Tuesday, August 26, 2025

Apa yang Tak Lagi Aku Kejar

lama dah aku tinggalkan blog ini sepi. tapi —

Dulu, aku menulis untuk melepaskan. Sekarang, aku menulis untuk memahami.

Ada satu masa dalam hidup, aku fikir semuanya tentang kecepatan. Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat, tercicir. Aku kejar semuanya — pengiktirafan, cinta, kerjaya, persahabatan, mimpi-mimpi yang kadang bukan pun aku yang cipta.

Tapi usia mengajar aku untuk menilai semula.

Hari ini, aku belajar menerima bahawa tak semua hal perlu aku kejar. Ada yang lebih bermakna bila aku biarkan ia datang sendiri — dengan izin Tuhan, bukan paksaan hati. Ada hubungan yang aku lepaskan tanpa benci. Ada cita-cita yang aku ubah bukan kerana gagal, tapi kerana aku kini lebih kenal diri sendiri.

Kedewasaan bukan tentang tahu semua jawapan. Tapi cukup bila kita jujur pada soalan yang belum terjawab.

Aku tak lagi kejar apa yang membuat aku hilang damai. Itu sudah cukup sebagai satu bentuk kemenangan.

xx

Monday, April 18, 2022

Resepi: Jemput-jemput air panas.

 

Dah nama orang Johor. Tipu la tak pernah makan jempot jempot kan. resepi dia tak de fancy mana, cukup kau ada tepung gandum, air dan garam, telur tu optional. setel.

Bagi family aku definisi jempot-jempot ni tepung campor air. Sesetengah orang panggil cucur. Tapi bagi aku cara nak panggil cucur ni macam cucur udang. Gituh.

Berbeza dengan cengkodok. Cengkodok ni istilah yang di gunapakai untuk cengkodok pisang. Atau jempot-jempot pisang. Haa gituhh lain kan masuk jempot jempot, cucur dan cengkodok di setiap negeri. Ade yang semua balun panggil cengkodok.😂

Oleh sebab nak menaip jempot jempot ni agak pangjang dan lenguh rahang engko nak menyebot, maka aku shortcut kan nama dia jadi jejempot. Hahahahahha

 

Jejempot air panas, berbeza dengan jejempot yang biasa orang godak pakai telur, air, kekadang ade yang letak kentang, bilis atau bawang.

Kalau jejempot air panas ni, still guna air. Tapi air panas. Kacau dengan tepung dan garam. Kalau rajin tumbukkan ikan bilis dengan bawang merah kecil sikit. Kacau tepung tu dengan air panas sampai jadi macam doh. Texture dia tak cair atau likat macam jejempot biasa.

Haa korang boleh imagine tak aku cerita tu. Ekekeke

Bila texture dia dah jadi macam doh yang lembut, maksudnya dah berjaya la tu, hati-hati mase mengodak tu sebab panas kan.

Masa nak goreng dah mudah sebab kau Cuma gentil atau bulat2kan je sebelum kau campak dalam minyak panas.




Ni rupa dah masuk dalam minyak panas. Size tu depands pada korangla nak besar ke kecik ke. Aku suka size comey comey ceni. Kiut kan.

Dalam doh aku tu aku letak kentang yang dipotong dadu. Jangan lupa letak garam!



anddddd its done!. Ape beza rasa jejempot air panas ni dengan jejempot biase?

Ok. Jejempot air panas ni, sangat-sangat crispy di luar, lembut di dalam. Sangat lembut ya di bahagian dalam tu!. cara makan orang Johor, cicah dengan sambal kicap lepastu hirup kopi O panas.. perghh!

 

So, selamat mencuba!