Thursday, October 9, 2014

PENGORBANAN SEORANG PJJ.

hey..hello..


aku sedang bersedih hati. sabtu ni midah kawen. tapi aku tak dapat attend wedding die! i is sooo sad!!! 

sebab sabtu ahad ni aku ade kelas. kecewa sebab tak dapat bizi body dengan geng-geng sekolah kite tau. tapi aku cepat-cepat istigfar. ilmu ni lagi penting dalam kehidupan aku. janji aku pada diri sendiri masa mula-mula apply pjj ni. aku sanggup berkorban sabtu dan ahad ku demi pjj. cewahh.

kuat tak kuat kene hadap.
payah macam mana kene makan.
pahit macam hempedu sekali pun kene telan.

itulah realiti hidup ku sekarang. ceh ceh cehh...
tapi sungguh la weii aku sedih kot...midah tuuu...kawan baik paling alim ko tahu. eeee tensen jugak kalau dipikirkan.

throwback..

aku banyak gak cerita pasal mida kat blog aku ni. pestime aku cerita pasal midah eksiden kat sabah. masatu die belaja kat unimas. kritikal ko tahu. kawan die meninggal. die kritikal. aku sedih yang teramat masa tu. rase nak terbang ke sabah time tu jugak. T__T

masa midah bertunang aku yang ngandam die. style kan tudung die. menjadi bahan experiment ku...
masa die berada dalam kekusutan die cari aku. die share segala suka dula dengan aku. cewahh. 
nak masak begedel call aku. nak buat krim kek call aku. nak tanam pokok pon die cari aku. ko ni midah manjerr pulak. :p

aku kawan dengan midah dari darjah tabika. ee lama tau. lepastu terputus hubungan sebab midah masuk asrama. midah budak pandai. aku kurang cerdik. kehkehkehh

bila mula-mula sekali die cakap die couple dengan wan, aku shock! ko bio betul midah?? belajar sampai merentasi lautan amazon tapi kawen dengan budak sekolah kita. hello... 

tapi aku bagi gak la support. nak wat camne dah jodoh die kan. :))

aku slow cakap dengan midah. 'wan dah banyak berubah'. hakikatnya aku tahu rahsia terbeso wan masa tabika. antaranya terberak dalam seluo. itu paling sadis bila di kenang. hahaha. entah kenapa gaya terberak dalam seluar ni jadi trend hebat masa aku sekolah. kejap wan, pastu pizan pastu die, die die. eee tah pape. nak-nak si pizan ni sampai darjah satu kot asyik le mak die anto seluo pergi sekolah. aku perati je perangai budak-budak ni. ;p. aneh-aneh! 

tapi midah ok jee. midah terima wan dengan hati yang terbuka sebagaimana wan menerima midah. adoii ayat kau azi. lentokk!

midah cop aku jadi pengapit die. yang sebenarnya die mencabar aku jadi pengapit die. die soh aku ramping. amboii ko ade agenda lain kan midah. :p

tapi kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya....ha, aku pulak nak sambung belaja. pjj pulak tu. memang melepaslah hajat midah untuk melihat aku ramping :p. jauh dalam lubuk hati ku aku gembira. hahaha. ko gila aku jadi pengapit?? sori la aku tak pernah berkehendak jadi pengapit dari zaman ain kawen lagi. ain kawen dulu pun soh aku jadi pengapit. min pon same. kegilaan apakah mereka semua ni. kehilangan akal kah? kehilangan pedoman? miahahaaa

aku terus terang cakap. kalau aku jadi pengapit....aku overshadow engkorang. ha ngerti kamu!

haha

ok. tutup cerita pasal midah kawen. aku ado ke takdo ko tetap kawen midah. ingat pesan aku tu. bawak besabar banyak-banyak dalam rumah tangga. amboi geti nak nasehat bakal pengantin ko tu dah lalu dulu ke azi? :p. aku pun pinjam je ayat ni. selalu orang kawen mesti nasehatnya sabar banyak-banyak..banyak-banyak sabar....macam kes aku ni memang tak geti sabar cemana? sape nak jawab ni....


esok jugak aku akan berangkat ke KL. kali ni aku turun TBS ar. pastu nek KTM g kajang. aloo dekat je kajang - TBS. plan kali ni lain. dalam pale aku ni kan banyak plan. kalau plan A takdo, ade 10 lagi plan mendatang. wahai ibu berbanggalah kerana melahirkan dahku.. cih!

dok kajang rumah acik. pastu dari rumah acik aku bawak ar neo acik. ukur jalan g uitm. kate orang orang shah alam. ade jalan pintas ke uitm. aku tak sure jalan pintas mana. yang aku paling SURE~ aku bakal lelah, stress sikit kot, pening, mungkin muntah lepas balik dari kelas. siap sedia pandol lonjong!

eh eh ehh tiap kali ade kelas mesti hari jumaat aku cuti ek. AL aku banyak lagi lah wei. dah nak hujung tahun rugi tak menggunakan ke arah kemanfaatan. :p


cekal lah wahai hati!



Friday, October 3, 2014

20 RANDOM FACT ABOUT ME.


Hi hello..

Kite nak jawab 'tag' kat sini. Haha. tak dan nak menaip pakai keypad phone.

aku seorang yang sukar di mergerti bak kata Dato Dr Fadhilah Kamsah. Baik dari kalangan sohabat mahupun keluarga. Perangai yang berubah-ubah. Kejap ok kejap ko. Dalam sehari ade 130 mood. 200 jenis senyuman. 200 jenis renungan. 100 jenis nada suara. amboiii..

Fatin, kak aji mu dah jawab 'tag' ko. Harap berpuas hati. :p

  1. Suka tengok tv sampai pagi. Especially citer omputeh.
  2. Very independent person. Mentabah dan cekal selain berhati kering.
  3. Benci dengan citer yang di adaptasi dari novel. Paling benci. Bagi aku novel is novel. Tolong jangan hancurkan mood novel aku boleh?. lagi satu boleh tak drama melayu jangan nak kejap-kejap kawen paksa. kawen kontrak. kawen rela terpaksa. terpaksa aku rela la ape la. sekali sekala keluar tak pe. ni idok. tiap petang...tu je la citer engko. thats the reason why i hate drama melayu. matila aku kene keji. :p
  4. Suka masak.
  5. Suka paksa orang puji masakan ittew. :p
  6. Mengaku diri kretif tapi sebenarnya cerewet ya Rabbi!
  7. Tak suka basuh baju lipat baju gosok baju semua yang berkaitan dengan dengan baju tak suka buat. Tapi terpaksa buat. Kalau tak sape nak buat?
  8. Tak suka sesuatu perkara/bende dan lain-lain yang sama. Kene ade 2 jenis pencuci muka. 2 jenis ubat gigi. 2 jenis sabun mandi. 2 jenis syampoo. 2 helai selimut. 4 biji bantal berbagai saiz. Dan lain-lain.
  9. Mengigau bila tidur. Tak kira tido siang ke malam. Tidur kat bilik ke kat kereta ke bas ke. Ngigau kuat!. Kalau time demam lagi dasyat siap merengek macam budak kecik pastu tidur bejalan!
  10. Status kesihatan gigi adalah A! Sangat menjaga kesihatan gigi. sebab takot gigi rosak. Setahun sekali mesti cek+cuci gigi kat Klinik Gigi Yang simpang renggam. Dulu kat poli sanggup pegi jassin untuk cuci gigi lenjan naik motor. paah bawak kita mase tu. Semoga Allah panjangkan umur paah. J
  11. Masalah perut. Hahaa.
  12. Berkehendak dagu runcing umie aida dari jaman sekolah. tapi Alhamdulillah syukur Allah bagi dagu lekok yang tak semua orang dapat.
  13. Mood yang berubah-ubah. Sukar di mengerti.
  14. Kalau berkawan dengan lelaki suka letak syarat “no borak-borak by phone tengah-tengah malam sampai pagi, masej every second etc” sorila I bukan spesis melekat dengan phone.
  15. Tak suka sayur togeh! Kalau nak beli popia Tanya dulu dalam ade apa pakcik?
  16. Suka makan megi kari kering-kering
  17. Suka cari pasal dengan femly – sakat dorang sampai dorang fed-up. :p
  18. Bersifat tegas! Bukan garang tapi kejam. hahahaha
  19. Suka paksa ibu atau orang lain ikut kehendak aku. Wahh ni dah macam perangai-perangai vuruk.
  20. tersangat punctual! Tak suka menunggu dan di tunggu. bukan seorang yang penyabar.
  21. Bersiap pantas. 
  22. Buat kerja pantas. Tak suka tangguh kerja.
  23. Semua bende kalau boleh nak disiapkan dengan pantas.
  24. Jalan laju. Pernah dulu mase sekolah kene pegang bunga manggor beriringan dengan YB. I dah sampai dewan. YB berkedek-kedek lagi kat belakang. Sebab tu dalam majalah sekolah takde muka aku. Kecewa!.
  25. Tak boleh berkawad kaki. Sebab lambat. I jalan laju. Kalau jalan slow nanti kaki aku gigil. Jadi cikgu suruh aku pengang sepanduk je. Persatuan PBSM masetu. Jadi aku jalan dulu. Sekali toleh belakang skuad jauh ketinggalan. Apa punya manusia aku ni?
  26. Tak aktif dalam besukan. Jalan laju sekali bila masuk lumba lari- Kecundang. Masuk sukan jalan kaki- Kecundang. Lompat jauh - Kecundang. Lontar peluru - Kecundang. Semua sukan kecundang. Tapi main badminton boleh di katakan terel. :p
  27. Takde cita-cita. Masuk kelas akaun, belajar accounting. Kerja lain bidang. sebab tiru kakak. :p why?? Baru sedar akan perkara ni.
  28. Hobi paling keji. Kumpul plastic jajan dari darjah 5 sampai tingkatan 5. Balik sogame mesti beli jajan appolo dengan Barbie yang ade brang misteri dalam tu.
  29. Selalu argue dengan femly kenapa lepat/talam cendol kaler putih?
  30. Kedekut dengan diri sendiri. Pikir banyak kali sebelum keluar duit. Kalau bende tak penting tak payah beli. Kalau bende tu penting akan pikir nam ratus kali seriously penting??? Well said budak acct mmg cemtu. :p
  31.  

Eh dah 30???

Lajunye aku menahepppp!! Hah kan aku dah cakap aku ni semua bende laju. Cepat. Pantas. 

Ampunnnnn…





 and last but not least, i'm the hulk who wants to be cute! ahahaha

kbai.