Monday, September 14, 2015

ISNIN HUHUHU.

hai..hello..


bertemu di hari isnin jerebu. korang jaga kesihatan. banyak minum air kosong ya!


minggu ni dah start kelas. hoii macam sekejap je nak mula kelas balik. oh btw, kelas kat johor start awal. means 19/9 dah mula kelas. kalau dekat shah alam 3/10 baru start. 



aku sebenonya belum lagi daftar subjek. sedo 20/09 last daftar. ape kejadah kalau tak daftar tetibe datang kelas. muahahaha. sebab kenn aku tunggu PC. aku nak tahu ape jenis subjek PC yang aku dapat. aku takmo amek bebanyak subjek. hehehehe. kalau ikutkan program BM242 ni cuma 6/9 semester je. vavavava suka sangat tu. kalau AC220 makan 11/12 semester. aku tak sabo nak abes degree ni cecepat. ewahh



perkembangan terkini, tadi puan S baru mintak transkrip diploma aku. lepastu aku tak segera bagi. sebab transkrip ade kat kampung. aku ingat aku ade copy kat sini. rupenye takde. jadi lambat lagi la proses PC aku ni berjalan. :(



lagi ape nak citer, oh ye! officemate aku yang sorang ni nak berhenti kerja dah. weii actually aku happy sebab die berjaya keluar dari sini. bahahaha. yang sebenonya aku dari haritu cakap nak benti kerja dok ulang namratus kali. tuptup die pulak yang dapat offer lumayan. takpela dah rejki die kan. aku ni ade jugak tebar resume merata tapi tula baru satu company yang mintak full resume. belum suruh datang interview lagi. apakah aku demand sangat bab salary??.. bab salary aku taklah demand sangat, aku letak je nego, berpatutan dengan pgalaman kerja 5 tahun aku ni ha. takpe takpe aku percaya Allah sedang merancana yang terbaik untuk aku. kalau ikut kata napsu ni, nak je benti keja 24 jam. gasaklah menganggur ke ape. dari naik opis ari-ari asyik la memendam rasa ewahh. tapi sobarr. sobarr azi sobarr... :(



chill je la. ade rejki ko nanti ajii!! 



Saturday, September 5, 2015

OFFICIALLY STUDENT BM242.

hai hello..


tak lain dan tak bukan mestilah cerita pasal kes pjj aku. alahai~~


baru semalam aku dapat pengesahan bahwasanya aku dah pun selamat bertukar status program dari AC220 ke BM242. hewww~~


ceritanya, aku dah mohon tukar ni almost a month jugak. dok tunggu fedback dari orang ined. boleh tahan lama. at the end sampailah result keluar pun status aku masih 'unknow'. sampailah semalam orang dok bizi daftar subjek. boleh tahan geram jugak. yelah mane aku nak daftarnye kalau status program masih belum bertukar. aku pun direct call dengan Puan XX. means puan lain dari haritu aku berurusan. fuwhh. sabar je la. dorang cakap, dorang tak dapat apa-apa maklumat pasal kes aku ni. ewah sangat ni.


zapzupzap, puan xx suruh resend balik form tukar program tu kat emel direct die. andddd surprisingly petang tu aku dah selamat tukar status. OMG 24 hours je kekdahnya. so. yang aku tunggu berbulan tu apekehal nye... 


ok, baiklah bersangka baik. mesti mereka banyak kerja. faham..


tahniah la kat diri sendiri sebab dah berjaya tukar ke BM242. gud bye shah alam!! bahaha


ape perasaan tukar kos?. memula gelap mate. bukan sebab darah tinggi ke ape. macam ehhh kenapa finance. sedangkan aku sehidup semati dengan accounting. bhahaha. 2 saat pertama adelah rasa camtu. lepas 3 kali tarik napas baru boleh terima kenyatoan.. :p


ohhh.. cemana dapat hint nak tukar kos?. ngee. memang berat hati nak tukar dari accounting ke finance. apetah lagi accounting tu dah macam darah daging sendiri. dari form 4 kot dah di adun menjadi cinta abadi. heeee

aku sebenonye, ikut je kata hati. tidaklah tak berusaha. aku bedoa sungguh-sungguh sangat minta Allah gerakkan hati aku kearah yang lebih sepatutnya. sebab aku percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. disaat aku dalam dilema 100% Allah dah gerakkan hati aku sikit-sikit untuk terima finance ni. gitu la ceritanya. 


semalam petang jadual dah pun keluar. konsepnya kat Johor ni, koordinator yang adjust sendiri kita punya jadual. tak payah la kau berpinar mata nak pilih sendiri subjek ape, nak susun jadual sendiri bagai. haha aku suka je koordinator yang tentukan. sebab aku memang tak tahu apekejadah semua subjek-subjek ituh. muahahahaha. 


so, sem ni aku bakal ambil FIN420, FIN426, HRM533, TMC401/ELC500. first time nampak code course tu aku seperti biasa. BLANK. hahaha.


so, aku pon bukak EQPS. tengok final exam past sem. omg apakah itu. haha. tapi actually tak lah lari banyak dari accounting. :p aku pun mengerti finance ni macam lebih kepada ilmu banking, urusan loan kot, ekonomi dunia barangkali?. eh sesuailah belajar dalam keadaan ekonomi malaysia ni ye tak? *sedapkan hati.


yang paling tazabar ialah nak masuk kelas TMC (mandarin) wow. impian aku sangat ni.
nak belajar bahasa cina.. weii sukaa. aku banyak dengar lagu mandarin, kpop.....*tetibe
sem lepas patut aku kena ambil arab. kau tahu pompuan bernama azi ni, taknakkk. boleh die cakap dengan koordinator nak ambil mandarin. wakakaka. merepek betul aku ni. :p tu yang dapat sem ni. :) syukur


oklah korang aku tak habis lagi membelek kertas soalan past sem ni. well, untuk korang yang terpinga-pinga apakah bentuk subjek yang bakal korang belajar nanti. bolehlah try test cuba print satu set soalan past sem, belek-belek. kalau rajin google cari jawapan. elok kita persiapkan diri kita dulu. ok.. tips berguna tu! semoga bermanfaat! 

dar..