Monday, February 17, 2014

GMBO (GET MALAYSIA BUSINESS ONLINE).

hai hai hai...


lame sangat tak taip entry baru rase macam janggal. hehe. sebenarnya banyak sangat bende nak cerita. tapi semua hold dulu tunggu masa yang sesuai. hari ni nak kobar bende manis sikit. :))


alhamdulillah sangat-sangat. aku dah dapat dah geran atau nama lainya GMBO RM 1,000.00 awal bulan 2 hari tu yang kerajaan bagi tu la.... tak ingat ke??? *aku penah beritahu dulu tuu. takpe la aku ingatkan sikit, kerajaan ada buka peluang kepada semua peniaga-peniaga kat luar sana yang mana ada yang meniaga online macam fb ke blog, IG etc semua untuk mendaftarkan perniagaan mereka di bawah GMBO bermula 1 jan - 31 dis 2013 yang lepas. macam mana nak daptar? senang aje. pergikan laman web skmm. kat situ ada bagi penerangan. 
yang paling penting mestilah ade lesen SSM, gambar-gambar produk uolz dan sebarkan perniagaan online ini dibawah domain sendiri. iaitu dot [.] com. contoh: anzharmonienterprise.com. kat web inilah kita update segala macam produk kita. tak lame lepastu dapatkan 1k tersebut yang di debitkan terus dalam akaun. senang kan kerajaan nak bagi duit......


aku dengar tahun ni akan dibuka lagi peluang ni dan dan dan dann u know what?? kerajaan akan bagi 'double' tau iaituuuuu RM 2 ribuuu!!. so, uolz kene rajen kepoci dengan isu semasa ni. aku pesen tak rajen sangat. partner bisnes yang rajen. aku tahu pasal GMBO ni pon dah nak tarikh tutup mase tu, cecepat la buat itu ini bla bla blaa naseb baik semua bende dah ado tinggal beli domain je lima puloh hengget!. tak sangke pulak 'lepas' dan 'dapat'  ni namanya rezeki. :p


dengan duit tu dapatlah buat tambah modal itu ini. sebenarnya banyak insentif yang kerajaan beri kat kita. tinggal kita pandai atau tidak untuk ambil peluang tersebut. ceh ceh cehh.  
selamat menggunakan modal ini di jalan yang benarrr...kehkehkeh


yang terbaru, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)!


marilah mengambil peluang tersebut!! :))




p/s : janggalnyee nak membina ayat! hoihhhh...


No comments :