Showing posts with label BM242. Show all posts
Showing posts with label BM242. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

TAHNIAH!



Haii.. belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang mendapat DL dan keputusan baik. Yang tak baik pon janganla putus asa. Teruskan perjuangan!


Alhamdulillah sem ni aku DL lagi. yeay!. Syukur. Walaupun cukup-cukup je untuk dean list. Takpe janji dapat ye dok? Haha.


Malam sebelum result keluar tu aku dah get ready dengan pop corn ok. Duk depan email. Refresh sajer dekat nam puluh kali dari jam 8 malam sampai 11 malam. Hekeleh poyo betul. Aku ni sebeno debo takot kene repeat paper FiN or MGT. tak yakin aku dua paper tu macam harem jawab. Bhahahaha.


Sekali di tunggu tak tiba. Extent sampai jam 12 tak jugak keluar. So aku dah ngantok. Tido. Tapi sejenis tido tak aman. Kekejap sedar cek email. Gila betul kan tahap cuak tu. 2 sem yang lepas aku tak tunggu macam ni punya tunggu. Ngeee


Lepas subuh tu dok refresh lagi. tak jugak timbul. Barula aku sedar line data aku tu cam harem. Tak idup. Tak perasan aku icon data tu takde. Poyo betul. Aku pon restart telepon dengan telekong tu tak cabut lagi aku dok bebel-bebel marahkan si celcom. Muahaha


Bukak je emel segala doa aku baca. Terus zappp laju bukak. Wowww. Tepanjat tengok FIN get A. bhahaha. Oke lawak nak terkentut. Tetap juga bersyukur. MGT dapat B+.  Alhamdulillah lepas!. Alhamdulillah pointer pon  not bad. Walaupun rasa macam sikit. Tapi cepat-cepat tadah tangan syukurlaa azi sekurang-kurangnya DL tercapai azam tahun baru ape lagi yang kau nak. kekekeke. Aku nak juga share kat sini tapi nantila aku update pakai entry yang lepas.


Insyallah semester baru akan bermula 26/03 ni. gud luck korang untuk sem baru! Fighting!!





Saturday, September 5, 2015

OFFICIALLY STUDENT BM242.

hai hello..


tak lain dan tak bukan mestilah cerita pasal kes pjj aku. alahai~~


baru semalam aku dapat pengesahan bahwasanya aku dah pun selamat bertukar status program dari AC220 ke BM242. hewww~~


ceritanya, aku dah mohon tukar ni almost a month jugak. dok tunggu fedback dari orang ined. boleh tahan lama. at the end sampailah result keluar pun status aku masih 'unknow'. sampailah semalam orang dok bizi daftar subjek. boleh tahan geram jugak. yelah mane aku nak daftarnye kalau status program masih belum bertukar. aku pun direct call dengan Puan XX. means puan lain dari haritu aku berurusan. fuwhh. sabar je la. dorang cakap, dorang tak dapat apa-apa maklumat pasal kes aku ni. ewah sangat ni.


zapzupzap, puan xx suruh resend balik form tukar program tu kat emel direct die. andddd surprisingly petang tu aku dah selamat tukar status. OMG 24 hours je kekdahnya. so. yang aku tunggu berbulan tu apekehal nye... 


ok, baiklah bersangka baik. mesti mereka banyak kerja. faham..


tahniah la kat diri sendiri sebab dah berjaya tukar ke BM242. gud bye shah alam!! bahaha


ape perasaan tukar kos?. memula gelap mate. bukan sebab darah tinggi ke ape. macam ehhh kenapa finance. sedangkan aku sehidup semati dengan accounting. bhahaha. 2 saat pertama adelah rasa camtu. lepas 3 kali tarik napas baru boleh terima kenyatoan.. :p


ohhh.. cemana dapat hint nak tukar kos?. ngee. memang berat hati nak tukar dari accounting ke finance. apetah lagi accounting tu dah macam darah daging sendiri. dari form 4 kot dah di adun menjadi cinta abadi. heeee

aku sebenonye, ikut je kata hati. tidaklah tak berusaha. aku bedoa sungguh-sungguh sangat minta Allah gerakkan hati aku kearah yang lebih sepatutnya. sebab aku percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. disaat aku dalam dilema 100% Allah dah gerakkan hati aku sikit-sikit untuk terima finance ni. gitu la ceritanya. 


semalam petang jadual dah pun keluar. konsepnya kat Johor ni, koordinator yang adjust sendiri kita punya jadual. tak payah la kau berpinar mata nak pilih sendiri subjek ape, nak susun jadual sendiri bagai. haha aku suka je koordinator yang tentukan. sebab aku memang tak tahu apekejadah semua subjek-subjek ituh. muahahahaha. 


so, sem ni aku bakal ambil FIN420, FIN426, HRM533, TMC401/ELC500. first time nampak code course tu aku seperti biasa. BLANK. hahaha.


so, aku pon bukak EQPS. tengok final exam past sem. omg apakah itu. haha. tapi actually tak lah lari banyak dari accounting. :p aku pun mengerti finance ni macam lebih kepada ilmu banking, urusan loan kot, ekonomi dunia barangkali?. eh sesuailah belajar dalam keadaan ekonomi malaysia ni ye tak? *sedapkan hati.


yang paling tazabar ialah nak masuk kelas TMC (mandarin) wow. impian aku sangat ni.
nak belajar bahasa cina.. weii sukaa. aku banyak dengar lagu mandarin, kpop.....*tetibe
sem lepas patut aku kena ambil arab. kau tahu pompuan bernama azi ni, taknakkk. boleh die cakap dengan koordinator nak ambil mandarin. wakakaka. merepek betul aku ni. :p tu yang dapat sem ni. :) syukur


oklah korang aku tak habis lagi membelek kertas soalan past sem ni. well, untuk korang yang terpinga-pinga apakah bentuk subjek yang bakal korang belajar nanti. bolehlah try test cuba print satu set soalan past sem, belek-belek. kalau rajin google cari jawapan. elok kita persiapkan diri kita dulu. ok.. tips berguna tu! semoga bermanfaat! 

dar..