Wednesday, April 1, 2015

SUKA BAKING!

aku sebenarnya suka baking. suka buat kek, muffin etc. bende-bende yang melibatkan aktiviti memasak tu memang suka. suka gila. lepastu aku kuat berangan. asal pengang sudip je tetibe je jadi chef wan, asal membaking je tetibe jadi dr. fazley. memang aku ngakulah aku kuat berangat. tu korang belum tengok aku ngemas rumah. tetibe je jadi eric leong. bahahaha. macam-macam watak sebenarnya aku boleh bawak. cuma pengarah je belom berani kasi aku watak heroin. takot filem tak laku. kahkahkahkah. ok dah stop merepek.


sementara aku tunggu kain benti berpusing. aku nak siapkan assigmnt LAW. next 2 weeks ade presentation. lemah pale lutut bab nak bentang-bentang ni. dah lah solo. dah la subjek Law. elak aku terberangan jadi lurwyer je kang. manelah tahu kan tetibe tersampuk dek setan pangkat peguam. haha. kate kuat berangan. lol.


bestnye sem ni, sebab macam rilek je wei. aku hari-hari bukak iclass untuk cek kotlah ade excersise ke amende ke. pelik la sebab takde. sem lepas hazab nauzubillah. pantang bukak selambak bertepek-tepek soalan bertalu talu. mimpi ngeri tido malam. siap ngigau pakej kencing malam die punya tahap trauma tengok soalan selambak menguntum ranum kat iclass. bahahaha. sem ni lect baik hati barangkali. mungkin tak sempat??. pikir positif je la. ade pekdahnya juga takde soalan bertubi-tubi.


aku sebenarnya malas nak sentuh pasal GST. semua dah besar panjang kan. study elok-elok bende ni sebelum mandai-mandai keluar fakta sendiri, reka sendiri fakta yang tidak-tidak. elakkan diri jadi bodoh dan diperbodohkan. marilah kita mengeluarkan sesuatu input yang nampak bijak. jangan terima sesuatu input tu tanpa study. yang aku sure sangat..... dalam subjek Taxation II aku nanti mesti ade penambahan bab ni. hahaha. baik aku sediakan payung sebelum panas tering bebahang melecur muka. :p


rase macam tajuk dan isi sangat lari. hahaha lantak kau situ.

rindunya nak gathering cam ni lagi...rinduww T__T. rindunya nak kepoh-kepoh grup pompuan gila. haha! tah ape ye aku dengan ika dok happy sangat tu uhuuuu


bai!


BAUCER BUKU 2015 DAN BUKU FIXI.

hai sumer sumerr..heee

jumaat lepas aku pakse ceknab balik johor. hehe. kalau tak die taknak balik. sebab hari rabu (harini) die final exam dah. paper apetah lupe dah aku. aku pakse nab balik sebab nak perabis baucer buku yang gomen kasi ni. banyakk 250 x 2 = 500. tatau nak beli buku ape. dah la expired bulan 6 ni ha. nab lagi best, dah last sem baru dapat baucer buku. elok la tu. perabis beli buku yang bukan-bukan je.


PJJ pon dapat baucer buku?. eh haruslah dapatt menekmati bende free ni bukan selalu-lalu kan. hehee. malangnya semester ni tak perlu pun beli buku rujukan yang gila-gila mahal macam sem lepas. maka aku pun terjebak beli buku yang bukan-bukan. dah ler tu tak boleh beli stationery langsung kat HARRIS. aku dah berangan nak beli pensil ngn buku nota banyak-banyak nak kasi sanak saudare. 'duit' hari ghaye katenye. pastu nak beli botol ayor, nak beli payung, beg etc. semua tu tak boleh. kecewa.



kepunyaan aku. meaning, baucer buku ku. hehe

1. Know It All
2. Bus. Statistics
3. Horror Stories

yang lain tu ceknab beli pakai baucer buku die sendiri. eh cop, Hidup Selepas Mati tu last minit sauk. rase bedose tak beli buku ilmiah keagamaan. heeeee. lagipun banyak soalan-soaln tentang hidup selepas mati yang selalu jadi tandatanya. aku selalu tanye ibu ape perasaan jadi roh, cemana roh tu. roh tu boleh bersior-sior ke. nampak tak ilmu aku kurang dalam bab ni.

dan buku fav evah!! ialahhhh....

buku ni sangat berbaloi untuk di belanjer kan. tak nyesal beli. harga dalam lingkungan RM50 cemtu. tapi percayalah ianya sangat bermanfaat, dari bebudak sampailah umur baya abah aku sesuai untuk di baca. kenapa mesti baya abah aku? kikikiki

sebab ape tau...


sebab....












orang tua-tua dan bebudak suka tengok gambar-gambar dari patah perkataan kan. 
ni baru sikit...ade banyakk lagi untuk korang terokai...seriusss seronok!


aku ngakulah aku memang tak suka baca buku yang spesis karangan hikayat nora dan kebaya. eh. hehehe. nak-nak bende ilmiah ni. bile bukak je buku ni. terus rase wow menariknya, dari space sampai la ke earth sampai la ke sekecil-kecil zarah. sampai ke unexpected thing. pon hado dalam buku ni. gambar-gambar die pon wow sangat. baru rase seronok untuk di bace. nak-nak bende sains. tapi kat buku ni dorang buat ianya jadi menarik dan mudah untuk di fahami!


so korang, kalau tak tahu nak beli ape dengan bocer buku tu.elok lah beli buku KNOW IT ALL. harusss beli. kalau aku hadap buku ni satu satu helai memang tak lengkang molot dengan pekataan WOW..WOOWW!! WOOWW FUYOOHH! haha!



jom tambah ilmu!!



ha lagi satu Buku Fixi. haritu ade promotion sebelum GST. bahahaha. 6 bijik RM99. eh aku tak layan buku fixi ni. tak ngerti pon. aku tahu pun dari ezy tak silap aku la. pernah nampak kat blog die. hehe. 5 buku ni milik nab. die yang suruh aku orderkan on behalf la konon. aku pun tolong la. die lanjer 1 buku pilih sendiri. then, aku tak ngerti dong buku ape sih yang best. tak tahu. aku godeh website BukuFixi baca bab awal HBMN (Here Be Nightmares) terus tersuka. terus je order. hahaa. eh horror stories yang aku beli kat Harris tu pun spesis buku fixi la ni. ape tuh namenye Novo tak silap aku. ade Novo, Mono, lejen press. aku tak tahu la betul tak aku cakap ni. sebab baru je berkecimpung dalam era buku fixi. kehkehkeh.

ok la korang, sekian update untuk hari ini. jom tambah ilmu!!