Sunday, November 27, 2016

HAI, HELLO...

hai hello...


update lelaju je ni. macam teruk sangat kesibukkan tu sampai tak jenguk blog sendiri. heee


btw tahniah untuk yang dah selamat mendaftar masuk ke UiTM.


semalam last seminar untuk subjek yang 5 kali perjumpaan sahaja. lepastu dupdapdupdap terasa sangat final exam tu dah nak maiii beno. well, sem ni rasa biasa-biasa je. stress pon aku malas nak cerita. banyak keje sekolah pon aku malas gak nak cerita kang korang bosan balik-balik bende yang sama aku bebel. ekekekeke


alhamdulillah jugak few email aku dah selamat reply. few nya tanya soalan yang sama ulang-ulang malas nak layan. bhahahahaa keji tau. ehhhh nanti aku reply ok!. ni sesambil nak cari bahan untuk ELC. bosan betul subjek yang 2CH ni. bhahahahaha keji lagi. 


oh well, mandarin pon dah last semalam. written test, listening test, oral test semua sekali harung. dah lettew jumaat lepas buat video lakonan ehhhh stress jugak. andd, oral test, baca hanzi! sila meninggal ko baca hanzi. last sem baca pinyin ok lagi. ni tahap baca hanzi. adoii lepas test terus longgar kepala lutut. entohla pass ke tidak paper ni. bukan aku takleh baca.. dari 5 perenggan tu, aku mampu baca
3 1/2 je yang confident betul. yang tak reti baca tu macam menari-nari depan mata aku seketul seketul...tu belum soal jawab dalam mandarin bhahahaha menyembur-nyembur bila bercakap. nak sangat belajar mandarin kan.. haaaa dapat ko! nasib baik faizal bawak spegoti and jejemput udang tak jadi longgar pale lulut kite. lol


ohhh my! dah cakap tak nak cerita pasal benda kat perenggan atas tu. tetau je cerita ek. daser betul pompuan ni. ok la, babai... 


Tuesday, October 25, 2016

PJJ/PLK LIFE : STYLE BELAJAR!

hai hello...


aku suka share macam mana style aku belaja supaya dapat memberi cebisan inspirasi kepada korang semua. kemain ayat macam layakk je. heee



ok harini aku nak share cemana aku buat notes selain aku mengguna pakai mind maps aku jugak mempraktikan buat latihan dan nota semasa dalam kelas means sewaktu sesi pembelajaran dengan lect.



kalau dulu la sem 1 ke 2 aku suka salin balik lepas kelas. maksudnya bila kat kelas note aku tak berapa nak sempurna. campur je aduk satu buka nota tu sekali harung sebab nanti balik baru nak buat proper notes. ok, pjj tokleh cemtu. aku kene pantas dan cepat takde mase nak pikir buat kerja dua kali.



now, aku dah ade style baru. beli buka nota setiap satu subjek. kekadang satu buku nota tu aku bahagi dua bahagian untuk dua subjek. aku rasa kekdah ni sangat sempurna takla notes yang selama dahulu tu hilang ke, conteng tah mana-mana lepastu ape yang lect cakap or suruh buat mesti tak ingat atau carik-carik tak jumppe. haha.



dah part 5 ni ha baru nampak kekdah cemni lagi praktikal. haha kesion! semakin lama kite menuntut dan bergaul dengan rakan-rakan sekelas semakin banyak idea dan inspirasi untuk kite menambahbaik kaedah atau style belajar secara PJJ. seingat aku dulu diploma memang la setiap subjek ade buku nota sendiri. tu lainnn.. mase diploma memang lect ajo sebijik sebijik satu persatu memang adela kau mase nak salin. ni zaman Uni pulak tu PJJ kau hengat ado mase nak bersantai-santai. nak bercakap dengan member sebelah pon takde kesempatan tau. semua laju. imagine 3-4 bab satu seminar. haaa amekk. nak sangat PJJ kan hahahahha. eh PJJ best tau!



buku latihan 200 muka surat ni aku beli satu bundle. mase dapat baucer buku haritu beli banyak mampu pakai 3 - 4 sem jugak ni. buku latihan tu aku dah pakai sem lepas. ade lagi kosong so boleh lagi guna. just letak stiker kat atas tu untuk nampak die subs station la kononnye. ekekeke





so, korang style cemana. aku suka baca or dengar style orang belajar!