Tuesday, November 17, 2015

SEBACEOUS CYST.....AXILLARY ABSCESS.

hye. 

saje nak cerita balik pasal abscess aku. pasal tetibe je viewer naik mendadak pasal abscess ni haha. 
okla arini nak cerita dari awal sebab akibat aku terkena abscess.


3 tahun lepas aku dah mula kesan satu benjolan di bawah ketiak kekanan sikit. tapi benjol tu tak menyakitkan. dari sehari ke sehari makin la besar. means dari sebesar kacang hijau jadi besar kacang pea. sampai la makan tahun. dalam 3 tahun ni, aku tak la sampai tak pergi jumpe doctor. ade jugak pergi wei gila tak pergi cek. takot tau. takut kanser. aku jumpe 2 orang doctor. dan doctors tersebut cakap ianya tidak merbahaya, hanyalah sejenis kelenjar. tak bahaya dik.. u no worries la. eh eh so, aku tak worries dah. memandangkan doktor dah cakap jangan risau. so aku buatla aktiviti seperti biasa. 


selesa ke ade benjol tu?

uishh mestila tak selesa. apetah lagi rasa macam cacat. yelor tetibe ade macam sebijik guli tersembul keluar. bhahaha. nak kepit ketiak pon tak selesa. nak buat aktiviti pon memang terbatas ah. sebab kalau terkepit rasalah sakit. getew. doktor pon cakap kalau aku nak buang boleh. kene operate ah. ngee aku takotla nak oprate. so let it be ah.


sampailah 13/10 tu aku dah start rasa sakit kat tepi benjolan tu. tapi aku tak sure bonjol tu membengkak ke. atau wujud entiti baru kat situ. :p


14/10 sakit macam nak tumbuh jerawat batu. sengal-sengal kat lengan. nak angkat tangan pon pepelan. wasep ibu cakap kat ketiak nak tumbuh jerawat batu. bahaha tu pun nak gtau.


15/10 makin sakit denyut-denyut. rasa kat benjol tu dah makin besar. aku takot meletop jek. bahaha. okla tahan lagi. takmo pergi klinik sebab aku bz bebeno. 


16/10 ya robb mengalah la. pergi klinik Dr. Suria Taman Adda Height. makin berdenyut tapi masih boleh kawal lagi. hehe. Dr. Suria cakap BISOL. omgee. okla bisol je. tak bahaya. dalam hati cakap.
Dr. Suria cakap dah masak ni kalau di belah keluar nanah. haha. belah? i is ketawe macam ape. nak belah kenape. picit jela macam jerawat. bisol + jerawat = bende yang sama. cetek betul pikiran aku bahaha.


Dr. Suria suruh pergi hospital. sebab die tak berape nak berani buat. memandangkan aku pun ade medical card. so lets la pergi KPJ Puteri jek. sebelum tu call la ejen dulu nak pergi spital mana. sound serius je. aku boleh lagi macam blur-blur. weii bisol je. ase nak terberak dengo. ingatkan masalah besar mana. balik ni siap nak kutil pakai jari je. muehehehe. tapi gelabah gakla. bila Dr. Suria kata kene buat operation. kena kerok nanah dalam tu. i is apetuh. takpe kite pergi spital je dulu jumpe Dato Kadir. Dr. Suria pon dah keluarkan surat bagai. 


aku pon pergila KPJ Puteri hari yang sama dengan mokde. boleh pulak dah sampai spital, dapat parking baikk punya, doctor takdo! emergency case. hekelehh. i is esited ni. kau tau jela situ parking mak aii urut dade. susah bebeno. ok pe. kite pergi balik hari Isnin 19/10. memula nak pergi hari sabtu, tak jadik sebab ade kelas. well aku kene pentingkan kelas dari bisol ni. bhahahaha. bio sakit sikit takpe hakak tahan. Dr. Suria haritu bagi antibiotik dengan tahan sakit. ubat demam pon die nak bagi jugak. tapi aku cakap takpe, aku tak demam. ewah belagak pulak. Dr. Suria cakap mesti demam. bisol ni tangkap sampai kepala. ehh aku tak pon. belagak lagi. hah kau, balik kelas petang tu ase nak kojol. sakit kepala ase nak hentak kat dinding. nyesal tak amek ubat demam. so, korek-korek ah box ubat-ubatan. selamat hado. telan sebijik. pastu tido. basahkan kepala, tak lap tak keringkan. terus rebah di tilam. sesedo dan pagi. bisol ni boleh tahan denyut die macam nak pitam rase nak maki-maki je. haha. tahan je sehari Ahad tu. sebab Isnin 7.30 pagi terus pergi spital. hangkut jugak mokde. ibu aku kat kampung dah menggelitis nak join. tapi aku cakap tak payah. bisol je. muhehehe. ala ase lawak la bisol ni. pestime ni kena bisol. dan pestime tahu bende ni boleh tahan serius.


malam Isnin 19/10 tu aku dah start tak boleh tido. mata bengkak. tak tido dari jam 12.30 sampai masuk dewan bedah. sepanjang tak boleh tido tu aku layankan la si bisol ni. denyut ya robb sakit nak putus nyawa. nak kepit pon tak terkepit. seb baik bukan kat tetengah ketiak. kalau tak gantung tangan!. dalam jam 05.00 pagi subuh tu. ade rasa lendir kat baju bawah ketiak. sekali di cium perghhh rase menyesal. busuk nak pitam. aku pon beranggapan bisol dah pecah!. bagusnya! padanla aku tak boleh tido. padanlah aku rasa panas je malam tu. so bisol dah pecah. cecepat bukak baju, bukak coli semua oii tu pun nak cakap. ngeee besar gila bisol aku. ngeri. dah stat keluar lendir-lendir putih pekat. aku tengok mata bisol tu dah terjojol. aku pon korek pakai tisu basah bebas kuman tu. aku korek je. membuak-buak nanah keluar. eeuwwhhh takott, gelabah mase tu aku. cecepat tadah pakai tisu jugak. seb baik sejenis tisu keras. kalau lembut maunye tembus tu. banyak gila nak pitam aku tengok. macam lassi basi. hoii pekat kaler hijo, campur merah campur itam!


lama jugak aku tadah adelah dalam 5 minit sampai lenguh ketiak aku. nak stand lengan pon tak sempat yela gunung berapi dah meletop!. 


sampai azan subuh tu. nanah dah stop. sikit-skit je keluar. aku mandi-mandi. bersih-bersihkan. kebersihan harus diutamakan juga takut terkena tempat lain naya. lepas mandi, tampal dengan tisu soletep dengan soletep buku tu muahahahaha. solat. pakai baju. terus pergi uma mokde. ok. sampai spital. doc takde lagi. sekali nanah meletup lagi banyak nak pitam. mintak nurse tukar tisu. die pon dok ketawe terkekeke sebab aku tampal tu ase macam kelako. haha. ok. dah selamat tampal. doc sampai terus cek. terus sign surat buat operate sekarang juga. i is what!!!! im not ready doc!. doc cakap aku nak simpan lagi ke. merujuk kepada nanah itu. daftar masuk wad jam 11.00 camtu. jam 03.00 lebih kurang masuk dewan bedah, jam 04.00 petang dah keluar. 


semuanya berlaku sangat pantas. dari hari aku start rasa sakit kononye jerawat batu. sampaila dapat tahu ade bisol. sampaila bisol dah membesar. sampaila bisol meletop sendiri. ambil masa seminggu je. masak ranum dah bisol aku. sampai lah aku selamat oprate. pantassss sangat!. doc cakap nanah banyakkkk. tak tanye pulak aku dapat berapa litre. haha. ko bayangla dari meletup sendiri kat rumah tu pon nanah dah keluar banyak. sampai spital 2 kali tukar tisu sebab banyak dah keluar. masa operate pon banyak lagi keluar. maknanya memang banyak nak mampusla nanah aku tu. 
ngeee takot ek..

fuhh penant cerita kronologi  bisol aku ni bahahaha.


ok. ape pulak sebaceous cyst tu. yang sebenarnye benjolan yang aku dapat dari 3 tahun lepastu namanya sebaceous cyst. patutnya awal-awal dah kene buang. akibat aku peram tu yang jadi abscess. haa tu yang aku paham doc explain. mane aku tahu tu sejenis cyst. aku jumpe 2 doctor follow up pasal benjol aku ni, dorang tak cakap pon. yang aku diberitahu ianya kelenjar. u no worriess bla bla bla. iskk sangat la doc tu!

google

macam nila lebih kurang benjol aku kat ketiak tu. cuma panjang sikit ah.

google
kejadian 'benjol' itu

so, korang kalau ada tanda-tanda Sebaceous Cyst yang sama macam aku ceritakan. elok pergi je terus jumpe pakar. nanti dorang scan-scan amek sample ke jadah. jangan sampai jadi nanah macam aku T__T. seksa tau nak menjaga ni. dressing lagi dasyat. sampai sekarang ni masih buat sendiri. hampir sebulan pon. pantas masa berlalu. cuma sekarang ni daging dah naik, dah kaler pink-pink putih molek dah. berbeza masa memula dulu. nightmare betul. haha. 

lagi satukan sejenis cyst ni memang suka timbul di tempat-tempat aneh. aku syak die macam cendawan. tempat lembab-lembab je suka muncul. tak caye ce tanye kengkawan korang aneh tak bisol dorang. hehehe



aku nak share jugak la dressing tools aku. macam main dokto-dokto. kekecik tanak belajo pepandai jadi dokto. :p benda wajeb, Aquacel atau kaltostat alginate. kena ada alginate tu baru sedap masakan kite. haha. ok nak cerita pasal barang medic ni mintak mahap. aku je tanya ahli farmasi tu nam ratus kali tak paham paham. dasar kepala hantu aku ni. alginate tu ape? kenapa alginate? ape beza ade dengan takde? pitam layan aku bebudak tu. :p



ni rupa kaltostat alginate. nampak macam bebulu. memang bebulu pon. aku pon bebulu je tengok. pakkal je aquacel tu dah xde stok. terpaksa la beli. cara pakai, gunting sikit-sikit tampal kat luka. kaltostat ni doc kat KPJ Puteri tu suggest. 


sebenarnya aku lebih suka pakai aquacel AG+ doctor Siva suggest pakai ni sebab lebih bersih. senang nak pakai pon iya. takla bebulu. macam kain baldu rupa die. sama juga cara pakai, gunting dan tampal tempat luka.

sebenarnye ade je macam-macam rupa. ade orang tu, bisul jenis kedalam. lubang. masukkan kain macam tali lepastu tarik. kau bayang jela hazab die punya sakit tu cemana. 

syukurla aku takla berlobang. cuma rupa longkang. panjang 6cm x lebar 2cm. uuuuu


ni pencuci yang aku pakai. kalau ikut doctor pakai air biasa je. oleh sebab aku nak merasa pengalaman luar biasa. so, aku pakai la hydrocyn ni. pedih pedih sayang je. boleh la tahan. tapi aku tak direct spray kat luka. aku spray kat kain kasa dulu. baru sental luka tu. ewahh sental la sangat. baru letak sikit dah auuw auuww benti. pastu sambung auww auww lagi. tu yang makan sampai setengah jam mencuci. kat klinik 10 minit pon tak sampai. ngeri tau tengok luka sendiri.


ok abes da... penat taip lelaju..pepanjang kalau korang tak menghayati tak tahulaaa!

No comments :