera tu lagi, dorang begitu jijik ya nak pengang phone aku tu. hahaha lempang kang baru tahu!😤 

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


aku amik Realme GT master edition je kawan-kawan. memula tak yakin nak amik brand ni. sebab tak pernah guna kan. harap-harap OK la bertahan lama.. orang kedai tu berjaya yakinkan aku siap cakap kalau U ade masalah boleh datang sini marah2 I. yakinkan dia cakap camtu. aku ni kalau ajak begaduh tak pernah lagi kecundang hahahahahaha *ktaklawak. boss tu cakap Realme GT master edition ni sama macam Oppo Reno 7 cuma jenis mampu milik bhahahha. kongajo je nk cakap aku tak mampu ke beli Reno 7 tuh! cisss! Tak payahla tanya aku specs Realme GT master edition tu ape, pergi la google sendiri. aku ni seram terbaca komen-komen -ve hahaha. 

janji 3 camera 😂 
Pic: google



Saturday, March 19, 2022

Tak campur hal orang.

 

Rata-rata yang kenal aku kat office akan cakap aku ni jenis tak campor hal orang aka ‘Azi ni duduk di dunia sendiri’ haha. Yes true!. Aku bukan jenis suka busy body hal orang lain even kalau orang nak bercerita hal laki, anak, jiran mereka pon aku tak minat nak dengar. Kecuali kalau dia memang perlukan telinga untuk berkongsi atau meluah perasaan baru la aku akan bagi telinga betul2. Kalau setakat nak ajak ngumpat, bercerita hal orang lain, tu aku tak campur dan tak suka untuk dengar. Sememangnya aku lebih suka duduk di dunia aku sendiri iaitu di cubical ini. Funny.

Mungkin sebab dari dulu aku macam ni. Konsep aku is pergi kerja buat kerja. Balik kerja tinggal semua kat office. Sebab dulukan aku Part time study. Kalau aku bawak balik masalah kat tempat kerja mesti aku susah nak focus study kan.

Walaupon aku begini.. yelah tak campur hal orang, tak busy body… ponn ade manusia tak suka aku haha. And I don’t mind pon sebenarnye. Nk cakap belakang ke nak kutuk ke, tak menjejaskan rezeki aku pon. Cuma aku pelik la orang2 jenis dengki dan khianat ni nak ape dalam hidup dia. Tak letih ke hidup mcam tu. Dia tak Bahagia ke?. Pelik aku kekadang. Aku ni adela sikit sakit hati bila tahu orang cakap belakang pasal kita even kita tak kacau pon hidup dia, ade tu tak kenal pon kau sape tetibe nak kutuk belakang kite (macam budak2) seriously!. orang yang suka menyampai2kan cerita ni kadang suka tambah micin, bagi cerita tu jadi sedap. Lepastu orang yang dengar tu pon percaya 100%. Funny. Umur dah banyak2 ni patut boleh bezakan jenis manusia. tapis manusia2 yang toxic ni. sebab ape tau, kalau kita kawan dengan manusia toxic ni, secara tak langsung boleh mempengaruhi hidup kita jugak. Silap haribulan kite terikut jadi toxic. Scray bukan.

Kan bagus kita hidup dengan tenang aje. Pilihan kita kan.

But its oky la, orang nak cakap ape pon, aku cubala positive aje. Kerja is kerja. Lepas office hour, tak tengok muka engko pon. Gituh konsepnya.

Aku pernah dengar la orang cakap, kawan kerja ni bukan true friend and tak perlu kau nak baik-baik pon sebab semua tu politik je. Esok atau lusa di pijaknya belakang kita sebab nak promotion. Who knows kan. Kita baik aje dengan semua orang dengan wujudkan batasan.. And for sure, pls jangan share kesulitan, kerahsiaan hidup korang dengan kawan sekerja. Kita takkan pernah tahu niat seseorang tu macam mana.

Friday, March 18, 2022

Bosan kan ibu takda.

 

Sejak ibu meninggal setahun yang lalu, memang hidup ini berubah terus 360 darjah. Dulu, every weekend balik kampung, kadang tak sempat tunggu weekend dah balik sebab jarak rumah sewa dengan rumah ibu dalam 60+min jek.


Lepastu 2 minggu sekali mesti pergi hospital samada hantar ibu buat chemo atau check up. Biasanya sebelum chemo, ibu akan ambil darah untuk cek samada boleh cont. chemo atau tak. Kau tak usah tanyala la menunggu turn di panggil tu memang berejam. Ade sampai orang mengamuk sebab tak biasa. Macam aku dgn family dah biasa tunggu berejam ni😊. Sabar, berkat doa ibu juga.


ibu suka tengok langit biru, tengok awan. sekarang dah jadi favorite aku juga bila memandu dan pandang langit terus teringat ibu. 😥 *gambar: Google


Dua minggu sebelum ibu pergi. Ibu memang Nampak makin uzur. Ku kira effect dari chemo. Bila tengok keadaan ibu masetu sedih teramat sgt. Tapi ibu memang strong. Kalaulah aku tahu hayat ibu tinggal 6 tahun, mesti aku akan buat lebih baik. Aku bukan anak yang baik, tapi setiap hari aku cuba untuk berikan yang terbaik. Kalau nak di ceritakan semangat ibu, tak habis rasanya satu malam. Aku kagum dengan semangat ibu, dan of course semua pesakit kanser seantero dunia. Aku terinspirasi dengan semangat juang mereka yang aku kira aku mungkin tak mampu. Kesabaran mereka untuk melayan setiap rawatan, melayan badan selepas rawatan, sakit perit tersiksa tubuh, tetap teruskan. Aku ni, demam sikit terus rasa nak meninggal. Semalam kena cirit birit pon aku menangis2 sebab sakit sangat rasa tak tertanggung. Macam mana agaknya mase ibu berperang dengan jiwanya lepas chemo kan… insaf!


Memang lepas ibu takda tu hari hari terasa bosan je. Sebab dulu selalu wassap ibu, ibu selalu bagi nasihat selalu ingatkan untuk buat benda benda baik, selalu bagi kata2 semangat, share doa dan amalan yang kena buat, puasa2 sunat dan banyak lagi. Sekarang ni sepi. To be honest, aku sampai sekarang tak kuat nak bukak balik wassap2 ibu. Jujurnya aku memang tak kuat, air mata ni macam air terjun😭. Bila dah start nanges susah pulak nak berhenti lepastu sakit dada, sakit kepala… jadi ku kira, takpela nanti lama-lama sikit mungkin aku dah kuat, aku buka balik wassap2 ibu.


Thursday, March 17, 2022

Dewasa kini.


sesejak umur semakin dewasa ni kan. aku perasan, banyak benda peliks berubah pada diri aku. misalnya dulu aku tak suka makan coklat, sekarang aku suka. dulu tak suka dengar lagu korea (solo singer) sekarang suka pulak. dulu tak suka repeat tengok kdrama, sekarang repeat sampai 5 kali pon tak pe haha! dan banyak gak bende-bende yang dulu aku tak suka, sekarang dah jadi suka. ade juga benda yang dulu aku suka buat, sekarang aku jadi tak gemor nak buat. misalnya dulu suka jalan2 kat mall tanpa tujuan. sekarang lebih suka lepak dalam bilik je hahahaha bosan bethol idup. tapi sebenarnya itu kebahagian yang hakiki. duduk menyendiri, dengar lagu, baca buku fixi atau main handphone je. tu pon tak sedar 3 jam habis camtu jek. ekeke. 

lagi lagi sejak ibu takda ni. aku macam lost soul gituh.. setiap saat masih rindu kat ibu, masih mimpi ibu tiap malam. even tengah menaip ni mata begenang bila cakap pasal ibu. kekadang aku question jugak kat diri aku sampai bila nak menanggung beratnye rindu ni. orang mungkin boleh cakap itu dan ini. aku cuba, bukan tak cuba.. tapi berat. 

dari segi kerja alhamdulillah. sekarang aku bahagia kat tempat kerja baru hahaha. hampir 3 tahun juga kat sini. so, aku boleh rumuskan aku mungkin akan kerja kat sini sampai pencen (k tak lawak)



Tuesday, February 15, 2022

Convo-93 UiTM: kat mana nak print borang jubah!

Hailu...

just a quick update je nih. yang tertanya tanya (macam aku je yang tertanya2) haha! macam mana nak print borang jubahhhhhhhhhh. ini adalah big question ya kawankawan. esok nak kene amik jubah tapi form tak jumpe lagi dah la tu kalau ade hutang atau penalty kene setel dulu. cukup ke masa 24 jam nk setel semuaa tu eee stress.. gituhh drama sebabaknya..

here we go!


2.  scroll je sampai bawah sampai korang jumpe seperti dibawah


3. next baca no.1 >>klik Sini. kemudian akan keluar begini



4. make sure korang dah bayar la yuran konvo kat istudent portal. portal ni korang log-in macam biasa la masuk no. pelajar dan password yang selalu ko pakai untuk cek result setiap sem.. ade gak drama kat sini ya.. dah lupa password!! 

jangan risau sis paham, yelahh habis belajar 2019 lepastu konvo 2022. aku tak salahkan kau sebab lupa.. haahahahhaha. bende boleh setel dengan 'reset password' gituh! lepastu cek email korang dan log-in mcam biasa..

5. lepas dah bayar yuran konvo, baru korang boleh sahkan kehadiran dan cetak borang jubah. korang lengkapkan borang tu dah attached sekali dengan slip bayaran yuran convo.


familiar QUESTION

boleh ke wakil ambilkan jubah?

jawapan: boleh janji wakil tu bawak complete document (borang jubah dan slip bayaran yuran convo)

seorang wakil boleh ambil untuk 2 orang sahaja ya.

dekat website cakap tak boleh ambil awal. actually bergantung kepada urusetia jugak. ade yang kasi sehari awal untuk ambil pon OK je. jubah kena pulang lepas sidang kau berakhir. tapi contoh sidang habis pagi boleh je pulang petang.. sebab aku tahu korang mesti nak bergasakk photoshoot kat icity kan.


okla semoga membantu. lain2 question boleh semak di website yang aku share kat atas tu.
aku highlight kat sini sebab ini antara question panas hahaha.


next story aku cerita la pasal konvo aku ni k!


xoxo















Saturday, November 20, 2021

nak bercuti ke Oversea, tapi kene kuarantin hmmm.

 hailuuu...


pantas bethol masa berlalu kan. know know dah nak masuk December dah. macam tak bersedia je nak masuk umur baru hahaha. 


anyway, korang rasa bila kite semua ni dapat pergi travel tanpa perlu kuarantin selepas balik dari travel tu. travel oversea I meant. hmmm aku ni lame sangat dah tak pergi bercuti yang real 'bercuti' haha. 


bila dipikir pikir, balik dari oversea kene kuarantin, kene RTK-PCR lagi hmmm berapa lama tu nak kene apply cuti. contoh, pergi Turkey 10 hari, amik AL mungkin cuma 6-7 hari je. lepastu balik dari Turkey sah-sah kene kuarantin kendiri khen. itu pon kalau nasib tak baik, result pulak positif kenela drag lagi mase kuarantin hmm  nak kene tambah lagi cuti. unless, balik dari Turkey tayah kuarantin pon terus pergi kerja cembese. hmm selagi kite ni kene berjaga-jaga selagi tu la semua kejadah  SOP ni kene patuh kan.


hmmm harapnya sampailah nanti masanya kite bebas dari covid, bebas dari SOP (at least, longgar ciked la SOP tu huhuhu). dan masetu aku harap aku masih panjang umur lah nak pergi bercuti oversea hahaha. 


disebabkan aku ni kerja bahagian Finance, jadinya kene rancang date bethol bethol. taknak clash dengan closing time, audit... haiyaa. bukan ape, boleh je pass kat orang lain kerja kerja aku tu. tapi aku macam hmm tak bestla.. engko seronok becuti, kawan ko ni kat opis tengah struggle siapkan kerja ko hmmm. tak best kan feeling camtu. ke aku je yang ade perasaan macam tu haha. tapi ye bethol, aku ni jarang amik cuti, sebab aku pikir kalau aku cuti, duduk rumah atau sedang berseronok, orang lain kene cover kerja aku, aku rasa tak best. kenapa ya ade sipat camni hahahaha. kekadang aku pon xpaham diri aku ni cemana hahaa.


okla, sekian coretan senja ditempat kerja. belanja selfie satu kali :p


xoxo


Sunday, October 31, 2021

kejadian selepas 4 tahun tukar cooling coil!

 haluu....

since sampai sekarang aku dapat notification pasal entry yang iniiiii

COOLING COIL BOCOR

meh aku story ape yang dah berlaku kat aircond aku selepas 4 tahun berlalu!


kat bawah ni gambar lama. seram aku tengok wei!


alhamdulillah!

sehingga harini, aircond aku masih berfungsi dengan baik sekali. takde masalah langsung. sebab orang cakap lepas proses "cabut-pasang" tu mesti akan ada masalah lain (eei benci) 

(alhamdulillah! semoga dijauhkan dari segala malapetaka) 

jadi, bagi korang yang curious ape yang dah jadi dengan aircond korang lepas proces "cabut-pasang" tu, percayalah takda apa-apa yang berlaku JIKA anda pergi kepada yang pakar.


okla sekian update pasal aircond kereta aku tu. diharap korang tak sakit hati aku terlepas untuk reply comment ya


xx



Wednesday, February 3, 2021

Rindu Ibu.


Recently aku rindu sangat2 dengan ibu. 

Last month aku demam,  aku syak aku kene covid tau ekeke. 

Rupanya demam rindu. 

Rindu ibu. 

Rindu yang terlalu rindu. Sampai type ni pon begenang air mata.

5 bulan dah ibu pergi. Cepatnya masa berlalu. 

Kadang2 aku terasa rasa ibu tengah tunggu aku kat rumah.  Ya Allah sedihnya. 

Malam2 masih tido dengan air mata. Doa,  solat,  semua Ibu.. 

Ntah orang cakap lama lama akan OK. 

Aku? 

Ntah.. 

Rindu dengan orang yang takde ni susah nak ungkap.  Lagi2 orang tu ialah Ibu. 

Semoga Ibu ditempatkan di syurga yang tertinggi. 
Semoga Allah ampuni ibu. Rahmatinya. 

Ibu.. Nanti kita jumpa ya 😊

Xx. 

Saturday, September 5, 2020

Ibu, kau pergi jua.


Al-Fatihah untuk ibuku tercinta Maslinah Binti Ayob semoga Allah mencucuri rahmat.
tanggal 31 Ogos disaat orang lain sibuk menyambut hari kebangsaan, sibuk count down. keluarga aku berperang dengan perasaan. malam 31 ogos tu detik yang aku sekeluarga tak boleh lupakan sampai bila-bila. rindu T__T


kami menjadi saksi ketabahan dan kecekalan ibu melawan penyakit kansernya. sejak 2014  hari-hari yang berlalu terasa singkat tapi untuk ibuku berperang dengan sakitnya itu dah kira masa yang panjang. tak sape pon sanggup lihat ibu atau bapa mereka sakit apatah lagi kanser yang membunuh dalam senyap!


tapi.


ibu redho. redho dengan ketentuannya dan takdir dan ujian yang Allah beri padanya. tak sedikit pon aku dengar ibu mengeluh, menanges depan anak-anak. bagi ibu anak-anak adalah kekuatannya. kalau pon ibu rasa give up rasa sedih tak terlontar depan anak-anak melainkan meletakan kepalanya di tikar sembanyang mengadu pada yang Esa. rindu T__T


ibu memang kuat. semangat ibu menjadi inspirasi aku. tak pernah berhenti mendapatkan rawatan. saranan doktor semua diikut. chemo? tah berapa puluh kali ibu hadap. sakit? kami saksinya. mengeluh? ibu tak pernah sekali pon mengeluh. melihat ibu kuat, kami juga kuat. 


2020 memang mencabar bagi kami. ibu start sakit, lemah tak seperti biasa beliau chemo. kami beranggapan ibu chemo (ubat Xyloda) ni memang jahat. doktor cakap badan ibu kuat sebab ibu mampu habiskan 8 cycle ubat ini. kesan die lebih kuat dari drip. tapak kaki ibu dah mula pecah-pecah. bila pijak terasa pedih sehingga mengalir air mata. tapi ibu tetap melangkah seperti biasa. kuku, jari, kulit jangan cakaplah macam terbakar. kulit kering, mata kabur, urat kat leher menarik sampai leher ibu tertarik ke kanan. ya Allah seksanya tengok ibu macam ni. hati aku selalu menanges, dalam doa, tak kira dalam keadaan aku sedang apa sekali pon tak putus doa aku supaya sakit ibu diangkat, darjatnya di tinggikan dek kesabaran dan sifat redhonya yang tinggi. Allahuakbar ibu memang hero. 


nak dijadikan asbab ibu pergi. 2 minggu ibu cirit-birit non-stop ini pon salah satu effect dari ubat xyloda. kesiannya tengok ibu menguji kesabar kami adik beradik. boleh aku banggakan aku ada adik beradik yang terbaik, semua demi ibu kami sanggup. aku selalu pesan pada adik aku Allah sedang menguji ibu Allah juga sedang menguji hati kita sebagai anak. pesan aku pada adik, selalu minta pada Allah supaya ikhlas, sabar dan mudahkan. istifar, selawat tiap kali kita rasa susah. Alhamdulillah jaga ibu bukan susah, sangat mudah. Allah sayang. tak sikit pon ibu merungut sakit, tak cerewet, takda marah-marah. boleh kita ikut ilmu ibu, mulutnya sentiasa berzikir, amalan setiap pagi surah yassen dan mathurat. kadang-kadang ibu minta dibukakan al-waqiah kalau malam Al-mulk dan zikir-zikir. sejak ibu matanya kabur memang ibu runsing betul sebab tak dapat mengaji. penglihatannya betul-betul terhad. sedih bila dapat wasap dari ibu.. hurufnya berterabur tapi still juga nak wassap anak-anak. Allah... rindu T__T


hari ibu nak pergi, kami memang dah terasa lain. ibu tak macam biasa. dah tak mampu nak buka mata. lemahnya sangat ketara kalini. nafasnya turun naik. kerap juga kami bisik supaya berzikir. kami berzikir bersama. nampak bibirnya ikut sama. ibu pernah pesan jika suatu hari nanti keadaan ibu seperti sekarang, tolong bisik di telinga ibu kalau sudah sampai waktu solat. alhamdulillah aku yakin ibu tak tinggal solat sehingga nyawanya yang terakhir. sepanjang malam adik aku tak berhenti mengaji sebelah ibu. aku sangat yakin saat ibu berhadapan sakaratul maut, telinganya masih mendengar ayatul quran. 


Alhamdulillah ibu pergi dengan tenang sekali, pergi dalam tidur. mukanya tenang dah tak menahan sakit. wajahnya aku terasa seperti tersenyum. wajah yang aku takkan lupa sampai bila-bila. rindu T__T
urusan kebumikan ibu dimudahkan oleh Allah. ibu meninggal sebelum subuh. selesai dimandikan pukul 9. kebumikan sebelum jam 11. memang ibu pesan kalaupun ibu nanti meninggal mohon di percepatkan urusan ibu jangan dilambat-lambatkan kalau boleh jangan melangkau waktu solat. alhamdulillah ya Allah kau mudahkan urusan ibuku. usai talkin, hujan pon turun. langit seakan menanges juga melihat kami bersedih. tak sape pon bersedia untuk kehilangan. lagi-lagi kehilangan seorang ibu.


ibu.. tenanglah dikau disana, pemergianmu dicemburui. ramai yang sayangkan ibu. kebaikkan ibu selalu diceritakan. kami? entah bagaimana nanti. bahagialah ibu di syurga sambutlah kami nanti ya.
al-fatihah untuk syurgaku ibu.

Friday, July 3, 2020

Keluh kesah kak esah moden😂

00:10

Tahlah mata taknak lelap.  Macam2 hal pikir. Padahal seminggu ni bantai kerja sampai malam.  Aku ginilah kalau badan dah exhausted sangat bukan senang nak lelap.  Dah tua gamaknya 😂.

Kekacauan hati akibat risau.

1. Kesihatan mak aku makin worst.  Semakin hari semakin lemah.  Aku tak terbayang macam mane keadaan aku kalau Allah cakap sampai disini sahaja rezeki nyawa mak aku.  Urghh aku mesti teruk dan taknak bayangkan langsung.  Mak aku dah start jalan pakai tongkat, mandi pon adik aku uruskan.  Gagah juga nak jalan sendiri walaupun kaki dah goyang badan dah gigil.  Semangat mak aku tu sampai aku tak boleh nak describe betapa bersemangatnya mak aku melalui hari2nya. Kita yang tengok pon Allah. tabahnya, kuatkan orang2 yang senasib dengan mak aku 😢 ya Allah kau angkatlah kesakitan ibu ku,  tinggikan darjatnya atas kesabaran melalui ujian yang kau beri-amin😞

2. Dah dua kali aku kene tipu dengan seller kat shoppee. Pegalaman pertama tak mematahkan semangat aku untuk terus ditipu😂 aku da bayar dengan shopee tapi seller cakap aku tak bayar. Aku malas nak argue.. Aku sedekah jela😰. Kadang bende gini kalau dipikir kan lama lama jadi beban.  So,  bio jela.  Ini tidak mengganggu gugat semangat aku untuk terus ber-shoping😁

3. Aku taktahula sampai bila aku nak kerja makan gaji.  Hihi bukan tak best kerja kilang aku tu.  Best woi.  Makan minum semua tanggung.  Duit minyak duit toll semua cover.  Lagi ape. Semua cukup.  Kerja banyak dont care janji gaji jalan,  hidup senang.  Tapi sampai bila.. Kekdangan aku cam bosan. Tapi macam x besyukur pulak aku ni hahaha.  Tahlahhh cita2 aku ni sukar untuk dijelaskan...

4. Nak sambung master tapi tatau bila...

Tu jela keresahan hati yang membelenggu jiwa ini seminggu dua ni. 

Xo!