Thursday, July 24, 2014

STATUS RAYA AKU.

hey. hello.. ramadhan kareem


belum terlambat kot nak ucapkan salam ramadhan kepada semua pengunjung blog ni. ekehkeh lame tak update siot janggal rasenye. niat hati nak update dengan kerap musim puasa ni. tup-tup ramadhan dah nak tiba penghujung dah. weihh cepat pantas masa berlalu kau ya. tahu-tahu aku dah last kerja hari ni. yihuuu~


yang sebenonya tahun ni kan macam tak berapa ade mood sangat nak beraya. kenapa ya. mungkin sebab aku sibuk dengan preparation kawen kot. hiks!. bukann bukann bukann aku yang kawen. kazen aku yang paling aku rapat yang paling aku sayang nak kawen dah dua minggu lepas raya. i is sedih la kalau teringat die nak kawen dah. macam kehilangan terbesar dalam idop aku. ecewahh dah dah tak payah drama sangat!


hari ni punya entry aku nak combine cerita before puasa till nak raya dah ni k!


seminggu before puasa. kami sefemly berjalan-jalan ke Putrajaya. bertujuan sebenarnya kesana. kakak aku ade periksa PAC jawatan akauntan tu. so kami ambil kesempatan pergi lepaks rumah acik kat taman saujana impian. lebih kurang 20 minit jugaklah dari putrajaya tu.




cantek sangat kan!. tapi aku tak turun sampai bawah pun. tak koser ko kan. jalan ke masjid pastu kat dataran. pastu balik. :p


ibu main dengan idan. masa ni idan baru je keluar ward. ade kuman dalam darah. sian budak kecik ni tau. tak padan kecik lasak kemain lagi. satu sepital die berlari time dah sihat la mase tu. 


aku sambut puasa kat rumah ibu. sebetulnya rakyat johor kompius hari isnin tu kerja ke idok. aku bantai cuti je. tup-tup bos tepon cakap keje. sultan dah tarik balik cuti umum sebab aritu dah cuti menang bola. eh eh memandaikan rumors ni ntah betul ke idok. tak koser aku nak balik jb jam tu jugak. baik tarik gebo ye dok. :p


bulan puasa tahun ni kami serumah sewa tak masak ya. semua beli. menu aku buka puasa boleh di katakan tiap hari nasi ayam peyet. berselang seli dengan lauk ikan keli. air lemon asam. tu jek. murah. RM5 je sekali makan. sahur aku prefer corn flakes + susu + solivite/vitage/yakult. puasa-puasa ni aku kene banyak minum minuman kultur kalau tak siang-siang hari perut tu kemain sebu, berangin, sakit perut nak beri-beri la ape la. mengada-ngada sangat kan. hehe

dan

aku ni pesen tak berapa gemar kuih muih. adik badik aku pon same. kalau orang bagi kuih pou ke kuih apam ke, kan mesti semua tengok je. tengok sampai lebam. sebab semua pon pesen tak geti nak hadap kuih muih ni. adelah sesetengah kuih tu, macam donat ke lengkong ke ha yang tu pernah la jadi kesukaan adik badik aku. 


apam balik! of coz masih lagi menjadi pebret aku tau. tapi setat puasa tahun lepas aku dah minat satu kuih ni. i suka sampai nak cium pipi makcik tu. haha ;p


kuih deram. kampung-kampung panggil kuih tinge/telinga keling. kahkahkah kenapa la sejarahnya begitu ya. aku suka yang bulat tecik-tecik cenggini rangup. panas-panas makan oii sedap.. kantoi tak pose makan dalam kereta! :p RM1 dapat 6pcs. ok la kan. malangnya aku cuma jumpa kat bazar smart je. pasni tak jumpa dah. mane nak cari ya!


2 minggu puasa, baru lah dapat undangan buka puasa kat hotel. undangan tu yang tak tahan. eh orang belanja kita kene pergi. nak pergi sendiri memang idok la. baikla aku layan nasi ayam peyet dengan air lemon asam. syokk gila i tell u!. lemon asam tu yang syok tau!


Grand Bluewave Hotel kali ni. 
malangnya aku cuma snap pic kuih durian (serawa) + pulut je. sebab dalam dewan tu sangat crowded dengan manusia. tak koser aku kan. berbuka kat sini idok la best. kalau orang tanye aku 'rasa' apa. aku cakap ar rasa menyesal. tapi alhamdulillah sebab ade orang bawak kan. hehe. is better grand paragon hotel la macam tahun lepas best sangat. kat sini dah la tak best. makanan tak best. desert tak best, mee kari tak sedap. nasi berani tak sedap. ayam satu lauk je. kambeng satu lauk. ikan patin satu lauk. sipot sedot. sayur cuma sayur campur jek. tak sure satu kepala berapa caj. RM60++ mungkin. yang paling mantooopp katt sini cuma serawa tu jek. sepuluh bintang aku bagi. sedopp. serius! yang lain-lain takdo bintang. tapi alhamdulillah.. 


ade satu hari tu kan. aku berbuka dengan femly kat rumah je. so, aku buat satu 'pembuka selera'. pisang mix kurma masuk icebox. azan baru bawak keluar. nyum nyumm sedap makan ni je. lemak manis. ce uolz try. 



ade satu haritu jugak la kan. aku berbuka dengan femly mak ngah kat rumah tok wan & tok ki. aku dari JB mase tu. beli ayam golek (dalam box) martabak 20 hengget. sesampai rumah atok tengok mak ngah bersiap-siap nak goreng mee. nampak muka aku je teros serah tugas kat aku. haha. 


aku ni kan lama gila kot tak masak adelah dalam 2 3 bulan tak masok dapur. tup-tup mak ngah suruh goreng mee. ishh tak kompiden. tapi muka tu tak boleh tunjuk tak kompiden. tawakal je la cempak-cempak. kicap berbagai rasa aku letak dalam tu. nak merasa tak boleh. redo je la. tak sedap aku bungkus kang bawak balik suruh ibu adjust bagi sedap. haha. 



alhamdulillah! semua kata sedap sedapp sedapnyee...... aku ape lagi kembang la montot. tangan aku ni kalau memasak memang sedapp.. *mendabik dade* pffttt... mee vodo-vodo je ponnn. presentation tu nampak hodo tapi mantopp. :p


 atok wan buat lempeng kelapa. ni baru betul oldskul!. pebret atok ki. nak buat lempeng kelapa ni kene pakai kelapa yang muda yang kaler die putih nampak berlemak disitu. baru sedap katenye. aku tak gemar lempeng cenggini. aku suka lempeng kosong jek tu cicah sambel tumis. mengadaaa!


pasal baju raya pulaks. akubeli wide shawl dulu. tudung dah beli. baju tak beli dah kenapa ya. sebab aritu pergi tesco nampak wide shawl tu lawo RM10 jek. harus sambar 2 helai ya. usung wide shawl tu g bazar pulak cari kaler baju yang mach. ekehkehehh mengundang marah akak-akak bazar jek. satu keje nak padankan wide shawl aku tu. kesimpulan baru dapat 1 je baju. baju plain je bunga sikit-sikit. takde labuci-labuci. sebab kesudah singsing lengan jugak besilat kat dapor. #urutdada aku rasa dah ok la tu. sebab tahun ni kan kite tak berapa nak raya sangat. sehari je beraya. #prayforgaza #prayformh370 #justiceformh17


sebelum aku mengakhiri hujah aku yang panjang lebau ni, aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dah batin. buat ibu dan abah anak mu yang banyak songeh ni akan tiba jua petang ni ya. tunggu la kepulangan ku. :)


oooohohooo balik kampunggg....hati girang!!


p/s : 22 july lepas aku genap 26 tahun!. happy birthday azi! sweet like 17th. eh? :p